+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 23 Februari 2017

MILIKILAH IMPIAN, WALAU APA PUN IMPIAN ANDA.



Milikilah impian, walau apa pun impian itu. Yakinlah semua tercapai kerana tidak ada yang mustahil jika kita selalu bersama Allah swt.

Esok merupakan hari jumaat. Merupakan penghulu segala hari. Banyakkan berdoa untuk untuk semua dan diri sendiri.

1. Sentiasa positif dlm apa jua keadaan

2 . Bekerjalah sekeras mana yg mahu

3. Sentiasa dipermudahkan Allah dan diberkati

4. Mulakan dengan apa yang ada walaupun kecil

5. Jangan kisahkan orang lain, PEKAKkan telinga

6. Jangan takut berniaga

7. Jangan takut untuk maju & berjaya

Saya doakan diri anda dan saya juga sentiasa dimurahkan rezeki.

Selamat malam



No comments

PORTAL BELI BELAH ONLINE ROOPAWAN SASAR PASARAN GLOBAL MUSLIM





Portal membeli-belah atas talian, Roopawan mulai diperkenal menyasarkan pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim.

Sehingga kini, lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa berdaftar menerusi platform e-dagang baharu ini.

Roopawan yang diperkenalkan kepada umum pada Ogos 2016 semasa Konvensyen Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sehingga kini telah menarik sehingga 150,000 paparan halaman dengan 15,000 bilangan pelawat unik.

Menawarkan kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk kesemua barangan jualan, Roopawan menyenaraikan variasi fesyen, aksesori, kelengkapan ibadah, kosmetik halal, makanan kesihatan termasuk pakej penginapan Muslim (akan datang).



Antara jenama fesyen tempatan yang ditawarkan di Roopawan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang begitu popular di kalangan selebriti.

Manakala jenama antarabangsa termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia.

Roopawan turut menyokong perkembangan perniagaan baharu yang berkecimpung dalam perniagaan atas talian.

Persediaan platform mudah dan ringkas (easy set-up), kos penghantaran kompetitif dan transaksi atas talian yang dipercayai menerusi kerjasama pembekal pembayaran atas talian selain strategi pemasaran internet berkesan memastikan capaian meluas untuk pasaran produk Roopawan.



“Dengan pertumbuhan akses jalur lebar dan tawaran logistik yang pantas ke seluruh Malaysia, Roopawan yakin mencatatkan pertumbuhan keuntungan sehingga 20% tahun ini. Semenjak diperkenalkan kepada umum pada 6 bulan yang lepas, Roopawan telah merekodkan perolehan sehingga RM300,000 menerusi beberapa sumber pendapatan,” – Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd, Mohd Fuad Mohd Noor.

“Bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim.

Seiring perkembangan fesyen, Roopawan menawarkan penggayaan produk yang lebih santai buat golongan muda, selain mahu menggalakkan ‘trend’ pemakaian hijab tanpa mengenepikan tarikan fesyen semasa,” – Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd, Siti Amalina Ariffin.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini.

Roopawan Marketing Sdn Bhd
Suite 16.01 Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri 2,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Bandar Tun Razak, Cheras,
Kuala Lumpur

No comments

Isnin, 20 Februari 2017

7 perkara yang boleh buat dompet anda kemarau berpanjangan



Ramai orang sangka yang mereka dah bagus dalam pengurusan kewangan, namun sebenarnya tak pun. 

Tambah-tambah bila dah masuk hujung tahun dan bermacam-macam jualan diskaun muncul. 

Apa yang perlu dilakukan supaya dompet korang tak bocor di tengah-tengah bulan? 




Baru nak masuk tengah bulan. Apa khabar keadaan kewangan korang? Harap baik-baik sahaja hendaknya.

Jika kaum makwe cakap takde duit, dalam purse dia tinggal RM50. Dalam Tabung Haji ada RM5000, dalam tabung ada RM200, dalam laci duit dalam sampul ada RM100.

Tapi sesetengah kaum lelaki kalau kata takde duit, dalam dompet dia tinggal RM20. Dalam akaun bank licin. Dalam Tabung Haji yilekk. Begitu bezanya makna “takde duit bagi lelaki dan perempuan”. Jadi korang kena tahu apa sebabnya buat dompet kau kering je setiap bulan.

Amboi, kemain panjang tajuk kan. Perkara ni kalau korang buat, memang korang tak akan pernah merasa kebebasan kewangan. Boleh buat dompet korang penuh dengan resit daripada duit. Boleh buat air mata penyesalan korang menitis bila buka dompet.

Antaranya:

1. Tidak menyimpan
Ramai yang berbelanja dahulu, selebihnya barulah menyimpan. Reward yourself kononnya. Itu silap sebenarnya. Korang harus menetapkan berapa simpanan yang korang kena buat setiap bulan. Sama ada 10% daripada pendapatan, 20%, 30%? Itu terserah dengan pendapatan kewangan korang. Jangan ikut orang. Ikut kemampuan diri sendiri.

2. Berbelanja lebih daripada pendapatan
Ini akan terjadi bila korang tak buat bajet kewangan. Semua benda korang nak beli dalam satu bulan. Lepastu terpaksa kena pinjam sana sini. Hujung bulan barulah nak menyesal. Bila duit tinggal RM20, barulah mula nak berjimat. Megi pun pinjam rakan sejawat punya.

Tambahan pula hujung tahun nie. Banyak perkataan SALE. Semua korang nak beli sekaligus. Bawa-bawa la bersabar. Beli barang serupa tiada hari esok.

3. Selalu membeli-belah
Setiap minggu je mesti keluar lepak Pavilion, Mid Valley, Time Square. Apa la yang korang cari dekat sana pun saya tak tahulah. Ohhh, nak lepaskan stress kerja. Tapi bukankah “dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang?”. Hehe. Asyik keluar ni kos petrol lagi, bayar parkir, makan kat luar. Keluar sebulan sekali dah la. Nak rehatkan minda pergi pantai, masuk hutan lipur, pergi daki bukit. Bersatu dengan alam. Dengar kicauan burung-burung.

Tak lupa juga, setiap kali dapat gaji mesti korang sibuk buka laman web Lazada, Zalora tu kan. Kalau sekadar nak cuci mata takpe la.

4. Gaya hidup mewah
Terlalu mementingkan gaya hidup yang berkelas. Walaupun korang duk kelas belakang masa Tingkatan 5, tetapi gaya hidup korang kena kelas, ye dak? Nak ada iPhone. iPad. Go Pro, DSLR dan sebarang gajet cool yang lain. Tak nak kalah dengan orang lain.

Kerja gomen N19 tapi nak pakai Honda City, baju berjenama, telefon canggih je. Nak simpan duit deposit rumah pun tak tersimpan lagi. Nanti orang dah ada rumah, korang mula lah nak komen macam-macam.

5. Terlalu banyak hutang
Setiap bulan banyak perkara yang korang kena bayar. Ada hutang pembiayaan peribadi, hutang PTPTN, kad kredit, pembiayaan kereta. Debt lovers katakan. Jadi, korang rancanglah kewangan korang sebaik-baiknya. Bayar dahulu hutang-hutang tu semua. Lepastu, tak payah la nak buat hutang baru lagi. Sekali korang terlepas bayar, terlewat bayar, mungkin ada caj tambahan dikenakan. Jaga-jaga.

6. Belanja ikut nafsu dan kemahuan
Ramai jenis yang pantang tengok sesuatu perkara yang diminati, mesti akan segera mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Walaupun apa yang korang nak tu tiada dalam perancangan dan bukan sesuatu yang menjadi keperluan.

Misalnya, tukar telefon pintar baru setiap kali keluaran terbaru. Nak nampak up to date je. Tukar sofa ikut jiran. Makan kat kedai order sampai 5 jenis lauk. Selalu je modified kereta Myvi zero-downpayment korang tu. Banyak lagi lah perbelanjaan yang tidak sepatutnya korang buat tapi kau tak sedar. Dah jadi tabiat kan.

7. Tiada simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan ni untuk korang guna sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang kecil seperti tayar kereta pecah, kereta rosak, bumbung rumah bocor. Kalau tak ada simpanan kecemasan ni, akan buat hidup korang jadi kucar-kacir sikit. Peruntukan sedikit wang untuk membina tabung kecemasan ni.

Kenapa? Sebab apabila berlakunya kecemasan, mana korang nak cari duit? Mula la nak pinjam sana sini. Lepastu bulan depan kena bayar balik. Kan dah lari bajet bulan tu.


Jangan jadi kedekut tetapi jadilah seseorang yang berjimat cermat dan berdisiplin dalam berbelanja. Korang kena ingat, ada bezanya antara kedekut dan berjimat cermat ye. Banyak duit gaji korang yang dapat dijimatkan dan digunakan untuk keperluan yang lebih penting.

