+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 8 November 2016

BRACE MEN GAGAHKAN JENAMA BRACE BEAUTE


Alhamdulillah, sekali lagi saya ingin perkenalkan brand terbaru oleh Brace Beaute iaitu Brace Men khas untuk lelaki yang ingin tampil kacak bergaya dengan T-Shirt Slim Fit yang pastinya akan menampakkan diri "sado".

Ditampilkan dengan tulisan BRACE MEN yang berwarna emas pasti akan menimbulkan rasa confident yang tinggi pada diri si pemakai baju Brace Men ini. Kerana sesuai dengan gaya pakaian lelaki yang ingin tampil bergaya dalam santai.

Baju yang berkain cotton 100% dengan ketebalan hampir 100gsm menjadi taruhan dalam Brace Men ini. Sesuai untuk di pakai dalam aktiviti lasak seperti Jungle Tracking, Gym dan Zumba. Kain yang agak tebal dan tahan lama ini memberi keselesaan dalam setiap pergerakan. Tidak panas, tidak melekit, menyerap peluh dan tidak meninggalkan bau badan pada baju.

Inilah pilihan yang perlu di dapatkan oleh setiap lelaki yang inginkan sesuatu yang berbeza, tahan lasak dan dengan harga yang sangat bebaloi. Pilihan 3 warna utama yang di hasilkan untuk first production ini ialah Kelabu, Biru dan Hijau boleh di dapatkan dengan harga RM40.00 sahaja.

Saiz yang di keluarkan cuma S, M, L dan XL sahaja buat ketika ini. Jom, dapatkan baju terbaru keluaran Brace Men untuk anda. Khas untuk lelaki yang aktif dan ingin tampil bergaya dan simple dalam setiap tugasan santai.

Contoh Design Baju Brace Men















No comments

Sabtu, 5 November 2016

EHH.. SUDAH 5 PRODUK BRACE BEAUTE PASARKAN.??



Pejam celik-pejam celik dah ada 5 produk yang di keluarkan oleh Brace Beaute. Sekejap sahaja masa berlalu kan? Rasa baru semalam duk meniaga di Mood Republic KL untuk perkenalkan Freely Face Serum dan kini sudah  masuk event Flea Mania Fair pulak.

Begitulah dunia ini, sebentar sahaja. Seperti kata iman Al-Ghazali, "kehidupan dunia ini hanya sebentar seperti rerumput yang tumbuh, kemudian menghijau dan mereput di mamah mentari dan hancur perterbangan di tiup oleh angin." Tiada apa-apa pun yg tinggal untuk kehidupan dunia ini.

Indah dunia perniagaan bila duit ada di tangan. Penat dalam berniaga bila ada produk baru yang nak di perkenalkan. Namun, perkara ini perlu diusahakan tapi yang memberi rezeki di atas semua ini adalah Allah SWT.

Alhamdulillah, dalam tahun 2016 dan dalam hanya beberapa bulan kini Brace Beaute sudah mempunyai 5 produk yang telah berada di pasaran sekarang ini. Sebelum ini, aku hanya fokuskan dengan Brace Pomade sahaja. Tetapi setelah terjebak dalam pencarian usahawan muda yang di anjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM), kini Brace Beaute sudah mempunyai set kecantikan dan kesihatan sendiri. iaitu Freely Face Serum, Diamond Firming Serum, Brace 8 Slimme White dan Brace Perfume.

Untuk memasarkan produk ini, kami bergerak secara online dan offline. Dalam pada masa yang sama, saya mewakili team Brace Beaute mengalu-alukan sesiapa sahaja yg berminat untuk menjadi agent dan stokist kepada produk keluaran Brace Beaute.


FREELY FACE SERUM



BRACE PERFUME



BRACE 8 SLIMME WHITE



DIAMOND FIRMING SERUM
No comments