5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum tidur

5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum tidur.




1. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas.

Aisyah r.a. berkata, “Nabi Muhammad SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. 

Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula daripada kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”

2. Ayatul Kursi

Allah akan membuka pintu rahmat bagi para pembacanya serta memelihara dan menjaganya sepanjang tidur hingga Subuh.

3. Dua Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Baqarah

Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka 2 ayat tersebut telah mencukupkannya.” 

– Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

4. Surah Al-Kafirun

Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah SAW mengajar sahabat bernama Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. 

– Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.

5. Surah Al-Mulk dan As-Sajadah

Seorang sahabat Nabi bernama Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” 

– Hadis Riwayat Bukhari
5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum tidur 5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum tidur Reviewed by Zul fattah on 9:29:00 PTG Rating: 5

2 ulasan

Terima Kasih :D

Search Blog