+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 28 April 2016

MEMPERKENALKAN HOMEBREWED BRACE POMADE OLEH ZUL FATTAH


try diri sendiri jadi model.



Alhamdulillah, setelah hampir 6 bulan berhenti kerja dan melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Kini, saya cuba untuk memasuki dunia perniagaan secara trading dengan memperkenalkan pomade buatan sendiri di pasaran sekarang ini. Setelah hampir beberapa minggu berada di dalam market, sememangnya sangat memberansangkan, sudah hampir 5 dozen terjual. 


BRACE POMADE  ini, merupakan salah satu hasil pomade yang dibuat secara HOMEBREWED. Setakat ini, Brace Pomade cuma dikeluarkan berasaskan OILBASED. Untuk WATERBASED masih lagi dalam kajian dan mungkin akan siap bila bahan-bahan asas mengcukupi.


Buat pengetahuan semua, kandunagn utama Brace Pomade ini ialah BEESWAX, PETROLEUM, OLIVE OIL, CASTOR OIL,  FRAGRANCE (CHOCOLATE MILK).



brace pomade


Manfaat utama Brace Pomade ini ialah ;
  1. Merangsang pertumbuhan rambut 
  2. Melebatkan rambut
  3. Membantu rambut untuk lebih mudah diurus
  4. Memanjangkan dan menebalkan rambut secara semulajadi
  5. Melindungi rambut dari sinar matahari
  6. Mencegah kerosakan rambut
  7. Menguatkan akar rambut
  8. Mengatasi masalah kelemumur
  9. Merawat rambut kering dan mengilatkan rambut
  10. Menyihatkan kulit kepala
  11. Mengelakkan uban dan mengekalkan kehitaman rambut



Matlamat utama dalam perniagaan pomade ini adalah untuk menyebarluaskan kebaikan penggunaan Brace Pomade dalam kalangan masyarakat di Malaysia amnya. Diharap dengan adanya produk sendiri ini, akan dapat mengajar diri ini untuk lebih berdaya saing dan maju dalam bidang perniagaan dan networking.


Sekarang ini, tanggungjawab semakin bertambah untuk bahagikan masa yang sebaiknya antara perniagaan networking di Mekaray, Projek Sunnah dan sekarang produk Brace Pomade. Doakan saya dapat pergi lebih jauh dalam perniagaan ini.





No comments

Rabu, 20 April 2016

Semua Salah CEO..?



Bila kita memilih untuk memulakan bisnes sendiri dan menjadi CEO terhadap syarikat kita, kita perlu ambil segala tanggungjawab terhadap apa saja yang berlaku baik yang manis mahupun yang pahit.

Pernah banyak kali dalam sejarah, apa saja kesilapan yang terjadi disebabkan oleh orang lain, CEO perlu mengambil tanggungjawab. Jika staf menipu pelanggan, menceritakan yang buruk tentang syarikat, CEO juga yang perlu mengambil tanggungjawab walaupun CEO biasanya tak tahu apa yang berlaku dibelakangnya kerana setiap keputusan bukan lagi dibuat olehnya.

Perkara ini saya belajar dari CEO syarikat korporat yang pernah berpesan, sebaik sahaja kita memberi kuasa membuat keputusan kepada staf, kita perlu bertanggungjawab atas segala kerugian hasil daripada keputusan itu.

Flight Air Asia delay, orang akan nampak Tony Fernandes yang buat silap. Berita produk Qu Puteh mempunyai bahan kontroversi, orang akan nampak Dato Seri Vida yang membuat kesilapan itu. Jika masalah kotak tudung dari Bella Ammara, orang akan nampak  Belle yang tidak memberi perhatian pada bahagian production. Bila website Fashion Valet crash, orang akan amuk di page Vivy Yusof. Lebih memburukkan keadaan apabila CEO membuat personal branding.

Adakah anda bersedia untuk menerima kecaman, tohmahan, hinaan, makian, walaupun kesalahan tersebut tidak dilakukan oleh anda directly? Walaupun anda dah pun melatih dan meletakkan SOP yang tepat untuk organisasi anda?

Jika hati anda cukup kering, minda anda cukup kental, dan dah bersedia untuk menerima yang buruk-buruk, anda sudah bersedia untuk menjadi seorang usahawan. Jika tidak, lebih baik anda jual barang sendiri-sendiri dan tak perlu hire staf untuk menjalankan bisnes anda. 

