+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 31 Januari 2017

KEBAIKAN GULA MERAH/GULA MELAKA UNTUK TERNAKAN AYAM BAIK @ RATU










Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pembaca.


Arini saya nak berkongsi berkaitan kebaikan AIR GULA MERAH DAN MANFAAT BAGI TERNAKAN.



KANDUNGAN GULA MERAH

-Nutrisi Gula Merah(setiap 100g)
-Tenaga (kkal) : 386
-Protien (g) : 3,0
-Karbohidrat (g) : 76,0
-Lemak (g) : 10
-Kalsium (mg) : 76
-Fosfor (mg) : 37
-Besi (mg) : 37


TUJUAN MEMBERI GULA MERAH

1. Meningkatkan Stamina dan daya tahan tubuh
2. Menambah nutrisi/sumber tenaga kepada DOC
3. Mengatasi dehidrasi pada ayam atau DOC
4. Menambah berat badan ayam
5. Mencegah kematian pada ayam


CADANGAN

- Pemberian boleh dilakukan sekali dalam sehari
- Pemberian air gula merah pada musim hujan amat disyorkan untuk meningkatkan daya tahan ayam.
- Sesuai untuk 3 bulan ke atas peringkat umur ayam


TIPS

kadar air gula dibancuh air minum sebanyak 3-5% iaitu setiap lit air... 30gm gula merah.

Untuk memudahkan .. ambil 2 cawan gula merah di masak dengan 2 cawan air untuk melarutkan dan mematikan fungus untuk jadikan stok air gula merah..... bila guna 1/2 cawan air gula untuk 10 lit air..... stok gula merah pekat di simpan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk... jika tidak akan jadi masam dan rosak

No comments

Jumaat, 27 Januari 2017

SEJARAH SENI WARISAN AYAM “BAIK”




Ayam bangkok pertama kali dikenal di Cina pada 1400 SM. Ayam jenis ini selalu dikaitkan dengan kegiatan sabung ayam (adu ayam). Lama-kelamaan kegiatan sabung ayam makin meluas pada pencarian bibit-bibit petarung yang andal. Pada masa itu, bangsa Cina berhasil mengawinsilangkan ayam kampung mereka dengan beragam jenis ayam jago dari India, Vietnam, Myanmar, Thailand dan Laos. Para pencari bibit itu berusaha mendapat ayam yang sanggup meng-KO lawan cuma dengan satu kali tendangan.

Menurut catatan, sekitar seabad lalu, orang-orang Thailand berhasil menemukan jagoan baru yang disebut king’s chicken. Ayam ini punya gerakan cepat, pukulan yang mematikan dan saat bertarung otaknya jalan. Para penyabung ayam dari Cina menyebut ayam ini: leung hang qhao. Kalau di negeri sendiri, ia dikenal sebagai ayam bangkok.

Asal tahu saja, jagoan baru itu sukses menumbangkan hampir semua ayam domestik di Cina. Inilah yang mendorong orang-orang di Cina menjelajahi hutan hanya untuk mencari ayam asli yang akan disilangkan dengan ayam bangkok tadi. Harapannya, ayam silangan ini sanggup menumbangkan keperkasaan jago dari Thailand itu.

Konon, pada era enam puluhan di Laos nongol sebuah strain baru ayam aduan yang sanggup menyaingi kedigdayaan ayam bangkok. Namun setelah terjadi kawin silang yang terus-menerus maka nyaris tak diketahui lagi perbedaan antara ayam aduan dari Laos dengan ayam bangkok dari Thailand. Di Thailand dan Laos, ada beberapa nama penyabung patut dicatat, seperti Vaj Kub, Xiong Cha Is dan kolonel Ly Xab. Pada 1975, ayam bangkok milik Vaj Kub sempat merajai Nampang, arena adu ayam yang cukup bergengsi di negeri PM Thaksin Sinawatra itu. Ayam yang bernama Bay itu merupakan salah satu hasil tangan dingin Vaj Kub dalam melatih dan mencari bibit ayam aduan yang handal.

