+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 31 Ogos 2016

SEMANGAT MERDEKA YANG HILANG



MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.. Laungan keramat inilah yang sering disebut setiap kali munculnya tarikh 31 Ogos setiap tahun. Dulu masa aku di sekolah, memang sentiasa bersemangat untuk menyambut hari bersejarah ini. 

Teringat satu kisah di kampung, ketika arwah ayah masih ada lagi. Dengan berkain pelekat dan besarangkan parang di pinggang kain, ayah akan masuk ke dalam hutan untuk mencari batang buluh yang paling panjang. Bendera Malaysia yang telah lusuh akan dibuang dan diganti dengan yang baru lalu dipasakkan batang buluh itu di depan rumah. Jalur gemilang terus berkibar dengan megahnya di depan rumah kami.

Dulu, kereta abang di penuhi dengan bendera-bendera kecil yang dipasang di depan cermin kereta dan aku yang masih berbasikal ketika itu sibuk dengan mengikat bendera kecil di badan-badan basikal. Pada malam Merdeka menunggu detik 12 tengah malam. Pekan Machang pasti akan riuh rendah dengan perarakan dari golongan muda muda yang merempit, masing-masing bawak bendera besar yang terpacak di belakang motosikal mereka. 

Golongan budak-budak yang menaiki basikal akan berarak keliling pekan dan pasangan suami isteri dan anak-anak akan berkumpul di padang untuk menyaksikan acara bunga api pada jam 12 tengah malam.

Cukup meriah ketika itu, dan sehingga kini memori itu masih segar di dalam ingatan. Semuanya bersemangat untuk menyambut hari Kemerdekaan dari golongan kecil sehingga yang sudah lanjut usia. Bersemangat menyebut MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA MALAYSIA  setiap kali tibanya jam 12 tengah malam 31 Ogos.

Tapi kini, cerita ini seakan makin pudar. Kereta di jalan raya tidak lagi mengibarkan jalur gemilang. Rumah-rumah tidak lagi adanya Bendera Malaysia. Seakan-akan tiada cerita bersejarah di tanggal 31 Ogos. Pelik dan sungguh pelik bagi aku yang tinggal di kota Metropolitan ini.

Jiwa yang terkorban tiada pengganti. 
Semangat yang hilang, dimanakah nak dicari. 
Kita kini bermandi teknologi
Sehingga lupa budi ibu pertiwi


3 comments

Selasa, 30 Ogos 2016

BRACE MEN GAGAHKAN JENAMA BRACE BEAUTE



 

Alhamdulillah sekali lagi Brace Beaute melangkah ke hadapan dengan penghasilan Brace Men 
T-Shirt yang memang dicipta khas untuk mempopularkan lagi Brace Pomade. Ini merupakan salah satu idea untuk mengetengahkan Brace Pomade dan juga baju Brace Men itu sendiri. 

Gambar di atas merupakan idea asal dalam penjenamaan Brace Men dan ada beberapa lagi sample yang dicipta oleh kawan abam dan ini merupakan final yang abam pilih untuk di pasarkan. Target market utama dalam Brace Men ini adalah kepada abam-abam sado yang banyak abiskan masa di gym tempat abam sama-sama angkat besi. Ooopss.. kantoi, 



Baju yang dihasilkan ini mempunyai 3 warna utama iaitu Grey, Hitam dan Oren. Yang dalam gambari ini merupakan tester dan teaser kepada projek Brace Men ini. Abam menggunakan jenis kain yang 100% cotton dengan ketebalan 190gsm dan mungkin akan ke arah 200gsm untuk memberikan kepuasan yang maksima kepada si pemakai baju ini. 

Cetakan di dada dan bahgian belakang menggunakan teknik silk screen sudah pasti akan memberikan hasil yang simple dan cukup memuaskan hati. Kekemasan merupakan ciri utama Brace Men dan nampak gagah ketika memakainya.

