+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 25 Mac 2016

Modal Yang Paling Besar Untuk Berjaya Ialah Kepercayaan Diri

sumber : google

Saidina Ali r.hu pernah berkata 

“Modal yang paling besar ialah kepercayaan diri”


Percayakan diri kita bahawa kita yang terbaik. Sekarang ini, ramai yang tidak ada kepercayaan dalam diri mereka. Sehinggakan mereka masih teragak-agak, 

“boleh ke aku buat kerja ini?”

“boleh ke aku buat bisnes Mekaray ni?”

Persoalan-persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita, bilamana kita terjumpa sesuatu yang dinamakan pilihan. Jikalau buruk pilihan kita, maka meranalah pada masa kelak. Tetapi jikalau baik pilihan kita, maka kejayaan menanti dihadapan kita.

Maksud saya di sini sebenarnya, jikalau kita percaya akan pilihan kita atau keputusan yang kita buat sudah pasti kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan pilihan kita ini bukan sesuatu yang sia-sia. Jikalau kita merasakan pilihan yang kita buat ini salah, maka kita akan mula rasa down, rasa bersalah dan sehingga timpulnya perasaan menyalahkan diri sendiri. Maka hasilnya kita gagal dalam pilihan kita itu. 

Begitulah kehidupan kita pada masa ini, ramai yang katakan diri mereka banyak kali ditipu oleh orang MLM. "Duit habis, hasil apa pun tadak." Itulah yang selalu saya dengar oleh rakan-rakan dan kenalan rapat atau jauh yang bilamana diperdengarkan tentang peluang perniagaan bersama Mekaray ini. Mereka menyalahkan upline tidak tolong, upline bawa lari duit, syarikat penipu, produk mahal entah apa-apa yang dijual. Macam-macam cerita, sehinggakan yang tidak masuk akal pun ada.

Buat pengetahuan semua, kejayaan saya pada hari ini dalam industry Networking ini bukanlah sehebat mana pun jikalau nak dibandingkan dengan otai-otai atau leader-leader hebat dari syarikat-syarikat lain. Tetapi, dengan pengalaman masa lalu membuatkan saya berada di tempat sekarang. Pengalaman masa lalu memang banyak mengajar saya untuk tahu apa itu erti kegagalan dan apa itu erti kejayaan.

Baiklah, jujur saya bagitahu yang saya mula diperkenalkan dunia networking atau MLM ini pada umur saya 17 tahun. Lepas SPM saya dikenalkan dengan LUXOR oleh kawan sekampung yang tidak pernah kenal rapat pun sebelum ini. Masuk dengan Modal RM2000 lebih dan akhirnya tidak dapat apa-apa pun. Sekadar dapat produk gamat dan tidak ada satu pun yang saya makan atau pakai sendiri. Semuanya saya bagi pada ahli keluarga. Masa itu, semua digadaikan sehinggakan laptop kesayangan pun saya terpaksa jual untuk buat bisnes Luxor ini. Masa itu, siyesly !! saya tidak tahu apa-apa pun. Just do it apa yang di suruh oleh rakan saya itu.

Sampai ke hari ini, saya masih tidak menyesal walaupun kehilangan laptop tersebut. Kerana saya menganggap itu adalah ujian hidup untuk mematangkan diri. Selepas setahun berlalu, saya di perkenalkan lagi dengan perniagaan UPTREND. Waktu itu, berita tentang uptrend cuma saya dapat melalui flyest dan saya pergi ke seminar yang mereka buat di Dewan Majlis Daerah Machang pada waktu itu. Dengan bermodalkan RM350 saya bermula dalam bisnes Uptrend dan still tidak dapat apa-apa pun.

Yang saya dapat cuma penat menabur flyest untuk upline pada masa itu. Satu Kota Bharu kami tabur flyest untuk event yang akan dibuat di hotel KB (tak ingat nama hotel). Siyeslly!! Di situ pun, saya masih tidak rasa menyesal menghabiskan duit RM350 walaupun saya tidak dapat apa-apa pun.

Selepas itu, tahun berganti tahun, masa berganti masa. Saya cuma menjadi pemerhati kepada syarikat-syarikat Networking yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Namun tidak ada satu orang pun yang datang untuk perkenalkan kepada diri ini tentang perniagaan MLM. Mungkin sebab saya busy dengan pelajaran. Sampailah saya grad dan mendapat pekerjaan di Saujana Puchong.

Tahun 2015 adalah detik untuk saya bermula kembali bagi mengantikan memori hitam dalam perniagaan Networking. Jikalau dulu bermula tanpa ilmu, kini ilmu perniagaan penuh di dada. Jikalau dulu cuma menjadi kuli atau budak suruhan, kini menjadi bos kepada perniagaan sendiri. Awal perkenalan dengan COWAY, sekadar menjual water filter, apa la sangat kan? Di situ saya masih tidak tahu pada asalnya Coway pun berasaskan perniagaan secara Networking sehinggalah saya sendiri menjalankan perniagaan coway ini. 

Seterusnya terlibat dengan UNICO NETWORK. Ilmu pengenalan dunia Networking bermula di sini dan hanya seminggu saya menjalankan perniagaan Unico ini. Modal dapat, untung dapat. OK not bad kan? Untuk orang yang masih baru macam saya. Sampailah saya berjumpa dengan Cikgu Roslan merangkap Sifu saya dalam dunia perniagaan Networking ini. Maka segala ilmu, segala pengalamannya dan segala-galanya dicurahkan kepada saya untuk berada bersama-sama beliau dalam perniagaan IECO SCIENCES. Tidak sempat buat apa-apapun untuk perniagaan ini, sekadar menjadi ahli sahaja dengan modal RM290 untuk sekotak produk dan automatic jadi agen syarikat. Siyeslly!! Di sini pun saya tidak menyesal walaupun sekadar beli produk sahaja. Kerana apa? Kerana MEKARAY VENTURES dalam rangka penubuhan.

Akhirnya bermulah langkah-langkah menuntut ilmu perniagaan dengan lebih mendalam dalam Mekaray Ventures. Pada 8/11/2015 itulah detik yang penuh bermakna bagi hidup saya kerana dapat menjadi warga mekaray ventures. 

Bayangkan, berapa banyak yang saya habiskan duit untuk sampai ke tahap ini. Hampir RM3000 lebih kerugian daripada perniagaan yang terdahulu. Itu dari segi wang, bagaimana pula dengan masa yang terbazir? Bagaimana pula dengan penat lelah ?

Mohd Ali, peninju dunia pernah berkata “ I’am the best” kepada lawannya kerana apa? Kerana dia ingin tanamkan dalam dirinya bahawa dia percaya kepada dirinya. Begitulah apa yang saya pegang pada hari ini, saya percaya yang saya akan berjaya di Mekaray Ventures. Jikalau betul dengan acuannya mana mungkin bahulu akan menjadi apam balik. 

