+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 20 Januari 2017

HOBI MEMBELA AYAM RATU LEUNG HANG KHAU JADI MATA PENDAPATAN UTAMA

10:32:00 PTG

Share it Please

Baik, sebelum saye bercerita lanjut tentang projek yang saya tengah jalankan sekarang ini.  Saya ingin kenalkan anda semua dengan Ayam Ratu Leung Hang Khau (LHK). 



ASAL USUL AYAM RATU, LEUNG HANG KHAU

LHK adalah Leung Hang Khau dalam bahasa thai membawa maksud Kuning Ekor Putih dlm bahasa melayu. Di Thailand LHK bukan sahaja dibuat laga tetapi kebanyakan dibuat pertandingan ayam RATU cantik. Warna dasar ayam ini biasanya hitam atau biru gelap atau hijau gelap dgn warna kuning pada bulu leher, bulu rambai dan bulu sulam sayap.

Selain itu bulu putih dominasi ekornya, beberapa helai bulu sayap serta tompok-tompok uban pada kepala dan bahu (lihat contoh gambar) Baka LHK diriwayatkan adalah baka yg ditemukan oleh Raja Thai yg terkenal iaitu Raja Nareesuan,yg berpusat di Ayyuthaya. Ayam baka ini melonjak namanya apabila Raja Nareesuan menjadikan ayam sabungnya untuk bertarung dengan ayam sabung Raja Burma. LHK telah berjaya mengalahkan ayam sabung Raja Burma. LHK merupakan lambang keutuhan dan maruah kerajaan beraja Thai pada masa itu.

Sehingga kini ayam ini tetap masyhur dan dianugerah baka roma paling teratas di thailand

leung hang khoa gred tertinggi ayam ratu..
spec seekor ayam yg diambil kira...


Antara 10 Jenis Ayam Ratu Thailand Dan Cara Memilih Pasangan Kacukan.




Ayam ratu adalah ayam asalan Thailand dan baka asal yang dimiliki raja Thailand dulu kala. Banyak cerita-cerita menarik yang dikaitkan dengan kisah ayam baka baik yang dimiliki raja-raja thai dahulu. Ada beberapa jenis baka ayam ratu yang memiliki sosok menarik yang kini menjadi objektif selain dari sukan sabung kepada pertandingan “RATU” tercantik atau penilaian kecantikan dengan menilai gred dengan mengambil kira beberapa ciri-ciri yang ada pada setiap ayam ratu yang dipertandingkan tersebut.

Kami peminat ayam baka baik muda Malaysia menerima objektif ini dengan terbuka dengan memasukkan elemen-elemen kesedaran akan ‘haram judi ayam’ atau kegiatan sabung ayam yang tidak pernah pupus di Malaysia sejak zaman berzaman, dan sebagai sukan maruah orang-orang lama. Kami cuba menonjolkan maruah baru dengan "seni warisan ayam baik Malaysia" yang lebih berharga tanpa penyiksaan haiwan(ayam) dan tanpa melanggar akta judi(sabung ayam) yang termaktub di dalam kitab-kitab orang islam.

Dengan ini kami mengambil langkah dengan kerjasama kerajaan tempatan(Selangor, kelantan) dalam memberi sokongan tempat juga menjadi penganjur untuk mengadakan pertandingan atau ‘show’ ayam ratu Malaysia pertama mungkin pada pertengahan 2016 nanti. Dengan kerjasama otai-otai ayam ratu Malaysia kami mengorak langkah ini.










Pemilik hanya ingin berkongsi minat yang sama, sekali-kali bukan untuk sabung atau laga, hanya hobi menternak dan suka pada kecantikkan ayam sahaja..