+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 18 Januari 2017

Koksidiosis (Berak Berdarah)

9:51:00 PTG

Share it Please





Koksidiosis (Berak Berdarah) merupakan penyakit yang disebabkan oleh protozoa yang bernama Eimeria sp famili Eimeriidae. Penyakit Koksidiosis ini menyerang pada semua peringkat ayam terutamanya pada usia enam minggu ke atas di mana berlakunya proses pembesaran organ dalaman ayam ( usus , paru paru , hati , dll )


Tanda-tanda berlakunya Koksidiosis :


-Najis mengandungi darah

-Balung ayam kelihatan pucat

-Warna kaki menjadi pudar dan kekeringan

-Ayam lemah dan lesu. Kadar kematian tinggi pada anak ayam

-Pendarahan di usus kecil 


Pencegahan: 


Untuk pencegahan dapat dilakukan dengan cara sebagai berikut :

a. keadaan dan kebersihan reban harus dalam keadaan baik

b. Bekas air harus di angkat tinggi sedikit dari lantai

c. Lantai reban dicuci pakai air untuk membersihkan kotoran, pencucian tahap kedua dengan deterjen.

d. Menaburkan serbuk  kapur di dalam reban.

e. Peralatan feeder dan drinker dicuci sebersih mungkin.

f. Kandang disembur dengan formalin 10%.

g. Melakukan kuarantin reban 7-21 hari.


Kaedah rawatan: 

Beri vitamin A dan K dapat mempercepat proses penyembuhan.