Bung Sukarno pernah berkata lebih kurang ianya berbunyi begini “daripada menutup kegelapan, lebih baik ambil sebatang lilin dan nyalakan” . Baiklah, anda faham maksud dari kata-kata beliau? Maksudnya begini, daripada kita meratapi di atas kegagalan kita, baik kita berusaha untuk terus keluar dari kegelapan @ kegagalan hidup kita. Benda dah jadi, segala kerugian yang saya tanggung sebelum ini, saya cuma boleh abaikan dan lupakan @ tutup mata. Tapi, peluang yang ada di depan mata sekarang ini, tak akan saya lepaskan dan saya akan pastikan yang saya akan buat sampailah hilang semua kegelapan dalam diri saya. Anda semua akan jadi saksi bagaimana saya pada hari ini yang bermula dari bawah pasti dan pasti saya akan berjaya pada masa kelak. InsyaAllah.

Sedikit tip dari saya sebelum saya mengakhiri nukilan ini, “untuk hasil yang besar, anda kena semai dengan benih yang besar” . Untuk tahu tentang apa itu benih yang besar, nanti ada masa saya akan kongsikan bersama anda semua. Buat masa ini, fikir-fikirkan kata-kata ini dan apa itu benih yang besar?

No comments

Khamis, 24 Mac 2016

Bagaimana Dakwah Bermula?



"Wahai CABARAN
Wahai DUGAAN
Wahai UJIAN
Aku ada ALLAH yang memperkuatkan diriku dan memudahkan segala urusan ku"


Abid yang beribadah di dalam masjid, memang kelihatan suci kerana tidak tercemar dengan sebarang noda dan lumpur kehidupan. Namun berbeza dengan Daie yang bergadang di tengah masyarakat, akan melakukan beberapa kesilapan itu dan ini. Maka ibadah seorang Abid tadi hanya kelihatan seperti peluh di keringat kuda perang yang ditunggangi oleh seorang pahlawan yang menyabung nyawanya.

Jikalau abid itu wajahnya basah dengan air mata, maka para daie basah dengan keringat bergadang dengan pelbagai fitnah dan cabaran di tengah masyarakat. Di saat Abid enak ruku' dan sujud beribadah di dalam masjid, Daie bergadang mengislah umat dan menghadapi caci serta maki hamun dalam mengajak manusia kembali kepada Allah s.w.t.

"Ingatlah semua, kerja-kerja dakwah ini bukan kerja yang senang-lenang. 
Bukan hanya fikir, tetapi perlu memperkasa zikir. 
Bukan hanya tahu bersuara member idea, tetapi perlu melaksanakan dalam kehidupan kita."


Bagaimana dakwah bermula?


Mulakan dakwah dalam diri kita terlebih dahulu. Belajarlah untuk berakhlak yang baik. Bukan hanya dengan pandai menulis, petah berkata-kata, masuk pencetus ummah atau daie. Tanpa akhlak yang baik, segalanya tiada makna melainkan anda cuma mendapat popular di mata manusia yang buta hati. Hidup dalam dunia retis, glamor, pujaan ramai sehinggakan melupakan pencipta jasad ini. Solat alar kadar, tidak berjemaah dan sibuk dengan ceramah sana dan ceramah sini. Sehingga lupa akan keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga yang masih sibuk dengan maksiat.

Dakwah ini bukan kerja mengumpul pendengar dan kaki angguk. Dakwah ini adalah kerja pembaikan supaya lahir lebih ramai insan yang baik dalam kalangan mereka yang sebelumnya dalam keadaan teruk atau jahil. Seterusnya, jikalau diri sudah ada akhlak yang baik maka mulakan dakwah dalam kalangan ahli keluarga terlebih dahulu. Walaupun sibuk dengan dakwah dengan yang bukan keluarga kita. 


"Sesungguhnya yang pertama Rasulullah s.a.w capai adalah Keluarganya. Barulah rakan-rakannya, jiran-jiran dan seluruh penduduk mekah dan seluruh umat seluruh alam."


No comments

Rabu, 23 Mac 2016

Dengar Boleh, Percaya Jangan!!



“Sekiranya benar kita ingin mencari kebenaran, maka kita perlu 
berani mendengar pendapat orang lain”


Apabila saya mendengar pandangan orang terhadap dua pihak yang bertelagah ataupun individu daripada satu pihak yang bertelagah, ataupun terhadap yang dirasakan membawa pengaruh untuk satu pihak yang bertelagah, prinsip saya adalah begini:

1. Jikalau pandangan dia hanya kepada sebelah pihak tanpa ada perbandingan yang baik daripada sebelah pihak yang lain, maka pendapat dia saya tolak ke tepi. Jikalau pandangan dia adalah kepada kedua-dua belah pihak, ada perbandingan yang jelas, itu saya akan dengar.

2. Jikalau pandangan dia disertai dengan kata-kata kesat dan maki hamun, maka pendapat dia saya akan tolak ke tepi. Jikalau kritikan dengan ayat yang sopan, bahasa yang tegas tetapi beradab, mesej yang keras tetapi bahasa yang tenang, itu saya akan dengar.

3. Jikalau pandangan dia tiada bukti kukuh, atas angin, atas cakap orang semata-mata, maka pendapat dia saya tolak ke tepi. Tetapi, sekiranya dia yakin dengan apa yang dia utarakan, dan apabila diberikan persoalan yang relevan, dia akan respons tanda tanggungjawab terhadap pendiriannya, itu saya akan dengar.

Saya nasihatkan kepada diri saya dan anda semua, usah kita taksub, teruja dengan pandangan yang menyokong, membela, ataupun menguatkan puak pilihan kita, individu pilihan kita, kumpulan pilihan kita dan menghentam, mengeji, ataupun mencela lawan kita, individu lawan kita, sehingga kita tidak peduli lagi benar ataupun salah. Asal hentam lawan kita, kita sebar. Asal sokong kumpulan kita, kita jaja. Jangan.  Anda kelihatan tidak berakhlak dengan cara itu.

Percayalah cakap saya. Anda benar sekalipun, jikalau anda tiada akhlak, kebenaran anda itu akan tertutup dengan akhlak anda yang buruk. Jangan rugikan diri anda, kumpulan anda, ataupun mereka yang anda sokong itu dengan sikap anda.

“Jikalau kita tidak senang untuk hidup dengan menghadapi cabaran, ujian, tomahan, dan cacian maka jangan kita sembang tentang kekayaan dan kejayaan dalam perniagaan.”

No comments

Status Facebook Lambang Diri Anda


Facebook atau dikenali sebagai laman muka buku sudah menjadi seperti sebahagian kehidupan kita. Termasuk saya yang sememangnya merupakan pengguna tegar facebook. Ya, terasa kuat cengkamannya dalam kehidupan saya. Apatah lagi kini facebook seakan sudah menjadi salur komunikasi utama, bukan lagi alternatif. Tambahannya pula, facebook dan media social inilah punca rezeki utama saya. Perniagaan yang secara online sememangnya memerlukan pelanggan dari atas talian. 