Kalau pakwe korang ajak makan dekat kedai mamak, makan cendol dan rojak kat gerai tepi jalan, mana korang mahu kan. Tak ada kelas katanya. Nak makan tempat makan hipster je. Senang nak update Insta. Terpaksalah pakwe korang ikut. Dia nak menyimpan pun tak jadi nak menyimpan.

Jadi, cubalah ubah gaya hidup korang. Apa gunanya setiap hari update gambar makan mewah, pergi travel sana sini tetapi hutang sekeliling pinggang.

Hidup bersederhana sudah la. Sesungguhnya hidup secara bersederhana itu lebih baik dan indah. Sekadar berpesan-pesan.


Sumber artikel disini
No comments

Rabu, 15 Februari 2017

Ketahui dahsyatnya dosa riba sebelum anda terjebak





Kadangkala kita tidak sedar kita sudah terlibat dengan riba. 


Kekurangan pendedahan ilmu menjadi salah satu faktor penyebab kenapa orang masih terlibat dengan riba. 

Apakah maksud riba dan hukumnya? 


Adakah riba dibolehkan dalam kehidupan seharian?





Tidak dinafikan, sudah diketahui umum, syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء

Ertinya:Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barangsiapa yang mensyirikkannya, dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah dari syirik.”

Namun,setelah memikirkan berkali-kali baris-baris ayat di bawah, saya tidak boleh menunggu lagi kecuali mesti dengan segera mengebahkannya kepada sekalian umat berkenaan betapa dahsyatnya hukuman bagi kesalahan riba ini.

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya:Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah:275 )

Itulah kengerian hukuman Allah swt terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba setelah pengharamannya. Cuba kita sama-sama petikan penutup ayat di atas

وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya:Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut :-

ومن عاد أي إلى الربا ففعله بعد بلوغه نهى الله عنه فقد استوجب العقوبة

Ertinya:Lafaz “barangsiapa mengulangi” ertinya kembali terlibat dengan riba hingga terjebak dalamnya walalupun setelah datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras” (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 1/328).

Berdasarkan dalil-dalil hadis, para ulama membuat kesimpulan bahawa setiap umat Islam yang mengucap dua kalimah shahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, terkurung didalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka, kemudian mereka akan dikeluarkan darinya dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan mati, kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali. Semua ini dicatatkan dalam hadis. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 3/36).

RIBA DAN HUKUMANNYA

Riba adalah ‘ziyadah’ atau ‘increment’ atau ‘excess’ pada perkara tertentu lebih menjurus kepada suatu bentuk lebih yang tidak halal (illegal excess) yang berlaku pada sesuatu jenis kontrak :

1)Bayaran pinjaman yang bertambah

Contoh:Beri RM1000, minta bayar balik dalam RM1100, maka RM100 adalah riba sama ada rasa tertindas atau tidak rasa tertindas

Contoh paling popular zaman ini adalah pinjaman wang dengan bank konvensional untuk membeli rumah, pinjaman peribadi, pinjaman modal atau juga pinjaman kereta iaitu pinjaman sebanyak RM100K, 10% bayar deposit dan 90% lagi dari ‘loan’ bank konvensional. Bank kovensional beri pinjam RM100k yang perlu dibayar dalam jangkamasa 5 tahun dengan pertambahan interest iaitu 4%. Maka 4% itu adalah RIBA. Ada yang menggunakan hujah inflasi bagi menerima interest 4% dengan mengatakan harga RM1 pada tahun 2000 adalah berlainan dengan harga RM1 dalam tahun 2012. HUJAH INFLASI TIDAK DITERIMA DI DALAM ISLAM untuk menghalalkan perbezaan atas nama interest.



2)Penalti tambahan akibat lewat bayar

Contoh: Perlu bayar RM2000 dalam masa 5 bulan, si penghutang tidak membayar dalam jangkamasa tersebut, lalu si penghutang beri tangguh dengan dikenakan syarat dari RM2000 menjadi RM2050 kerana kelewatan membayar. RM50 itu adalah riba.

3)Riba dalam pertukaran barang dengan barang

Ini dinamakan sebagai barangan ribawi, terdapat 6 jenis barang yang disebut oleh baginda Nabi saw iaitu Emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Ulama bersetuju bahawa emas dan perak mewakili matawang yang punyai nilai yang diiktiraf, manakala empat lagi item adalah barang makanan ruji yang tahan disimpan.

Contoh: Tukar emas lama iaitu 2g dengan emas baru 3g. Jika ada pertambahan/pengurangan maka ia adalah riba

Imam An-Nawawi berkata:“Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391)

Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apaibila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.



1.Pemakan dan pemberi riba perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT :

Ertinya:“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah:278 )

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :

Ertinya:“Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT”(Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68;Ad-Durru Al-Manthur,As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula:“ Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

2. Kehilangan berkat harta dan kehidupan.

Allah SWT berfirman :

Ertinya:“Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” (Al-Baqarah:276 )

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

• Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal ditimpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul ( Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224) . Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a :

Ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” (Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari,4/399)

•Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :

Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

3.Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri

Nabi SAW bersabda :

Ertinya:“ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ”(Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

4.Lebih berat dari 36 kali zina

Nabi SAW bersabda :

Ertinya:“Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, halaman 103)

5.Salah satu dari tujuh dosa terbesar

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya:“Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil) “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



REDHA DALAM RIBA YANG MURAH BOLEH TAK?

“Mengapa redha dalam hal riba tidak terpakai?” Berkerut dahi student saya ketika bertanya di luar kelas di sebuah IPTA.

Saya membalas :

“Kerana riba adalah satu bentuk dosa yang tergolong dalam HAK ALLAH semata-mata, justeru manusia wajib menurutinya tanpa boleh memindanya dengan redha dan rela hati mereka.”

“Sama seperti zina, adakah zina menjadi halal apabila kedua-dua pasangan redha dan rela. Tidak sama sekali, demikian juga halnya membuka aurat, ia Hak Allah dan ujian yang Allah berikan kepada manusia, bagi menilai siapa yang taat dan siapa yang derhaka” jawab saya.

SEDARKAH?

Namun sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa, berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba setelah pengharamannya lalu jatuh kafir mereka itu, tatkala itu matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar dari senarai mereka yang boleh mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w.

Berhati-hatilah dan amat wajib bagi semua muslim yang meyakini ada maut untuk menjauhi riba. Kita amat bimbang, ketidakpedulian itu adalah merupakan satu keingkaran terhadap hukum haramnya. Seterusnya boleh mejatuhkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka. Nabi juga tidak mempunyai peruntukan untuk memberi bantuan (syafaat) kepada golongan sebegitu. Moga kita semua dipelihara oleh Allah swt.

Inilah yang diulas oleh Imam Fakhruddin Ar-razi apabila beliau menghuraikan maksud ‘orang yang kembali’ dalam ayat di atas sebagai :-

فالمعنى ومن عاد إلى استحلال الربا حتى يصير كافراً

Ertinya:erti ayat “barangsiapa yang kembali” (di atas, adalah bermakna mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka itu jadi kafir. (Tafsir Al-Kabir, 7/82)

Akhirnya, alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelbagai lagi alasan orang di zaman ini dari berubah dari pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insuran riba, skim riba, pelaburan riba, mahal sikit, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi TIDAK WAJAR SAMA SEKALI wujud dalam hati individu yang bernama MUKMIN MUSLIM.

Sekian

Sumber artikel disini
No comments

6 perkara yang anda bakal lalui dalam pengurusan harta pusaka

Bila bercakap tentang soal perbicaraan harta pusaka, ramai orang masih tidak tahu apa proses yang akan terjadi.

Perbicaraan harta pusaka menjadi tanda tanya untuk orang akan baru menghadapinya.

Apa yang akan dibicarakan?

Apa yang perlu disediakan?




Pegawai dari Pejabat Pusaka Kecil menghubungi saya untuk memaklumkan sesi bicara bagi pusaka arwah ayahanda saya. Permohonan yang kami hantar setahun lalu sudah diproses oleh Unit Pembahagian Pusaka.

Beberapa bulan lalu, wakil dari Jabatan Penilaian datang untuk membuat penilaian tanah yang dimiliki arwah.

Saya berdebar menunggu hari perbicaraan. Entah kenapa. Mungkin perkataan bicara itu sendiri memberi perspektif yang menggemparkan. Sedangkan sesi ini kemudiannya terbukti adalah satu sesi yang mudah dan lancar, menurut pengalaman saya sendiri.

Banyak perkara yang saya belajar dalam Bilik Bicara Pusaka Kecil. Sebelum ini saya tertanya-tanya apakah yang akan berlaku semasa perbicaraan. Saya tiada pengalaman. Saya ada bertanya dengan seorang rakan untuk mendapatkan gambaran tentang soalan dan hal yang akan dibincangkan semasa proses bicara.

