Selasa, 15 Oktober 2019

TESTIMONI URUT DI BRACE MEN SPA | SAKIT BAHU HILANG SELEPAS DIRAWAT MENG...



Bagi kebanyakan pekerja di pejabat yang bersifat statik, mereka boleh mengalami ketegangan atau stres. Ia berlaku kerana otot-otot di bahagian leher dan bahu mengalami kurang pergerakannya bagi tempoh yang lama.

Untuk melegakan otot-otot dan melancarkan kembali perjalanan darah, anda boleh membantu rakan dengan melakukan urutan leher dan bahu.

Bagi memulakan teknik urutan bahu ini,
1. Minta rakan anda duduk dengan selesa sambil memejamkan mata dan cuba fikirkan sesuatu yang memenangkan fikiran.
Berdiri dibelakang dan letakkan tangan di atas bahunya.
2. Mulai dengan Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk sambil mengurut dengan perlahan ke bahu dan kembali semula ke tengkuk. Ulangi sebanyak 3 kali.
3. Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu sehingga kebahagian atas lengan. Ulangi sebanyak 3 kali. 4. Gunakan ibu jari untuk mengurut bahagian tengkuk bermula dari bahagian bawah tengkuk bergerak menjauhi tulang belakang. Ulangi sebanyak 3 kali.
5. Urut bahagian bawah tengkuk dengan ibu jari dengan teknik memutar.
6. Letakan satu tangan di dahi dan sebelah tangan lagi di tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepala rakan ke kanan dan kemudian ke sebelah kiri.
7. Gunakan jari jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulangi sebanyak 3 kali.
8. Akhir sekali letakkan kembali tangan di bahagian bahu rakan anda.
Teknik releksasi yang diamalkan dapat mengurangkan rasa stres yang dialami dan memulihkan rasa keyakinan dalam diri seseorang.
Amalkan urutan leher dan bahu ini. Sudah pasti ia akan dapat membantu mengurangkan stres anda.

sumber : myhealth

1 ulasan:

Terima Kasih :D