Hari-hari orang akan mengemas kini status. Status Facebook seakan-akan sudah menjadi wakil kepada diri manusia yang sebenar. Seakan ia menjadi gambaran kepada batang tubuh yang menjadi pemilik akaun itu. Maka tidak hairanlah orang berlumba-lumba mempamerkan apa sahaja yang boleh dilihat sebagai gambaran sebenar mereka. Memang saya akan mengupdate status facebook 3 kali dalam 1 hari, saya akan berkongsi tentang produk dan perniagaan yang saya jalankan, tentang gaya hidup saya dan kata-kata motivasi untuk diri sendiri sebenarnya. 

Namun sekarang ini, orang luar yang hendak kenal siapa kita, mereka akan terlebih dahulu selidik status-status facebook kita yang terdahulu. Jikalau wall facebook kita penuh dengan status yang bersifat negative orang akan memandang serong pada kita, tapi jika wall facebook kita bersifat positif maka ramai orang akan menyanjung dan menambah kenalan dengan kita.

Seharusnya, kita perlu menjaga status facebook dan wall facebook kita dari tercemar oleh status-status yang berbaur kebencian, kehinaan dan aura negative. Kadang-kadang kita yang tidak selalu online dan jarang-jarang buka facebook tetapi wall kita penuh dengan status atau post yang di tag nama kita padanya. Akhirnya wall kita sudah tercemar oleh status tagging yang berbaur lucah, politik, game dan macam-macam lagi sehinggakan wall kita boleh dikatakan seperti carca merba. Jadi jagalah facebook anda semua dari status-status negatif dan tagging yang boleh merosakkan wall anda.

Dimana ada manusia, di situ adanya dakwah. Itulah yang perlu disematkan dalam diri kita semua, dalam kita berfacebook hari ini anggaplah ianya bukan trend semata-mata. Tetapi kerana kita melihat di sana ada yang dapat kita manfaatkan untuk perkembangan dan kelangsungan Islam itu sendiri. Ramai yang berfacebook dan ramai juga jiwa-jiwa yang mencari kebenaran di dalamnya. Maka ambillah peluang ini untuk menyelit dan menjadi penyebar kepada kebaikan dan kebenaran tentang Islam.
No comments

Jumaat, 18 Mac 2016

KESAN BURUK JEMUR KAIN DALAM RUMAH

gambar : google

Ibu-ibu, isteri-isteri semua mesti pernah menjemur baju di dalam rumah kan? Even saya sendiri pun selalu sampailah sekarang. (Sambil memandang baju-baju yang tersidai di cermin tingkap). Biasala hidup sebagai orang bujang. Jadi, di bawah ini adalah senarai keburukannya. Selepas mengetahuinya harap jangan buat lagi ya. Pesan untuk diri sendiri sebenarnya.

1. Boleh Jadi Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi penyebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak jemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walaupun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu punca utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain. Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.

Itulah bahayanya sidai kain basah di dalam rumah. Selama ini, dari masa belajar di universiti dulu sampailah sekarang tabiat ini masih belum hilang. Malas dijadikan alasan untuk pergi ke laundry, padahal setengah jam sudah cukup untuk keringkan semua baju. Tapi, beginilah kehidupan seorang lelaki bujang yang tinggal sorang diri di kawasan perumahan flat Saujan Puchong ini. Hari ini basuh baju, esok angkat masuk dalam kereta dan lusa baru keringkan di laundry (kalau rajin la). Biasanya sidai sahaja di dinding-dinding dan tingkap jendela. Diharap diri ini dapat berubah untuk rajinkan diri ke laundry untuk keringkan baju.

Source: Facebook
1 comment

Khamis, 17 Mac 2016

Senarai Online Shopping Store Terbaik Di Malaysia



Kepada anda yang mahu mula berjinak jinak hendak belajar mahu membeli barang secara online. Pasti mahu tahu tentang online shopping store yang popular di Malaysia yang digunakan oleh ramai pengguna. Mudah cerita, ramai orang guna dan keyakinan untuk membeli belah secara online pasti lebih yakin bukan. Saya akan kongsikan kepada anda akan beberapa online shopping stores di Malaysia yang boleh anda percayai untuk membeli secara atas talian internet. 

Saya harap saya tidak perlu bercerita tentang bagaimana pembelian secara online dilakukan, Anda hanya perlu klik dan ikuti arahan yang diberikan. Yang anda perlukan adalah akaun paypal atau debit card atau credit card. Selalunya hanya 3 kaedah ini sahaja yang diperlukan untuk membeli di laman online shopping store ini. Nasihat saya, anda jangan terlalu tergopoh gopoh, lihat betul betul apa yang anda beli, berapa yang anda kena (cas harga) dan selepas itu barulah anda menekan butang “pay” itu.

Saya akan berikan pelbagai jenis online shopping store yang boleh anda lawati. Ini kerana tidak semua laman web e-shopping menawarkan produk yang sama. Ada yang menjual satu jenis produk sahaja seperti tudung shawl, pakaian, kasut dan ada yang menjual pelbagai barangan kecantikan dan kesihatan dan ada yang menjual pelbagai barangan keperluan rumah. Jadi untuk memberikan hanya 1 sahaja laman kedai online rasanya tidak tepat. Anda lihat sendiri dan anda pilih sendiri ok.

7 laman jual beli online shopping store yang 
popular di Malaysia adalah ;

Lazada – Laman jual beli online yang lebih kepada barangan elektrik dan elektronik

Zalora – Laman jual beli online yang lebih kepada fesyen dan juga pakaian

Nile – Laman jual beli online yang lebih kepada barangan diri

Soukai – Laman jual beli online yang lebih kepada barang keperluan harian isi rumah

Rakuten – Laman jual beli online terbesar yang berasal dari Japan

PopLook – Laman jual beli online yang lebih kepada Muslimah Fashion yang moden

FashionValet – Laman pakaian fesyen wanita yang menghimpun pelbagai jenama dari Asia

Mungkin apa yang saya kongsikan ada sesetengah online shopping store adalah baru buat anda. Saya tidak mahu memasukkan “mudah.my” dan “lelong.my” di dalam senarai kerana saya mahu memperkenalkan kepada anda akan laman jual beli online yang lebih baru dan terkini. Anda boleh lawat ke tujuh tujuh laman yang saya kongsikan. Saya pasti akan ada laman yang anda suka. Kalau berminat, anda boleh terus membeli dengan yakinnya. 

Baiklah untuk penerangan ringkas tentang beberapa laman online yang selalu saya guna dalam urusan jual beli. Sepanjang berkecimpung dalam bisnes online dan hampir 24 jam mengadap laptop sahaja. Ini membuatkan saya makin malas untuk membeli barangan di kedai dan hanya order melalui online sahaja. Ada beberapa laman yang menjadi tempat rujukan dan cuci mata setiap kali ingin memilih barangan untuk di beli.

Siapa di Malaysia yang tidak pernah dengar akan Lelong.com.my, anda kerugian. Di sini terdapat banyak promosi dan pilihan barang yang boleh menarik perhatian. Selain itu, Lelong rajin menghantar promosi-promosi kedai-kedai online yang dibuka di laman mereka, menyediakan seminar-seminar untuk mendidik para peniaga, serta menyediakan diskaun-diskaun menarik melalui Superbuy.my. 