Hal berkaitan harta pusaka dan perwarisan adalah hal yang sensitif dan seringkali diselubungi emosi seperti sedih, marah, gembira, kecewa dan kerapkali menyebabkan wujudnya perasaan benci dan dendam. Sedangkan ia boleh diuruskan secara rasional dan logik.



Perkara yang saya belajar dalam Bilik Bicara Pusaka Kecil:

1. Berusaha untuk hadir jika anda adalah waris Faraid

Bagi keluarga besar seperti saya, perkongsian maklumat sangat penting. Pejabat pusaka menghubungi saya melalui telefon dan tidak menghantar surat. Kemudian, saya terus memaklumkan tarikh berkenaan kepada semua waris.

Semua waris yang terlibat juga berada di Malaysia. Jadi lebih mudah untuk mereka hadir. Namun begitu, seorang kakak saya tidak dapat hadir kerana beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sekurang-kurangnya dua orang mesti hadir iaitu pemohon dan seorang lagi waris untuk mengesahkan hasil perbicaraan. Pemohon ialah orang yang menghantar permohonan pentadbiran harta pusaka kecil.

Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, pastikan beliau tahu maklumat harta pusaka si mati dan hak beliau dalam tuntutan pusaka berkenaan. Waris yang tidak hadir perlu mengisi Borang DDA (Persetujuan Pembahagian). Borang ini boleh dihantar semasa sesi bicara atau dihantar kemudian.


2. Berbaik sangka dengan pegawai bicara

Tugas pegawai bicara adalah sebagai pemudah cara dan beliau yang akan mengeluarkan keputusan hasil perbicaraan. Pegawai bicara seorang yang berpengalaman. Semasa sesi kami, pegawai yang ditugaskan ialah Ketua Penolong Pengarah. Beliau sendiri sudah mengendalikan begitu banyak sesi yang serupa.

Dengar dengan teliti perkara yang disampaikan oleh pegawai bicara. Mungkin ada maklumat dalam permohonan yang tidak diketahui oleh waris lain atau salah seorang waris. Oleh sebab itu, berikan perhatian kepada perbincangan.

Sebagai pegawai bicara beliau berhak meneruskan atau menangguhkan sesi jika ada hal yang tidak dapat diselesaikan dalam sesi berkenaan.

Sesi dimulakan dengan mengesahkan kehadiran waris. Kemudian kami diminta mengangkat sumpah bahawa pengakuan kami adalah benar.


3. Mengetahui susur galur ibu bapa dan moyang

Pegawai bicara seterusnya bertanya kepada pemohon tentang si mati dan susur galurnya. Adakah ibu dan bapa si mati masih ada. Adakah datuk dan nenek si mati masih ada. Beliau ingin memastikan bahawa tiada waris yang tertinggal.

Dalam kes kami, ibu juga sudah meninggal dunia sebelum harta pusaka bapa dibahagikan. Jadi, pegawai bicara turut mengesahkan susur galur ibu. Mengikut Faraid, ibu, bapa dan isteri si mati adalah waris Faraid jika mereka masih hidup selepas kematian si mati.

Memandangkan ibu kami sudah meninggal dunia, maka bahagian Faraid beliau dipersetujui bersama untuk dibahagikan terus kepada semua waris lain. Ini adalah kes kami sendiri. Pegawai bicara memutuskan demikian kerana waris ibu juga adalah sama.

Sekiranya berlaku hal serupa dalam keluarga lain iaitu kematian waris sebelum sempat harta pusaka dibahagikan, maka prosesnya mungkin berbeza apabila senarai waris bagi kedua-dua si mati berlainan. Ia akan menjadi pembahagian pusaka berlapis.


4. Berlapang dada dalam kalangan waris

Seterusnya pegawai bicara menyebutkan senarai harta pusaka tak alih dan harta pusaka alih. Harta pusaka tak alih adalah tanah dan rumah. Harta pusaka alih ialah tunai seperti wang simpanan dan pelaburan serta kenderaan.

Harta tak alih ini sudah diberikan penilaian oleh Jabatan Penilaian. Manakala, harta alih pula dinilai mengikut jumlah semasa dalam penyata bank atau buku simpanan.

Semua dokumen asal mesti dibawa semasa perbicaraan untuk pengesahan. Dokumen ini akan dipulangkan semula selepas bicara. Pejabat Pusaka Kecil hanya mengendalikan kes tuntutan harta pusaka bernilai kurang RM2 juta. Jika nilai harta pusaka melebihi RM2 juta, ia akan ditolak dan perlu ditadbir melalui Mahkamah.

Dalam sesi ini, semua waris yang hadir akan mengetahui nilai pusaka si mati. Pegawai bicara juga akan mengira bahagian setiap waris mengikut Faraid bagi orang Islam. Jika bukan Islam, hak pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958.

Setelah mengetahui hak masing-masing mengikut Faraid, pegawai akan bertanya tentang persetujuan pembahagian. Tuan Pegawai kami mengingatkan tentang hak Faraid dan dalam Islam tidak menghalang keputusan muafakat dan tolak ansur.


5. Tidak menafikan hak waris Faraid

Secara asasnya, kami faham hak masing-masing mengikut Faraid. Namun, bagi memudahkan urusan pindah milik aset pegawai bicara meminta kami memutuskan nama waris yang akan diletakkan dalam geran.

Geran rumah khususnya, tidak boleh menyenaraikan semua waris sebagai pemilik. Namun, nama semua waris boleh dimasukkan dalam geran tanah.

Ketika ini keputusan muafakat diperlukan. Jika tiada muafakat, sesi bicara akan ditangguhkan kerana tiada keputusan boleh dibuat. Akibatnya, urusan pembahagian pusaka akan berpanjangan.

Dalam masa yang sama, jika ada dalam kalangan waris yang tidak mahu mengambil bahagian mereka, waris berkenaan boleh menyatakan demikian semasa sesi bicara.

Begitu juga dengan pemilikan kenderaan. Seorang waris perlu dinamakan untuk menerima kenderaan pusaka bagi menguruskan hal pentadbiran aset ini. Bagi kami, orang yang dinamakan adalah pemilik seterusnya.

Bagi urusan tunai pula, pegawai bicara boleh mengeluarkan arahan supaya wang tunai dikeluarkan kepada setiap waris atau kepada wakil waris.

Sekiranya waris melantik wakil, pegawai mengingatkan ia adalah atas dasar PERCAYA. Wakil ini bertanggungjawab mengagihkan kepada semua waris mengikut persetujuan dan hak masing-masing.

Semua yang hadir berhak menyatakan pendapat mereka sama ada bersetuju atau tidak dengan pembahagian dan keputusan yang dibuat. Semakin banyak konflik dan pertentangan, maka proses perbicaraan semakin rumit dan meletihkan.

Waris yang hadir juga perlu menyedari hak waris yang tidak hadir serta berlaku adil kepada beliau. Waris yang tidak hadir akan menyerahkan Borang DDA yang sudah diisi. Kandungan borang ini mesti sama dengan keputusan semasa perbicaraan. Sekiranya, ada perbezaan perbicaraan akan diulang semula.


6. Tenang dan cuba bersikap rasional

Menurut pengalaman peribadi, saya berpendapat sesi bicara kami berjalan lancar. Mungkin orang lain mempunyai pengalaman berbeza. Seperti yang saya nyatakan di bahagian awal artikel ini. Ia suatu proses yang melibatkan hal sensitif dan menyentuh emosi.

Namun, kita kembali kepada tujuan asal iaitu ingin menguruskan harta pusaka si mati dengan cepat, lancar dan mudah. Selain daripada itu, kita tidak mahu nilai ekonomi harta pusaka beku atau tidak boleh dimanfaatkan ke jalan yang baik.

Cuba bersikap rasional dan fokus kepada perkara yang dibincangkan dalam Bilik Bicara. Hal lain yang tidak berkaitan boleh dibincangkan di luar sesi.



Manusia hanya pemegang amanah sahaja. Pemilik semua ini adalah Tuhan. Sebagai pemegang amanah, kita harus melakukan yang terbaik atas harta yang diamanahkan. Sedikit atau banyak harta yang ditinggalkan adalah hikmah yang perlu dipelajari dan direnungi oleh semua waris.

Sekurang-kurangnya, ini yang saya belajar daripada sesi bicara pusaka kecil. Pada mulanya saya takut kerana tidak mengetahui apakah yang akan berlaku dalam Bilik Bicara. Ketakutan itu adalah kerana saya tiada pengalaman dan maklumat yang terhad tentang hal ini.

Sebelum proses bicara, kami sudah berkongsi maklumat tentang harta pusaka bapa. Dengan cara ini, masing-masing sudah mempunyai maklumat penting dan lebih mudah membuat keputusan pembahagian. Hal sebegini memerlukan masa untuk difikirkan.

