+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 1 September 2019

8 Urutan Pada jari Tangan Yang Membantu Merawat Masalah Sakit Badan

11:32:00 PG

Share it Please


Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan selama beratus-ratus tahun biasanya menggunakan titik-titik tertentu di bahagian tubuh untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan.

Salah satu bahagian tubuh yang ada titik-titik ajaib adalah tangan malah jari. Hanya dengan gerakan sederhana di bahagian tersebut, anda boleh melenyapkan derita pelbagai masalah kesihatan ringan.

Berikut 8 urutan sederhana jari tangan yang boleh anda cuba.
1. Urut di bahagian ibu jari


Jika kamu rasa gugup, cemas yang berlebihan, atau sakit kepala, genggamlah ibu jari dan ramas secara perlahan-lahan selama 5 minit. Pakar refleksologi mendedahkan gerakan tersebut dapat mengurangkan masalah-masalah tersebut.
2. Urut di bahagian jari telunjuk


Bahagian telunjuk dipercayai mengendalikan sakit otot, perasaan kecewa, takut, dan malu. Menurut sebuah kajian di University of Minnesota, pesakit dengan sakit belakang dan otot merasa lebih baik setelah mereka meramas-ramas secara lembut bahagian jari telunjuk selama 5 minit.
3. Urutan di bahagian jari tengah


Mengurut jari tengah dipercayai dapat mengurangkan perasaan kesal, marah, atau lelah. Kajian juga menunjukkan bahawa urutan di bahagian jari tengah dapat menurunkan tekanan darah dan menenangkan.
4. Urut di bahagian jari manis


Emosi negatif dan kesedihan dipercayai akan hilang jika kamu mengurut dengan lembut jari manis selama 5 minit. Jangan lupa untuk tetap tenang dan perhatikan pernafasan anda.
5. Urutan di bahagian jari kelingking


Jari kelingking bertanggungjawab atas tahap stres dan kecemasan. Anda boleh cuba mengurut secara perlahan-lahan jari kelingking selama 5 minit sambil memikirkan hal-hal positif.
6. Picit di telapak tangan




Kajian menunjukkan, mengurut secara teratur telapak tangan dapat membantu mencegah mual, stres, cirit-birit, dan sembelit. Pakar refleksologi juga mengatakan bahawa telapak tangan adalah pusat perasaan dan emosi.




Anda boleh melakukan gerakan menekan telapak dengan jari, kemudian buat gerakan melingkar sambil menarik dan menghembus nafas sebanyak tiga kali.
7. Posisi menekan dua telapak tangan


Posisi ini sering digunakan dalam meditasi. Kedudukan ini dipercayai membantu anda menumpukan perhatian dan menenangkan fikiran. Dengan menekan telapak tangan secara bersama-sama, anda juga boleh memperbaiki peredaran darah.
8. Posisi Surya Mudra


Kedudukan ini dipercayai membantu memperbaiki pencernaan dan metabolisma. Teknik ini juga digunakan untuk menurunkan suhu darah dan mengurangkan nafsu makan.

1 comments:

Terima Kasih :D