Kedigdayaan ayam-ayam hasil ternakan Vaj Kub berhasil disaingi rekan sejawatnya dari kota Socra, Malaysia. Mereka dari negeri jiran itu mampu menelurkan parent stock atau indukan unggul. Hanya saja, pada generasi berikutn ya, Mr. Thao Chai dari Thailand berhasil menumbangkan dominasi peternak dari Malaysia. Mr. Thao memberi nama jagoan baru itu, Diamond atau Van Phet. Menurut Iwan, Thailand memang tak perlu diragukan lagi sebagai negara penghasil ayam bangkok unggul. Malahan sektor ini sudah diakui sebagai penambah devisa negeri gajah putih tersebut. Dari Thailand bisnis ayam aduan ini tak hanya merambah kawasan Asia Tenggara saja, namun meluas ke Meksiko, Inggris dan Amerika Serikat.

Ada kebiasaan yang berbeda antara sabung ayam di Thailand dan negara kita. Di Thailand, ayam yang bertarung tak diperbolehkan memakai taji atau jalu. Alhasil, ayam yang diadu itu jarang ada yang sampai mati. Kebalikannya di Indonesia, ayam aduan itu justru dibekali taji yang tajam. Taji justru menjadi senjata pembunuh lawan di arena.

Di Indonesia, hobi mengadu ayam sudah lama dikenal, kira-kira sejak dari zaman Kerajaan Majapahit. Kita juga mengenal beberapa cerita rakyat yang melegenda soal adu ayam ini, seperti cerita Ciung Wanara, Kamandaka dan Cindelaras. Cerita rakyat itu berkaitan erat dengan kisah sejarah dan petuah yang disampaikan secara turun-temurun.

Kota Tuban, Jawa Timur diyakini sebagai kota yang berperan dalam perkembangan ayam aduan. Di sini, ayam bangkok pertama kali diperkenalkan di negara kita. Tak ada keterangan yang bisa menyebutkan perihal siapa yang pertama kali mengintroduksi ayam bangkok dari Thailand. Sebetulnya, jenis ayam aduan dari dalam negeri (lokal) tak kalah beragam, seperti ayam wareng (Madura) dan ayam kinantan (Sumatra). Namun ayam-ayam itu belum mampu untuk menyaingi kedigdayaan ayam bangkok.

SEJARAH SENI WARISAN AYAM “BAIK” MALAYSIA

Ayam sabung atau ayam baik di Kelantan memang terkenal di kalangan kaki sabung ayam. Ayam ini banyak berasal dari Thailand dan Saigon. Di besarkan di kelantan di kacuk dengan ayam tempatan menyebabkan ayam ini bertambah baik/molek.

Ayam ini dijaga dengan baik di beri makan makanan berkhasiat untuk sabung seperti juga manusia yang nak bertinju, latihan yang cukup.

Ayam baik kelantan berlaga tidak pakai pisau seperti di Pilipina, berlaga pakai susuh ori sahaja. Ayam yang baik betul tidak sampai 1 minit boleh mengalahkan lawan. Harganya jangan cerita boleh mencecah ratus ribu. Ayam baik Kelantan bersabung di hotel 5 star sebab ayam ini tidak megeluarkan darah yang banyak bila bersabung dan tak payah cari gelangan yang sesuai, sudah modenlah katakan.

Di Pilipina ayam sabungnya pakai pisau untuk bersabung. Biasanya bilah pisau dibuat sendiri atau di beli, bagi kaki sabung ayam dia ada tukang pisau sendiri. Bilah pisau di buat dari mata gergaji besi sebab kos nya yang murah dan besinya tajam serta ringan.

EVOLUSI SENI WARISAN AYAM “BAIK” MALAYSIA

Trend terkini adalah darah cross Burma atau Pama telah terbukti adalah yang terbaik. ayam Pama telah di Cross dengan ayam Thai, Saigon@ganoi, Pakoy, Brazil, maka terhasil lah baka kacukan Magon (pamasaigon), MaThai dan nama-nama lain.

Ayam Pama mempunyai permainan yang unik dimana peratusan ketepatan pukulannya adalah tinggi. Pukulannya yang padu sentiasa kena di bahagian kepala di mana musuh selalunya akan tercabut muncung dan buta matanya. Selain dari susuhnya yg berbisa..Teknik permainannya yang unik, banyak sepak /Tembak dan susah ayam lain mahu masuk belit selain tidak makan pancing (Lock) telah banyak menyebabkan ayam baka asal atau baka batang kaki Bangkok yang terkenal dengan super lock tersungkur di dalam gelanggang.

