+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 5 April 2018

7 Manfaat Memelihara Ayam Ratu @ Hiasan Dalam Kehidupan

7 Manfaat Memelihara Ayam Ratu @ Hiasan Dalam Kehidupan
Memelihara ayam menjadi salah satu hobi yang popular dalam masyarakat Malaysia amnya. Kebiasaanya hobi membela ayam ini terjadi secara turun menurun dari generasi lama ke generasi baru. Memelihara ayam ternyata mempunyai banyak manfaatnya kepada tuannya.
1. Kokokan ayam membuatkan kita tenang seperti terasa dalam suasana kampung.
- Membuatkan kita mudah untuk bangun subuh hari
- Bersemangat untuk melakukan kerja-kerja seharian.
- Melahirkan rasa yang tenang mengirup udara pagi sambil ditambah dengan kokokan ayam peliharaan.
2. Mendapat keuntungan yang tinggi
- Boleh menambah rezeki dengan menjual hasil seperti anak-anak ayam dan induk
- Jika burung makin merdu suara, makin mahal. bagi ayam, makin cantik ciri-cirinya, maka makin mahal.
3. Mengurangkan tekanan hidup
- Melihat ayam peliharaan dan mengosok ayam dapat memberikan kita rasa tenang dan rilek.
- Dapat menurunkan tekanan pemilik yang sibuk dengan urusan kerja seharian.
- Menurunkan tekanan darah dengan bermain dgn haiwan kesayangan.
4. Menjaga kesihatan mata
- Melihat ayam yang lincah dan cantik akan membantu menenangkan dan meningkatkan kesihatan mata.
- Menjadi terapi diri untuk menjamu mata dgn keindahan ciptaan Allah.
5. Mendapat pahala sedekah
- Dengan memberi makan kepada ayam peliharaan dan berlaku baik kepada haiwan.
- Islam dan agama lain mengajar penganutnya supaya kasih dan sayang kepada haiwan. Walaupun haiwan tidak punya akal, namun mereka masih mempunyai hati dan perasaan. Apabila kita memelihara haiwan peliharaan, secara tidak langsung, kita akan menyayangi mereka.
6. Beramal dengan hadis Nabi Muhammad SAW
- HR Abu Hurairah, Bahawa Nabi bersabda " Jika kamu sekelian mendengar suara kokok ayam, maka mohonlah kurnia dari Allah kerana sesungguhnya binatang tersebut telah melihat malaikat dan jika kamu mendengar ringkekan kaldai maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan kerana binatang tersebut telah melihat syaitan ( Muslim 4908)
-Makhruhnya memaki-maki ayam. Rasulullah S.A.W bersabda:
"Janganlah kamu semua memaki-maki ayam. Sebab sesungguhnya ayam yang jantan itu membangunkan kamu untuk solat'
7. Merapatkan hubungan silatrurahim antara peminat ayam
- Percakapan dengan minat yang sama akan menarik minat individu yang mempunyai minat yang sama.
- Merapatkan ukhwan antara peminat ayam dengan adanya pertandingan ayam hiasan @ ratu.
Berikut merupakan antara manfaat yang saya dapat dari aktiviti memelihara ayam ratu. Pembaca semua macam mana? Apa yang anda dapat bila membela ayam ratu @ hiasan?
No comments