Semua waris akan lebih bersedia apabila mereka mempunyai maklumat yang cukup tentang harta pusaka yang akan diwarisi.

Semoga catatan ringkas ini dapat memberi gambaran tentang proses bicara harta pusaka kecil. Ia adalah pengalaman peribadi saya.

Namun, prosedur dan persoalan yang akan dibincangkan dalam sesi bicara adalah hampir serupa. Yang membezakan pengalaman saya dan anda adalah cara pegawai bicara mengendalikan sesi dan respons daripada waris yang hadir.


Sumber artikel disini
No comments

Jumaat, 3 Februari 2017

7 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MENGELAKKAN KERING DI HUJUNG BULAN

Semua orang perlu mula merancang kewangan supaya hidup lebih teratur.

Tak kira lah korang kerja apa sekalipun.

Tapi bagaimana harus mulakan? Apa yang perlu dilakukan supaya kewangan dapat diuruskan dengan baik? 




Apa khabar tahap kewangan korang? Harapnya baik-baik je lah. Masih boros berbelanja? Ataupun rasa masih susah nak menyimpan wang?


Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing. Tidak kiralah sama ada orang kaya atau miskin.

Ini antara panduan yang korang boleh buat untuk memantapkan kewangan korang. Antaranya:


Panduan #1 Rancang Kewangan
Semua bermula dengan diri korang. Rancanglah kewangan korang dengan sebaik mungkin. Janganlah berbelanja melebihi pendapatan bulanan korang. Sediakan bajet kewangan sendiri setiap bulan. Simple.


Panduan #2 Teknik Sampul
Keluarkan duit gaji. Bahagikan wang perbelanjaan korang ke dalam beberapa sampul surat. Labelkan mengikut peruntukan bulanan. Antaranya, belanja barang dapur, bayar bil / utiliti, belanja makwe, petrol dan lain-lain.


Panduan #3 Potongan Gaji Ke Dalam Tabung Haji
Benda ni paling senang nak buat tapi susah nak dilaksanakan. Takda masa la, susah parking dekat pejabat TH lah dan macam-macam lagi lah alasan korang kan.


Panduan #4 Unit Amanah
Dengan membuat Unit Amanah, korang boleh memastikan setiap bulan sudah ada simpanan pelaburan tetap. Jadi selebihnya boleh berbelanja.


Panduan #5 Bawa Wang Tunai
Kalau nak pergi beli barang, bawalah wang tunai je. Tapi pastikan bawa wang cukup dengan apa yang nak dibeli. Tidaklah nanti korang menggelupur apabila nampak perkataan SALE 80%. Benda dah ada pun nak beli lagi. Semua benda nak beli. Tidak perlu bercinta dengan kad kredit kalau korang tak mahir menggunakan.


Panduan #6 Simpan Si Oren & Si Hijau
Buatkan tabung RM20 dan RM5 misalnya. Kalau tak mampu bercinta dengan Si Oren, bercintalah dengan Si Hijau dulu. Kadangkala kehadiran Si Oren sukar diduga. Hasilnya selepas setahun memang mantap.


Panduan #7 Simpan RM1 Satu Hari
Paling tidak pun korang simpan RM1 satu hari. Balik kerja tu, masuk RM1 dalam tabung. Sebulan dah RM30. Kalau setahun dah RM365 dah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Naik gaji, tambahkan jumlah simpanan.


Banyak lagi cara yang korang boleh buat. Ubah suai mengikut kemampuan dan keadaan ekonomi korang.

Berapa pendapatan korang tidak penting, yang penting berapa banyak yang korang mampu simpan. Ada yang bergaji besar, tapi simpanan sikit dan ada yang yang bergaji kecil tetapi simpanan banyak.

Masa kurang tanggungan inilah, korang kena memantapkan kewangan. Ini tidak, tiap hari minggu korang duk perabis duit kat makwe. Dapat gaji belanja makwe makan dekat kedai hipster. Lepak dekat kedai kopi mahal. Tengok wayang sambil makan pop corn. Tiga minggu kemudian mulalah nak meminjam duit rakan sejawat.

Sumber artikel disini
No comments

Khamis, 2 Februari 2017

CARA BERJIMAT YANG SUPER DUPER EFEKTIF



Tak mustahil sebenarnya nak menyimpan ketika ekonomi tidak menentu ni. 

Yang penting korang nak ke tak je. 

Pasti ramai yang nak tahu cara nak berjimat dan pada masa yang sama, tambah simpanan untuk kegunaan masa depan kan? 

Tapi macam mana nak buat semua ini? 





Setiap kali pergi kerja dari Nilai ke Bangi saya akan jumpa papan iklan Mr. DIY ini (rujuk gambar) selepas laluan nak masuk ke tol Elite. Bagus nasihat ni. Saya suka. 

Antara penjimatan yang kita boleh buat bila berbelanja adalah seperti berikut.


1. Bijak bezakan antara kehendak dan keperluan
Makan itu keperluan asas. Tapi makan kat KFC, Domino Pizza atau Secret Recipe itu kehendak. Kalaupun mampu, sebulan sekali cukuplah. Ini setiap weekend nak makan sedap je, padan lah simpanan selalu kering kontang.


2. Hidup di bawah kemampuan
Walaupun mampu beli tudung branded, beli je kat kawan-kawan yang ada jual tudung atau shawl. Kan dapat jimat puluh-puluh RM, di samping support bisnes kawan sendiri. Sambil menyelam, minum air. Lagi untung kalau dapat diskaun lebih. Kawan kan?


3. Rancang perbelanjaan
Bila nak keluar untuk berbelanja, senaraikan dulu apa yang nak dibeli. Rancang dan tulis siap-siap nak beli apa. Hanya beli barang yang ditulis saja. Nak keluar shopping tu, perut jangan dalam keadaan lapar, supaya nafsu makan tak mempengaruhi nafsu belanja.


4. Buat belanjawan
Kalau ada peruntukan makan RM400 sebulan, bahagikan RM100 seminggu. Kalau tak cukup juga, jangan usik bajet minggu depan atau korek simpanan. Cuba latih diri puasa sunat, terutamanya bagi orang bujang.


5. Bandingkan harga
Setiap produk ada banyak pilihan. Contohnya sekarang saya dah ganti Nutella RM12-15 dengan Delfi RM8-9. Beli kat 99 Speedmart. Kalau beza berat/kuantiti, tekan kalkulator kat hp, kira harga tiap gram/unit jatuh berapa sen dan pilih yang paling murah. Kenapa bayar lebih untuk produk yang sama, kan? Yang murah tak semestinya tak bagus. Yang mahal tak semestinya bagus. Kaedah ini juga terpakai untuk susu dan lampin anak. Kadang-kadang saya compare beberapa jenama kat 3-4 tempat. Tak de lah sampai saya jalan ke 3-4 tempat tu. Katalog yang dapat dalam peti surat tu kan ada?


6. Belanja ikut keutamaan
Ikutkan hati, semua benda kita nak beli, kan? Sabar. Utamakan yang utama, dahulukan keperluan, kemudiankan kehendak. Mana yang ada, guna sampai habis, pakai sampai rosak. Contohnya pakaian anak, abang/kakak punya boleh turunkan kat adik. Contoh lainnya hp. Nak baiki atau beli baru? Saya dah pernah tulis dulu. (Rujuk komen kat bawah).


7. Hidup bersederhana
Ini adalah salah satu rahsia kenapa orang kaya kekal dan tambah kaya. Ramai orang kaya memilih cara hidup sederhana (mengikut standard mereka masing-masing). Malangnya kita, dah lah susah, suka pula hidup mewah. Sebab itulah tak kaya-kaya dan ramai kena tipu dengan skim cepat kaya.


Akhir kata, keadaan kewangan kita sekarang adalah kesan perbuatan kita 3, 5 dan 10 tahun lepas. Dan keadaan kewangan kita 3, 5 dan 10 tahun akan datang adalah kesan tindakan kita hari ini. Menyalahkan keadaan dan orang lain tak banyak membantu. Tambah ilmu dan mula bertindak. Tanpa tapi, tanpa nanti.

Sekian. Terima kasih.

Sumber artikel disini
No comments

5 PERKARA YANG JANGAN KORANG BUAT PADA KEGAWATAN EKONOMI SEKARANG



Dalam menghadapi ekonomi gawat ini, banyak perkara yang perlu diambil kira. 

Kadang kala, dengan gaji yang sedia ada pun masih tidak mengcukupi. 

Ada 5 perkara yang sebolehnya korang kena elakkan supaya kehidupan korang tidak bermasalah.




Ekonomi sekarang tengah sakit. Sebelum ekonomi diri dan keluarga kita pun turut sakit, pastikan kita tak buat 5 perkara di bawah ni:

Perkara #1 JANGAN masuk skim cepat kaya
Masa gawat ni, skim cepat kaya tumbuh macam cendawan. Ada yang memang terang dan jelas skim, ada yang bertopengkan MLM dan ada yang bertopengkan pelaburan.