Evolusi Pama telah berlaku di Thailand. Dimana darah ayam sabung di sana kini adalah dpd kacukan darah ayam Pama. R&D mereka tidak terhenti disini sahaja, mereka sentiasa upgrade baka mereka supaya menjadi lebih baik dan kini telah keluar satu baka yang boleh ‘challenge’ permainan ayam Pama iaitu baka batang kaki + ketip body.

DARI PERMAINAN JUDI JADI PERTANDINGAN AYAM CANTIK

Jika dahulu permainan ayam laga pasti akan dihina dan di keji oleh masyrakat kerana dikatakan kaki-kaki judi dan laga ini menganiaya bintang. Tapi kini trend melagakan ayam sudah semakin berkurang dan beralih kepada pertandingan ayam cantik. Banyak pertandingan yang telah dianjurkan untuk menukar trend masyrakat tempatan dari berjudi kepada pertandingan yang lebih sihat. 

Ayam Ratu yang dikatakan menjadi kegilaan buat semua peminat ayam-ayam laga sekarang ini turut menjadi kegilaan penulis. Memang dari kecil minat pelihara ayam baik, terpikat sebab kecantikan bentuk badan dan jinaknya. Dan kini hobi yg lama mula bertau kembali.. 

Planning big projek dengan LHK ini dan penulis dalam proses untuk menyiapkan ladang ternakan ayam LHK.
No comments

Khamis, 26 Januari 2017

PENAWAR RESDUNG PALING MUJARAB



Penawar Resdung Paling Mujarab 


Resdung ialah sejenis penyakit hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Korang yang selalu mengalami gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelemumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan adalah merupakan tanda-tanda dijangkiti resdung. Oleh yang demikian, saya cadangkan korang carilah penawar resdung paling berkesan dengan segera.


Tanda-tanda lain Resdung 


Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama cuaca sejuk dan awal pagi
Lendir dari hidung dan tekak
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Batuk yang kronik
Keletihan dan badan rasa kurang sihat
Bersin bila terkena habuk
Banyak jerawat
Nafas berbau
Keputihan (wanita)


Sekiranya korang mengalami tanda-tanda seperti di atas, korang perlu bertindak dengan segera. Carilah penawar resdung paling mujarab bagi mengatasi ketidakselesaan akibat dari gejala resdung ini. Selain itu juga, gejala resdung yang tidak dicegah dengan segera akan memudaratkan atau memberi kesan kepada diri kita. 



Kesan-kesan Resdung


Hilang deria bau
Pelupa/daya mengingat lemah
Lubang hidung bengkak dan tersumbat
Berdengkur secara kronik
menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil


Oleh yang demikian, untuk mengatasi kemudaratan daripada gejala resdung ini, korang boleh cuba ubat resdung paling berkesan yang dihasilkan daripada serbuk akar kayu herba tradisional. Ubat ini mampu menyembuhkan penyakit resdung dari dalam.







Cara Pengambilan

1 biji sebelum tidur di waktu malam dan 1 biji di waktu pagi
Ibu mengandung tidak digalakkan pengambilannya
Jangan dilangkah






Untuk mendapat kesan yang lebih cepat, lebih baik jika kita membuka sarung kapsul dan memasukkan serbuk akar kayu ke dalam segelas air kosong. Selepas dimasukkan serbuk ubat tadi, kacau sehingga larut. Kemudian barulah boleh diminum.


NASIHAT : Untuk permulaan dos yang perlu dimakan hanyalah sebiji sebelum tidur di waktu malam dan sebiji di waktu pagi. Sekiranya penyakit sudah berkurangan, korang tidak perlu lagi ambil dos setiap hari, cuma ambil bila perlu sahaja. Contohnya dalam seminggu cukuplah mengambilnya sebiji atau 2 biji. Ataupun korang juga boleh mengambilnya selepas memakan makanan laut.



