7 SEBAB MENGAPA KITA PERLU ADA HIBAH TAKAFUL


7 SEBAB MENGAPA PERLU ADA HIBAH TAKAFUL



Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-

  • Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos guaman
  • Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
  • Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang pelbagai dan leceh
  • Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
  • Harta tidak dituntut langsung oleh waris

Mengapa perlu gunakan hibah takaful?
 

Jawapan ini sungguh popular tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-
  • Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
  • Hal pembahagian harta pusaka
  • Hal penyelesaian hutang-piutang

Bagaimanakah hendak menyelesaikan hal-hal di atas sekiranya waris ketiadaan wang lebih-lebih lagi hal hutang-piutang yang ditinggalkan? 

Di sinilah wang manfaat yang dihibahkan melalui takaful sangat-sangat membantu! Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan, wang manfaat dari sijil takaful telah diterima terus ke akaun penama. Sudah tentulah banyak hal boleh diselesaikan! 

Kehidupan dan masa depan keluarga juga terjamin dengan adanya wang manfaat yang telah dihibah terus kepada isteri sebagai contohnya. Tidak perlu proses akuan pindah milik.


Berapa banyak yang perlu dihibahkan? 

Hibahkanlah seberapa banyak yang mencukupi untuk keperluan keluarga mengikut kemampuan kita. Seeloknya untuk 10 tahun. Paling tidak pun 3 tahun. Atau selemah-lemahnya kita, hibahkanlah untuk keperluan 1 tahun keluarga kita bertepatan dengan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 240.




Konsultasi Percuma
Perlukan Nasihat Runding Rumah
Insuran Takaful, Medikal Kad
Sila Hubungi Zul Fattah 01116840717
7 SEBAB MENGAPA KITA PERLU ADA HIBAH TAKAFUL 7 SEBAB MENGAPA KITA PERLU ADA HIBAH TAKAFUL Reviewed by zulfattah.com on 2:56:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Terima Kasih :D

Search Blog