Ini merupakan contoh-contoh design akan next dalam perancangan untuk dikeluarkan oleh Brace Men.

Tester 1.0

Tester 1.1

Tester 1.2

Tester 1.3

Tester 1.4

Oh ya.. pre oder dibuka sekarang kepada sesiapa yang berminat dan abam  mampu beri jaminan kepada si pemakai baju keluaran Brace Men yang anda semua pasti sukakannya..

Whatsapp : 0111 684 0717 untuk fast respond
No comments

Isnin, 29 Ogos 2016

CERITA BRACE BEAUTE DI STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN




Pada minggu lepas aku dan team Brace Beaute ada terlibat dalam karnival jualan di hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan NBOS 2016. Fuhh.. memang memenatkan sebab untuk kali ini seminggu aku dan team terpaksa berkampung di sana. Mujurlah untuk event di hari NBOS tu gerai jualan hanya dibuka pada jam 9.30pg sehingga jam 6.00 ptg. Tak de la sama seperti event MOOD REPUBLIC KL 2016 hari tu, 3 hari nonstop memang super duper penat sampai rabak mata aku berjaga di booth.



Ini merupakan sebahagian team Brace Beaute yg still setia bersama aku untuk berkampung di sini. Yang lain ramai lg sebenarnya, cuma mereka ada komitmen yg lain seperti study dan kerja tetap. Inilah muka-muka yang menganggur dan habiskan masa bersama Brace Beaute.



Taraaa... inilah abam yang tak berapa nak sado. Aku dapat booth ni secara percuma sebenarnya dengan jasa baik Roopawan.com yang sudi beri peluang kepada Brace Beaute untuk memperkenalkan produk abam di sini. Oh ya.. Brace Beaute ini memang just menjual serum-serum muka seperti Freely Face Serum dan Diamond FIrming Serum. Untuk produk2 lain, itu semua adalah produk kawan-kawan bisnes yang nak bergabung bersama dengan abam.. So, tak salah kan kita berkongsi dengan rakan-rakan bisnes..



Korang nampak tak apa aku nampak? Hahaha... Sampaikan awek Kenya pun sanggup beli produk abam. Just smile.. peace . Ok done snap ur pic madam. Tq for ur trust .. terbelit lidah abam untuk speaking mat saleh dengan diaorg ni.


Ehh.. ada lagi mamat Kenya yang sudi beli kopi buah tin dari keluaran Mekaray. Bukan dari Kenya sahaja yang sanggup beli pada hari itu, ada juga dari Manila, India, Afrika dan lain-lain negara yang abam pun dah tak ingat.


Hello guyy.. She is Kak Shyima yang sanggup stay bersama Brace Beaute untuk beberapa hari untuk promotekan kopi terbaru keluaran Mekaray. Sedap ke kopi tu kak? Korang try la sendiri ya..

OK.. that all from abam untuk hari ini. Sempat mencilokkan masa yang ada ini utk menaip entry ini pada jam 2.25 pg di Mamak As subuh. hahaha.. rabak mata bak hang.

No comments

FREELY FACE SERUM PELICIN KULIT MUKA




Kebaikan Freely Face Serum

Freely Face terbukti terbaik kerana mampu mengembalikan keremajaan pada wajah pengguna dengan menaikkan aura seri si pemakai. Melicinkan kulit pengguna untuk sentiasa kekal cerah tanpa adanya parut-parut bekas jerawat. Hasilnya ialah tona kulit nampak lebih sekata tanpa ada kulit kusam mahupun jeragat. 




Kandungan Freely Face Serum

1. Kollagen

Membantu proses pengantian “soft tissue” dan kartilage yang rosak. Menggantikan sel parut dengan sel yang sel baru dan sihat.


2. Vitamin E

Membantu mengurangkan kesan “strech marks” juga menghalang kesan “age spots” mengimbangi minyak pada kulit, mencegah lembapan hilang dari kulit dan menguatkan fungsi perlindungan kulit.