Testimoni / Pengalaman Pengguna terhadap 
Penawar Resdung Paling Berkesan





























Sekiranya korang berminat dan nak tahu mengenai Ubat Resdung Paling Berkesan dengan lebih lanjut , korang boleh hubungi terus Puan Aisyah Bedol di talian 013-9871616

No comments

JENIS -JENIS KAKI DAN SISI AYAM BAIK TERBAIK


Ilmu bagaimana mengenali ayam sabung yang baik melalui sisik yang terdapat pada kaki ayam sabung semakin dilupakan. Kata orang tua-tua dahulu… “tuah ayam letak di kaki, tuah tuan ayam pada pandainya”.

Ilmu mengenai penilaian sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam sabung ini di pelajari daripada orang-orang tua dan diturunkan dari generasi ke generasi.ini juga disebut sebagai petua mengenal sebelum ilmu nya tiba, Penggemar ayam membuat pengamatan terhadap sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam ayam jaguh dan pengetahuan ini diturunkan dari generasi ke generasi. Kebiasaan ilmu ini diturunkan melalui percakapan lisan.

Penggemar ayam meneliti kebanyakan ayam-ayam yang hebat atau jaguh mempunyai sisik sisik yang unik dan tersendiri. Sisik sisik ayam ini memberikan gambaran cara permainan ayam tersebut. Melalui pemerhatian kebanyakan penilaian sisik adalah agak tepat kerana pemerhatian terhadap sisik ayam ini dibuat secara turun temurun dan mempunyai maksud maksud tertentu mengikut jenis sisik.

Walau bagaimana baka amat memainkan peranan yang sangat penting kerana ia mempengaruhi genetik ayam sabung. Secara fizikal selain bentuk badan, paruh, bulu dan lain lain kriteria yang terdapat pada ayam sabung, sisik kaki ayam merupakan antara sifat fizikal yang paling utama yang digunakan untuk mengenali ayam sabung yang bagus. Kedua dua penilaian secara genetik dan fizikal membantu memilih ayam laga yang bagus. Walaubagaimanapun juga kes kes terpencil membuktikan bacaan sisik bukanlah seratus peratus tepat.

Penggemar ayam perlu melihat sendiri permainan ayam tersebut tetapi bacaan sisik ayam kadangkala memberikan penilaian awal terhadap tahap kehebatan ayam itu. Semua sisik kaki utama dan jari kaki dinilai dan ditafsirkan mengikut tafsiran tafsiran tertentu. Kebanyakan tafsiran untuk sisik ayam ini lebih kurang sama disemua Negara Malaysia, Indonesia dan Thailand Cuma nama- nama jenis sisik agak berlainan mengikut bahasa di negara tersebut.

Pada umumnya ayam yang bagus mempunyai sisik yang kering. Bagus kalau sisiknya menonjol seakan kulit buaya cari juga sisik sisik aneh yang tidak dijumpai secara umum. Sisik sisik aneh atau tuah ini kadang kala tidak selamanya memberikan kemenangan kepada ayam itu. Ini kerana lawanya mungkin juga mempunyai sisik tuah yang lain. Terdapat bermacam sisik, sisik pecah, sisik bawat atau cincin dan lain-lain yang memberikan definasi terhadap permainan ayam sabung tersebut.diatas ini cuma serba sedikit mengenai sisik ayam laga yang dicari- oleh setiap peminat ayam sabung.








HODOH!!! TERAMAT YANG SANGAT, HODOH DAN BURUK PADA PANDANGAN,,,, NAMUN.. 

Inilah antara sisik-sisik ayam thai yang sangat digeruni dalam dunia ayam sabung,sisik-sisik ini lah yang biasa menunbangkan pihak lawan dengan pukulan KO……

Ayam-ayam yang mempunyai sisik seperti ini sangat susah ditemui dan di thai sendiri harga pasaran sangat tinggi,,ape boleh buat,,hendak seribu daya.

