Merancang Harta Bukanlah Semata-Mata Hibah Sahaja

Merancang Harta Bukanlah Semata-Mata Hibah Sahaja





Sebagai seorang perunding takaful, saya sering menerima soalan berkaitan bagaimana untuk membuat hibah. Nak pastikan isteri/suami dan anak-anak dapat manfaat harta peninggalan mereka. Terutamanya bagi pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak, atau tiada anak lelaki; waris faraid mereka akan melibatkan ibubapa dan adik beradik masing-masing.

Jadi pembahagian harta pusaka nanti akan jadi rumit, ditambah pula jika waris-waris tidak bermuafakat. Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik sebenarnya. Masyarakat mula sedar dan faham kepentingan merancang harta semasa hidup. Secara tak langsung boleh mengelakkan daripada pasangan dan anak-anak kita yang terzalimi.

Oleh itu, merancang harta pusaka melalui medium hibah untuk waris adalah sangat bagus dan dituntut untuk menjamin kesejahteraan pasangan dan anak-anak selepas kita tiada nanti. Walaubagaimanapun, janganlah dihibahkan SEMUA harta kita untuk isteri/suami dan anak-anak sahaja. Adalah satu kerugian apabila harta yang kita kumpul di dunia ini hanya dapat memanfaatkan waris kita, tetapi tidak dapat memberi manfaat kepada kita selepas kita meninggal dunia.

Hibah Adalah Instrumen Yang Tepat Tapi Apabila hendak merancang pusaka, sebelum nak hadiahkan (hibahkan) harta-harta kita kepada waris, pastikan dulu DUA perkara ini diutamakan. 

Perancangan untuk melunaskan hutang

Wasiat sedekah


Hidup kat dunia ni cuma satu fasa dalam banyak lagi kehidupan yang akan datang yang lebih panjang tempohnya. Selepas alam dunia, kita akan melalui alam kubur, hari kiamat, padang Mahsyar dan seterusnya hinggalah ditentukan tempat kita sama ada ke syurga atau ke neraka.

Semua amal kita di dunia akan ditimbang dan dinilai di hadapan Allah. Jadi sebelum kita meninggal dunia dan berpindah ke alam satu lagi, adalah lebih baik jika kita dapat selesaikan semua urusan kita di dunia sekarang.

Jika masih berhutang rancanglah pelan untuk melunaskan hutang tersebut secepat mungkin. Atau paling kurang, pastikan jika kita mati dan masih berhutang sekalipun; kita sudah tinggalkan duit untuk waris selesaikan hutang tersebut.

Biasanya saya akan sarankan supaya ambil takaful hayat yang nilainya paling kurang sama banyak dengan jumlah hutang semasa. Lebih tinggi lebih bagus.

Ingatlah sabda Sabda Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam:

“Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.”Hadith riwayat Tarmidzi : 1079

Tentu kita tidak mahu roh kita tergantung selama mana waris kita tidak melunaskan hutang-hutang kita. Maka pastikan mereka ada duit yang cukup untuk lunaskan hutang. Seterusnya, buatlah satu wasiat khusus untuk kita sedekah atau wakafkan sebahagian harta kita (tak lebih 1/3) untuk manfaat umum.

Banyak tempat yang boleh kita sedekahkan.
Institusi pendidikan seperti sekolah dan pusat tahfiz. (Pastikan pusat tahfiz yang berdaftar)
Masjid dan surau kawasan perumahan kita
Badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja-kerja kebajikan sama ada di dalam atau luar negara

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

Mudah-mudahan, sebahagian harta yang kita sedekahkan kepada mereka yang memerlukan akan memberatkan lagi timbangan amal kita di akhirat kelak, seterusnya membantu kita untuk masuk ke syurga Allah yang penuh dengan nikmat itu.
Merancang Harta Bukanlah Semata-Mata Hibah Sahaja Merancang Harta Bukanlah Semata-Mata Hibah Sahaja Reviewed by zulfattah.com on 7:55:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Terima Kasih :D

Search Blog