Credit @jootawan
No comments

Selasa, 19 April 2016

Maafkan Diri Sendiri Dan Orang Lain




Pasti Anda ada kesilapan yang Anda sesali dan kesilapan itu pula membuatkan hidup Anda jadi 'miserable'. Sesetengah daripada kita yang ada penyesalan, pasti susah untuk bersemangat semula, sukar melihat hidup dari aspek positif. 

Cara terbaik untuk membuat kita optimis dan positif adalah dengan memaafkan diri sendiri. Berikut adalah 2 cara bagaimana untuk Anda memaafkan diri sendiri: 

1. Maafkan dalam hati kesalahan lama yang Anda pernah lakukan dari dulu sampai sekarang. Jika Anda buat salah dengan orang, Anda minta maaf pastu dia maafkan Anda, mesti lega kan? Kita akan rasa tenang dan bersemangat meneruskan hidup. Untuk kita sentiasa bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan, belajarlah untuk menjadi orang pemaaf. Terlebih dahulu, belajar memaafkan diri sendiri atas segala kesilapan-kesilapan lalu, sama ada kesilapan besar atau kecil kemudian tekad untuk ambil tindakan lebih baik di masa akan datang. 

Sebelum Anda melelapkan mata, katakan dalam ayat ni: "aku maafkan kesalahan aku dari dulu sampai sekarang, yang kecik atau yang besar. Sekarang pergilah semuanya jauh dari hidupku. Pergi, pergi". Lafazkan dengan nada berbisik, lakukannya dengan sepenuh hati diiringi emosi yang tenang. Esok paginya Anda akan bangun dengan penuh bersemangat. 

2. Terima kesalahan, kesilapan dan permasalahan lalu sebagai cara untuk tahu cara yang betul dalam usaha memperbaiki diri. Dalam kita membina hidup yang lebih bahagia, kita akan buat berbagai kesilapan. Dari kesilapan tu, kita akan tahu cara yang betul. Kesilapan yang kita buat sebenarnya baik untuk diri kita sendiri sebab dari situ kita akan tahu cemana kita boleh bentuk diri kita jadi semakin baik. Andai kata Anda buat silap pada seseorang, minta maaf banyak-banyak. Jika Anda buat silap dan anda sakit hati dengan diri sendiri sebab buat silap, maaafkan diri sendiri. 

Rasa sakit hati, geram dan tak puas hati tu memang kita akan rasa punya apabila apa yang kita nakkan tak terjadi. Terima hakikat yang Anda sudah buat silap. Ia dah terjadi. Anda kena terima hakikat itu. Sesudah Anda terima, lupakan dan kunci kejap di dalam hati. Elak untuk rasa menyesal atau rasa terpukul dengan kesilapan Anda kerana itu sikap negatif. Kita nak jadi positif sepenuhnya. Seboleh mungkin jangan biarkan sedikitpun unsur sikap negatif ada dalam diri kita.

Jika Anda pernah buat silap di masa lalu dan Anda mahu hilangkan rasa menyesal yang kuat bersarang di dalam diri Anda, gunakan 2 teknik yang Anda dah baca tadi. Rasa menyesal tu akan hilang sedikit demi sedikit sebaik-baiknya bertaubatlah....






No comments

Isnin, 18 April 2016

SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA





Alhamdulillah, Bersyukurlah dengan apa yang berlaku dalam hidup ini. Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanya sementara dan Allah telah tetapkan segala-galanya. Namun kita sebagai manusia, jangan pernah mengalah untuk berusaha untuk dapatkan sesuatu yang kita inginkan. Berusaha dan berusaha, pasti Allah akan bagi. Tunggu masa yang sesuai pasti kejayaan kita dapat. Kegagalan yang kita hadapi ini merupakan ujian ALlah pada kita, untuk lihat kita mampu ke tidak untuk terima kejayaan di masa depan kelak. So. fikir-fikirkanlah.. 


No comments

Jumaat, 8 April 2016

KEPENATAN YANG MENGUBAH HIDUP





"Kepenatan dalam hidup "

Ramai yang mengeluh kerananya. Semestinya hidup ini merupakan suatu perkara yang rumit dalam setiap pemikiran insan-insan yang hidup di atas muka bumi ini. Kerana hidup memerlukan banyak perjuangan yang tak akan pernah berhenti dalam seumur hidup kita. Dalam kehidupan ini, banyak ujian dan cabaran yang harus di lalui. Ramai antara kita yang mengalami kepenatan dalam ujian kehidupan, yang kuat akan terus berjuang dan yang lemah akan terus menyerah.