Ciri2 kaki ayam thai yang bagus mempunyai paha yg bulat,ukuran batang kaki yang sedang dengan jari kecil dan panjang dan mempunyai sisik yang kering dan berbagai jenis aturan kedudukan sisiknya,(kelebihan seseekor ayam laga yang terbaik).ayam yang seperti ini memiliki gerakan yang pantas lincah dan pukulan nya sangat padu dan kuat, dan pergelangan kaki paling bawah, seeloknya yang lebih besar dari yang tengah dan atas, ayam jenis ini mempunyai pukulan yang sangat padu dan kuat,, kata orang tua-tua kita dahulu.

tag : kaki ayam baik, sisik kaki ayam baik, ayam baik siam, ayam baik kelantan, ayam ratu, ayam laga, ayam sabung, lhk, 
No comments

Rabu, 25 Januari 2017

Rezeki Ada Di tempat Yang Di Usahakan.



Alhamdulillah..

Banyak plan aku tak menjadi dan tahun lepas bnyak benda buruk terjadi pada aku. Aku tahu ini semua ujian untuk aku. Dari awal tahun lagi  perjalanan hidup mula berubah bila aku ceburkan diri dalam bisnes. Awalnya semua memang best sebab dapat income yang banyak. Tapi selepas ada masalah dengan company produk yang aku jual tu. semua jadi tak tentu hala.

Sampailah aku hasilkan produk sendiri, dan tubuhkan syarikat sendiri. Semuanya dari pembelajaran aku di MVM Appreantice 2016. Then after that, hidup aku rasa tak lengkap. Mungkin sebab aku jarang balik ke kampung tengok Mek aku.

Phone pecah, laptop kena curi, phone kena curi, rumah kena pecah, moto kena curi, dompet hilang, masuk wad kena operate tangan then mak pulak masuk wad. Barulah aku balik ke kampung. Fuhh smuanya ckup memeritkan dan akhirnya aku kembali bermula dari bawah di sini. Berat hati nak tinggalkan kota KL tapi inilah tempat sebenar aku di sisi Mek aku sampai mati.

Kelantan tempat aku mulakan semula perniagaan aku bermula dengan menyewa sebuah kedai kecil di bandar Machang, dan akan aku buktikan pada semua yang Brace Beaute akan menjadi brand yang dikenali ramai suatu hari nanti. InsyaAllah.
1 comment

INFO YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK BEZAKAN LHK YANG ADA NOURI DENGAN SANGWANG



Rujukan dari group whatsap AYAM RATU


Base LHK original adalah hitam, hijau atau biru. Tengkok sayap berlakang kuning, oren @ oren terang

Nouri bermaksud cemar iaitu LHK yang bukan original. Bagi otai-otai yg pakar dan berpengetahuan luas mereka dapat membezakan Sangwang dan Nouri.

Harga LHK yang ada Sangwang adalah tinggi berbanding Nouri walaupun kedua dua seakan akan sama . Menurut tips dari otai Nouri dapat dibezakan dengan melihat pada bawah tengkok ayam @ sayap ayam mempunyai banyak kuning dan nampak tidak bersisik..


Sangwang

Nouri


Semasa kecil atau kurang bulu agak susah untuk menilai, andai kata hilang kuning tu selepas menyalin bulu pertama maka ia bukan lah Nouri, andai kata masih ada walaupun lepas sekali bulu maka sahlah Nouri.


Jika anda ingin membeli LHK yg layak untuk bertanding pastikan ianya LHK ori yang ada Sangwang kerana di Thailand Nouri tidak layak untuk dipertandingkan.


Sangwang bermaksud perhiasan ada ditengkuk dan sedikit dipaha. 'Sangwang' ini diibarat kalung dekat leher macam raja-raja pakai dan dekat peha setompok sahaja semacam keronsang.


Mengikut tip dari otai kalau mak dan ayah ori LHK, anak tak pernah ada yg keluar Nouri lagi . Setakat yg dikatahui hanya terjadi dokmak or rinting biasa. Jikalau terkeluar Nouri hendaklah diperiksa balik latar belakang pembaka kita tu kerana bukanlah LHK ori kerana membawa darah lain.

No comments

Selasa, 24 Januari 2017

JENIS-JENIS AYAM RATU




Berikut adalah jenis ayam ratu yg tersenarai. 
Dirujuk dari facebook LK Farm yg dikongsi oleh beliau 13 Dec 2016. 
Moga memberi manafaat pada yg lain.

