+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 13 September 2017

Brace Men Spa Tawar Spa Budjet Untuk Lelaki




Lelaki ke spa bukan isu baru. Golongan ini turut mendapatkan perkhidmatan spa bagi rawatan kesejahteraan tubuh untuk meningkatkan penampilan diri.

Antara rawatan spa yang turut menjadi rutin bagi lelaki termasuk rawatan kulit wajah (facial).

Ini kerana, bukan saja wanita, golongan lelaki juga turut menyukai kulit yang sihat, berseri dan bebas cela terutamanya pada kulit wajah.

Kulit yang sihat, bebas jerawat dan cela membantu meningkatkan keyakinan diri berbanding kulit kusam dan berminyak.

Bagi mendapatkan kulit sedemikian ketekunan dalam rutin penjagaan wajah tidak harus diketepikan.

Biarpun rutin penjagaan wajah boleh dilakukan di rumah setiap hari, namun lebih elok apabila sekurang-kurangnya sebulan sekali mendapatkan khidmat rawatan wajah sama ada di salun kecantikan mahupun spa.

Kulit wajah mudah terdedah dengan elemen-elemen yang merosakkan seperti pencemaran udara, radikal bebas, sinaran matahari dan sebagainya.

Rutin rawatan di rumah kadangkala tidak memadai. Jadi sekiranya sebulan atau seminggu sekali ke spa, mereka dapat menjalani rutin penjagaan yang lebih menyeluruh,







Di Brace Men Spa, kami turut menawarkan beberapa khidmat rawatan untuk lelaki terutama rawatan muka, resdung, bekam dan scrup badan.

Harga untuk rawatan muka ini hanya RM35.

Biarpun dengan harga yang berpatutan, para pelanggan yang melakukan rawatan ini pastinya akan mendapatkan hasil yang berkesan.

Jika berminat untuk mendapatkan rawatan, sila berkunjung ke Brace Men Spa, no 3, Tingkat 1, Arked Mara Machang, Kelantan. Boleh juga hubungi kami di 011-1684 0717



No comments

TIPS UNTUK MERAWAT AYAM YANG SAKIT SELSEMA.



TIPS UNTUK MERAWAT AYAM YANG SAKIT SELSEMA.

( How to treat the flu infected chicken )

1) Kenal pasti jenis penyakit dan dapatkan ubat yang sesuai. Contohnya ubat di atas ini sesuai untuk ayam yang demam, selsema, hawak, tak lalu makan, tak hadam dan berak kapur.


Identify the disease and get the suitable medicine. For example, the above medicine effective on infectious diseases like fever, cold, poor appetite, indigestion and white dysentery

2) Dapatkan picagari dan sambung muncungnya dengan tiub getah lebih kurang 2 cm panjang untuk mudah masukkan ubat ke dalam mulut ayam. Guna sukatan ubat seperti yang disarankan oleh pengeluar ubat.

Get a syringe and connect the head with 2 cm long of rubber tube for easy to feed the medicine to the infected chicken. Use the suitable dose as suggested by the producer.

3) Selepas diberi ubat, asingkan ayam yang sakit di tempat yang bersih, pengudaraan yang baik dan bebas dari nyamuk.

After feeding the medicine to the chicken, quarantine the infected chicken at the clean place, good ventilation and free from mosquitoes

4) Berikan makanan dan air minuman yang cukup.

Supply enough food and water to the chicken

5) Bekalkan cahaya dan haba yang cukup. Ayam yang sakit kerana selsema menjadi lemah dan kesejukan jadi ia perlukan bantuan haba untuk memanaskan badannya supaya lebih bertenaga.

Supply enough heat and light. The chicken infected by influenza disease usually become weak and cold so she need an extra heat and light to make her stronger.

6) Apabila ayam sudah mula makan dan minum itu adalah tanda ayam tersebut sudah mula pulih. Jika ayam masih tidak makan dalam tempoh 8 jam, suapkan ayam tersebut dengan makanan seperti larutan nestum dengan menggunakan picagari di langkah 2 tadi. Ayam yang sakit dan tidak makan akan menjadi lemah dan mudah mati.

When the infected chicken start eating that shows the positive healing process. If the chicken still not eating within 8 hours, feed the chicken with nestum solution using the syringe as the step 2 above. The infected chicken will getting weaker and easy to die if she did not take any food.

7) Ini adalah kaedah yang saya guna untuk merawat ayam saya yang sakit. Mungkin kawan-kawan ada kaedah yang lebih baik yang boleh dikongsikan bersama. Kalau terlalu sayangkan ayam kawan-kawan, saya syorkan bawalah ke klinik haiwan berjumpa dengan doktor haiwan dan itulah cara rawatan yang terbaik.

This is my method that I used to treat my chicken. Maybe you also have a better method to share with all of us. If you really love your chicken, I suggest bring them to animals clinic and get the best treatment for your pets.
No comments

Ahad, 10 September 2017

Cara ringkas membiakkan Azolla anda sendiri.





Cara ringkas membiakkan Azolla anda sendiri. 



