Kenali Formula Urus Duit Dengan Bijak

Gaji masuk, Sales masuk je tapi habis tak tahu pergi mana. Lepas tu heran macam mana orang lain boleh buat simpanan banyak banyak? 😱

Dalam Financial sllnya kita guna Formula 30:60:5:5 atau kita panggil Kompas Wang..

Apa dia tu?🧐

Kompas ini terbahagi kepada 4 sektor:

1. UNTUNG (30%)
2. TERPAKSA (60%)
3. BOCOR (5%)
4. SAMPAH (5%)

Tahu dulubpendapatan bersih korang.

👉🏻Kerja biasa:

Gaji Kasar - KWSP - SOCSO - Zakat = Gaji Bersih

👉🏻Kerja sendiri

Pendapatan Kasar - Belanja Bisnes - Cukai Pendapatan = Pendapatan Bersih

1. UNTUNG (30%)

30% ni adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan daripada gaji yang kita dapat setiap bulan.💰

Simpanan ni termasuklah 👉🏻

1. Simpanan jangka masa panjang
2. Simpanan jangka masa pendek
3. Simpanan emergency
4. Simpanan pelajaran
5. Simpanan pencen
6. Simpanan pelancongan
7. Simpanan wakaf
8. Simpanan sedekah

Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan adalah 👉🏻

💰Tabung haji
💰Saham
💰Unit Trust
💰TAKAFUL
💰EPF
💰ASB
💰Hartanah
💰Emas

2. TERPAKSA (60%)

Maksud terpaksa ni adalah segala jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan. 💸

Contoh loan👉🏻

💸Loan rumah
💸Loan kereta/motor
💸ASB financing
💸Personal loan
💸PTPTN
💸Loan MARA

Contoh sara diri dan keluarga👉🏻

🔥Minyak kereta/motor
🔥Bil telefon
🔥Bil api air
🔥Sewa rumah
🔥Keperluan keluarga
🔥Keperluan harian
🔥Makan minum

3. BOCOR (5%)

Bocor ni maksudnya bukan la keperluan sangat. Kita masih boleh kawal lagi bahagian bocor ni.💧

Contoh:

💧ASTRO
💧Kredit kad
💧WIFI
💧NETFLIX

Kalau di bahagian bocor ni lebih 5%, boleh la potong apa-apa perkara yang kurang penting. Contohnya kredit kad dan Astro.🔪

4. SAMPAH (5%)

Yang ini maksudnya 5% korang boleh guna dan belanja dengan bahagianya. 😝

TAPI...

Jangan lebih 5%❗️

Contoh👉🏻

🍟Fast food (kfc, mcd)
🍟Tealive, Starbucks
🍟Karoake
🍟Wayang

Kenapa penting guna formula ni?🤔

Sebab kita nak wujudkan 5 Tiang Impian Kewangan kita.💰

Apa la pulak tiang-tiang ni? 😅

5 TIANG IMPIAN KEWANGAN💰

1. Cipta duit (melalui bisnes/makan gaji)

2. Urus kewangan dengan baik

3. Lindung harta dengan baik

4. Labur harta untuk masa depan

5. Agihkan harta dengan cara yang baik setelah meninggal dunia

Zul Fattah
-Takaful Planner-
01116840717
Kenali Formula Urus Duit Dengan Bijak Kenali Formula Urus Duit Dengan Bijak Reviewed by Zul fattah on 6:48:00 PG Rating: 5

1 ulasan

  1. semua jenis tu ada.. nak uruskan pun perlukan ilmu jugak

    BalasPadam

Terima Kasih :D

Search Blog