Jikalau kita tahu apa itu ertinya syukur dalam kehidupan ini, sudah cukup untuk menghilangkan segala kepenatan dunia ini. Manakala, orang-orang yang tidak bersyukur, mereka tidak akan pernah mengerti apa itu erti kehidupan yang sebenar. Mereka hanya mampu menghabiskan sisa hidupnya tanpa makna kehidupan.

Kepenatan yang selalu membuatkan kita terjatuh sehingga terucap kata-kata "aku menyerah" di akhir ujian. Kepenatan ini akan membuat perubahan yang begitu besar dalam diri kita. Perubaha yang mengalihkan diri kita ke sisi yang Negatif dan ada juga yang mengarahkan kita ke sisi yang Positif. Kebiasaannya ialah membawa kita ke sisi negatif yang akhirnya memberi kita kesengsaraan dalam kehidupan ini.

Kepenatan dalam hidup ini boleh di atasi dengan nilai kesyukuran dan cara kita berfikir untuk mengatasi masalah tersebut. Setiap orang diciptakan dengan pola pemikiran yang berbeza dan cara sisi hidup yang berbeza. Jikalau kepenatan ini di pacu dengan perkara yang positif pasti akan memberikan impak yang besar kepada diri iaitu ianya akan menjadikan diri kita lebih dewasa dalam nenangani situasi yang sulit yang dipanggil sebagai ujian hidup.

No comments

Khamis, 7 April 2016

TIADA PENDOSA YANG TIADA MASA DEPAN


Kadangkala apabila mengenangkan dosa-dosa saya, saya berdoa:

"Ya Allah, jikalau diri ini ada manfaatnya pada manusia lain, maka ampunilah dia"

Kita berdakwah bukan kerana kita lebih bersih daripada orang lain, tetapi kerana kita sedar ada kotoran dalam diri kita. Maka kita melihat, dakwah adalah jalan untuk sentiasa muhasabh dan menghampirkan diri kita kepada-Nya.

Untuk diri saya, menulis perkara-perkara baik, mengingatkan orang kepada kebaikan, keluar di jalan Allah selama 4 bulan dan 40 hari, itulah yang kadang membuat saya bersemangat bagi mempertingkatkan keadaan diri sendiri. Walaupun kadang saya akui, apa yang saya tulis itu belum tentu saya mampu usahakan dan laksanakan. Namun, apabila memberikannya sebagai pesan kepada orang ramai, sebenarnya ia memukul jiwa saya sendiri. Buat saya muhasabh. Buat saya mahu usahakan yang terbaik buat diri ini.

Semoga Allah ampunkan saya dan ampunkan kita semua. bagi yang menbaca coretan ini, doakanlah saya. Moga Allah s.w.t ampunkan saya.

Sebelum saya akhiri coretan ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua satu pujangga para alim;

"Manusia yang apabila dia hendak melakukan dosa, berfikir, "Allah maha pengampun", adalah manusia yang mengkhianati keluasan pengampunan Allah swt. Allah itu maha pengampun, bukan untuk kita lebih banyak melakukan doas. Tetapi, untuk kita rasa malu dalam melakukannya. Untuk kita punya rasa harapan  apabila terjatuh ke dalamnya. Bukan untuk jadi lesen supaya kita melakukan dosa."

No comments

Rabu, 6 April 2016

KEPERGIAN SESEORANG BUKAN UNTUK DISESALI


Al-Fatihah buat sahabat yang telah kepergian kakak yang tersayang. Selepas ketiadaan kedua ibu bapa, kini kakak yang banyak berjasa padanya sudah pergi buat selama-lamanya. Mungkin aku bukan sahabat yang baik untuk berada bersama di saat engkau dalam kesedihan. Mungkin jarak menjadi pemisah antara kita. Aku di KL engkau di Kelantan sana, sangat sukar untuk aku ziarah engkau di sana. Tapi ingatlah sahabat, aku tidak pernah putus untuk mendoakan kebaikan untuk engkau di sana.

Sekarang ini, masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Sahabat yang dulunya akrab sentiasa bersama tidak mungkin kekal selama-lamanya. Kerana tanggungjawab untuk diri masing-masing menjadi keutamaan. Ingatlah setiap kali aku pulang ke kampung halaman engkau pasti ada untuk bersembang sampai larut malam.