Pastikan kita berhati-hati sebelum buat keputusan untuk melabur dalam apa-apa, terutamanya pelaburan yang guarantee pulangan tetap yang tinggi tanpa sebarang risiko. Jangan sampai kita nak cepat kaya, jadi cepat miskin.


Perkara #2 JANGAN guna duit VSS atau KWSP untuk buat bisnes
Bisnes ni nampak senang tapi sebenarnya susah. Jangan ingat kita ada modal banyak lepas dapat VSS atau KWSP, kita boleh terus buka bisnes dan jadi kaya raya. Ye, memang ada yang kaya buka bisnes. Tapi untuk setiap 1 bisnes yang berjaya, mungkin ada 1000 lagi gagal yang kita tak pernah dengar cerita. Yelah, mana ada cerita bisnes gagal keluar kat surat khabar.

Pesan orang lama dalam bisnes, Puan Guru Ainon Mohd, mulakan berniaga dengan maksimum modal RM2k sahaja, jangan lebih daripada itu.

Duit VSS dan KWSP tu, simpan di tempat yang selamat untuk tampung perbelanjaan seharian kita.


Perkara #3 JANGAN jadi malas
Masa biasa pun tak boleh malas, lagi-lagilah masa kegawatan ekonomi.

Kalau kita malas kat tempat kerja, risiko kita lebih tinggi untuk kena buang. Berhentilah berborak di pantry atau tuang masa kerja kita.

Kalau kita malas membaca, kita rugi sebab tak tahu apa yang kita boleh buat untuk tambah pendapatan.

Kalau kita malas bertindak, jangan jealous bila orang lain yang cepat bertindak beli banyak rumah dan bina banyak harta berbanding kita.

Jangan harap nak kaya kalau malas.


Perkara #4 JANGAN pilih kerja
Ramai adik-adik yang konvo baru ni. Tak kira CGPA rendah atau tinggi, masa sekarang bukan masa boleh pilih-pilih kerja. Mana-mana kerja yang dapat, terima dulu. Awal-awal kerja ni bukan untuk cari duit banyak, tapi untuk cari pengalaman. Dah dapat pengalaman, baru senang nak cari kerja yang lebih baik atau nak demand gaji tinggi. Majikan zaman sekarang tak kisah result ko berapa, yang penting boleh buat kerja atau tak. Jangan jadi penganggur kehormat lama-lama sangat kat rumah tu.

Yang dah kerja pula, elakkan melompat kerja lain. Kalau company terpaksa buang pekerja, biasanya yang kena buang dulu adalah pekerja baru, sebab pampasan lagi murah.


Perkara #5 JANGAN bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja
Yang ni khasnya kepada mereka yang bekerja dengan syarikat swasta. Memandangkan sekarang ni banyak syarikat tengah kurangkan kos (baca: buang pekerja), maka eloklah bersedia dengan cari pendapatan sampingan. Yang penting jangan sampai mengganggu waktu kerja kita, tak berkat nanti atau silap haribulan boleh kena buang kerja.

Antara benda yang boleh dibuat:

FREELANCE: Bagi yang ada skil tertentu seperti graphic designer, engineer, akauntan dsb, boleh cari peluang untuk buat freelance pada masa terluang. Boleh check website seperti www.fiverr.com. Kalau engineer, boleh cari consultancy firm yang nak pakai freelance consultant. Kalau akauntan, boleh tolong buat akaun untuk mana-mana syarikat kecil. Banyak je lubang nak buat freelance, cuma kena rajinlah cari.

BAWA UBER ATAU GRAB: Yang ni tengah famous sekarang. So kalau ada kereta dan masa free, bolehlah start terus. At least sambil kita drive pergi kerja, boleh cover duit minyak kita.

BUAT PART-TIME BISNES: Macam-macam bisnes ada sekarang. Banyak bisnes tak payah keluar modal sebenarnya. Paling senang, jadi dropship produk aku. Dengan Brace Beaute kornag boleh jana income sampai 4k sbulan tau. Tak pun jadi ejen takaful atau unit trust. Cuma kena tebalkan sikitlah muka. Tak payah kisah orang cakap apa, bukan diorang yang bagi ko makan.

MELABUR: Cari pelaburan yang betul, yang boleh bantu kita buat duit. Antaranya beli hartanah dan sewakan. Usaha cari hartanah yang boleh bagi positive cash flow. Memang susah, tapi ada. Kalau betul-betul nak, mesti boleh cari jalan.

Tu je yang saya nak kongsi.

Sumber artikel disini
No comments

Nak berjaya menyimpan walaupun bergaji bawah 1K? Baca 7 tips menarik ini.



Bila mula bekerja, mesti korang nak mula menyimpan untuk kegunaan masa depan kan?

Namun bagaimana pula bila korang bergaji bawah 1K? 

Boleh ke tak menyimpan?

Jawapannya adalah boleh. Tak kisah pun korang bergaji berapa, asalkan korang nak menyimpan.

Nak tahu cara menyimpan walau gaji korang bawah 1K?







“Gaji aku ciput la, macam mana nak menyimpan.”

“Nak makan pun sakit, inikan pula nak menyimpan.”

“Gaji 3K bolehlah la nak simpan, gaji aku 1K je.”

***

Itu antara dialog kehidupan anak muda yang selalu saya dengar. Sebenarnya konsep menyimpan bukan berapa banyak pendapatan korang. Ada je yang gaji banyak tapi simpanan mereka pun rasa macam tumbuk bawang. Rasa nak nangis tengok. Banyak hutang daripada simpanan.

Kita mampu membuka pintu kepada mereka tapi kita tidak mampu untuk memaksa mereka untuk masuk ke pintu perubahan tersebut.

Ini antara panduan dan cara saya masa saya mula-mula bekerja dulu. Gaji saya pun biasa-biasa je. Nak tahu? Ayuh baca lagi:

1. Matlamat Dan Target
Jika korang tak ada matlamat dan target pun susah juga. Korang duk cakap dalam diri sendiri “aku kena menyimpan ni” tapi korang tak tahu berapa harus korang menyimpan dan apa yang korang nak capai nanti. Jadi setkan matlamat terlebih dahulu. Berapakah kemampuan ekonomi korang. Berapa setiap bulan korang harus menyimpan dan di mana nak simpan. Macam gua, gua setkan nak menyimpan RM300 setiap bulan.


2. Simpan Dahulu Baru Berbelanja
Sekurang-kurangnya simpan terus 10% daripada pendapatan korang. Paling senang buat potongan gaji ke tempat simpanan. Selebihnya baru berbelanja. Cara ni sangat berkesan bagi gua. Tak lah nanti korang tak tahu kemana wang korang larikan diri.


3. Simpan Di Tempat Yang Susah Hendak Dikeluarkan
Saya tahu, perangai anak muda ni ada yang menyimpan kemain rajin. Tapi bila tengok perkataan SALE 80% mula la nak menggelupur terus pergi cucuk balik duit dekat ATM tu. Habis simpanan dalam satu hari. Jadi, korang boleh simpan dekat tempat yang susah nak dikeluarkan sikit macam TH, AHB.


4. Tidak Bercinta Dengan Kad Kredit
Ramai kawan-kawan saya semua kaki kad kredit. Keluar dengan makwe mesti nak nampak cool je beli tiket wayang guna kad kredit. Bayar makan pun guna kad kredit. Peh.. nampak awesome gila main swap-swap je. Bila dah due date kena bayar, tak tahu nak bayar macam mana. Akhirnya caj-caj tambahan dikenakan. Kalau korang mampu bayar dan bijak merancang, lepastu selalu dapat bonus, rebat takpelah.


5. Pendapatan sampingan
Kalau member ajak berniaga kecil-kecilan tu join lah. Jadi ejen takaful, ejen hartanah ke. Berniaga online ke. Buat dropship ke. Kalau korang ada kereta bawah 5 tahun boleh buat Uber ataupun Grabcar. Dah dapat komisen sedikit sebanyak simpan ye. Jangan ajak makwe lepak makan kat Pavillion pulak.


6. Mengurangkan perbelanjaan
Saya tak suruh korang pergi makan pucuk ubi tiap hari, pergi memburu kancil di hutan tapi cukup lah korang cuba mengurangkan kos perbelanjaan seharian. Contohnya hadkan makan di luar, tutup suis elektrik jika tidak digunakan, baiki paip yang bocor. Tak perlu tiap minggu tengok wayang dengan makwe, pergi travel luar negara, beli gajet terbaru dan sebagainya. Korang boleh fikir sendiri kan. Fikirkan sejenak ke mana wang korang selalu banyak dihabiskan.


