Macam mana nak sabar?



Mana ada orang yang hidupnya tak pernah teruji kan? Bila dilanda masalah, kuncinya ialah SABAR. Macam mana nak sabar? 

1. Dekatkan diri dengan Allah

Jangan tinggal solat dan banyakkan berdoa agar setiap masalah yang kita hadapi dipermudahkan. Dia maha mendengar dan maha mengetahui segala masalah kita. 

2. Kekal positif.

Caranya adalah dengan fikir yang baik-baik supaya hati akan jadi tenang. Bagitahi diri bahawa bukan kita seorang je yang ditimpa masalah. Malah, lebih ramai lagi orang di luar sana yang ada masalah lebih besar daripada masalah kita. 

Kena selalu ingat bahawa apa jua masalah atau dugaan yang datang akan membawa kebaikan buat diri kita. Tiada yang terjadi dgn sia-sia tanpa hikmah.

3. Sabar.

Allah uji kita bukan saja-saja. Dalam setiap ujiah, terkandung tarbiah daripadaNYA.

Yang penting, kita kena bertahan. Ketahuilah bahawasanya pertolongan Allah itu dekat dengan orang-orang yang sabar.

4. Kuatkan semangat

Dengan adanya semangat dan kekuatan pada diri kita, sedikit sebanyak ia akan bantu kita selesaikan semua masalah dengan tenang. 

5. Dekatkan diri dengan keluarga & kawan.

Kongsikan masalah kepada mereka. Bila kita berkongsi masalah dengan orang lain, rasa bebanan di kepala akan berkurang walaupun masalah belum lagi selesai.
Macam mana nak sabar? Macam mana nak sabar? Reviewed by Zul fattah on 11:11:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Terima Kasih :D

Search Blog