Apa-apa pun, semoga engkau sahabat sentiasa kuat di sana untuk menempuh ujian hidup. Walaupun engkau tiada sesiapa di sisi sekarang ini. Ingatlah Allah ada bersama engkau dan aku masih di sini mendoakan engkau. Tunggu aku, sampai masa aku pulang ke kampung halaman.
No comments

Selasa, 5 April 2016

KELANTAN MATCH FACTORY, KILANG MANCIS CAP LADA YANG TERTUA DI MALAYSIA



gesek


Pernah suatu ketika dahulu, keluarga saya menggunakan Mancis atau dalam dialek kelantan dipanggil sebagai "gesek" dalam setiap aktiviti harian. Kebiasaannya diguna untuk menyalakan api bagi dapur kayu, rokok bagi lelaki yang menghisap rokok daun, menyalakan lilin.

Pertama kali saya dibawa masuk ke kilang mancis Kelantan Match Factory, saya tersenyum sendiri kerana teringat sejak saya kecil lagi saya sudah mengenali jenama ini. Namun tidak pernah pula terlintas bahawa suatu hari nanti saya akan melawat Kilang Mancis ini.

Tahukah anda, Kilang Mancis Cap Lada di Kelantan merupakan kilang mancis paling lama dan tertua di Malaysia. Ia dibuka sejak tahun sebelum merdeka iaitu pada 1933 sehingga kini (84 tahun) dan masih beroperasi. Kilang Mancis Cap Lada yang terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan dan kilang ini mampu menghasilkan sebanyak 800,000 kotak mancis dalam masa sehari.

Untuk pengetahuan, hanya kotak dan mancis sahaja yang dibuat di kilang ini, manakala batang mancis di import dari negara China kerana kos penyelenggaraan jauh meningkat. Kilang ini boleh menghasilkan 800,000 kotak mancis sehari dengan penggunaan mesin lama dan proses penghasilannya yang masih menggunakan kaedah tradisional. Secara tak langsung, bukan sahaja memberikan pulangan dan manfaat kepada masyarakat setempat khususnya dapat menyumbang kepada pendapatan negara.

Semasa lawatan Sahabat Media ke Kelantan Match Factory, hampir 30 orang pekerja yang sedang bertugas di Kilang Mancis tersebut. Tugas mereka tidaklah hanya khusus untuk sesuatu bahagian dalam menjalankan tugas, adakalanya mereka akan ditukarkan bahagian lain mengikut keperluan kilang.

Walaupun mendapat saingan yang sengit daripada pemetik api moden, Mancis Cap Lada tetap bertahan sehingga ke hari ini. Pada masa kini, mancis kayu masih lagi diperlukan walaupun permintaan dan pengeluarannya tidak sebanyak dahulu. Permintaan yang tinggi terhadap pemetik api moden mendorong situasi tersebut.

Bagaimana mancis yg hanya dijual dgn harga 10 sen sekotak mampu bertahan sehingga kini???


ENJOY THE PHOTOS

bate gesek


proses pembungkusan masih menggunakan gam kanji


mesin yang digunakan untuk membuat serbuk gesek


proses pengasingan yang dilakukan oleh pekerja 


pintu kilang kelantan match factory


antara mesin yang terdapat di kilang


ribuan stok siap untuk di hantar.
No comments

INDAHNYA BERFIKIRAN POSITIF



Jika ada orang bicara mengenai kita di belakang...
Itu tanda bahwa kita sudah ada di depan...


Saat orang bicara merendahkan diri kita...
Itu tanda bahwa kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi...


Saat orang bicara dengan nada iri mengenai kita...
Itu tanda bahwa kita sudah jauh lebih baik dari mereka...


Saat orang bicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka...
Itu tanda bahwa kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka...


Payung tidak dapat menghentikan hujan tapi dapat membuat kita berjalan 
menembus hujan untuk mencapai tujuan...


No comments

Isnin, 4 April 2016

3 SEBAB KENAPA ORANG GAGAL DALAM BISNES ONLINE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم



Salam semua untuk pembaca blog penulisan Zul Fattah. Saya doakan tuan-tuan dan puan-puan semua kaya, berjaya dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta. baiklah persoalan pada hari ini ialah kenapa ramai yang berbisnes tapi setakat setengah jalan sahaja. Ada juga yang baru buka syarikat sendiri, dalam masa 3 tahun pertama sudah angkat kaki.

Menerusi hasil kajian pembacaan saya dalam buku-buku dan apa yang saya dengar dalam seminar-seminar yang pernah saya hadiri. Apa yang dapat saya kongsikan di sini ialah ada 3 sebab utama kenapa 97% orang yang baru memulakan bisnes secara online, selalunya gagal. Ini termasuklah dalam perniagaan secara trading mahupun secara networking. 


