Pelan Medical card 1 Keluarga Terbaik Dari AIA


Pelan Medical card 1 Keluarga Terbaik



Semestinya Kad perubatan dari AIA Public Takaful


Anda masih tercari-cari plan medical Card yang sesuai untuk anda dan keluarga ? atau Syarikat takaful ada yang sedia ada menaikkan caruman anda ?. Jangan bimbang kami ada penyelesaiannya.





Kelebihan utama adalah, plan ini ada plan famili iaitu medical card 1 family (suami+isteri & 4 orang anak), 1 harga caruman, kad untuk tiap-tiap ahli keluarga dan yang bestnya setiap ahli keluarga dengan had limit tahunan masing-masing tidak berkongsi.
Selain itu ada plan individu, suami & isteri, suami atau isteri bersama 4 orang anak.


Nak tahu apa benefit untuk medical card ni. Sila rujuk jadual di bawah.



Kenapa perlu ada Medical card ni ?
Kerana kos rawatan, kos ubat yang tinggi dan semakin meningkat saban tahun.




Hospital kerajaan kan ada, kenapa perlu ada medical card ?
Yes betul tak dinafikan Hospital kerajaan mempunyai kepakaran dan servis yang baik TETAPI tak semua rawatan di Hospital kerajaan PERCUMA dan tak semua rawatan hanya perlu bayar kos minima sahaja.


Apa kelebihan kalau ada medical card ni ?.
Banyak kelebihannya. Katakan anda sakit, berapa kilometer kah Hospital yang terdekat dari rumah anda ? adakah hospital kerajaan atau swasta. Jika anda mempunyai medical card anda ada pilihan samada mahu ke kerajaan atau swasta. 
Hospital Kerajaan mempunyai servis yang baik oleh itu jumlah pesakit adalah ramai, jadi waktu menunggu agak lama dan jumlah katil wad mungkin tidak mencukupi. 


Adakah medical card cover rawatan pesakit luar seperti demam biasa, sakit perut ringan dan penyakit-penyakit yang hanya rawatan di klinik ?
TIDAK, medical card hanya cover inpatient treatment, boleh digunakan apabila pemegang kad memerlukan rawatan untuk kemasukan wad sahaja. walau pun begitu masih ada rawatan pesakit luar yang boleh claim semula jika ada medical kad ini.


Apakah rawatan pesakit luar yang boleh claim jika ada medical card ini. ?
Bil rawatan 60 hari sebelum masuk wad, Bil rawatan 150 hari selepas keluar wad, bil rawatan kemalangan,bil rawatan kanser,bil rawatan dialisis buah pinggang. Bil-bil rawatan ini adalah berdasarkan "pay & claim".


Jika tak boleh guna untuk rawatan pesakit luar di klinik baik tak payah, apa gunanya ada medical card ni ?.
Harus diingat, Medical card adalah digunakan waktu kecemasan yang mana jika kita memerlukan rawatan yang memerlukan kos yang tinggi contoh appendik, sakit jantung, demam denggi, demam panas, kanser, kemalangan. Jika masuk wad semestinya kos rawatannya tinggi.
Jika dalam setahun anda hanya demam 2-3 kali, yang mana rawatan di klinik hanya RM70-RM80 sekali rawatan atau hanya telan panadol yang berharga RM1.00 sebijik, perlukah anda mempersoalkan kenapa medical card tak boleh guna di klinik untuk rawatan pesakit luar. 


Selain di atas apa lagi pentingnya perlu ada medical card ni ? 
Jika ada kemampuan dan mahukan keselesaan, ganjaran untuk diri anda dan keluarga, mahukan rawatan terbaik untuk diri dan keluarga, tak mahu duit simpanan habis kerana membayar kos rawatan di hospital, ambillah medical card, sebab ianya penting sangat. Dan yang penting sekali bantulah mengurangkan bebanan di hospital kerajaan yang sesak, kurangkan waktu menunggu pakcik makcik yang tak mampu ambil medical card. Anda yang mampu ambillah medical card buat rawatan di hospital swasta.


Rugilah saya jika ada medical card tapi tak pernah pakai. Ada apa-apa cash back tak kalau tak claim ?.
Tiada apa-apa cash back. Yes, tersangatlah rugi tak claim sebab tak sakit kan macam mana nak claim. Yang mengeluh rugi ni dia rugi sangat sebab tak bersyukur yang dia dikurniakan Allah kesihatan yang baik tapi masih mengeluh rugi. Sepatutnya orang yang tak pakai atau claim berasa beruntung sebab dikurniakan kesihatan. kesihatan itu adalah sebahagian dari rezeki. Nak pakai juga senang saja boleh cederakan diri, terjun pokok, langgar kereta, potong tangan, patahkan kaki buat benda-benda ni bolehlah pakai medical card ni. Tapi untuk dapatkan kesihatan yang baik kita susah nak control walaupun kita amalkan gaya hidup sihat kita tak tau bila-bila boleh datang penyakit atau kemalangan, semua itu atas ketentuanNya, kita hanya merancang yang terbaik untuk diri dan keluarga.


Berapa yang harus saya bayar untuk dapatkan medical card ni. mahal ke ?
Murah atau mahal sangat subjektif tapi cuba bandingkan berapa yang anda perlu bayar vs berapa perlindungan yang akan disediakan untuk anda. Bayaran bulanan anda itu perlukan berapa bulan untuk mendapat jumlah RM150,000 ? 


Sila rujuk jadual caruman tahunan yang perlu di bayar.



*untuk caruman bulanan, suku tahunan dan separuh tahunan, pengiraan caruman adalah berbeza tidak boleh berpandukan caruman ini.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Zul Fattah
Life Planner AIA Public Takaful
0111 684 0717
Pelan Medical card 1 Keluarga Terbaik Dari AIA Pelan Medical card 1 Keluarga Terbaik Dari AIA Reviewed by zulfattah.com on 8:40:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Terima Kasih :D

Search Blog