1-Sediakan 500gm benih Azola dan penutup tangki atau apa-apa bekas yang boleh diisi air.

2-Kedalaman air mestilah maximun 4 inci yang terbaik untuk akar Azola.

3-Sediakan air dan masukkan air maximun sedalam 4 inci dan bancuh dengan baja AB @ Formula Azola dari saya.

4-Bacaan air baja sekitar 1.0 ec sahaja.

5-Selepas 2-3 hari Azola akan membiak dan memenuhi bekas takungan air anda. Tempuh matang azolla adalah 2 minggu. 

6-Untuk ternakan seperti ayam,kambing,itik dan sebagainya. Ambil Azola dan tapiskan sehingga air yang melekat pada Azolla kering.

7-Gaulkan Azola dengan dedak kerana sumber protien yang ada pada Azola dapat membantu tumbesaran ternakan dan mengemukkan ternakan.


Jualan benih Azolla. 

1. Azolla (500grm) Rm20

2. Postage Caj Rm15


Berminat ??

https://mssg.me/fattah

Share jika bermanfaat 😘
No comments

Rabu, 30 Ogos 2017

INFO BERKAITAN AYAM BETINA.

Induk Betina Kesayangan (photostat)


Ayam betina matang boleh simpan benih/air mani jantan dalan rahimnya selama lebih kurang dua (2) minggu. Oleh itu seekor ayam betina berpotensi hasilkan telur yg ada benih (telur boleh menetas) walaupun sudah 10 hari tidak mengawan. Sejak ia mengawan (dapat benih jantan/air mani) kali terakhir.

APLIKASI:

Ayam jantan dan betina yg subur tidak perlu selalu berada bersama dalam satu tempat kurungan. Jantan dikahwinkan dgn betina sekali sahaja dalam seminggu sudah mencukupi, lepas tu asingkan.
Kaedah ini boleh diaplikasi pada ayam hiasan/unik/show-bird seperti serama supaya bulu jantan dan betina sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersedia dibawa untuk bertanding bila-bila sahaja.

Sumber info : group whatsap

No comments

Ahad, 20 Ogos 2017

RAWATAN REFLEKSOLOGI KAKI DI BRACE MEN SPA


Kaedah rawatan refleksologi kaki ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.

Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat. Jadi secara umumnya tujuan/manfaat rawatanrefleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.

URUTAN REFLEKSOLOGI KAKI RM30 SAHAJA UNTUK 30 MINIT.

Berminat?

Trus klik link di bawah untuk terus ke WHATSAPP kami.

www.wasap.my/601116840717

Lokasi Brace Men Spa : No 3, Tingkat 1, Arked Mara Machang.
Call/Whatsap : 01116840717

*sila buat temujanji terlebih dahulu. tq.
No comments

Selasa, 15 Ogos 2017

A SPA FOR MEN BY BRACE MEN SPA


Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan waktu untuk teruskan perjuangan dalam hidup ini. Masih lagi struggle untuk menjadi usahawan yang berjaya satu hari nanti. Projek terbaru selepaskan keluarkan produk slimming white. Saya cuba dalam bisnes spa.

So, terhasillah Brace Men Spa yg beroperasi di No 3, Tingkat 1, Arked Mara Machang. Alhamdulillah sekarang ini sudah masuk 3 bulan Brace Men Spa beroperasi sepenuhnya. Mula terima pelanggan pertama pada bulan puasa dan seterusnya sehingga sekarang,.

Satu masalah kami di sini ialah untuk memberikan kesedaran tentang penjagaan wajah untuk lelaki dan penjagaan kesihatan badan bagi penduduk di  sekitar Machang. Perkara ini dianggap masih baru di sini dan mereka malu untuk melakukan rawatan pada diri kerana takut dianggap pondan ataudi perlekehkan orang ramai.

Rata2 customer setakat ini adalah yang pernah berada di luar kelantan dan pernah mendapatkan rawatan wajah sebelum ini di sekitar Kuala Lumpur. Bila mereka kembali ke Kelantan mereka sukar untuk dapatkan spa untuk lelaki.

Sebab itu saya mengambil peluang ini untuk fokus perkenalkan Brace Men Spa untuk penduduk Kelantan amnya. InsyaAllah satu masa nanti spa Brace Men akan lebih di kenali seperti spa2 terkenal yg lain.

No comments

Isnin, 14 Ogos 2017

ALHAMDULILLAH, SEMANGAT BARU UNTUK MENULIS

Alhamdulillah, laptop yg problem sudah di dibaiki dan boleh digunakan lagi. Banyak benda yang berlaku sebab itulah  saya  jarang update blog ini. Awal tahun, balik ke kelantan sebab my mom warded dan alhamdulillah selepas hampir sebulan dapat keluar.

So, saya banyak habiskan masa stay bersama mek di rumah. Just plan to start new bussines di Machang Kelantan. Nak di jadikan rezeki saya, Alhamdulillah dapat 1 lot kedai di bangunan Mara Machang.