3 SEBAB 


Bisnes adalah sebuah aktiviti yang melibatkan wang dan manusia. Banyak perkara yang perlu disentuh apabila memulakan bisnes online sendiri. Jadi, sebelum memulakan bisnes online, tetapkan matlamat yang mahu dicapai. 

1) Sebab #1

Ramai orang gagal dalam bisnes online, kerana mereka tidak mempunyai matlamat dalam berbisnes. Biasanya, orang yang baru memulakan bisnes online, mereka tidak menetapkan matlamat yang mereka mahu tuju. Apa yang biasa mereka buat, buka bisnes dan jalan. Sebab itu, kenapa banyak bisnes yang gagal adalah kerana tidak menetapkan matlamat. Mereka berbisnes, mungkin kerana mahu bebas hutang. Mereka berbisnes, mungkin kerana terikut kawan (tengok kawan mewah dengan bisnes, kita pun ikut berbisnes). Mereka berbisnes, mungkin kerana tidak mahu bekerja dengan orang. Apabila tiada matlamat yang mahu dicapai, kita akan mudah berputus asa apabila kita gagal atau mengalami kerugian semasa membuat bisnes. Penyebab kenapa usahawan berjaya pada hari ini adalah kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas apa mereka mahu capai.

2) Sebab #2

Matlamat tidak jelas. Peniaga baru, mereka ada matlamat. Tetapi tidak jelas. Mereka mahu berjaya dalam bisnes yang mereka mahu ceburi. Tetapi, mereka tidak tahu mereka mahu berjaya dalam bidang apa, dalam bahagian mana. Ataupun, mereka mahu mendapat duit sebanyak RM100,000. Tetapi, mereka tidak tahu, bila mereka boleh dapat duit RM100,000 itu. Mereka tidak tahu dalam tempoh masa berapa lama untuk mereka capai matlamat tersebut. Peniaga yang berjaya, mereka tahu merancang untuk mencapai matlamat dalam masa yang telah mereka tetapkan.

3) Sebab #3

Sebab ketiga kenapa ramai peniaga baru gagal dalam bisnes online adalah.. Tiada perancangan dalam menetapkan matlamat. Kita sudah ada matlamat. Kita sudah ada tempoh masa bila mahu mencapai matlamat tersebut (contoh mahu RM100,000 dalam masa 3 tahun). Tetapi, kita tidak merancang bagaimana kita mahu mencapai RM100,000 dalam masa 3 tahun. Buat perancangan supaya kita boleh mencapai matlamat dalam tempoh masa yang telah kita tetapkan. Rancang dengan teliti, proses-proses, perancangan jangka masa pendek, perancangan masa panjang untuk kita capai matlamat dalam tempoh masa yang telah kita tetapkan.


KESIMPULAN

Itulah sedikit sebanyak yang mampu saya kongsikan untuk pembaca semua, sebenarnya masih banyak lagi sebab kegagalan. Tapi itu semua atas diri kita sendiri.. Tepuk dada tanyalah diri sendiri. 

No comments

KISAH DINAR YANG TIDAK CUKUP



Sekadar ingin berkongsi kisah pengajaran dengan pembaca semua, kisah ini sebenarnya adalah untuk peringatan diri sendiri. Mana mungkin diri yang lalai ini akan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah tanpa perlu nasihat? Oleh itu cerita ini menjadi motivasi hidup atau bayan kehidupan dalam meneruskan hidup yang sementara ini. 

Mungkin ada yang pernah dengar tentang cerita ini, dan mungkin ada yang pernah membacanya. Namun ketahuilah sahabat semua, tak salah kita baca benda yang betul berulang kali daripada kita berceloteh benda yang salah beribu kali. Baiklah. 

let the story begin...

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang merasa tidak cukup dengan gajinya. Gaji lelaki itu 3 dinar. Pada suatu hari, lelaki itu berjumpa dengan seorang alim. Lelaki itu tadi menceritakan yang dia merasa gajinya tidak mencukupi untuk dirinya. Lalu, alim itu meminta untuk lelaki itu tadi mengurangkan gajinya kepada 2 dinar. Lelaki itu tadi pelik. Kenapa perlu dikurangkan lagi. Disebabkan ketaatan kepada seorang alim tadi, lelaki itu akur. Pada bulan seterusnya, lelaki itu mengambil gaji sebanyak 2 dinar. 