7. Banyakkan bersedekah
Dalam duit gaji kita tu ada juga rezeki orang lain. Jangan risau dan takut untuk memberi. Sedekah ikut kemampuan korang. Yang penting niat tu. Biar ikhlas. Eloknya sedekah dekat adik beradik yang kurang kemampuan dulu. Family first gituuuuhh! Mak ayah jangan lupa.

Korang bagi 1, 10 Tuhan ganti balik. Tak semestinya korang bagi RM50, dapat balik RM50. Tuhan akan bagi dalam pelbagai cara.


Mudah bukan? Banyak lagi cara yang korang boleh buat. Pengalaman dari masa ke semasa akan mematangkan korang. Tapi, kalau dah nak masuk umur 35 tahun pun masih tak fikir nak menyimpan, korang ada masalah lah tu.

Walau sedikit manapun usaha korang, lama-lama pasti akan membuahkan hasil. Jadi, ayuh mulakan daripada sekarang.


Sumber artikel disini
No comments

Rabu, 1 Februari 2017

4 tips yang anda perlu buat supaya permohonan pinjaman bank anda tak ditolak






Korang nak mohon pinjaman bank? 

Namun tahukah ada kemungkinan permohonan korang bakal ditolak oleh pihak bank? 

Nak tahu apa yang korang boleh lakukan supaya permohonan korang tak ditolak? 


Proses memohon untuk pinjaman boleh memeningkan kepala, tetapi jangan risau! Ikuti tip-tip dibawah untuk ketahui apa yang anda perlu buat supaya permohonan pinjaman anda tidak ditolak oleh pihak bank!

Tips #1 Periksa Rekod Kewangan Anda

Sebelum anda memulakan permohonan untuk pinjaman, periksa dahulu keadaan rekod kewangan anda. Perkara pertama yang akan dilihat oleh pihak bank ialah rekod kewangan seseorang yang memohon pinjaman. Jika anda mempunyai rekod bayaran balik yang tidak baik, contohnya anda sering lambat untuk membuat pembayaran kad kredit, pihak bank tidak akan meluluskan permohonan pinjaman anda.

Pihak bank adalah institusi kewangan yang terima deposit dari pelanngan, dan deposit itu kemusiannya akan digunakan untuk menyediakan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman untuk kereta. Bank kemudian akan mengenakan caj untuk pinjaman tersebut. Peminjaman yang mempunyai rekod bayaran balik yang tidak baik mempunyai kemungkinan tinggi untuk meneruskan perangai mereka itu.

Jadi, ini merupakan antara sebab mengapa anda perlu pastikan rekod kewangan anda dalam keadaan baik kerana ia akan membantu anda bila anda ingin memohon untuk pinjaman atau apa-apa sahaja permohonan di bank. Sekiranya anda mempunyai rekod kewangan buruk, ambil masa dahulu untuk tingkatkan rekod tersebut sebelum anda memohon untuk pinjaman. Ia lebih baik daripada melalui proses permohonan pinjaman kemudian ditolak kerana anda sudah tahu anda mempunyai rekod kewangan buruk.

Bank Negara mempunyai system Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang mengumpul semua maklumat kredit peminjaman dari pihak bank di Malaysia kemudian menyediakan report kredit yang diberikan kepada bank. Anda juga boleh dapatkan report ini untuk melihat kedudukan kredit anda. Anda perlu hadir ke bank Negara untuk dapatkan report CCRIS anda.

Terdapat lagi satu report kredit yang anda perlu lihat juga iaitu CTOS. Pihak bank juga akan periksa report kredit CTOS pemohon sebelum membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan. Anda boleh dapatkan report kredit CTOS dari MyCTOS.



Tips #2 Berdisiplin

Sebelum anda memohon untuk pinjaman, pastikan anda sudah mula berdisiplin dengan membayar semua komitmen kewangan anda seperti pinjaman kereta atau bayaran balik kad kredit anda tepat pada masanya. Mulakan sikap ini sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda memohon untuk pinjaman, tetapi lebih awal anda mulakan lebih baik. Ingat, walaupun anda tidak mempunyai niat untuk memohon pinjaman dalam jangka masa terdekat, membayar semua komitmen kewangan anda awal adalah sikap yang baik. Ia akan membantu tingkatkan peluang anda apabila anda melakukan permohonan di bank.

Sikap disiplin anda dalam membayar balik ini juga akan menentukan bagaimana keadaan rekod kewangan anda nanti. Ini kerana jika anda sering lambat atau lebih teruk, tidak melakukan pembayaran untuk komitmen kewangan anda yang lain ini akan tertera di rekod kewangan anda. Pihak bank kemudian akan menolak permohonan anda kerana melihat corak pembayaran anda yang tidak baik. Jadi ingat, anda perlu berdisiplin jika ingin permohonan diluluskan!



Tips #3 Baca semua syarat

Sebagai peraturan umum, kebanyakan bank hanya akan meluluskan permohonan pinjaman anda jika ia tidak melebihi 30% daripada komitmen kewangan yang anda sedia ada. Bagi pinjaman peribadi, bank akan berikan 2 atau 3 kali ganda gaji anda. Untuk tidak membuang masa, kira berapa komitmen kewangan anda dan lihat terma dan syarat pinjaman bank tersebut sebelum anda memohon untuk pinjaman. Setengah individu lupa atau pandang remeh untuk lihat terma dan syarat. Pastikan anda periksa had minima gaji, umur dan juga had pinjaman yang akan diberikan oleh bank sebelum memulakan permohonan anda. Ini akan bantu anda pastikan anda layak atau tidak dan tidak membuang masa anda mohon hanya untuk permohonan ditolak kerana anda tidak layak dan anda sebenarnya boleh mengetui hal ini jika anda lihat terma dan syarat yang tertera.



Tips #4 Mula Rekod Kredit

Ada pihak bank yang enggan meluluskan permohonan pinjaman bagi individu yang tidak mempunyai rekod kredit. Ini bermaksud individu yang tidak mempunyai sebarang komitmen kewangan seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahan atau kad kredit. Individu seperti ini tidak mempunyai sebarang rekod kredit, maka pihak bank tidak boleh melihat atau menggagak corak pembayaran mereka. Maka, sebelum anda memohon pinjaman anda disyorkan untuk memulakan rekod kredit kerana ia akan meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan.

Anda boleh mulakan rekod kredit dengan mendapatkan kad kredit asas dan gunakan untuk membayar pembelian harian anda. Anda kemudian boleh mengambil kesempatan daripada kad kredit itu untuk dapatkan rebat, cashback dan diskaun. Tetapi, ingat anda perlu melakukan pembayaran untuk kad kredit anda dengan disiplin, jangan bayar kad kredit anda lewat pula.

Akhir sekali, cuba anda letakan diri anda di tempat pihak bank. Melalui cara itu, anda boleh menilai diri anda melalui cara pihak bank akan menilai anda. Cara ini juga boleh bantu anda untuk mengorak langkah dengan lebih bijak sebelum anda memohon pinjaman dari pihak bank. Bank mempunyai proses serta system berlainan sewaktu memproses permohonan yang mereka terima. Tetapi, jika anda mengikuti tip yang telah diberikan diatas, anda boleh meningkatkan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan.

Sumber artikel disini
No comments

CARA MENTERNAK AYAM BAIK ATAU AYAM RATU






Salam hormat kepada semua pengunjung blog saya ini. Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang asas penternakan ayam baik atau ratu. Semoga bermanfaat kepada kita semua


Peringkat Tumbesaran Ayam


Peringkat 1 = peringkat usia anak ayam dari satu hari sehingga 2 bulan. Ketika ini perhatian serius diperlukan untuk meningkatkan daya hidup seekor ayam. Ayam perlu dijaga dari semua aspek termsuk suhu persekitaran, keselamatan serta makan minum. Anak ayam sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran dan sebarang unsur berbentuk tekanan meningkatkan kematian anak ayam. 

Peringkat 2 = peringkat usia antara 2-4 bulan. Ketika ini anak ayam mula diasuh untuk menjadi ayam dewasa. Ciri-ciri ayam dewasa matang mula wujud dan proses pembesaran berlaku. Namun ketika ini anak ayam masih lemah walaupun pada mata kasarnya sudah cukup bersedia. Kalau ketika ini kita mendedahkan anak ayam ini dipersekitaran yang asing dan sukar seperti cuaca melampau, anak ayam akan mudah mati. biasanya penternak memindahkan anak ayam yang menyerupai reban ayam dewasa tanpa pemantauan. Perkara ini banyak membunuh anak ayam secara langsung atau tidak. Sepatutnya anak ayam masih lagi dididik berikut resam si ibu akan mendidik anaknya sehingga berusia 3 bulan. Ketika umur 3 bulan, si ibu akan meninggalkan anaknya namun masih mengambil tahu sekiranya anaknya bermain dipersekitaran. Oleh kerana kita tidak mendidik anak ayam ini secara formal atau secara tabii, maka lanjutan tempoh masa mendidik perlu dilanjutkan kepada 4 bulan. 