Then, proceed dengan new bussines iaitu Brace Men Spa. Alhamdulillah beroperasi sepenuhnya pada bulan Ramadhan yang lepas. Now after three months, sale Alhamdulillah makin meningkat.

Next my mom warded sekali lagi di HUSM atas masalah batu karang dalam hempedu. Tak boleh nak operate sebab mek ada problem jantung. So, kami berubat cara kampung dengan abg Joe di Padang Lembik, Ketereh. Alhamdulillah sekarang mek sudah tak sakit.

Ok. in the same time, im doing good in ternakan ayam hiasan or ratu. Alhamdulillah sudah banyak ayam yg terjual dan next projek nak besarkan lagi reban dan tambah koleksi ayam hiasan yang rare.

So, that all about me, sepanjang tempoh senyap di sini. Sekarang nak fokus di Brace Men Spa dan Ayam Hiasan sahaja. New projek yg datang, terpaksa dipatis dan ditolak atas sebab komitmen. tawaran kerja pun terpaksa ditolak. Buat masa ini, biarlah saya di kampung dengan mek.

InsyaAllah, lepas semua settel di sini. See first, what Allah planed for me.
No comments

Khamis, 25 Mei 2017

PETUA MENYEMBELIH BINATANG



1. Supaya daging tidak berlemak
- Ada wudhu’ ketika sembelih binatang
- Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita
- Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya
- Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan
2. Supaya daging binatang menjadi lembut
- Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
- Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
- Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan
3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ
اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ
4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging
5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ
Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.
6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati
# Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras
# ini cuma petua sampingan dan semestinya Sunat Sembelihan ialah;
1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang
6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.
Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh
No comments

Khamis, 2 Mac 2017

Gambar Sebenar Hantu Lukisan Seram



Selalu tengok gambar akak sorang ni kan..tapi kita tak pernah tengok gambar sebenar beliau. Sape yang belum tengok jom masuk tengok. Glup

Fakta yg dia tulis ni, kite tak tau la betul ke tak. Korang pernah rasa ker?





sumber dari themetapicture
No comments

RAHSIA BURUNG HELANG YANG KITA SEMUA TIDAK TAHU




Korang perasan tak, setiap kali kita tengok gambar burung helang ini, mesti gambar dia diambil dari posisi tepi. Bukan dari posisi depan. Perasan tak? Haa.. kalau perasan, mari sini saya nak inform 1 rahsia kenapa burung helang ni tak boleh bergambar dari depan.



.
.
.
.
.
.
.




Laa.. rambut burung helang ni kembang rupanya jika ditengok dari depan. Patutla sentiasa bergambar dari tepi aje. Kalau tak, habis hilang terus macho. Hahaha..


sumber dari acidcow
No comments

Khamis, 23 Februari 2017

MILIKILAH IMPIAN, WALAU APA PUN IMPIAN ANDA.



Milikilah impian, walau apa pun impian itu. Yakinlah semua tercapai kerana tidak ada yang mustahil jika kita selalu bersama Allah swt.

Esok merupakan hari jumaat. Merupakan penghulu segala hari. Banyakkan berdoa untuk untuk semua dan diri sendiri.

1. Sentiasa positif dlm apa jua keadaan

2 . Bekerjalah sekeras mana yg mahu

3. Sentiasa dipermudahkan Allah dan diberkati

4. Mulakan dengan apa yang ada walaupun kecil

5. Jangan kisahkan orang lain, PEKAKkan telinga

6. Jangan takut berniaga

7. Jangan takut untuk maju & berjaya

Saya doakan diri anda dan saya juga sentiasa dimurahkan rezeki.

Selamat malam



No comments

PORTAL BELI BELAH ONLINE ROOPAWAN SASAR PASARAN GLOBAL MUSLIM





Portal membeli-belah atas talian, Roopawan mulai diperkenal menyasarkan pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim.

Sehingga kini, lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa berdaftar menerusi platform e-dagang baharu ini.

Roopawan yang diperkenalkan kepada umum pada Ogos 2016 semasa Konvensyen Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sehingga kini telah menarik sehingga 150,000 paparan halaman dengan 15,000 bilangan pelawat unik.

Menawarkan kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk kesemua barangan jualan, Roopawan menyenaraikan variasi fesyen, aksesori, kelengkapan ibadah, kosmetik halal, makanan kesihatan termasuk pakej penginapan Muslim (akan datang).



Antara jenama fesyen tempatan yang ditawarkan di Roopawan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang begitu popular di kalangan selebriti.

Manakala jenama antarabangsa termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia.

Roopawan turut menyokong perkembangan perniagaan baharu yang berkecimpung dalam perniagaan atas talian.

Persediaan platform mudah dan ringkas (easy set-up), kos penghantaran kompetitif dan transaksi atas talian yang dipercayai menerusi kerjasama pembekal pembayaran atas talian selain strategi pemasaran internet berkesan memastikan capaian meluas untuk pasaran produk Roopawan.