Salah satu cabang Ebay.com, Ebay Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Kelebihan Ebay adalah sekiranya mana-mana pelanggan mengadu tidak menerima barang kepada Ebay, Ebay akan memanggil penjual dan mendapatkan status barang yang telah dibayar tersebut.

Lagi satu, sesiapa yang telah membuka akaun di Ebay Malaysia, mereka boleh mendaftar masuk menggunakan login yang sama. Apa yang berbeza adalah tempat login, dimana untuk Malaysia sahaja adalah ebay.com.my, manakala untuk antarabangsa adalah ebay.com.

Cara pembayaran utamanya adalah melalui sistem Paypal, tetapi penjual boleh menetapkan cara bayaran lain seperti melalui akaun bank, visa, kad debit, malah Cash on Delivery (COD).


Pada asalnya laman ini adalah laman pengiklanan, namun begitu, ia cukup dikenali bagi sesiapa yang gemar membeli-belah secara online. Pada kebiasaannya, pembeli akan mencari dahulu di Mudah.my sebelum berpindah ke laman-laman membeli-belah online yang lain. Mudah.my menyediakan kemudahan akaun Pro Niaga bagi sesiapa yang ingin membuat akaun kedai. dengan itu, adalah lebih mudah menguruskan penyenaraian iklan yang banyak pada satu akaun sahaja, berbanding perlu melihat setiap satu iklan.

4. Zalora

This one is my feberet setiap kali musim raya. Sebab saya akan mendapat banyak baucer dari pihak Zalora kerana buat produk review pasal barangan Zalora. Menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian lelaki, perempuan, kanak-kanak dan kasut yang pelbagai jenis. Memang akan mengaburkan mata yang melihatnya. Harga yang sangat berpatutan sehinggakan saya pernah overdose membeli belah di Zalora. Sampaikan setiap minggu mesti ada barang yang sampai ke meja saya. Banyak kata-kata negatif tentang servis Zalora, tapi mengikut pengalaman saya, ianya super awsome sebab selalu dapat gift dari Seller.


Merupakan laman kedai online yang dikendalikan oleh saya sendiri. Ini merupakan medium saya untuk menjual produk kesihatan Mekaray Ventures, produk kecantikan Ayesha Beauty dan jam tawaf Iftinan. Ini merupakan bisnes jangka panjang saya dalam perniagaan online ini. Buat pengetahuan semua, perniagaan ini saya jalankan secara dropship sahaja. Jikalau anda semua mencari jam tawaf untuk hadiah perkahwinan atau hari jadi boleh tengok di dalam projek online shop. 

Selamat membeli belah secara online dan selamat berniaga!
No comments

Rabu, 16 Mac 2016

Benarkah Nabi Adam dan Hawa Turun Ke Bumi Hina Sebegini ?



Gambar: Monumen manusia yang hidup di zaman Paleolitik


SEHINA INIKAH 
NABI ADAM DAN HAWA TURUN KE BUMI ?

Percanggahan Kajian Antara Buku Sejarah di Malaysia dan Kitab Al-Quran.

Artikel yang ingin saya kongsikan dengan anda semua pada kali ini ialah membincangkan sebuah kajian antara buku teks sejarah di Malaysia VS kajian salasilah keturunan umat manusia berdasarkan kajian tamaddun Islam. Artikel ini adalah himpunan dari rumusan yang telah dibuat dari beberapa pendapat.

"KAJIAN NABI ADAM 10,000 TAHUN, PERAK MAN 11,000 TAHUN. ZAMAN PALEOLITIK 2 JUTA TAHUN SILAM. MANA YANG BENAR ?"

Allah tidak menurunkan Adam dan anak-anaknya ke bumi sehina ini ! Sejarawan barat menyebutkan bahawa catatan mengenai sejarah bermula sekitar 3,500 SM. Sekitar 4,000 sehingga 3,500 SM merupakan zaman Nabi Musa AS kerana ada catatan mengatakan bahawa Nabi Musa bersama Firaun dan kaumnya adalah sekitar 4,900 SM.

Walau bagaimanapun, sejarah bermulanya peradaban manusia adalah bermula sekitar 8,000 sehingga 10,000 SM. Fakta yang dipelajari di seluruh dunia termasuklah di Malaysia mengenai sejarah awal tamadun manusia adalah tidak tepat.

Menurut buku sejarah, zaman terawal dikenali sebagai Paleolitik, Neolitik, diikuti Mesolitik dan Logam. Menurut sejarah yang kita pelajari lagi, Paleolitik bermula 2,500,000 sehinggalah 8,000 SM.

Terdapat beberapa kekeliruan mengenai fakta kewujudan zaman Paleolitik ini. Sekiranya zaman Neolitik sehinggalah zaman Logam hanya megambil masa kira-kira 7,500 tahun sahaja iaitu bermula 8,000 SM sehinggalah 500 SM, bagaimanakah zaman Paleolitik mengambil menempuh masa yang terlalu panjang iaitu 2,492,000 tahun!

Adakah tiada zaman atau tamadun manusia yang wujud antara tempoh tersebut? Jawapannya Ya! Bahkan hakikatnya zaman Paleolitik ini yang terbahagi kepada Awal (2.5 juta - 30 ribu SM) dan Lewat (30 ribu - 8,000 SM) ini sebenarnya tidak wujud!

Menurut kajian sejarah, Nabi Adam AS mula hidup di dunia setelah diturunkan ke bumi sekitar 10,000 sehingga 8,000 SM. Sekiranya kita mahu serasikan dengan fakta kajian sejarawan barat ini, tamadun kehidupan manusia awal hanya bermula sekitar tempoh tersebut sahaja.



Dari Ibnu Abbas, dari (cerita) Rasulullah SAW (kepadanya), kemudian ia berkata: “Umur Adam adalah 1000 tahun”.

Kemudian ia berkata: "Antara Adam dengan Nuh adalah 1000 tahun, dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun, dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan antara Isa dengan Nabi kita adalah 600 tahun". [HR. Hakim]

Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah Nabi Allah yang dikurniakan umur paling panjang sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun” (Qs. Al-Ankabut 14).

Dikatakan bahawa manusia yang hidup di zaman Paleolitik ini dinamakan sebagai Homo Habilis dan Homo Sapiens.

Ianya dikatakan bermula di benua Eropah. Teori sejarah menyebutkan bahawa antara faktor utama pembentukan sesebuah tamadun adalah disebabkan kedudukan di perairan sungai dan tepian laut. Ini kerana, manusia amat memerlukan air sebagai sumber kehidupan.

Tetapi, di manakah sekitar benua Eropah tersebut mempunyai sungai utama yang mampu menyediakan kehidupan kepada manusia?

Sejarah hanya menyatakan beberapa sumber utama sungai sahaja iaitu Mesopotamia, Nil, Euphrates, Tigris, Indus dan Hwang Ho. Tiada langsung sungai utama yang wujud di Eropah!

Terdapat beberapa fakta mengenai gambaran zaman Paleolitik yang bertentangan dengan kehidupan keluarga Nabi Adam AS sebagai manusia pertama di muka bumi.

