+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Sabtu, 14 September 2019

Cara Mudah Untuk Allah Tunaikan Hajat


yaaghanii.jpg
“YAA GHANIYYU YAA MUGHNII”
(WAHAI TUHAN YANG MAHA KAYA DAN YANG MEMBERI KEKAYAAN)


Untuk menjadi kaya, kita di wajipkan berusaha, usaha apa saja asal melalui jalan yang diredhai oleh Allah. Namun begitu, terdapat juga orang yang telah giat berusaha, namun usahanya itu sia-sia saja. Tidak menambah kebaikan dan kekayaan dalam hidupnya bahkan sebaliknya menambah kesengsaraan. Ini menunjukkan bahawa apa yang diusahakan itu kurang mengandungi berkah. Maka agar supaya usaha itu boleh berhasil, hendaklah memohon kepada Allah kerana Allah sahaja yang Maha Kaya, sehingga hanya Dia yang dapat dan berhak memberi kekayaan kepada seluruh hamba – Nya. Salah satu cara adalah dengan mengamalkan petunjuk di bawah ini:
1. Melakukan solat hajat dua raka’at setiap malam sekitar jam 1.00p.m. ke atas. Lakukan dengan penuh kekhusyu’kan.
2. Selesai solat hajat lalu membaca wirid Al-Asmaul Husna di bawah ini sebanyak 1000 kali. Insya’Allah, Tuhan segera mengabulkan hajatnya dengan berbagai jalan yang tak disangka-sangka dan mudah dilakukan.
Inilah wirid Al Asmaul Husna yang dibaca:
“YAA GHANIYYU YAA MUGHNII” x 1000.
( Wahai Tuhan Yang Maha Kaya dan Yang Maha Memberi Kekayaan )
Cuba amalkan secara rutin tiap malam, maka apa yang telah diusahakan selama ini akan menjadi lebih maju dan memberi keuntungan yang banyak. Insya’Allah…!
No comments

Isnin, 9 September 2019

Cara Mudah Untuk Move On

Ramai yang putus cinta hingga kecewa, seolah2 itu lah penamat hidup dia. Jadi ramai yang tanya macam mana nak Move on? Alright Here’s something. Semoga bermanfaat. Share dan Tag sahabat kalian.
.
.
Ilmu Tambahan :
1) Tips Move on
.
.
a) Sibukkan diri kita dengan perkara berfaedah terutama perkara yang kita minat. Bila kita sibuk melakukan aktiviti insyaAllah slowly kita akan lupakan si dia.
.
b) Kedua, elakkan dari melihat si dia contoh delete gambar2 dia kalau ada, unfollow dia di socmed, dan kawan2 dia yang mungkin kita akan terlihat dia. Senang kata apa2 jalan yang membawa kita pada dia. Sampai lah kita dh okay, nak follow tu follow lah.
.
c) Tiga, spend masa dengan kawan2, gelak, have fun dengan mereka. Pergi lah jalan2 travel. Enjoy okay!.
.
d) Empat. banyakkan berbisik pada hati, pujuk hati untuk slowly swollow the fact that dia tu bukan sesiapa pada kita.
.
e) Lima. Jangan duduk tempat sunyi, takut hampa melayan perasaan pulak. So pergi lah tempat2 yang meriah gitu. Nak lagi best pergi masjid. Okay? Ni tips, tak tahu berkesan ke tak pada kalian. Semua orang boleh bagi tips. Ambik lah mana2 yang berguna tu.
.
2) Tips paling berguna, dekatkan diri kita pada Allah. Solat, baca Quran, zikir dan apa sahaja yang boleh buat hati kita benar2 tertaut pada Allah. Ingat Allah yang pegang hati kita, jadi minta pada Allah supaya hati kita tak bersedih, Allah pelihara hati kita, Allah tarik perasaan suka atau cinta pada si dia. Bila kita minta, minta sungguh2 moga2 Allah bantu kita.
.
Semoga bermanfaat ya. Nasihat  pada yang belum ada sesiapa di hati, jangan lah letak harapan tinggi pada manusia, sebaliknya letak lah pada Allah. Good luck!


No comments

Ahad, 1 September 2019

Personal Coaching Relaxation Massage @ Brace Men Spa


Personal Coaching Relaxation Massage.. 

Nak belajar massage?  
Jana income duit tepi?

Sy boleh bantu anda. 
Sijil di sediakan. 
Makan minum di sediakan. 
Hanya bermodalkan RM300 sahaja
Utk 14 jam kelas bersama saya. 

Ramai yg sudah terbukti dan sudah jana income dan telah dapat pulangan modal dgn sertai kelas urutan di Brace Men. 

Berminat?  
Boleh wasap 01116840717 utk sebarang pertanyaan. 

#bracemen #massage #maskulin #bracemenspa

No comments

8 Urutan Pada jari Tangan Yang Membantu Merawat Masalah Sakit Badan



Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan selama beratus-ratus tahun biasanya menggunakan titik-titik tertentu di bahagian tubuh untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan.

Salah satu bahagian tubuh yang ada titik-titik ajaib adalah tangan malah jari. Hanya dengan gerakan sederhana di bahagian tersebut, anda boleh melenyapkan derita pelbagai masalah kesihatan ringan.

Berikut 8 urutan sederhana jari tangan yang boleh anda cuba.
1. Urut di bahagian ibu jari


Jika kamu rasa gugup, cemas yang berlebihan, atau sakit kepala, genggamlah ibu jari dan ramas secara perlahan-lahan selama 5 minit. Pakar refleksologi mendedahkan gerakan tersebut dapat mengurangkan masalah-masalah tersebut.
2. Urut di bahagian jari telunjuk


Bahagian telunjuk dipercayai mengendalikan sakit otot, perasaan kecewa, takut, dan malu. Menurut sebuah kajian di University of Minnesota, pesakit dengan sakit belakang dan otot merasa lebih baik setelah mereka meramas-ramas secara lembut bahagian jari telunjuk selama 5 minit.
3. Urutan di bahagian jari tengah


Mengurut jari tengah dipercayai dapat mengurangkan perasaan kesal, marah, atau lelah. Kajian juga menunjukkan bahawa urutan di bahagian jari tengah dapat menurunkan tekanan darah dan menenangkan.
4. Urut di bahagian jari manis


Emosi negatif dan kesedihan dipercayai akan hilang jika kamu mengurut dengan lembut jari manis selama 5 minit. Jangan lupa untuk tetap tenang dan perhatikan pernafasan anda.
5. Urutan di bahagian jari kelingking


Jari kelingking bertanggungjawab atas tahap stres dan kecemasan. Anda boleh cuba mengurut secara perlahan-lahan jari kelingking selama 5 minit sambil memikirkan hal-hal positif.
6. Picit di telapak tangan




Kajian menunjukkan, mengurut secara teratur telapak tangan dapat membantu mencegah mual, stres, cirit-birit, dan sembelit. Pakar refleksologi juga mengatakan bahawa telapak tangan adalah pusat perasaan dan emosi.




Anda boleh melakukan gerakan menekan telapak dengan jari, kemudian buat gerakan melingkar sambil menarik dan menghembus nafas sebanyak tiga kali.
7. Posisi menekan dua telapak tangan


Posisi ini sering digunakan dalam meditasi. Kedudukan ini dipercayai membantu anda menumpukan perhatian dan menenangkan fikiran. Dengan menekan telapak tangan secara bersama-sama, anda juga boleh memperbaiki peredaran darah.
8. Posisi Surya Mudra


Kedudukan ini dipercayai membantu memperbaiki pencernaan dan metabolisma. Teknik ini juga digunakan untuk menurunkan suhu darah dan mengurangkan nafsu makan.
1 comment

Ahad, 5 Mei 2019

Kijo Jong Kako


Adik kakok ambo sini beso ko jadi jong kako pat bekwoh dulu .Loni payoh doh nok tengok khidmat demo2 ni semua pat bekwoh tupoh .Kalu ado pun , suasana jauh doh bezo . Tamboh2 bekwoh dulu tu sendiri .Dulu2 gak klu jong dapur , maley x tidur rapat ko pagi .Ralik tu gat wat khijo .Pasey pelito jah .Letrik apo ni semua x dok lagi .

Jong kako ni saloh satu watak penting klu time pat bekwoh dulu . Seminggu nok bekwoh , demo2 pakat meteng ( meeting ) doh siap2 .Bagi tugas sorey2 .Mano hok jadi jong kako , jong air , jong dapur , jong tunggey . Macey2 tugas demo bagi .

Bezonyo bekwoh dulu nga loni , khidmat demo2 ni semua secara makey pinjamey .Daley kato mudoh gak pedera .Hari ni tulong orey ni wat khijo , esok tulong kawey lain pulok wat khijo , gitu lah jugok semula2 pun kawey lain pulok tulong  wat khijo kito .Begitu lah seterusnya .Comel sungguh budaya masyarakat kito dulu khususnya masyarakat Kelate Kito .Tidok ko nanti khijo pat bekwoh jah , tapi wat khijo lain jugok serupo cedung padi , mukul padi , usung rumoh sapa ko cari lembu hiley sekalipun semuo nyo makey pinjamey .

Daley " organisasi " jong kako ni , ado lah sorey ketua jong kako .Ketua jong kako ni lah hok jong bagi tugas , keroh jong kako wat khijo . Kadey2 sapa baloh jong kako nga ketua jong kako kes x leh kain tuala good morning .Buleh kain tuala good morning , jaley pun nyengeng jah jong kako ni .Letok kain tuala atas bahu .

Kadey2 baloh gegey gegok samo jong kako .Hidangey x sapa2 lagi , jong kako sibuk ko duk caro makey kerok nasi daley kawoh nga khopeh aye . Khopeh aye ni bahagian jong kako lah .

Bowok tu gak beledi kecik wat isi gulai namboh .Orey x suruh tamboh nya mari tamboh . Tamboh2 klu hok jong makey tu set2 tino , kerek lah mari tamboh gulai 16 belas kali sebentar .Gular nga nasi kosong .Duo ni jah buleh tamboh nyo , tidok pun sambal dengan dalca .X soh duk mitok lah , daging buku besar ko , aye masok meroh kerat 4 pun , nya lerak gular ko jong kako atas palo x dok pasal .Pasal daging buku besar nga aye masok meroh beloh 4 ni , jong dapur wat stemet doh cukup2 .Jong dapur ni lah bahagian jong control lauk ni semua .

Daley ramai2 jong kako ni ado jugok lah sorey duo hok berehi celiko .Kerek benar masuk dapur .Kabar2 ghaib , kabar2 ghaib .Apo duk itar anok daro dapur .Nok2 pulok klu time orey belarok sapa , kalut doh lah dok itar set2 belarok mari , keno pulok ado anok daro .

Nok balik rumoh tu buleh lah upoh gular supit , kain pelikat buleh selai , pah pulut kuning buleh sejura .Pulut pulok nya kerah . Tumpat molek , kerah meh2 tanoh kor .Nok wat guano 3 hari caro ko duk tanok doh pulut .

Ado jugok pesen jong kako , mecok balik awal x dey sudoh khijo . Beley2 mecok , rokok Dunhill 20 bedal doh bubuh daley poket .
No comments

Khamis, 31 Januari 2019

Brace Men Massage



ASSALAMUALAIKUM.
SALAM SEJAHTERA.
Saya ZUL daripada BRACE MEN SPA. Kepakaran kami adalah MEMBERI KELEGAAN kepada seluruh badan dengan URUTAN SPA RELAXING mahupun URUTAN TRADISIONAL.
 sakit pinggang
 angin badan
 lengoh satu badan
 sekok dado
 sakit urat belikat
 sengal2 badan.
 masalah tenaga batin
 betul tulang body
InsyaAllah boleh adjust blako sapa jadi, dengan izin Allah.
Kami ado buat ngurut rumoh ko rumoh jugok... tok payoh nk cari g mari g mari cari ore tukang ngurut..
Insyallah badan sero segar & beraso lego lepas ngurut. Call jah ambo.. set maso.. kito g rumah demo .. biaso kita ngurut so badan dale maso 60 minit .. mmg puah hati bohh!!!..
.
nak sedap lagi, boleh mari cuba try test di pusat urut Brace Men Spa.
PUSAT OPERASI BRACE MEN SPA
Brace Men Spa, Machang (HQ) - 01116840717 (Fattah)
Brace Men Reflexology, Wakaf Che Yeh – 0129080595 (Hafizi)
Brace Men Spa Massage, Rompin, Pahang – 0192780336 (Roslan)
KELULUSAN:
Juru terapi kami semuanya yang berkemahiran lebih 6 tahun dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Urutan Badan.
[waktu ngurut]
bermulo waktu pagi sapa ko male. ikut atas permintaan lah !!
.
Kami cover kawasan KB, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Kuala Krai Sahaja.
================================
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya
================================
.
 Nama : Zul
 Call/SMS/wasap: +601116840717
 Atau tinggalkan no. whatsapp anda, nnt saya akan whatsapp anda secepat mungkin .
 Atau clik link ini : www.wasap.my/601116840717 utk terus ke wasap kami.
.
PESANAN PENTING !!!
.
Sila buat temujanji dulu.
Untuk tempahan/booking hendaklah dibuat awal sebab takut penuh.
3 comments

Sabtu, 5 Januari 2019

ANTARA KELEBIHAN URUTAN BADAN



Tentu ada di antara kita yang suka badannya diurut. Bagi yang tak pernah, anda harus cuba urut badan kerana rasanya amat menakjubkan!

Urut badan menjadi pilihan sesetengah orang untuk mengatasi rasa penat, letih, dan melegakan beberapa bahagian tubuh yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja. Banyak manfaat yang dapat diperoleh ketika urut badan. Selain bermanfaat untuk tubuh, urut badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat. Bukan itu saja, terdapat beberapa kebaikan lain yang diperoleh setelah melalui proses urut badan tersebut. Antaranya;

Mengurangkan Perasaan Gelisah & Tertekan

Keadaan hati yang tenang sangat mempengaruhi kesihatan dan perkara ini boleh anda peroleh melalui urut badan. Ketika depresi atau tertekan, perasaan gelisah dan serabut itu sering diatasi dengan pengambilan ubat. Namun, urut badan boleh menjadi alternatif dan sangat efektif bagi sesetengah orang. Urut badan akan mendorong pernafasan menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks akan menjauhkan anda daripada pelbagai fikiran negatif dan ketakutan.
Melancarkan Perjalanan Darah

Urut badan adalah cara yang sangat bagus untuk meningkatkan perjalanan darah dalam tubuh. Urut badan akan meningkatkan sistem perjalanan darah dengan cara mengepam oksigen ke dalam jaringan, organ dan juga membantu menghilangkan racun dari tubuh.
Memperbaiki Postur

Urut badan yang baik dan dilakukan secara professional juga dikatakan mampu memperbaiki postur tubuh. Urut badan akan membantu melatih otot-otot tulang untuk duduk dalam kedudukan yang tepat. Situasi ini pastinya akan meningkatkan kemampuan otot tubuh dan menjadikan postur anda lebih baik.
Bantu Menyembuhkan Kesakitan

Melalui urut badan juga dapat menyebuhkan luka lebih cepat serta membantu meningkatkan ruang gerak bagi otot-otot. Maka, tulang otot anda pun menjadi lebih relaks dan selesa melakukan berbagai gerakan. Jika dilakukan oleh tukang urut yang professional dan terlatih akan mampu menghasilkan urutan yang dapat mengurangkan rasa sakit kerana migraine, sakit tulang (arthritis) dan sebagainya. Urut badan yang dilakukan akan meningkatkan pengaliran darah dan membantu menghadang penerima rasa sakit pada sistem saraf serta meningkatkan kepadatan tulang-tulang anda.

Meremajakan Tubuh

Jika tekanan kerja yang terlalu kuat, masalah peribadi atau beberapa bahagian tubuh yang terasa sakit, selain berehat, urut badan juga dapat membantu. Urut badan dapat meremajakan tubuh anda dan ketika bangun, tubuh akan terasa lebih energetic. Urut badan yang biasanya menggunakan aromaterapi, minyak essential dan losyen turut membantu menyegarkan fikiran anda.
Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh

Bukan hanya dari vitamin atau suplemen sahaja anda boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh, sebaliknya melalui urut badan. Urutan yang dilakukan akan meningkatkan pengaliran darah ke sistem limfatik dan membuat daya ketahanan tubuh menjadi lebih kuat.

Mencerahkan Kulit

Sudah pasti, kalau boleh bukan hanya wajah sahaja yang anda ingin nampak bersinar atau kelihatan lebih cerah. Tubuh pun demikian. Urut badan akan membantu meningkatkan fungsi kelenjar sebasea dan mengeluarkan peluh dalam tubuh serta membersihkan kulit. Ini akan mengangkat sel kulit mati dari tubuh, melegakan otot-otot, meningkatkan kitaran dan memberikan kesegaran pada wajah dan tubuh anda.

Tidur Jadi Lebih Nyenyak

Jika anda tidak boleh tidur nyenyak pada malam hari, elok anda urut badan kerana ia sangat efektif dalam meningkatkan pola tidur anda. Urut badan akan membantu membuatkan tubuh dan fikiran menjadi lebih relaks dan mengurangkan stress sehingga secara semulajadi akan membantukan anda rasa megantu. Ini adalah kerana ketika melakukan urutan, secara tak langsung ia akan mengeluarkan hormon tenang.

Itulah antara manfaat urut badan yang dapat saya kongsikan. Kini terdapat banyak jenis urut badan yang disediakan di beberapa pusat kencantikan atau spa, dan anda boleh memilih yang sesuai dengan keperluan anda. Biar sesibuk manapun anda, pastikan anda mempunyai masa untuk memanjakan tubuh dengan menikmati urut badan di spa. Paling kurang, sebulan sekali untuk hasil yang lebih berkesan.
1 comment

Rabu, 2 Januari 2019

LUMRAH HIDUP SEBATANG KARA



Hal terindah dari sebuah pertemuan adalah kenangan, dan cara terbaik untuk menghormati perpisahan ini adalah dengan merelakan dan mendoakan. 

Al-Fatihah buat Mek

Lumrah hidup sebatang kara..
Berteman ayam pengubat lara..

Seorang diri meneruskan sisa-sisa hidup, 
mengorak langkah untuk lebih berjaya
moga tidak menumpang orang
suatu hari nanti.
No comments