“Dengan pertumbuhan akses jalur lebar dan tawaran logistik yang pantas ke seluruh Malaysia, Roopawan yakin mencatatkan pertumbuhan keuntungan sehingga 20% tahun ini. Semenjak diperkenalkan kepada umum pada 6 bulan yang lepas, Roopawan telah merekodkan perolehan sehingga RM300,000 menerusi beberapa sumber pendapatan,” – Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd, Mohd Fuad Mohd Noor.

“Bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim.

Seiring perkembangan fesyen, Roopawan menawarkan penggayaan produk yang lebih santai buat golongan muda, selain mahu menggalakkan ‘trend’ pemakaian hijab tanpa mengenepikan tarikan fesyen semasa,” – Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd, Siti Amalina Ariffin.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini.

Roopawan Marketing Sdn Bhd
Suite 16.01 Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri 2,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Bandar Tun Razak, Cheras,
Kuala Lumpur

No comments

Isnin, 20 Februari 2017

7 perkara yang boleh buat dompet anda kemarau berpanjangan



Ramai orang sangka yang mereka dah bagus dalam pengurusan kewangan, namun sebenarnya tak pun. 

Tambah-tambah bila dah masuk hujung tahun dan bermacam-macam jualan diskaun muncul. 

Apa yang perlu dilakukan supaya dompet korang tak bocor di tengah-tengah bulan? 




Baru nak masuk tengah bulan. Apa khabar keadaan kewangan korang? Harap baik-baik sahaja hendaknya.

Jika kaum makwe cakap takde duit, dalam purse dia tinggal RM50. Dalam Tabung Haji ada RM5000, dalam tabung ada RM200, dalam laci duit dalam sampul ada RM100.

Tapi sesetengah kaum lelaki kalau kata takde duit, dalam dompet dia tinggal RM20. Dalam akaun bank licin. Dalam Tabung Haji yilekk. Begitu bezanya makna “takde duit bagi lelaki dan perempuan”. Jadi korang kena tahu apa sebabnya buat dompet kau kering je setiap bulan.

Amboi, kemain panjang tajuk kan. Perkara ni kalau korang buat, memang korang tak akan pernah merasa kebebasan kewangan. Boleh buat dompet korang penuh dengan resit daripada duit. Boleh buat air mata penyesalan korang menitis bila buka dompet.

Antaranya:

1. Tidak menyimpan
Ramai yang berbelanja dahulu, selebihnya barulah menyimpan. Reward yourself kononnya. Itu silap sebenarnya. Korang harus menetapkan berapa simpanan yang korang kena buat setiap bulan. Sama ada 10% daripada pendapatan, 20%, 30%? Itu terserah dengan pendapatan kewangan korang. Jangan ikut orang. Ikut kemampuan diri sendiri.

2. Berbelanja lebih daripada pendapatan
Ini akan terjadi bila korang tak buat bajet kewangan. Semua benda korang nak beli dalam satu bulan. Lepastu terpaksa kena pinjam sana sini. Hujung bulan barulah nak menyesal. Bila duit tinggal RM20, barulah mula nak berjimat. Megi pun pinjam rakan sejawat punya.

Tambahan pula hujung tahun nie. Banyak perkataan SALE. Semua korang nak beli sekaligus. Bawa-bawa la bersabar. Beli barang serupa tiada hari esok.

3. Selalu membeli-belah
Setiap minggu je mesti keluar lepak Pavilion, Mid Valley, Time Square. Apa la yang korang cari dekat sana pun saya tak tahulah. Ohhh, nak lepaskan stress kerja. Tapi bukankah “dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang?”. Hehe. Asyik keluar ni kos petrol lagi, bayar parkir, makan kat luar. Keluar sebulan sekali dah la. Nak rehatkan minda pergi pantai, masuk hutan lipur, pergi daki bukit. Bersatu dengan alam. Dengar kicauan burung-burung.

Tak lupa juga, setiap kali dapat gaji mesti korang sibuk buka laman web Lazada, Zalora tu kan. Kalau sekadar nak cuci mata takpe la.

4. Gaya hidup mewah
Terlalu mementingkan gaya hidup yang berkelas. Walaupun korang duk kelas belakang masa Tingkatan 5, tetapi gaya hidup korang kena kelas, ye dak? Nak ada iPhone. iPad. Go Pro, DSLR dan sebarang gajet cool yang lain. Tak nak kalah dengan orang lain.

Kerja gomen N19 tapi nak pakai Honda City, baju berjenama, telefon canggih je. Nak simpan duit deposit rumah pun tak tersimpan lagi. Nanti orang dah ada rumah, korang mula lah nak komen macam-macam.

5. Terlalu banyak hutang
Setiap bulan banyak perkara yang korang kena bayar. Ada hutang pembiayaan peribadi, hutang PTPTN, kad kredit, pembiayaan kereta. Debt lovers katakan. Jadi, korang rancanglah kewangan korang sebaik-baiknya. Bayar dahulu hutang-hutang tu semua. Lepastu, tak payah la nak buat hutang baru lagi. Sekali korang terlepas bayar, terlewat bayar, mungkin ada caj tambahan dikenakan. Jaga-jaga.