Antara kegiatan utama manusia Paleolitik ialah memburu binatang, memungut tumbuhan liar dan menangkap ikan serta kehidupan mereka secara nomad (berpindah-randah tanpa kediaman yang tetap).

Penempatan mereka seperti di gua-gua atau pokok-pokok yang dibina menggunakan ranting kayu dan rumput-rampai.

Mereka menghidupkan api menggunakan kaedah geseran, memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang, mengukir gambar di dinding gua serta mempercayai kehidupan selepas kematian.

Sudahlah zaman ini bermula di benua Eropah, maka di mana pula terdapatnya gua-gua serta bagaimanakah saiz pokok-pokok di benua yang mengelami empat musim ketara ini boleh digunakan sebagai kediaman taua penempatan? Sekiranya ada golongan yang mendakwa zaman Paleolitik bermula di Mesapotamia, ia sesuatu yang keliru juga. Jika dilihat dengan keadaan geografinya, hampir tidak wujud gua-gua (terutamanya) dan pohon besar di tepian sungai atau persisiran pantai di sekitar sungai Mesapotamia.

Mengapa sehingga kini seolah tiada langsung peninggalan yang boleh dijadikan sebagai bukti wujudnya zaman Paleolitik ini! Antara golongan manusia yang dikatakan wujud pada zaman ini ialah Manusia Jawa, Peking, Neanderthal dan Cro-Magnon. Kesemua muka mereka mirip muka orang asli Red indian dan seolah seiras.

Bagaimana sebuah zaman yang mencecah berjuta-juta tahun hanya memiliki bentuk wajah yang seolah stereotaip dan diambil daripada sampel terkini (bukan daripada bahan artifak dan bukti sejarah yang benar).

Manusia-manusia ini seolah disifatkan dengan golongan yang tidak mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka hidup tanpa pakaian serta mempunyai bentuk fizikal yang menyerupai dan membenarkan Teori Darwin mengenai asal-usul manusia.

Bagaimana mungkin Nabi Adam, isterinya Hawa dan anak-anak mereka hidup tanpa pakaian sedangkan mereka kelompok pertama hdiup di dunia?

Sejarah Nabi Adam AS jelas menunjukkan bahawa bermula mereka dturunkan ke dunia, mereka telah dikurniakah oleh Allah SWT ilmu untuk mengurus kehidupan mereka. Perjalanan kehidupan mereka tersusun dan penuh perancangan. Setelah beberapa tempoh mendiami dunia, maka Saidatina Hawa melahirkan sepasang kembar.

Mereka ialah Qabil dan Iqlima, kemudiannya Habil dan Labuda. Sepertimana fitrah pasangan ibu dan ayah, Adam dan Hawa berusaha mencari nafkah untuk anak-anak mereka. Anak-anak perempuan menguruskan rumah dan hal-hal wanita. Manakala anak lelaki pula mencari nafkah keperluan hidup mereka. Qabil bertungkus-lumus mengerjakan tanah pertaniannya dan Habil berjaya dalam lapangan penternakan. Bukti yang menunjukkan bahawa pertanian dan penternakan mereka sangat menjadi melalui kisah mereka untuk menetukan jodoh kehidupan masing-masing. Mereka harus menyerahkan korban mereka kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa" (Surah al-Ma'idah 5:27)

Allah SWT secara jelas telah menerangkan bahawa Dia telah mengajarkan kepada Nabi Adam AS beberapa nama. Peristiwa ini menunjukkan bahawa anugerah ilmu dan pemikiran telahpun Allah kurniakan kepada manusia sejak manusia pertama berada di dalam syurga lagi.

Ini bertentangan dengan Teori Darwin yang menyatakan manusia berasal daripada beruk dan berevolusi berperingkat sehinggalah menjadi manusia seperti hari ini. Apabila manusia bermula daripada beruk, ini bermakna seolah manusia ini sebenarnya haiwan dan bertukar menjadi manusia. Sedangkan Allah SWT telah menjelaskannya dengan terang bahawa manusia dan haiwan itu merupakan dua kelompok makhluk yang sangat berbeza. Maka, anugerah ilmu oleh Allah SWT awal-awal lagi telah menafikan Teori Darwin yang penuh dengan elemen atheis dan rasis.

Firman Allah SWT: "Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar” (Surah al-Baqarah 2:31)

Firman Allah SWT lagi: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?” (Surah al-Baqarah 2:33)

Dedikasi: Semua sekolah di Malaysia khususnya telah MENIPU pelajar sejak di bangku persekolahan lagi. Para murid ditipu, guru menipu tanpa disedari dan ahli akademik terus leka tertipu tanpa sebarang usaha 'sendiri' untuk pemurnian fakta sejarah. Terima kasih kepada para guru sehingga saya pada hari ini mampu untuk menilai pembohongan dan kebenaran sejarah.

Inilah klasifikasi (taxonomy) anak cucu Nabi Adam AS dari sudut biologi.

Familia: Hominidae
Subfamilia: Homininae
Genus: Homo
Species: Homo sapiens
Subspecies: Homo sapiens sapiens

Jadi Perak Man dan Peking memang bukan spesis manusia moden.


Perlu diingatkan bahawa semua kategori hominid dan homonin yang lain BUKAN manusia. Jadi Australopithecus, Homo erectus, homo habilis bukan manusia. Begitu juga Homo sapines Neanderthal yang pupus 35,000 tahun yang lalu juga bukan manusia.

Manusia moden (kita semua) adalah Homo sapiens sapiens. Nabi Allah Adam juga Homo sapiens sapiens.

Bila Nabi Adam diturunkan ke Bumi? Oleh kerana tiada nas dalam Quran atau hadis sahih, maka terpulang kepada akal dan ilmu manusia untuk mengkaji. Setakat ini anggaran tarikh tepat manusia pertama masih lagi belum dijumpai. Berdasarkan kajian DNA mitochondria manusia, saintis menganggarkan manusia pertama muncul kira-kira 200,000 tahun dahulu. Tetapi teori ini banyak kecacatan.

Pakar-pakar genetik percaya usia manusia moden ditentukan oleh DNA most recent common ancestor (MRCA).

"The Human MRCA. All humans alive today share a surprisingly recent common ancestor, perhaps even within the last 5,000 years, even for people born on different continents."

Jadi boleh dianggarkan Nabi Adam muncul kira-kira 5000 hingga 10,000 tahu dahulu. Ini adalah fakta saintifik.

Fakta DNA otak manusia pula menunjukkan bahawa manusia bukan dari keturunan Australopithecus, Homo erectus, Homo habilis atau mana-mana Hominid. Fakta DNA menunjukkan manusia muncul entah dari mana.

Ini adalah hasil kajian terbaru yang dilakukan oleh sekumpulan pakar dari Universiti Edinburgh. Kenyataan Dr Martin Taylor (Institute of Genetics and Molecular Medicine, University of Edinburgh) berkenaan DNA otak manusia:

This new molecule sprang from nowhere at a time when our species was undergoing dramatic changes: living longer, walking upright, learning how to use tools and how to communicate. We’re now hopeful that we will find more new genes that help show what makes us human.

