Cara mudah buat air untuk penawar




Cara mudah buat air untuk penawar :
.
-Baby nangis malam.
-Baby kembung perut.
-Susah tidur malam.
-Kerap mimpi tidak elok.
-Kerap gelisah tanpa sebab.
-Kerap sakit kepala.
.
Boleh amalkan cara di bawah.
Cara di bawah jika di amalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.
.
Ambil Air suam segelas,
kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut :
.
Baca Al Fatihah 1x.
Selawat Syifa 3x.
Al ikhlas 3x.
.
Kemudian baca "Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah".
.
Selesai baca di atas lalu minum air tersebut. Baik amalkan minum air tersebut sebelum nak tidur.
.
Jika baby demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan, terutama sapu di muka baby dan belakang baby.
.
Izin Allah insyaAllah baby anda akan berhenti tangisannya.
.
Jika demam, izin Allah akan kebah demamnya.
.
Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, selesai minum air tersebut, kita akan sedawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah, perut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.
.
Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, inshaaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh.
.
Jika tak sembuh cari la perawat islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda.
.
Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur.
.
Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin.
.
.
📸: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Cara mudah buat air untuk penawar Cara mudah buat air untuk penawar Reviewed by Zul fattah on 11:03:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Terima Kasih :D

Search Blog