+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 25 Januari 2017

INFO YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK BEZAKAN LHK YANG ADA NOURI DENGAN SANGWANG

11:32:00 PTG

Share it Please


Rujukan dari group whatsap AYAM RATU


Base LHK original adalah hitam, hijau atau biru. Tengkok sayap berlakang kuning, oren @ oren terang

Nouri bermaksud cemar iaitu LHK yang bukan original. Bagi otai-otai yg pakar dan berpengetahuan luas mereka dapat membezakan Sangwang dan Nouri.

Harga LHK yang ada Sangwang adalah tinggi berbanding Nouri walaupun kedua dua seakan akan sama . Menurut tips dari otai Nouri dapat dibezakan dengan melihat pada bawah tengkok ayam @ sayap ayam mempunyai banyak kuning dan nampak tidak bersisik..


Sangwang

Nouri


Semasa kecil atau kurang bulu agak susah untuk menilai, andai kata hilang kuning tu selepas menyalin bulu pertama maka ia bukan lah Nouri, andai kata masih ada walaupun lepas sekali bulu maka sahlah Nouri.


Jika anda ingin membeli LHK yg layak untuk bertanding pastikan ianya LHK ori yang ada Sangwang kerana di Thailand Nouri tidak layak untuk dipertandingkan.


Sangwang bermaksud perhiasan ada ditengkuk dan sedikit dipaha. 'Sangwang' ini diibarat kalung dekat leher macam raja-raja pakai dan dekat peha setompok sahaja semacam keronsang.


Mengikut tip dari otai kalau mak dan ayah ori LHK, anak tak pernah ada yg keluar Nouri lagi . Setakat yg dikatahui hanya terjadi dokmak or rinting biasa. Jikalau terkeluar Nouri hendaklah diperiksa balik latar belakang pembaka kita tu kerana bukanlah LHK ori kerana membawa darah lain.