6. Belanja ikut nafsu dan kemahuan
Ramai jenis yang pantang tengok sesuatu perkara yang diminati, mesti akan segera mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Walaupun apa yang korang nak tu tiada dalam perancangan dan bukan sesuatu yang menjadi keperluan.

Misalnya, tukar telefon pintar baru setiap kali keluaran terbaru. Nak nampak up to date je. Tukar sofa ikut jiran. Makan kat kedai order sampai 5 jenis lauk. Selalu je modified kereta Myvi zero-downpayment korang tu. Banyak lagi lah perbelanjaan yang tidak sepatutnya korang buat tapi kau tak sedar. Dah jadi tabiat kan.

7. Tiada simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan ni untuk korang guna sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang kecil seperti tayar kereta pecah, kereta rosak, bumbung rumah bocor. Kalau tak ada simpanan kecemasan ni, akan buat hidup korang jadi kucar-kacir sikit. Peruntukan sedikit wang untuk membina tabung kecemasan ni.

Kenapa? Sebab apabila berlakunya kecemasan, mana korang nak cari duit? Mula la nak pinjam sana sini. Lepastu bulan depan kena bayar balik. Kan dah lari bajet bulan tu.


Jangan jadi kedekut tetapi jadilah seseorang yang berjimat cermat dan berdisiplin dalam berbelanja. Korang kena ingat, ada bezanya antara kedekut dan berjimat cermat ye. Banyak duit gaji korang yang dapat dijimatkan dan digunakan untuk keperluan yang lebih penting.

Kalau pakwe korang ajak makan dekat kedai mamak, makan cendol dan rojak kat gerai tepi jalan, mana korang mahu kan. Tak ada kelas katanya. Nak makan tempat makan hipster je. Senang nak update Insta. Terpaksalah pakwe korang ikut. Dia nak menyimpan pun tak jadi nak menyimpan.

Jadi, cubalah ubah gaya hidup korang. Apa gunanya setiap hari update gambar makan mewah, pergi travel sana sini tetapi hutang sekeliling pinggang.

Hidup bersederhana sudah la. Sesungguhnya hidup secara bersederhana itu lebih baik dan indah. Sekadar berpesan-pesan.


Sumber artikel disini
No comments

Rabu, 15 Februari 2017

Ketahui dahsyatnya dosa riba sebelum anda terjebak





Kadangkala kita tidak sedar kita sudah terlibat dengan riba. 


Kekurangan pendedahan ilmu menjadi salah satu faktor penyebab kenapa orang masih terlibat dengan riba. 

Apakah maksud riba dan hukumnya? 


Adakah riba dibolehkan dalam kehidupan seharian?





Tidak dinafikan, sudah diketahui umum, syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء

Ertinya:Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barangsiapa yang mensyirikkannya, dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah dari syirik.”

Namun,setelah memikirkan berkali-kali baris-baris ayat di bawah, saya tidak boleh menunggu lagi kecuali mesti dengan segera mengebahkannya kepada sekalian umat berkenaan betapa dahsyatnya hukuman bagi kesalahan riba ini.

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya:Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah:275 )

Itulah kengerian hukuman Allah swt terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba setelah pengharamannya. Cuba kita sama-sama petikan penutup ayat di atas

وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya:Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut :-

ومن عاد أي إلى الربا ففعله بعد بلوغه نهى الله عنه فقد استوجب العقوبة

Ertinya:Lafaz “barangsiapa mengulangi” ertinya kembali terlibat dengan riba hingga terjebak dalamnya walalupun setelah datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras” (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 1/328).

Berdasarkan dalil-dalil hadis, para ulama membuat kesimpulan bahawa setiap umat Islam yang mengucap dua kalimah shahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, terkurung didalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka, kemudian mereka akan dikeluarkan darinya dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan mati, kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali. Semua ini dicatatkan dalam hadis. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 3/36).

RIBA DAN HUKUMANNYA

Riba adalah ‘ziyadah’ atau ‘increment’ atau ‘excess’ pada perkara tertentu lebih menjurus kepada suatu bentuk lebih yang tidak halal (illegal excess) yang berlaku pada sesuatu jenis kontrak :

1)Bayaran pinjaman yang bertambah

Contoh:Beri RM1000, minta bayar balik dalam RM1100, maka RM100 adalah riba sama ada rasa tertindas atau tidak rasa tertindas

Contoh paling popular zaman ini adalah pinjaman wang dengan bank konvensional untuk membeli rumah, pinjaman peribadi, pinjaman modal atau juga pinjaman kereta iaitu pinjaman sebanyak RM100K, 10% bayar deposit dan 90% lagi dari ‘loan’ bank konvensional. Bank kovensional beri pinjam RM100k yang perlu dibayar dalam jangkamasa 5 tahun dengan pertambahan interest iaitu 4%. Maka 4% itu adalah RIBA. Ada yang menggunakan hujah inflasi bagi menerima interest 4% dengan mengatakan harga RM1 pada tahun 2000 adalah berlainan dengan harga RM1 dalam tahun 2012. HUJAH INFLASI TIDAK DITERIMA DI DALAM ISLAM untuk menghalalkan perbezaan atas nama interest.