Leung Hang Khao

Prado @ supergreen

Nok Daeng 

Kai Dang

Pradoo Hang Dam

Kai Chi

Lai Hang Khao

Keaw Sarikha

Phirab 

Prado Lao Hang Khao

Keaw Lao Hang Khao

Nok Krot

Thaothong Hang Khao

Dokmhak Hang Kow

Thong Dang Hang Dam

1 comment

Jumaat, 20 Januari 2017

HOBI MEMBELA AYAM RATU LEUNG HANG KHAU JADI MATA PENDAPATAN UTAMA


Baik, sebelum saye bercerita lanjut tentang projek yang saya tengah jalankan sekarang ini.  Saya ingin kenalkan anda semua dengan Ayam Ratu Leung Hang Khau (LHK). 



ASAL USUL AYAM RATU, LEUNG HANG KHAU

LHK adalah Leung Hang Khau dalam bahasa thai membawa maksud Kuning Ekor Putih dlm bahasa melayu. Di Thailand LHK bukan sahaja dibuat laga tetapi kebanyakan dibuat pertandingan ayam RATU cantik. Warna dasar ayam ini biasanya hitam atau biru gelap atau hijau gelap dgn warna kuning pada bulu leher, bulu rambai dan bulu sulam sayap.

Selain itu bulu putih dominasi ekornya, beberapa helai bulu sayap serta tompok-tompok uban pada kepala dan bahu (lihat contoh gambar) Baka LHK diriwayatkan adalah baka yg ditemukan oleh Raja Thai yg terkenal iaitu Raja Nareesuan,yg berpusat di Ayyuthaya. Ayam baka ini melonjak namanya apabila Raja Nareesuan menjadikan ayam sabungnya untuk bertarung dengan ayam sabung Raja Burma. LHK telah berjaya mengalahkan ayam sabung Raja Burma. LHK merupakan lambang keutuhan dan maruah kerajaan beraja Thai pada masa itu.

Sehingga kini ayam ini tetap masyhur dan dianugerah baka roma paling teratas di thailand

leung hang khoa gred tertinggi ayam ratu..
spec seekor ayam yg diambil kira...


Antara 10 Jenis Ayam Ratu Thailand Dan Cara Memilih Pasangan Kacukan.




Ayam ratu adalah ayam asalan Thailand dan baka asal yang dimiliki raja Thailand dulu kala. Banyak cerita-cerita menarik yang dikaitkan dengan kisah ayam baka baik yang dimiliki raja-raja thai dahulu. Ada beberapa jenis baka ayam ratu yang memiliki sosok menarik yang kini menjadi objektif selain dari sukan sabung kepada pertandingan “RATU” tercantik atau penilaian kecantikan dengan menilai gred dengan mengambil kira beberapa ciri-ciri yang ada pada setiap ayam ratu yang dipertandingkan tersebut.

Kami peminat ayam baka baik muda Malaysia menerima objektif ini dengan terbuka dengan memasukkan elemen-elemen kesedaran akan ‘haram judi ayam’ atau kegiatan sabung ayam yang tidak pernah pupus di Malaysia sejak zaman berzaman, dan sebagai sukan maruah orang-orang lama. Kami cuba menonjolkan maruah baru dengan "seni warisan ayam baik Malaysia" yang lebih berharga tanpa penyiksaan haiwan(ayam) dan tanpa melanggar akta judi(sabung ayam) yang termaktub di dalam kitab-kitab orang islam.

Dengan ini kami mengambil langkah dengan kerjasama kerajaan tempatan(Selangor, kelantan) dalam memberi sokongan tempat juga menjadi penganjur untuk mengadakan pertandingan atau ‘show’ ayam ratu Malaysia pertama mungkin pada pertengahan 2016 nanti. Dengan kerjasama otai-otai ayam ratu Malaysia kami mengorak langkah ini.