Rujukan: sensuouscurmudgeon / sentiasapanas.com /1kedai.com
No comments

Selasa, 15 Mac 2016

Budi Bahasa Menjerat Bangsa II

sumber : google


Untuk kefahaman tentang entry ini, pembaca boleh rujuk entry Budi Bahasa Menjerat Bangsa terlebih dahulu.  Ini merupakan entry sambungan dari entry Budi Bahasa Menjerat Bangsa. Keinginan aku untuk menulis perihal masyarakat sekarang dalam menjaga budi bahasa ini semakin mebuak-buak apabila setiap peristiwa yang diceritakan di sini semuanya atas pengalaman aku sendiri.

Situasi

Tengah jemur kain jiran datang tegur, 'tengah jemur kain ke?' Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak" soalan mesra dijawab dengan sindiran. Sungguh kejam kita pada manusia lain. Padahal soalan itu sebenanya hanya untuk menyapa kita, tetapi dibalas dengan sindiran yang mampu menguris hati orang yang bertanya. 

Skrip yang sama maksud juga pernah digunakan oleh Allah swt dalam kalamnya. Allah bertanya "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu?" Jawab Musa; "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing-kambingku".

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tahu tetapi Allah tetap bertanya. 

Dalam kehidupan manusia sekarang ini, cuba bayangkan kita sedang jemur kain, tiba-tiba datang seorang kawan kita bertanya " Oi kau tengah buat apa tu?" Kita pun menjawab " Tengah masak !"

Kawan yang bertanya itu, bukan sebab dia tak tahu tapi dia nak bermesra dengan kita. "Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " kata Tuan Guru Haron Din.

Sebagai kesimpulannya, korang pikir la sendiri dan hadam betul-betul. Adakah wajar tindakan kita kepada saudara kita?
No comments

Isnin, 14 Mac 2016

Formula Menjemput Rezeki



Mungkin ramai yang sudah tahu tentang rahsia mudah menjemput rezeki. Banyak seminar-seminar yang dijalankan oleh penceramah-penceramah hebat dalam tajuk yang sama iaitu Mudahnya Menjemput Rezeki. Sebagai contoh, Puan Areena, Ustaz Fathuri, Hisham Saleh dan ramai lagi usahawan yang berjaya kongsikan pengalaman mereka dan cara mudah menjemput rezeki.

Sepanjang mengikuti seminar-seminar ini, apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana di luar sana kebanyakannya insan biasa berbanding insan luar biasa.

Sekarang ini, ramai antara kita penat dalam mencari rezeki. Namun tak ramai yang tahu untuk menjemput rezeki. Mengikut pengalaman aku sepanjang keluar di jalan Allah. Apa yang diceritakan dalam modul harian kami hampir sama apa yang diceritakan oleh semua motivator di Malaysia.

Formulanya ialah;

1. Jaga solat 5 waktu, untuk lelaki ialah solat berjemaah, awal waktu di tempat azan di azankan. Perkataan "jaga" itu merujuk kepada tindakan kita yg mementingkan solat dari segala-galanya. Bersedia, sebelum azan sudah ada di Masjid untuk solat.

2. Networking kedua adalah DHUHA. Untuk permulaannya ialah cukup 2 rakaat, kalau mampu buatlah secara 4, 6, 8 dan 12 rakaat. 

3. Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya. Doa waktu tahajjud, senjata yang tepat menuju ke sasaran. Just try it first, My Allah easy for us.

4. Membaca Al-Quran. Paling sesuai sebelum subuh, kalau tak  mampu untuk baca, buka ja quran tu dan tengok ja huruf-hurufnya. Itu pun dapat pahala. Kita sekarang inim bangun tidur ja, terus capai phone, update status di fb dan sibuk scroll fb. Tapi mulut masih keluarkan istilah "Tiada Masa" untuk baca quran.

"Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT." ini apa yang dikatakan oleh Puan Areena. Tapi tahukan kita maksud dalam surah Al-Waqiah? surah  ini memang aku baca setiap hari, tapi cerita di dalam surah ini semuanya pasal khiamat, tak ada pun cerita pasal kekayaan dunia. Ini sebenarnya untuk kita sedar, yang dunia bukan segala-galanya. Akhirat jualah tempat kita.

5. Berzikir. Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari. Tapi bagi aku insan yang lemah ini, aku cuma mampu amalkan 300 pagi dan 300 petang sahaja. 100 kali tasbihat, 100 kali selawat dan 100 kali istighfar. Kalau time rajin, buatla istighfar nabi Yunus

6. Bersilaturrahim. Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang. Cara mudah, sebelum tidur, aku selalu amalkan maafkan semua orang, istighfar atas dosa yang dilakukan hari itu dan halalkan segala hutang orang pada aku.

7. Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Puan Areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi.. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali. So, sedekahla walau seringgit setiap hari.. Nanti anda semua akan nampak hasilnya

Contoh yang beliau beri . Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000. 10% daripada RM5000 yang kita inginkan, RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Testimoni

Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi, seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation, kawan dia pergi bayar 'INSURANS' bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita, iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia, iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

9. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi Puan Areena kata tawakal dulu baru usaha, minta bulat-bulat pada Allah, baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari

● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu

● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha

● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar

● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Bila kita cukup amalan, barulah semua akan berubah. Sekarang ini semua terletak pada diri kita sama ada ingin berubah atau kekal dalam keadaan sekarang?

No comments

Ahad, 13 Mac 2016

Budi Bahasa Menjerat Bangsa


DEFINISI DAN PENGERTIAN BUDI BAHASA

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.

Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati ALLah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima,memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.


CIRI-CIRI ORANG BERBUDI BAHASA

(1) Bertimbang rasa
- Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum
- bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain
- memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain

(2) Bertoleransi
- bersikap sabar
- sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain

(3) Bertolak ansur
- tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
- tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
- mudah memaafkan kesalahan orang lain

(4) Bersopan-santun
- lemah-lembut
- tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan
dengan orang lain
- perilaku yang sopan

(5) Ramah mesra
- mudah diajak berunding
- mesra dan memberi senyuman
- penyabar dan tidak emosional

(6) Tidak mementingkan diri sendiri
- tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga
- selalu tolomg menolong antara satu sama lain
- memberi bantuan kepada orang yang memerlukankan bantuan

SITUASI BUDI BAHASA MENJERAT BANGSA

Al-kisahnya begini, aku terbaca di suatu tempat dimana orang kita ini disebabkan terlampau berbudi bahasa akhirnya menjerat bangsa atau diri sendiri. 

sebagai contoh :

Apabila tetamu datang ke rumah kita, ditanyanya mahu minum apa. Dijawabnya "takpalah susah-susah sahaja". Kan senang jawab sahaja "boleh lah kalau ada sirap ais ke"

Bila kita buatkan air kopi akan mulalah berkata-kata dalam hati "aku tak minum air panas sebenarnya". Disini bermulaah 'assuming' dan kata belakang.