3. Aloe Vera

Agen pelembab dalam produk penjagaan kulit. Berfugsi untuk menegangkan, merangsang dan membaharui kulit untuk keihatan muda.

4. Vitamin C

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

5. Menthol

Merupakan antiseptik semulajadi yang dapat menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit. Bertindak sebagai bahan penghalang penghasilan minyak pada kulit dan mencegah pertumbuhan jerawat pada wajah.





Cara Menggunakan

Freely Face Serum sangat mudah digunakan, hanya sapukan pada kulit wajah @ kesan parut dengan pergerakan membulat, 2 kali setiap hari. Sekiranya parut masih baru, harus disapu hanya apabila luka telah sembuh dan tidak boleh digunakan pada kulit yang luka.


FAQ

1. Adakah ada had umur bagi pengamalnya?

Freely face serum ini boleh diguna pakai oleh setiap orang lelaki mahupun perempuan tanpa mengira had umur.

2. Adakah serum ini halal digunakan?

Freely Face Serum adalah 100% halal dan mempunyai kelulusan KKM NOT160600140 K. gunakan Freely Face serum tanpa ragu-ragu.

3. Bila boleh Nampak kesannya

Kesan bergantung pada tindakbalas seseorang. Ada yang cepat, ada yang lambat. Tapi secara puratanya, ia mengambil masa 14 hari untuk anda lihat hasil yang ketara.

4. 1 botol tahan berapa lama?

1 botol Freely Face Serum boleh tahan selama 1 bulan bergantung kepada penggunaan.

5. Barang dijamin sampai ke selepas dibayar?

Semestinya! Penghantaran akan dibuat pada setiap hari Isnin – Jumaat. Kami menggunakan perkhidmatan pos laju. Parcel anda dijamin akan sampai dalam masa 1-3 hari bekerja selepas ia di pos.

6. Macam mana kalau saya ada sebarang masalah @ persoalan?

Jangan risau, sekiranya anda mengalami sebarang masalah atau persoalan selepas membeli dari kami, anda boleh menghubungi 0111 684 0717
No comments

Sabtu, 27 Ogos 2016

HOMEBREWED POMADE BRACE PILIHAN RETRO STYLE




Gayakan rambut anda dengan kemasan retro style Homebrewed Brace Pomade. Bau aroma coklat susu yang penuh berlemak pasti menyelerakan wanita-wanita di luar sana. Brace Pomade ini sememangnya dicipta khas untuk lelaki maskulin yang ingin menjadi pujaan setiap wanita. 

Kandungan Brace Pomade

1. Beeswax

Sangat berkesan untuk melindungi rambut dari sinaran cahaya matahari dan membantu rambut untuk lebih mudah diurus.

2. Castor Oil

Membantu untuk memanjangkan, menebalkan dan menumbuhkan rambut secara semulajadi. Ianya sangat sesuai untuk menguatkan akar rambut dan mengatasi masalah kelemumur

3. Minyak Zaitun

Membantu untuk merawat masalah rambut kering dan mengilatkan rambut yang pudar. Ianya turut berkesan untuk mengelakkan penghasilan uban dan mengekalkan kehitaman rambut

4. Jajoba Oil

Membantu untuk mengelakkan keguguran rambut dan menyihatkan kulit kepala. Kulit kepala sihat sudah pasti rambut akan senang tumbuh.

Kelebihan Brace Pomade


Bukan sekadar untuk mengemaskan rambut dan memberikan kilatan pada rambut semata-mata. Brace Pomade Oilbased mampu untuk melebatkan rambut, menguatkan akar rambut serta menghilangkan kelemumur.

Cara Menggunakan Brace Pomade

Ambil 1 scoop Brace Pomade menggunakan jari dan ratakan pada tapak tanga. Gosok sehingga sekata dan sapukan pada rambut. Untuk hasil yang lebih berkesan, pastikan rambut dalam keadaan lembab.

Testimoni



No comments