2)Penalti tambahan akibat lewat bayar

Contoh: Perlu bayar RM2000 dalam masa 5 bulan, si penghutang tidak membayar dalam jangkamasa tersebut, lalu si penghutang beri tangguh dengan dikenakan syarat dari RM2000 menjadi RM2050 kerana kelewatan membayar. RM50 itu adalah riba.

3)Riba dalam pertukaran barang dengan barang

Ini dinamakan sebagai barangan ribawi, terdapat 6 jenis barang yang disebut oleh baginda Nabi saw iaitu Emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Ulama bersetuju bahawa emas dan perak mewakili matawang yang punyai nilai yang diiktiraf, manakala empat lagi item adalah barang makanan ruji yang tahan disimpan.

Contoh: Tukar emas lama iaitu 2g dengan emas baru 3g. Jika ada pertambahan/pengurangan maka ia adalah riba

Imam An-Nawawi berkata:“Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391)

Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apaibila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.



1.Pemakan dan pemberi riba perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT :

Ertinya:“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah:278 )

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :

Ertinya:“Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT”(Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68;Ad-Durru Al-Manthur,As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula:“ Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

2. Kehilangan berkat harta dan kehidupan.

Allah SWT berfirman :

Ertinya:“Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” (Al-Baqarah:276 )

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

• Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal ditimpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul ( Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224) . Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a :

Ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” (Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari,4/399)

•Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :

Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

3.Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri

Nabi SAW bersabda :

Ertinya:“ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ”(Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

4.Lebih berat dari 36 kali zina

Nabi SAW bersabda :

Ertinya:“Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, halaman 103)

5.Salah satu dari tujuh dosa terbesar

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya:“Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil) “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



REDHA DALAM RIBA YANG MURAH BOLEH TAK?

“Mengapa redha dalam hal riba tidak terpakai?” Berkerut dahi student saya ketika bertanya di luar kelas di sebuah IPTA.

Saya membalas :

“Kerana riba adalah satu bentuk dosa yang tergolong dalam HAK ALLAH semata-mata, justeru manusia wajib menurutinya tanpa boleh memindanya dengan redha dan rela hati mereka.”

“Sama seperti zina, adakah zina menjadi halal apabila kedua-dua pasangan redha dan rela. Tidak sama sekali, demikian juga halnya membuka aurat, ia Hak Allah dan ujian yang Allah berikan kepada manusia, bagi menilai siapa yang taat dan siapa yang derhaka” jawab saya.

SEDARKAH?

Namun sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa, berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba setelah pengharamannya lalu jatuh kafir mereka itu, tatkala itu matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar dari senarai mereka yang boleh mendapat syafaat nabi Muhammad s.a.w.

Berhati-hatilah dan amat wajib bagi semua muslim yang meyakini ada maut untuk menjauhi riba. Kita amat bimbang, ketidakpedulian itu adalah merupakan satu keingkaran terhadap hukum haramnya. Seterusnya boleh mejatuhkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka. Nabi juga tidak mempunyai peruntukan untuk memberi bantuan (syafaat) kepada golongan sebegitu. Moga kita semua dipelihara oleh Allah swt.

Inilah yang diulas oleh Imam Fakhruddin Ar-razi apabila beliau menghuraikan maksud ‘orang yang kembali’ dalam ayat di atas sebagai :-

فالمعنى ومن عاد إلى استحلال الربا حتى يصير كافراً

Ertinya:erti ayat “barangsiapa yang kembali” (di atas, adalah bermakna mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka itu jadi kafir. (Tafsir Al-Kabir, 7/82)

Akhirnya, alasan sibuk, malas, belum sampai seru, nanti dan pelbagai lagi alasan orang di zaman ini dari berubah dari pinjaman rumah riba, kereta riba, kad kredit riba, akaun simpanan riba, insuran riba, skim riba, pelaburan riba, mahal sikit, leceh proses, belum ada masa dan pelbagai lagi TIDAK WAJAR SAMA SEKALI wujud dalam hati individu yang bernama MUKMIN MUSLIM.

Sekian

Sumber artikel disini
No comments

6 perkara yang anda bakal lalui dalam pengurusan harta pusaka

Bila bercakap tentang soal perbicaraan harta pusaka, ramai orang masih tidak tahu apa proses yang akan terjadi.

Perbicaraan harta pusaka menjadi tanda tanya untuk orang akan baru menghadapinya.

Apa yang akan dibicarakan?

Apa yang perlu disediakan?




Pegawai dari Pejabat Pusaka Kecil menghubungi saya untuk memaklumkan sesi bicara bagi pusaka arwah ayahanda saya. Permohonan yang kami hantar setahun lalu sudah diproses oleh Unit Pembahagian Pusaka.

Beberapa bulan lalu, wakil dari Jabatan Penilaian datang untuk membuat penilaian tanah yang dimiliki arwah.