Tapi kalau anda semua perasan, dalam cerita mat saleh? bila mereka ingin menawarkan minum kepada tetamu, "would you like some coffee or tea?"  dan tetamu akan menjawab "tea please". Simple sahaja kan?

Ini sebenarnya akan memudahkan tuan rumah untuk menyediakan apa yang tetamu suka. Situasi ini selalu terjadi kepada diri aku, yang mana apabila di ajukan soalan kepada kawan yang datang kerumah "nak minum apa?" ada yang menjawab "bagi la apa-apa pun". Tetapi lepas diberikan minum kopi, mula la bagitahu tak minum kopi. Kalau minum pun, esok akan bercerita lagi. "Aku pening kepada pasal minum kopi rumah ang semalam la" . Kalau dah tahu tak boleh minum kopi, bagitahu je la awal-awal yang ang tak minum kopi.

Tengok mat saleh, direct to the point. Ini lagi menyenangkan tuan rumah untuk menyediakan minuman yang diminta. Daripada kena pikir nak buat air apa, yang semestinya akan merumitkan kepala otak, especeli aku la.. Sangat tak suka kalau orang cakap "bagila apa-apa pun". Trauma dengar ayat tu.. huhu

rujukan : 
1.  Dewan Bahasa Dan Pustaka
2. Sblm1053f38.blogspot.my
No comments

Sidang Media Mekaray Ventures Bersama Blogger Malaysia



Alhamdulillah..

Pada hari Khamis (10/3/2016) yang lepas, telah berlangsung satu majlis iaitu Sidang Media Memperkenalkan Mekaray Ventures Bersama Blogger. Pogram yang dijalankan secara santai telah di hadiri oleh ramai blogger-blogger terkenal tanah air. Antaranya ialah, Emas Putih, Yaya Natsumi, Fatin Bella dan ramai lagi. Hampir 20 orang lifestyle blogger di jemput untuk membuat review tentang Mekaray dan product yang dibawa oleh Mekaray itu sendiri, iaitu Triple M dan Meka Viniga.


Program bermula dengan pengenalan Syarikat Mekaray Ventures oleh CEO Company iaitu Tuan Norazuan Osman dan diteruskan dengan penceritaan tentang penghasilan produk formulasi sunnah oleh pencipta formulasinya iaitu Dr Wan Nasyarudin Wan Abdullah. Beliau yang merupakan Pensyarah Kanan UKM dalam Fakulti AL-Quran dan Hadis.



Para blogger juga di tunjukkan satu demo 'Fat To Fit' yang dikendalikan oleh Puan Hajah Serina  Bt Hashim. Walaupun sudah berumur 53 tahun tetapi, beliau masih aktif bergiat dalam industri perniagaan dan senaman. Beliau yang terlibat secara langsung dengan Mekaray ini dalam pada masa yang sama, cara atau medium yang digunakan oleh beliau untuk memasarkan produk Mekaray ini ialah melalui program Fat To Fit iaitu, program senam aerobik.


Hampir 2 jam lebih para blogger di ceritakan tentang Mekaray dan perjalanan perniagaan Syarikat ini. Diharap segala info tentang produk Triple M dan Meka Viniga ini dapat di sampaikan kepada semua penduduk Malaysia amnya.
No comments

Sabtu, 12 Mac 2016

7 SEBAB KENAPA KITA PERLU KAYA DAN BERJAYA


sumber : Google

Kaya ini merupakan keperluan dalam  Islam. Ramai sahabat di zaman Nabi hidup mereka kaya raya dengan harta, tetapi kehidupan sebenar mereka bagaikan orang miskin. Kerana mereka cintakan mati dari dunia. Tapi hari ini, kita lebih cintakan dunia dari mati. Lebih fana' dalam mencari harta dunia dari akhirat. Menghambakan diri pada kerja sehingga lelah, penat, dan susah untuk taat pada perintah Allah.

Tahukah anda kenapa kita perlu kaya dan berjaya dalam hidup? 

1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharu snya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah, walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu, setitik keringat ayah, apakah nilainya pada kita? Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Cuba kita bayangkan. Sedarlah semua, berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup. Sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI. MAHUKAH KITA MENJADI KAYA DAN BERJAYA.?
No comments

Selasa, 8 Mac 2016

Bila Niat Baik Di Salah Erti



Manusia dijadikan Allah dengan sifat yang sangat unik baik dari segi luaran, pemikiran dan jiwanya. Mereka tidak pernah sama dan adakalanya terlalu sukar untuk kita fahami mengapa mereka sukar mengerti perasaan kita dan niat baik kita. Seperti kata pepatah ` rambut sama hitam, hati lain-lain' Kadangkala kebaikan yang kita taburkan, dengan niat ikhlas membantu, diibalas pula dengan racun yang sangat berbisa. Meskipun sukar untuk kita mengkaji mengapa ini semua terjadi, namun bila kita kembali kepada fitrah Allah, kita mula mengerti bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuanNYA dan tersembunyi hikmah yang sangat besar dalam hidup kita.

Mungkin hari ini kita menangis meratapi nasib yang menimpa atau berasa kesal kerana kita sering disalahtafsirkan dalam perbuatan mahupun lisan kita. Namun Allah maha mengetahui segala apa yang berlaku... DIA berfirman dengan membawa maksud lebih kurang begini bunyinya, "bahawa, mungkin sesuatu yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu dan sesuatu yang kamu tidak suka itu baik untuk kamu." Secara ringkasnya, DIA yang lebih mengetahui tentang perjalanan hidup kita. DIA yang memudahkan apabila kita menuju jalan buntu dalam hidup. Dia juga menjadikan keajaiban dalam hidup kita apabila logik akal sudah tidak dapat memikirkan penyelesaiannya. 

Berpegang teguh pada kata-kata itu, aku menerima segala yang dilemparkan kepadaku sebagai rahmat dan satu jalan menghapuskan dosa masa lalu selain kembali memuhasabah diri. Aku merenung kembali kesilapan masa lalu dan melaluinya, aku kembali bangun membina keyakinan diri bagi memperbaiki apa yang pernah aku tersilap langkah. Benar kata pepatah Melayu, `Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' maksudnya jangan terlalu baik dan terlalu beralah dalam hidup ini sehingga orang lain boleh memijak-mijak kepala kita seolah-olah kita tidak ada maruah. Kita perlu membela diri demi maruah kita. Tidak apa yang dapat aku minta pada Allah selain membuka kebenaran dan memberikan hidayah kepada mereka yang sering mempunyai sikap hasad dengki dan suka memfitnah sehingga boleh menjatuhkan maruah orang lain. Semoga suatu hari dia sedar kesilapannya dan kembali kejalan yang benar..
No comments

Rabu, 2 Mac 2016

Kenapa Orang Tidak Waras Selalu Sihat ?


Orang Gila

Satu soalan yang tak ramai orang pernah terfikir ? Kutip makanan dari tong sampah, tidur di kaki lima, jarang mandi, comot dan macam-macam lagi. Namun itulah hakikatnya orang tidak waras selalu sihat-sihat saja. Perasan tak ? Untuk itu mari kita berfikir dan mencari jawapanya.