Peringkat 3 = Anak ayam berusia 4 bulan sehingga matang. Ayam akan mula matang apabila mencecah usia 6 bulan. Namun untuk ayam jantan jangkamasa 1 tahun diperlukan untuk mencecah usia matang sebagai baka pejantan. anak ayam sudah digelar ayam matang pada masa ini. Dari usia 4 bulan hingga 6 bulan, anak ayam biasanya akan membesar dengan cepat untuk menyediakan diri untuk hidup bersaing di dalam reban. Anak ayam mula nampak cergas serta meniru perbuatan biasa ayam matang lain. Ayam boleh hidup sehingga 8-10 tahun sekiranya dibiarkan lepas bebas dan antara 4-5 tahun jika diternak secara kurungan. 


Penjagaan Anak Ayam

  1. Menyediakan reban asuhan @ brooder. Keluasan mengikut kuantiti anak ayam. Pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin luar masuk. Reban anak ayam hendaklah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan penyakit
  2. Menyediakan sumber haba @ mentol untuk anak ayam memanaskan badan. Mentol 5 watt untuk hari biasa manakala mentol 15 watt untuk musim kentujuh. Ketika umur anak ayam bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam. Suhu yang baik untuk anak ayam ialah 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun sebanyak 1c pada setiap minggu. 
  3. Menyediakan bekas makanan secukupnya bagi membolehkan anak ayam mendapat makanan secukupnya. 


Perkara Penting Supaya Anak Ayam Kekal Sihat


1) LOKASI REBAN DIDIK YG SESUAI
2) SUHU YG BAIK
3) PENGUDARAAN YANG BAIK
4) KEBERSIHAN
5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM
6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA
7) MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI
8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM
9) UBAT/VITAMIN
10) NYAMUK

HURAIAN

1) Lokasi = reban didik hendaklah berada di tempat yang boleh dimasuki cahaya matahari.

2) Suhu = selain penyediaan mentol, thermometer juga hendaklah disediakan bagi menyukat suhu dalam reban. Ini bagi memastikan suhu berada dalam keadaan baik dan sesuai. Jangan biarkan suhu di bawah 29c.

3) Pengudaraan yang baik = sistem pengudaraan mestilah baik bagi membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih dapat masuk dengan baik.

4) Kebersihan = ambil masa sekurang2nya 1 hari seminggu untuk membersihkan reban.

5) Reban mengikut kuantiti anak ayam = pastikan ruang untuk anak ayam cukup selesa bagi mengelakkan anak ayam stress dan mati.

6) Pengasingan mengikut usia = anak ayam hendaklah diasingkan mengikut usia bagi mengelakkan anak ayam yang besar menindas anak ayam yang kecil.

7) Air Minuman ditukar setiap hari = air cukup penting bagi ayam terutama pada musim panas. Air seeloknya ditukar setiap hari terutama bagi air yang mengandungi larutan ubatan.

8) Makanan mestilah sesuai mengikut usia = anak ayam yang berusia 3 hari hendaklah diberikan air minuman sahaja dahulu sebelum diberi makanan. Ini kerana system pencernaan anak ayam masih lembut lagi. Makanan untuk anak ayam hendaklah diberikan apabila sudah mencapai usia 4 hari dengan dedak halus.

9) Ubat / vitamin = ubat dan vitamin sememangnya diperlukan untuk menjamin kesihatan anak2 ayam. Tapi pemberian ubatan/vitamin ini perlulah pada usia yg sesuai.

10) Nyamuk = banyak penyakit anak ayam berpunca dari gigitan nyamuk. simptom penyakit tadi boleh dilihat apabila anak2 ayam tadi telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi buta. Jadi gunalah kelambu selama 2/3 minggu. Apabila didapati anak ayam tadi sudah boleh melindungi dirinya sendiri, kelambu tidak perlu digunakan lagi untuk di pasang di reban didik.


Pengurusan Anak Ayam


Kejayaan pengurusan anak ayam adalah satu titik tanda kejayaan seseorang penternak yg mahu memulakan projek ternakan ayam baik. Jika penjualan anak atau penjualan ayam dewasa dilakukan dengan membesarkan benih baka sendiri, pengurusan anak ayam yg betul akan membawa kita kejalan kejayaan. Terdapat 3 jenis pembenihan yg biasa dilakukan oleh penternak ayam di Malaysia.


1. Pembenihan oleh induk secara semulajadi.. cara ini sangat lazim dipraktikkan oleh penternak sambilan atau secara kecil2lan yang menyerahkan proses penetasan dan penjagaan kepada ibu ayam itu sendiri. Kebiasaanya bilangan induk tidak melebihi 10 ekor dimana kurang persaingan dan huru hara dalam kotak penetasan. Telur yg ditetaskan dijaga dan diasuh oleh ibu ayam sehingga anak ayam berusia 2-3 bulan sebelum bercerai susu dengan ibunya. Penternak hanya memantau pembesaran dan menjaga keselamatan pada waktu malam dengan mengurung di dalam bekas atau reban khas untuk mengelakkan ancaman musuh.


2. Pembenihan induk dengan bantuan.. cara ini biasanya digunakan oleh penternak sederhana besar apabila bilangan induk menghampiri 50 ekor. Bagi mengelakkan persaingan atau kepadatan reban penternak akan memisahkan anak ayam dari ibunya sebaik sahaja anak ayam itu kering bulunya selepas menetas, perlu diingatkan anak ayam seboleh-bolehnya diambil sebelum ibunya membawa turun anak tersebut dan telah mengajar anaknya makan. Ini kerana secara lojiknya anak ayam sudah mula bergantung kepada ibunya untuk makan. Sekiranya kita pisahkan anak ayam pada peringkat ini ada kemungkinan anak ayam tidak dapat hidup atau makan dengan sendiri dan akhirnya mati. Anak ayam yg telah dipisahkan akan ditempatkan didalam Brooder selama sebulan hingga 2 bulan sebelum dilepaskan kereban kecil khas untuk peralihan. pada peringkat ini anak ayam diberi makan starter dan diberi ubat antibiotik untuk daya tahan penyakit. Biasanya anak ayam perlu diasuh sebegini sekiranya reban kita mengeluarkan anak ayam lebih dari 100 ekor sebulan. Dengan adanya sistem ini peratusan anak ayam mati dapat dikurangkan.


3. Pengurusan anak ayam dari inkubator.. untuk penternak yg mempunyai ternakan yg melebihi 200 ekor dan kawasan reban adalah terhad. Semua telur dikutip dah dimasukkan ke dalam inkubator. kita boleh menentukan tarikh menetas telur dengan memasukkan telur dalam satu group. Tujuan perkumpulan dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengurus anak ayam yg hampir sebaya umurnya dan akan membesar sekata mengikut usia. namun harus diingatkan telur yg dikumpul perlu tidak melebihi 7 hari dari ianya dikeluarkan. Setelah telur menetas anak ayam akan dimasukkan ke dalam brooder sebelum dilepaskan ke reban khas untuk asuhan peralihan. Cara pengurusan ini akan menyebabkan kadar penghasilan telur direban kita lebih tinggi kerana masa pengeraman dan pengasuhan anak ayam diambil alih dan ibu ayam akan bertelur kembali selepas 3-4 minggu. Untuk jaminan pengeluaran benih yg konsisten cara ini perlu dilakukan namun kosnya agak tinggi kerana melibatkan penggunaan tenaga dan masa.


Reban


Reban Asuhan 
Pastikan bekas untuk ayam mengeram mencukupi. 
Letakkan guni, lalang @ rumput kering / kain terpakai untuk alas tempat mengeram. 
Tuliskan tarikh pada bekas apabila ayam mula mengeram. 
Apabila anak ayam mula menetas, pindahkan anak dan ibu ayam ke reban asuhan. 
Apabila kesemua telur ayam telah menetas, biarkan anak ayam bersama ibunya selama 2 minggu. 
Setelah itu pindahkan anak ayam ke rumah sementara. 
Pastikan ubat merah 707 (bancuhkan dengan air) diberikan kepada anak ayam itu. 


Reban Pembakaan 

Kengkang pergerakan ibu ayam supaya tenaga yang ayam ini perolehi dari makanan digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan telur. Ibu yang dibiarkan bebas tanpa kawalan akan menggunakan banyak tenaga untuk beraktiviti dan merayap. Akhirnya bilangan telur yang kita perolehi berkurangan serta kualitinya akan menurun. 

Tempatkan ayam di kawasan yang sederhana besar. Tujuannya bagi memudahkan berlakunya proses persenyawaan antara si jantan dan si betina. Tanpa persenyawaan, maka telur yang dihasilkan sudah tidak bernilai dari segi penghasilan baka. 