Saya berdebar menunggu hari perbicaraan. Entah kenapa. Mungkin perkataan bicara itu sendiri memberi perspektif yang menggemparkan. Sedangkan sesi ini kemudiannya terbukti adalah satu sesi yang mudah dan lancar, menurut pengalaman saya sendiri.

Banyak perkara yang saya belajar dalam Bilik Bicara Pusaka Kecil. Sebelum ini saya tertanya-tanya apakah yang akan berlaku semasa perbicaraan. Saya tiada pengalaman. Saya ada bertanya dengan seorang rakan untuk mendapatkan gambaran tentang soalan dan hal yang akan dibincangkan semasa proses bicara.

Hal berkaitan harta pusaka dan perwarisan adalah hal yang sensitif dan seringkali diselubungi emosi seperti sedih, marah, gembira, kecewa dan kerapkali menyebabkan wujudnya perasaan benci dan dendam. Sedangkan ia boleh diuruskan secara rasional dan logik.



Perkara yang saya belajar dalam Bilik Bicara Pusaka Kecil:

1. Berusaha untuk hadir jika anda adalah waris Faraid

Bagi keluarga besar seperti saya, perkongsian maklumat sangat penting. Pejabat pusaka menghubungi saya melalui telefon dan tidak menghantar surat. Kemudian, saya terus memaklumkan tarikh berkenaan kepada semua waris.

Semua waris yang terlibat juga berada di Malaysia. Jadi lebih mudah untuk mereka hadir. Namun begitu, seorang kakak saya tidak dapat hadir kerana beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sekurang-kurangnya dua orang mesti hadir iaitu pemohon dan seorang lagi waris untuk mengesahkan hasil perbicaraan. Pemohon ialah orang yang menghantar permohonan pentadbiran harta pusaka kecil.

Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, pastikan beliau tahu maklumat harta pusaka si mati dan hak beliau dalam tuntutan pusaka berkenaan. Waris yang tidak hadir perlu mengisi Borang DDA (Persetujuan Pembahagian). Borang ini boleh dihantar semasa sesi bicara atau dihantar kemudian.


2. Berbaik sangka dengan pegawai bicara

Tugas pegawai bicara adalah sebagai pemudah cara dan beliau yang akan mengeluarkan keputusan hasil perbicaraan. Pegawai bicara seorang yang berpengalaman. Semasa sesi kami, pegawai yang ditugaskan ialah Ketua Penolong Pengarah. Beliau sendiri sudah mengendalikan begitu banyak sesi yang serupa.

Dengar dengan teliti perkara yang disampaikan oleh pegawai bicara. Mungkin ada maklumat dalam permohonan yang tidak diketahui oleh waris lain atau salah seorang waris. Oleh sebab itu, berikan perhatian kepada perbincangan.

Sebagai pegawai bicara beliau berhak meneruskan atau menangguhkan sesi jika ada hal yang tidak dapat diselesaikan dalam sesi berkenaan.

Sesi dimulakan dengan mengesahkan kehadiran waris. Kemudian kami diminta mengangkat sumpah bahawa pengakuan kami adalah benar.


3. Mengetahui susur galur ibu bapa dan moyang

Pegawai bicara seterusnya bertanya kepada pemohon tentang si mati dan susur galurnya. Adakah ibu dan bapa si mati masih ada. Adakah datuk dan nenek si mati masih ada. Beliau ingin memastikan bahawa tiada waris yang tertinggal.

Dalam kes kami, ibu juga sudah meninggal dunia sebelum harta pusaka bapa dibahagikan. Jadi, pegawai bicara turut mengesahkan susur galur ibu. Mengikut Faraid, ibu, bapa dan isteri si mati adalah waris Faraid jika mereka masih hidup selepas kematian si mati.

Memandangkan ibu kami sudah meninggal dunia, maka bahagian Faraid beliau dipersetujui bersama untuk dibahagikan terus kepada semua waris lain. Ini adalah kes kami sendiri. Pegawai bicara memutuskan demikian kerana waris ibu juga adalah sama.

Sekiranya berlaku hal serupa dalam keluarga lain iaitu kematian waris sebelum sempat harta pusaka dibahagikan, maka prosesnya mungkin berbeza apabila senarai waris bagi kedua-dua si mati berlainan. Ia akan menjadi pembahagian pusaka berlapis.


4. Berlapang dada dalam kalangan waris

Seterusnya pegawai bicara menyebutkan senarai harta pusaka tak alih dan harta pusaka alih. Harta pusaka tak alih adalah tanah dan rumah. Harta pusaka alih ialah tunai seperti wang simpanan dan pelaburan serta kenderaan.

Harta tak alih ini sudah diberikan penilaian oleh Jabatan Penilaian. Manakala, harta alih pula dinilai mengikut jumlah semasa dalam penyata bank atau buku simpanan.

Semua dokumen asal mesti dibawa semasa perbicaraan untuk pengesahan. Dokumen ini akan dipulangkan semula selepas bicara. Pejabat Pusaka Kecil hanya mengendalikan kes tuntutan harta pusaka bernilai kurang RM2 juta. Jika nilai harta pusaka melebihi RM2 juta, ia akan ditolak dan perlu ditadbir melalui Mahkamah.

