Jangan Paksa Orang Sayang Kita



Jangan paksa hati orang untuk sayang kita, cintai kita, bersama dengan kita.
.
Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama dengan kita walau apa jua kekurangan yang kita ada.
.
Terimalah teguran yang pahit dan pedih daripada manusia kerana itu hakikatnya datang daripada Allah.
.
Walaupun kita ditegur dengan cara yang menyakitkan hati dan jasad kita, terimalah dengan hati yang redha.
.
Petanda manusia itu sayang pada kita adalah apabila dia tegur dan nasihat kita dengan ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu disebaliknya.
.
Dia juga berterusan menasihati kita walaupun kita sering menyakitinya.
.
Allah mendidik manusia melalui manusia lain. Semua yang berlaku adalah takdir.
.
Dan takdir Allah pastinya baik.
.
Moga Allah lembutkan hati kita semua untuk menerima nasihat dan teguran daripada orang lain dengan hati yang bersih dan redha.
.
.
Zul Fattah
Pendengar nasihat sepenuh masa.
Jangan Paksa Orang Sayang Kita Jangan Paksa Orang Sayang Kita Reviewed by Zul fattah on 9:24:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Terima Kasih :D

Search Blog