Masa berlalu. Lelaki itu masih berasa gajimya 2 dinar itu masih tak mencukupi baginya. Lelaki itu tadi pergi kepada alim itu semula. Lelaki itu menerangkan bahawa dia sudah mengurangkan gajinya kepada 2 dinar. Namun, gaji 2 dinar itu masih tidak mencukupi untuk dirinya. Alim itu memberi jawapan yang pelik sekali lagi. Alim itu menyuruh lelaki itu untuk kurangkan gajinya lagi kepada 1 dinar. Lelaki itu tadi semakin pelik, masakan 3 dinar kepada 2 dinar sahaja sudah sangat mencukupi. Apatah lagi dikurangkan kepada 1 dinar. Seperti yang sebelumnya, lelaki itu tadi akur sekali lagi. Pada bulan seterusnya lelaki itu mengambil gaji sebanyak 1 dinar. Masa pun turut berlalu.

Pada suatu hari, lelaki itu berjumpa semula dengan alim itu semula. Kali ini dalan keadaan berbeza. Wajah lelaki itu nampak ceria. Senyuman terlihat dari wajah lelaki itu dalam keadaan tenang. Lelaki itu tadi menceritakan hidupnya sekarang. Lelaki itu merasa sangat tenang dan gajinya yang 1 dinar itu sangat mencukupi untuk dirinya. Lalu, lelaki itu bertanya kepada alim itu kenapa keadaan ini boleh terjadi. Mengapa gajinya yang 3 dinar tidak mencukupi untuk dirinya bahkan berasa sesak. Berbeza dengan gajinya yang 1 dinar tadi mencukupi dan membuat lelaki itu berasa tenang. Alim itu memberi jawapan bahawa.

Haknya untuk kerja yang dilakukan oleh lelaki itu hanya 1 dinar. Lebihan 2 dinar sebelumnya itu bukan haknya kepada kerjanya. Disebabkan keberkatan pada 1 dinar itu tadi, hidup lelaki itu tercukupi dan lelaki itu berasa tenang dalam hidupnya.


Moral of the Story

"Kadang-kadang bukan jumlah wang yang membuatkan kita tenang dan mencukupkan keperluan kita. Keberkatan rezeki itu lebih baik untuk kita walaupun sedikit. Bukan maksud menolak mencari yang banyak. Jika banyak dan berkat lebih baik. Betul ? Jadi, kejar berkatnya dulu baru jumlahnya." 



No comments

Jumaat, 1 April 2016

Sungai Golok Berubah Jadi Pantai



Sapuan mengawasi tiga anak perempuannya bermain di tepi Sungai Golok, semalam.


RANTAU PANJANG – Sungai Golok berubah seakan-akan pantai apabila pasir mula memenuhi tebing di sempadan, sejak beberapa minggu lalu.


Seorang penduduk, Sapuan Ahmad, 50, berkata, penurunan paras air di sungai ini, biasanya berlaku setiap kali musim panas bermula Mac hingga Jun.


Menurutnya, keadaan ini menjadikan Sungai Golok sebagai kawasan tumpuan terutama kepada ibu bapa yang membawa anak-anak untuk bermain air di kawasan cetek.


“Ada sesetengah kawasan tidak boleh dilalui oleh perahu atau bot kerana dasarnya yang terlalu cetek. Sungai ini juga dipenuhi kayu dan batu yang boleh merosakkan kenderaan tersebut,” katanya.


Sapuan berkata, walaupun ditemani orang tua, namun mereka mengawasi anak-anak, kerana ada sesetengah kawasan agak berbahaya untuk sebarang aktiviti.


Sebelum ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menambah bilangan anggotanya di sempadan Malaysia-Thailand dekat Rantau Panjang, berikutan penurunan paras air di Sungai Golok, yang dilihat memudahkan berlakunya aktiviti jenayah rentas sempadan.


Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zarondin Md Amin berkata, usaha itu dilakukan bagi meningkatkan kawalan sempadan, di kedua-dua negara.


Menurutnya, anggota dari 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditugaskan di kawasan sempadan itu bagi membantu anggota Empat Rejimen Sempadan (RS).


Katanya, operasi bersepadu ini turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Tentera Diraja Thailand.


Tinjauan mendapati tiada sebarang aktiviti menyeberang dilakukan sebaliknya kawasan ini dipenuhi penduduk yang keluar beriadah setiap petang.


Malah aktiviti mengemudi perahu turut dihentikan di beberapa kawasan kerana Sungai mulai cetek dan dipenuhi pasir, kayu dan batu.

sumber : Berita Harian
No comments