Dalam sesi ini, semua waris yang hadir akan mengetahui nilai pusaka si mati. Pegawai bicara juga akan mengira bahagian setiap waris mengikut Faraid bagi orang Islam. Jika bukan Islam, hak pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958.

Setelah mengetahui hak masing-masing mengikut Faraid, pegawai akan bertanya tentang persetujuan pembahagian. Tuan Pegawai kami mengingatkan tentang hak Faraid dan dalam Islam tidak menghalang keputusan muafakat dan tolak ansur.


5. Tidak menafikan hak waris Faraid

Secara asasnya, kami faham hak masing-masing mengikut Faraid. Namun, bagi memudahkan urusan pindah milik aset pegawai bicara meminta kami memutuskan nama waris yang akan diletakkan dalam geran.

Geran rumah khususnya, tidak boleh menyenaraikan semua waris sebagai pemilik. Namun, nama semua waris boleh dimasukkan dalam geran tanah.

Ketika ini keputusan muafakat diperlukan. Jika tiada muafakat, sesi bicara akan ditangguhkan kerana tiada keputusan boleh dibuat. Akibatnya, urusan pembahagian pusaka akan berpanjangan.

Dalam masa yang sama, jika ada dalam kalangan waris yang tidak mahu mengambil bahagian mereka, waris berkenaan boleh menyatakan demikian semasa sesi bicara.

Begitu juga dengan pemilikan kenderaan. Seorang waris perlu dinamakan untuk menerima kenderaan pusaka bagi menguruskan hal pentadbiran aset ini. Bagi kami, orang yang dinamakan adalah pemilik seterusnya.

Bagi urusan tunai pula, pegawai bicara boleh mengeluarkan arahan supaya wang tunai dikeluarkan kepada setiap waris atau kepada wakil waris.

Sekiranya waris melantik wakil, pegawai mengingatkan ia adalah atas dasar PERCAYA. Wakil ini bertanggungjawab mengagihkan kepada semua waris mengikut persetujuan dan hak masing-masing.

Semua yang hadir berhak menyatakan pendapat mereka sama ada bersetuju atau tidak dengan pembahagian dan keputusan yang dibuat. Semakin banyak konflik dan pertentangan, maka proses perbicaraan semakin rumit dan meletihkan.

Waris yang hadir juga perlu menyedari hak waris yang tidak hadir serta berlaku adil kepada beliau. Waris yang tidak hadir akan menyerahkan Borang DDA yang sudah diisi. Kandungan borang ini mesti sama dengan keputusan semasa perbicaraan. Sekiranya, ada perbezaan perbicaraan akan diulang semula.


6. Tenang dan cuba bersikap rasional

Menurut pengalaman peribadi, saya berpendapat sesi bicara kami berjalan lancar. Mungkin orang lain mempunyai pengalaman berbeza. Seperti yang saya nyatakan di bahagian awal artikel ini. Ia suatu proses yang melibatkan hal sensitif dan menyentuh emosi.

Namun, kita kembali kepada tujuan asal iaitu ingin menguruskan harta pusaka si mati dengan cepat, lancar dan mudah. Selain daripada itu, kita tidak mahu nilai ekonomi harta pusaka beku atau tidak boleh dimanfaatkan ke jalan yang baik.

Cuba bersikap rasional dan fokus kepada perkara yang dibincangkan dalam Bilik Bicara. Hal lain yang tidak berkaitan boleh dibincangkan di luar sesi.



Manusia hanya pemegang amanah sahaja. Pemilik semua ini adalah Tuhan. Sebagai pemegang amanah, kita harus melakukan yang terbaik atas harta yang diamanahkan. Sedikit atau banyak harta yang ditinggalkan adalah hikmah yang perlu dipelajari dan direnungi oleh semua waris.

Sekurang-kurangnya, ini yang saya belajar daripada sesi bicara pusaka kecil. Pada mulanya saya takut kerana tidak mengetahui apakah yang akan berlaku dalam Bilik Bicara. Ketakutan itu adalah kerana saya tiada pengalaman dan maklumat yang terhad tentang hal ini.

Sebelum proses bicara, kami sudah berkongsi maklumat tentang harta pusaka bapa. Dengan cara ini, masing-masing sudah mempunyai maklumat penting dan lebih mudah membuat keputusan pembahagian. Hal sebegini memerlukan masa untuk difikirkan.

Semua waris akan lebih bersedia apabila mereka mempunyai maklumat yang cukup tentang harta pusaka yang akan diwarisi.

Semoga catatan ringkas ini dapat memberi gambaran tentang proses bicara harta pusaka kecil. Ia adalah pengalaman peribadi saya.

Namun, prosedur dan persoalan yang akan dibincangkan dalam sesi bicara adalah hampir serupa. Yang membezakan pengalaman saya dan anda adalah cara pegawai bicara mengendalikan sesi dan respons daripada waris yang hadir.


Sumber artikel disini
No comments