Pemilik hanya ingin berkongsi minat yang sama, sekali-kali bukan untuk sabung atau laga, hanya hobi menternak dan suka pada kecantikkan ayam sahaja..
No comments

Khamis, 19 Januari 2017

Perkongsian keberkesanan masalah jeragat @ pigmentasion dgn FIRMAX3…





Masalah jeragat dan pigmentasi adalah berbeza. Jeragat atau dikenali sebagai freckles adalah disebabakan faktor keturunan yang dialami sejak kecil atau remaja. Ianya adalah bintik-bintik halus berwarna coklat dan keperangan-perangan. Jadi, saudari perlu peka pada faktor persekitaran, jangan terlau terdedah pada cahaya matahari atau haba kerana akan bertambah gelap serta dikhuatiri akan menjadi melasma (pigmentasi bertompok). Berlainan dengan pigmentasi iaitu kelihatan bertompok atau melasma berpunca dari kerosakan kulit akibat dari penggunaan produk yang mengandungi bahan pemutih dan pengelupasan. Faktor lain seperti kehamilan, pemakanan, pengambilan pil perancang serta ketidak seimbangan hormon.sekiranya ianya telah dialami sejak kecil atau remaja lagi, bermakna tompok-tompok gelap yang ada dipanggil jeragat. Tetapi, sekiranya tompok-tompok gelap berkenaan dialami apabila umur makin meningkat, ianya dipanggil pigmentasi.


Semua wanita dambakan kulit wajah yang bersih, bebas dari jerawat mahupun flek hitam. Namun salah satu masalah yang paling sering terjadi pada sebagian besar wanita Asia, terutama yang berusia di atas 30 tahun, adalah timbulnya flek hitam atau melasma (pigmentasi) di wajah.


Pigmentasi kulit atau melasma, boleh terjadi di beberapa bahagian tubuh, terutama di kawasan muka wajah akibat sinaran UV yang tidak bertapis. Faktor penyebab terjadinya jeragat dan pigmentasi. Jeragat biasanya diwarisi dari keturunan manakala, pigmentasi pula terbentuk bukan kerana keturunan, tetapi disebabkan beberapa faktor, pemakaian kosmetik yang kemungkinan besar mengandung merkuri, hidrokuinon dan asam salisilat juga dapat membuatkan pigmentasi pada kulit wajah. Kerana apabila digunakan terus menerus, ia akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan sangat sensitif terhadap pancaran matahari.


Apabila kulit menjadi nipis dan semakin berumur (tua) ia tidak mampu lagi menghasilkan pigment kulit yang baru, oleh itu pigment kulit lama yang telah mati dan tidak dapat diperbaharui akan kelihatan hitam dan bertompok-tombok pada kulit wajah. Semakin lama pigment kulit yang mati akan menjadi banyak. Itu sebabnya kenapa pigmentasi pasa asalnya hanya sedikit sahaja di permukaan wajah akan merebak dan menjadi besar jika tidak membuat apa-apa tindakan untuk mencegahnya.


Sebab-sebab terjadinya melasma (Jeragat):-


1). Terdedah Kepada cahaya matahari terik.
2). Penggunaan Hormone. Contohnya Pil perancang
3). Penggunaan kosmetik / Rawatan kulit tidak sesuai.
4). Keturunan.


Kesan:


Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, ton kulit berubah, dll. Pigmentasi boleh dirawat jika rawatan tidak dilengah-lengahkan.


Umur Kadar Kebarangkalian Timbulnya Pigmentasi Peringkat Pemulihan
20 tahun dan ke bawah 10% Kulit boleh dirawat dan pulih dalam masa 35 hari.

Bermula dari 28 tahun 20% Kulit masih kelihatan muda. Pigmentasi boleh
dikurangkan dalam masa 3 hingga 6 bulan.

Bermula dari 38 tahun 50% Bahagian pigmentasi mula bertambah meluas.

Bermula dari 48 tahun 70% Pertumbuhan pigmentasi adalah paling banyak.

48 tahun dan ke atas 100% Bintik penuaan akan mula hadir pada seluruh bahagian muka.


p/s Teknologi nano dan gabungan bahan herba serta tumbuhan semulajadi yang digunakan oleh krim firmax3 ini membantu memulihkan masalah jeragat & pigmentasi dari dalam.. kerana firmax3 berfungsi mengikut peredaran darah.. cara penggunaan yang mudah membolehkan semua individu boleh guna krim ini dimana2 saja.. yang bestnye bukan saja jeragat & pigmentasi hilang tetapi tona kulit akan sekata serta wajah akan lebih glowing.


No comments