Selasa, 8 Oktober 2019

UBAT-UBATAN YANG PERLU ADA DI RUMAH SEBAGAI FIRST AID KIT


Senarai Jenis Ubat Yang Kena Ada Di Rumah – Perkongsian Doktor Ini Sangat Membantu

Posting ini asalnya dikongsi oleh Dr. Asmi Syabil, bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kecemasan.

Katanya, ada sesetengah orang yang tak reti bersabar selalu terus ke bahagian kecemasan, padahal kes-kes mereka adalah bukanlah kecemasan dan rawatan boleh diterima di klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.

Mungkin disebabkan tak mahu tunggu giliran, jalan mudah adalah ke bahagian kecemasan. Kesannya, jabatan kecemasan jadi sesak dengan kes-kes yang bukan kecemasan.

Antara kes-kes yang biasa ada di jabatan kecemasan menurutnya termasuklah ; demam, batuk, selsema, cirit-birit, gatal-gatal badan, muntah, sakit perut dan pening.

Atas sebab perkara macam ni, doktor ini berkongsi tentang ubat-ubatan yang boleh simpan dirumah untuk rawatan awal ataupun ubat yang boleh dibawa untuk travel.


Kebanyakan ubat ini boleh didapati di farmasi dan sering diberikan oleh doktor-doktor untuk merawat sakit-sakit yang dinyatakan tadi.

Tapi, ingin kami ingatkan, ada sesetengah orang ada alahan terhadap sesetengah ubat, jadi jalan terbaik, jumpalah doktor dan tanya tentang ubat apa yang boleh korang simpan sebagai ;first-aid’ di rumah.

Senarai Ubat Yang Kena Ada Di Rumah :

#1. Paracetamol 500mg


Ubat ini nama canggih dia adalah Paracetamol, kalau di pasaran, ada beberapa jenis ubat yang mengandungi paracetamol, antaranya Panadol, Uphamol dan seangkatan dengannya.

Paracetamol boleh diambil untuk melegakan deman, sakit-sakit badan.

Dos disyorkan : 2 biji sekali makan, tiga kali sehari, JANGAN lebih 8 biji sehari.

#2. Loratadine 10mg


Ubat dalam kategori antihistamin digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau bahasa mudahnya orang selalu cakap ‘resdung’.

Dos disyorkan: 1 biji sekali sehari

#3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)


Sama seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin yang digunakan untuk mengurangkan gejala alahan atau gatal-gatal.

Ubat ini boleh menyebabkan rasa ngantuk, so elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi yang sedang berkerja.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari

#4. Diclofenac Sodium 50mg (Voltaren)


Kalau kesakitan tak kurang lepas makan paracetamol. Ini versi ‘kuat’ sikit. Tergolong dalam kategori NSAIDs, ia sejenis ubat tahan sakit atau radang.

Sesiapa yang ada gout mesti kenal seab ini antara ubat yang wajib makan kalau terkena serangan gout. Elakkan pengambilan ketika perut kosong atau bagi korang yanga da gastritis.

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.

#5. Metoclopramide HCL 10mg (Maxolon)


Ubat untuk gejala loya dan muntah, juga digunakan untuk migrain. Ibu-ibu yang mengandung mengalami rasa loya dan muntah-muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

#6. Buscopan 10mg


Mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu

#7. Ranitidine 150mg (Zantac)


Selalu digunakan untuk kurangkan rasa sakit perut, lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastritis dan juga GERD. Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid dalam perut.

Dos disyorkan: 1 biji, dua kali sehari

#8. Diphenoxylate + Atropine sulphate (Lomotil)


Ubat ini diambil untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu

#9. Activated Charcoal 250mg


Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit atau keracunan makanan. Tapi, kalau keracunan, disyorkan terus pergi ke klinik berdekatan.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari

10. Oral Rehydration Salt (ORS)


ORS ini sering dipreskripsi oleh doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan supaya fungsi tubuh badan tidak terjejas.

Dos disyorkan: 1 paket apabila perlu

#11. Mist Magnesium Trisilicate (MMT)


Fungsinya sama macam Gaviscon. Untuk kurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.

Sila ambil sebelum makan dan pastikan korang tidak makan apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.

Dos disyorkan: 15ml, tiga kali sehari

#12. Ubat Batuk


Boleh je beli di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka, daripada korang penat nak tunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.

#13. Ammeltz Yoko Yoko


Kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan oleh doktor untuk mengurangkan ketegangan otot. Ini pun banyak dijual di luar dan sangat berguna untuk mengurangkan sakit otot atau lenguh-lenguh badan.

#14. Chloramphenicol Eye Drop


Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis, iaitu bila korang bangun dari tidur tiba-tiba penuh tahi mata dan rasa pedih serta berair.

#15. Termometer


Ini bukan ubat, tapi boleh lah seelok-eloknya ada satu thermometer dekat rumah untuk tengok suhu badan kita. Daripada main agak je guna tangan, bacaan thermometer lagi tepat nak tahu seseorang tu demam atau tidak.

Ada macam-macam jenis dah sekarang. Tak kiralah yang mana pun, yang penting, kena ada satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih :D