+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 23 Disember 2018

URUTAN BRACE MEN MEMBANTU MENYELESAIKAN SAKIT BADAN

11:30:00 PTG

Share it Please


TEKNIK urutan adalah kaedah alternatif untuk melancarkan aliran darah di dalam salur darah bagi melegakan kesakitan. Urutan ini adalah suatu seni yang digunakan sejak dahulu lagi oleh pelbagai bangsa terutama masyarakat Melayu dalam rawatan tradisional.

Mereka yang pakar dengan urutan lazimnya akan tahu bahagian yang mana wajar diurut dan urat yang berkaitan kawasan yang sakit. Terdapat penyakit yang boleh diatasi dengan kaedah urutan kaki mahupun urutan badan.

Sebenarnya, teknik urutan yang boleh dilakukan sendiri apabila terasa sakit seperti sakit kepala dan lenguh badan. Jangan terlalu bergantung dengan ubat tahan sakit yang sebenarnya hanya bersifat sementara dan lebih membimbangkan boleh memberikan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

Apa yang penting sebelum mengurut, perlu mencari urat yang betul kerana tidak semestinya urutan dilakukan di bahagian yang sakit. Sekiranya tersalah urat, urutan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami demam, lebam atau bengkak pada bahagian terbabit.

Sekiranya seseorang mengalami sakit kepala atau perut, tidak semestinya bahagian berkenaan perlu diurut. Ini kerana sakit berkenaan mungkin berpunca di bahagian lain seperti sakit perut berpunca di bahagian belakang badan. Justeru, bahagian belakang perlu diurut bagi mengatasi masalah sakit di bahagian perut atau sakit di sebelah kanan tangan, tetapi yang perlu diurut adalah di bahagian tangan kiri.

Sekiranya sakit pada bahagian kepala atau migrain, cubalah urut di bahagian ibu jari menggunakan jari atau alat tumpul seperti dahan pokok ciku yang sering digunakan orang tua dahulu. Urat di bahagian ibu jari kaki berhubung dengan urat di sekitar bahagian kepala yang mana urutan pada urat berkenaan dapat melegakan kesakitan apabila aliran darah menjadi lebih lancar.

Sakit kepala juga boleh dilegakan dengan mengurut atau memicit bahagian bawah ibu jari tangan selama beberapa minit.

Mereka yang sering mengalami serangan asma atau lelah pula boleh mencuba mengurut urat yang terletak pada bahagian kaki iaitu di tengah antara jari telunjuk dan ibu jari kaki. Urat berkenaan berkaitan dengan salur pernafasan yang apabila ditekan memberikan kesan melegakan pernafasan.


Urutan dan teknik memicit melegakan sakit.

Urut perlahan-lahan di kawasan berkenaan menggunakan jari dan minyak urutan bagi mengelakkan kulit melecet. Selain kepala, urat berkaitan belakang bahagian badan dan punggung banyak di bahagian telapak kaki. Sekiranya sakit atau lenguh badan, kita memang sukar mengurut sendiri bahagian belakang atau punggung. Caranya adalah dengan mengurut bawah telapak kaki di bahagian melengkung yang dapat melegakan sakit pinggang. Urut dengan cara menekan dan tarik ke atas pada bahagian berkenaan atau di bahagian luar telapak kaki.



Urut bawah telapak kaki bawah telapak kaki di bahagian melengkung yang dapat melegakan sakit pinggang.

Mengurut atau menekan bahagian tumit juga boleh membantu melegakan sakit kembung perut dalam kalangan bayi atau kanak-kanak. Selain itu, urutan pada tumit juga boleh menghilangkan lenguh pada punggung akibat duduk terlalu lama atau duduk di atas permukaan keras.

Urutan pada bahagian telapak kaki (bahagian yang melengkung) juga dikatakan baik untuk mereka yang mengalami penyakit kencing manis.

Badan lenguh dan sakit turut berpunca daripada angin yang terdapat di dalam badan. Amalan makan benda sejuk dan masam boleh menyebabkan tubuh mengeluarkan angin yang berlebihan. Oleh itu, jaga cara pemakanan dengan mengurangkan makanan terutama yang berasid untuk kekal sihat.

Walaupun kaedah urutan ini banyak memberikan manfaat untuk mengembalikan kesegaran tubuh, pesakit perlu mendapatkan mereka yang pakar mengurut. Urutan yang tidak betul boleh mengakibatkan pesakit demam atau mengalami lebam dan bengkak pada tubuh. Waktu urutan terbaik adalah pada sebelah pagi dan sekurang-kurangnya sejam selepas sarapan atau petang sebelum matahari terbenam.

Ini kerana urat masih lembut di sebelah pagi dan petang kerana berada pada kedudukan `rehat' berbanding di sebelah tengah hari di mana urat sedang tegang. Bahan pelincir atau pelembap kulit diperlukan untuk mengurut tetapi yang terbaik adalah dengan menggunakan minyak kelapa bagi memastikan urutan lancar.


Pendinding diri sebelum melakukan urutan
Bismillah (tiga kali)
Selawat nabi (tiga kali)
Surah Yaasin (ayat 82)
Buat huruf Alif Lam pada tapak tangan kanan menggunakan jari kelingking

Waktu terbaik untuk urutan
Pagi
Petang

Waktu larangan mengurut
Tengah hari (12 hingga 1 petang)


Jika ingin mengurut kaki boleh terus datang ke Brace Men Reflexology di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan dan jika ingin mengurut badan boleh terus ke Brace Men Spa di Machang, Kelantan.