Apabila Ibu Ayam dan si jantan ditempatkan dalam satu tempat terkawal, peratusan telur yang dikeluarkan yang berbenih akan lebih tinggi. 

Satu lagi ciri ayam baik ini, adalah sikap mencari hariki untuk mengawal si betina. Jika kita membiarkan baka kita berada dalam satu kelompok 30-50 ekor ibu dengan 5-6 ekor jantan kesulitan akan kita lihat di dalam reban. Ini kerana dalam satu-satu masa bukan semuanya ibu ayam kita dalam keadaaan sedia untuk mengawan. 

Bagi si betina yang belum dalam fasa nak bertelur, biasanya akan melarikan diri dari dipanjat oleh si jantan. Maka akan berlakulah kejar mengejar dan pergaduhan antara ayam. Yang lagi parah apabila hanya beberapa ekor sahaja si ibu yang berada dalam berahi untuk mengawan. Apabila hanya sedikit sahaja si ibu untuk 'dipanjat' maka apabila sampai masanya si jantan memanjat, akan berlaku serangan dari si jantan lain yang akan cuba merampas takhta untuk mengawan, sekiranya ini kerap berlaku maka kesempurnaan proses mengawan itu akan terganggu. 

Makanan juga adalah perkara yang penting bagi seekor ibu ayam, makanan yang mempunyai cukup zat akan meningkatkan kadar pengeluaran telur. makanan perlu diberi mengikut jadual serta kita perlu memberi makanan tambahan lain termasuk tumbuhan hijau. Ubatan seperti vitamin, antistress dan elektromisis juga perlu diberi dari masa ke semasa untuk menjamin kesihatan ibu dan si jantan. 

Reban yang kita bina khas untuk induk perlulah menghadap matahari terbit bagi membenarkan matahari pagi masuk ke dalam reban dan mengeringkan lantai reban. Jika kita silap menghalakan reban kita, gejala lantai lembap dan berlecah akan terjadi. Dan bila bercampur pula dengan najis dari induk ini, bau serta penyakit mula menyerang. 

Sediakan bekas telur yang sesuai bilangannya berbanding jumlah ibu yang ada. Jika jumlah terlalu sedikit, kekecohan akan berlaku dan kesesakan yang tidak diingini tak dapat dielakkan. Kesesakkan ini biasanya disumbang oleh si ibu yang telah diambil telurnya tetapi masih juga mahu meneruskan aktiviti mengeram. 



Langkah Penting Menyambut Anak Ayam Inkubator


1. Sediakan kotak plastic pvc. Bersihkan kotak ini dan lapikkan dengan surat khabar lama untuk memudahkan kerja pembersihan. Kemudian satu lapisan tisu diletakkan di atas surat khabar. Tujuan tisu ini adalah untuk memberi lebih cengkaman kepada anak ayam ini ketika kali pertama menjejakkan kaki selepas keluar dari inkubator.

2. Tisu ini hanya digunakan sekali dan dibersihkan atau dikeluarkan selepas 3 hari keluar dari inkubator dan diganti dengan lapik biasa.

3. Sediakan bekas air biasa yang diisi dengan air biasa dengan suhu bilik, bukannya air suam atau air sejuk. Anak ayam seharusnya tidak mendapat kejutan suhu semasa kali pertama anak ini minum.

4. Taburkan dedak dengan kuantiti sedikit di atas lapisan tisu tadi dan bukannya dalam bekas makanan ayam biasa. Ini hanya dilakukan untuk kali pertama ayam ini makan.

5. Lampu berkuasa 5 watt digantung di dalam bekas plastik ini dan seeloknya ketinggian mentol ini untuk kali pertama atau hari pertama adalah sedikit sahaja tinggi dari kepala anak ayam ini(1/2 inci).

6. Ketinggian lampu diubah mengikut minggu usia anak ayam ini, pada penghujungnya sebulan jarak mentol dengan anak ayam seharusnya pada setinggi 4 inci atau lebih demi melatih anak ayam 'memahami persekitarannya'.

7. Pemindahan anak ayam dari inkubator boleh dibuat sedikit demi sedikit. Jangan biarkan anak ayam ini terlalu lama diluar tanpa bantuan cahaya.

8. Anak ayam yang sudah cukup cergas dan dapat berdiri tegak dipindahkan ke brooder.

9. Mulut atau muncung paruh anak ayam itu direndamkan sedikit dibekas air supaya anak ayam ini tahu terdapat sumber air, anak ayam dibiarkan merasa air itu seketika dan biarkan dia mencari air itu sendiri dalam proses'belajar' berdikari.

10. Anak ayam dibiarkan berada dalam lingkungan cahaya mentol sepanjang masa semasa berusia dibawah 2 minggu dan pada waktu malam sahaja selepas itu. Setelah usia mencecah 1 bulan lampu hanya dipasang sekiranya hari hujan atau cuaca sejuk.


11. Pindahkan anak ayam ke reban asuhan luar setelah didapati anak ayam sudah cergas.


Faktor Yang Mempengaruhi Penetasan Dalam Inkubator


Antara punca masalah telur tak menetas adalah:

1. Telur yang dijangkiti kuman. Tanpa disedari anda telah memasukkan sebiji dua telur yang telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun semasa anda mengutip telur tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan di dalam telur pecah tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. Telur yang tercemar ini akan menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkannya di dalam inkubator yang telah mengandungi telur lain.


2. Telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh si jantan. Untuk ternakan cara lepas bebas, peratusan untuk telur tidak disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan si jantan memanjat si betina. Ini kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu luas menyebabkan si jantan berjauhan dengan si betina. Telur itu tidak akan menetas walau apa pun dilakukan terhadapnya.3. Jangkitan sekunder di mana kotoran dan kuman dari tangan semasa kita memusingkan telur berpindah kepada telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga boleh di dapati dipersekitaran bekas inkubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap. Jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis anak ayam yang dibiarkan mengering bulunya selepas menetas di dalam inkubator.


4. Masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan kurang atau kegagalan memusingkan telur itu sendiri.

5. Pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang kali pertama mengeram, ibu yang telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang kekurangan zat makanan seharian.


6 Telur yang telah rosak kerana dibiarkan lama diluar sebelum dimasukkan di dalam inkubator juga akan menurunkan peratusan telur menetas.



Candling Telur


Tujuan kita candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio di dalam telur kita. Perkara candling selalu diabaikan oleh pengguna inkubator dengan beranggapan ianya tidak penting dan proses pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Inkubator. Padahal sebelum kita boleh memasukkan sebarang telur, proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan ujian telur. Sekiranya tidak lulus ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jgn sesekali mencuba meneruskan proses pengeraman. Antara faktor yg perlu dinilai semasa proses pemilihan adalah;

1. Perhatikan sebarang retakan pada telur, walaupun terdapat cara untuk menampal retakan namun jalan terbaik adalah tidak memilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari bayangan telur tersebut sama ada kecil atau besar garisannya.

2. Perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur. Mungkin anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yg lain, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai kulit yg nipis. Kemungkinan telur ini untuk menetas adalah sedikit kerana ketidaksamarataan yg menunjukkan kekurangan kalsium.

3. Perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) di dalam telur tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang2 ada telur yg tiada kuning telur yg disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya.. telur seperti ini kalau dieramkan tidak akan mendatangkan anak ayam.

4. Perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. Telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam dan sebagainya.. sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan kain bersih yg kering. Jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yg berlapik dengan tisu untuk membuangnya. Kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan mendapat suhu sekata disetiap permukaan telur. kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada juga pengusaha menggunakan kertas pasir yg paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil namun perlu diingatkan kulit telur akan haus atau terhakis.. ini juga boleh menjejaskan kualiti telur yg hendak dieramkan.

Setelah pemeriksaan dilakukan anda boleh melakukan proses pengeraman di dalam inkubator. Telur perlu diperiksa(candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan, periksa sama ada terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. Jika tiada kita boleh mengeluarkan telur tersebut dan menggantikan dengan yang baru. Telur ini biasanya tidak disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak akan terbentuk.

Candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 yang mana apabila kita menyuluh, bayangan embrio dapat dilihat biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur. Pada ketika ini mata dan kepala telah jelas kelihatan..kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari ... embrio akan mula melakukan pergerakan didalam cecair plasenta telur.

Kita juga boleh melakukannya sekali lagi apabila telur telah berada selama 15 hari di dalam inkubator. Pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat dengan jelas ruang udara pada bahagian tumpul telur. Perlu diingatkan embrio yg telah mencapai usia 17 hari keatas sebolehnya tidak diganggu kerana embrio telah menjadi anak ayam sepenuhnya dan mula melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan. Sila keluarkan sebentar telur yg hendak dicandling bagi memudahkan proses dilakukan.

rujukan : agrovillage

No comments