Mengapa orang gila tidak pernah atau jarang sakit? dan mungkin fakta dibawah ini adalah beberapa versi jawapan dari pertanyaan tersebut. Apakah setiap orang gila itu memiliki tingkat kekebalan fizikal dan keseimbangan tubuh yang kuat atau mungkinkah dalam tubuh orang gila itu ada zat - zat yang handal menentang penyakit ?

Tidak pernah memilih. Orang gila tidak pernah sakit kerana tidak berfikir macam-macam seperti kita buat. Memakan apa sahaja makanan yang boleh makan. Tidak seperti kita selalu banyak pilihan, sudah ada nasi goreng masih mencari ayam goreng dan masih banyak contoh yang lainya.

Menerima seadanya. Orang gila itu selalu 'qona'ah' atau menerima apa-apa sahaja pemberian daripada Allah. Tidak pernah menuntut macam-macam serta cerewet. Tidak seperti kita, yang sudah punya basikal ingin motor. Sudah ada motor nak kereta pula, sudahnya hutang keliling pinggang terkumpul dan akhirnya membuat seseorang terlalu banyak fikiran dan jatuh sakit.



Orang gila jarang dapat sakit kerana orang gila tidak pernah rasa stress. Mereka tidak pernah memiliki beban fikiran sekaligus menjadikan sensasi yang selalu ceria bahagia dalam hidupnya. Senyum sendirian dan kadang-kadang ketawa tak bersebab.

Orang gila itu selalu bahagia, buktinya mereka selalu nampak tersenyum, betul tak ? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan damai. Semuanya ceria sentiasa. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu hanyalah sebagai hiburan yang menyenangkan. Dia sentiasa nampak ceria, selalu gembira dan tersenyum. 

Apa yang boleh kita pelajari ialah, jadilah "Orang Gila", tapi jangan berfikir negatif dulu, maksudnya jadilah manusia yang Qona'ah atau menerima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, tak usah nak berangan macam-macam kalau memang kita tidak mampu.

Mungkin juga mereka ada penyakit tertentu yang sememangnya penulis tak tahu kerana tak pernah pula menjaga orang gila serta mangambil tahu masalah mereka lebih terperinci.

Selalu tersenyum agar hati kita bahagia, mudah-mudahan dengan begitu akan membuat kita selalu sihat. Bagaimanapun bersyukurlah anda dianugerahkan sebagai orang waras yang ternyata lebih baik dari orang gila kerana orang waras punyai akal untuk berfikir mana yang baik dilakukan dan mana yang tidak !!! Wallah'hu alam, hanya Allah saja yang tahu apa rahsia kesihatan mereka.

Tapikan, tahukan kita semua, bahawa ada satu produk di pasaran sekarang yang mampu memberikan ketenangan dan mengurangkan kesedihan jiwa? Buat pengetahuan semua, produk ini Triple M @ Talbinah. Apa yang hebat dengan Triple M ini? Ianya mempunyai hadis yang bercerita tentang manfaatnya. Kalau Nabi sendiri sudah bagitahu, kita sebagai hamba biasa sudah pasti perlu mempercayainya dan mengamalkannya. Alhamdulillah, sepanjang mengambil produk Triple M ini, kehidupan lebih rasa tenang, walaupun tidak bekerja makan gaji. Relex je landing kat rumah setiap hari. Yang pasti, duit masyukk.. Ok Bye.

Rujukan :1kedai.com
No comments

JIKA ANDA TIDAK BERUBAH, ANDA AKAN DITINGGALKAN



Semasa sidang akhbar yang mengumumkan bahawa Nokia telah dibeli oleh Microsft, CEO Nokia mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Kami tidak melakukan apa2 kesalahan, walau bagaimana pun, kami tertewas". Ucapan beliau itu diiringi dengan titsan air mata termasuk dari pihak pengurusan Nokia sendiri. So sad beb. kalau korang lihat video ini dalam youtube, kompem korang akan mengalirkan air mata. Air mata jantan aku pun, nyaris-nyaris gugur. Ok. Abaikan.

Maka mula la, kepala otak aku berpusing pusing pusing pusing sampailah kepada zaman 2006. Masa tu baru tingkatan 3 dan baru dapat merasa ada phone sendiri. Phone Nokia ja, dibeli dengan duit hasil kerja buruh pada masa itu. Kalau tak silap, Nokia Buttefly  ke apa, tak ingat la pulak. Pakai sekadar pakai, sebab tak ada sesiapa yang nak di call dan orang pun tak ada yang call aku. So, last skali jual la phone itu dan pakai ja Nokia 1110 kot smpai form 5. The End of Story... Pusing pusing pusing pusing back to realiti . 

Buat pengetahuan semua, Nokia merupakan sebuah syarikat yang diiktiraf dan dihormati. Mereka tidak melakukan apa2 kesalahan didalam perniagaan mereka, walau bagaimana pun, dunia berubah terlalu cepat. Pesaing mereka terlalu kuat, sehingga mereka kehilangan idea untuk memperbaharui teknologi mereka.

Mereka ketinggalan didalam mempelajarinya. Mereka tertinggal mempelajari perubahan dalam industri telekominikasi, dan mereka terlepas peluang yang berada dihadapan mereka untuk membesarkan perniagaan. Bukan sahaja mereka terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar tetapi mereka juga terlepas peluang untuk meneruskan hidup.

Pengajaran dari cerita si Nokia yang tidak mahu berubah ini ialah, 

JIKA ANDA TIDAK BERUBAH, ANDA AKAN DITINGGALKAN 
DALAM PERLUMBAAN INI.

Bukan menjadi satu kesalahan jika kita tidak mahu mempelajari sesuatu yang baru, walau bagaimana pun, jika kita tidak mampu mengikuti arus perkembangan semasa, kita akan disingkirkan dari perlumbaan.

Kelebihan yang kita ada pada hari ini, akan digantikan dengan trend yang ada pada esok hari. Kita tidak perlu melakukan apa2 kesilapan pun, tetapi jika pesaing kita berjaya mengikuti gelombang pembangunan terbaru, kita akan tewas dan kita akan gagal.

BERUBAH dan memperbaiki diri adalah seperti memberi peluang kedua kepada diri sendiri. Tetapi jika kita dipaksa berubah oleh orang lain, itu maknanya kita menghinakan diri sendiri. Sesiapa yang menolak untuk belajar dan maju, sudah pasti suatu hari mereka menjadi beban dan tidak diperlukan dalam bidangnya. Mereka akan terpaksa belajar melalui cara yang amat sukar dan sangat mahal harganya.

Gunakan setiap ruang dan peluang untuk sentiasa uprade diri kita bagi memastikan kita kekal dalam track kejayaan. Sebagai contoh, aku mengambil keputusan untuk bersama Mekaray ini adalah satu perubahan dalam hidup aku sendiri. Dengan belajar sesuatu yang baru yang sememangnya bukan bidang aku. Network Marketing cukup untuk mengajar aku tentang hidup dan di sini, banyak air mata yang mengalir. Air mata kegagalan, kepenatan, kepedihan, keseronokan dan kejayaan yang menunggu di hadapan. 
No comments