INDAHNYA KEJADIAN DUA TELINGA DAN SATU MULUT



Assalamu'alaikum Wbt.

Moga Rahmat Ilahi mengiringi sahabat semua tatkala hujan sedang lebat mencurahi bumi.

INDAHNYA KEJADIAN DUA TELINGA DAN SATU MULUT

Sedang dibuai angin sepoi tatkala hujan lebat membasahi bumi, tetiba terfikir sejenak berkenaan kebesaran ciptaan Allah SWT terhadap diri kita yang terdiri daripada DUA TELINGA DAN SATU MULUT.

Ianya merupakan isyarat secara langsung dari Allah SWT bahawa seharusnya kita memperakukan bahawa adalah perlu kita mendengar DUA KALI berbanding BERKATA-KATA.

Apa yang kita dan orang lain tulis di media sosial adalah umpama kita atau orang lain sedang bercakap cuma secara lahiriahnya kita melihatnya sebagai sebuah tulisan!

Dalam hidup kita sentiasa ada pilihan, begitu juga dengan komunikasi. Kita boleh jadi ada pilihan untuk mendengar ataupun tidak, bersetuju ataupun tidak. Itu hak kita.

Namun, kita perlu tahu juga bahawa mendengar dengan baik itu juga telah terbukti memberikan kejayaan kepada beberapa buah syarikat gergasi sewaktu dahulu seperti British Airways dan lain-lain.

Banyak posting daripada sahabat2 kita yg sangat berharga, bukan sekadar untuk diberi like, komen dan share, malah selalunya idea2 atau kata2 yang dilontarkan boleh dijadikan peluang untuk menjana pendapatan!

Tak perlu rasanya untuk kita berbantah-bantah, kerna semakin kita berbantah melalui kata-kata akan menyerlahkan lagi kelemahan atau mendedahkan lagi aib2 kita melainkan ianya menyentuh perkara2 yg menimbulkan sensitiviti agama, bangsa, budaya dan maruah diri serta keluarga.

Semua orang menulis bersebab, dan penulisan seseorang selalunya dilontarkan daripada sudut pandangan peribadi beliau sahaja. Boleh jadi kita pandang dari sudut yang sama, boleh jadi kita berdiri daripada sudut yang lain yang mempunyai kenampakan yang berbeza. 

Orang2 bijak apabila diberitahu atau diceritakan sesuatu perkhabaran, beliau akan;

1. FOCUS
2. RESPECT
3. CLARIFY
4. ENGAGE
5. ACKNOWLEDGE

INDAHNYA KEJADIAN DUA TELINGA DAN SATU MULUT INDAHNYA KEJADIAN DUA TELINGA DAN SATU MULUT Reviewed by Zul fattah on 11:07:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Terima Kasih :D

Search Blog