+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Isnin, 29 Februari 2016

Cara Mudah Untuk Berbisnes Tanpa Modal.


Sebenarnya untuk permulaan berbisnes, modal duit tak ada pun tak apa. Sebagai contoh, korang semua ni kaki menjual la. Cuba korang bayangkan korang nak jual barang-barang terpakai. Perlu keluarkan modal ke? Kalau jual produk kecantikan @ kesihatan pun masih belum perlu keluarkan modal. Sebab sekarang ini, banyak company menggunakan konsep dropship. Sebagai contoh seperti yang aku lakukan sekarang ini bersama Mekaray Ventures. Promote sahaja, orang beli product dan aku dapat duit.

Baik, itu cerita bab produk. Tapi sekarang ini, sebagai contoh aku bagi la kat korang produk yang terbaik sekali pun di dunia ini secara free of charge @ secara percuma. Agak-agak korang, tanpa promosi yang bagus korang boleh jual ke tidak produk itu?

Nak tunggu ada kedai sendiri baru boleh menjual? Nak kena ada ekon baru boleh berbisnes? Nak mengadap laptop yg canggih manggih baru boleh buat bisnes? Jangan bhai, bahaya kalau ada sikap macam itu, itu cuma asalan kita untuk tidak berjaya. Apa nak susah-susah? Korang pakai je la android yang sedia ada kat tangan tu, yang asyik melekat kat tangan dengan menghabiskan data duk scroll newsfeed FB. Sekejap scroll bawah, sekejap scroll atas. Apa lagi yang korang mahu dalam hidup ini? Dah bosan sangat ke dengan hidup ni?

Nasihat aku kat korang semua, daripada hangpa semua habiskan data duk scroll newsfeed fb tu, lagi bagus aku rasa kiranya korang semua update status yang baik punya promosi produk korang. Mentang-mentang aku habaq suruh update status pasal promosi produk, hangpa semua pi update 

“saya ada jual bedak sejuk ni, jenama Mak Cun, mai beli meh”

Jangan la luruih bendul sangat cheq oiii.. Janganlah tulis jual, jual, saya ada jual bedak sejuk ni. Geli orang membacanya. Update la dalam status yang bercerita, cerita dari hati ke hati, cerita kelebihan produk yang korang jual. Bila dah biasa bercerita dan ada kawan-kawan fb yang duk komen di status korang. Sekali sekala tanyalah pulak kawan-kawan fb korang semua. 

“Ada minat tak beli ini product, saya jual”
baca dalam versi bangla. sebab nanti ramai kwn-kwn fb korang bangla

Sekali sekala buat dia jadi viral biar ramai orang like. Tengok apa kesan viral. Macammana nak buat viral? Haaa.. itu akan aku cerita dalam entry yang lain. Cuba korang buat dulu yang ini.. Mahir yang ini, Baru boleh proceed dengan yang lain.

PERINGATAN!!!
Sebenarnya, tiada bisnes tanpa modal. Modal yang korang keluarkan dalam bisnes yang aku cadangkan di atas ialah, modal air liur, modal phone korang, data phone dan masa yang korang gunakan untuk promote produk korang itu pun termasuk dlm modal. Jadi, tunggu apa lagi? Grab la peluang ini segera dan kita sama-sama berbisnes di Mekaray. Berminat untuk menjadi sebahagian dari team Projek Sunnah? Boleh Wasap aku di 0111-684 0717. Ok..Bye
No comments

Khamis, 25 Februari 2016

Untuk Hidup Yang Lebih Mudah Semestinya Dengan Hidup.my



Adakah anda sedang mencari bilik kosong untuk disewa atau perlukan rakan bilik untuk peneman? Anda mahu menyewa bilik tetapi tidak tahu manakah yang lebih sesuai mengikut ciri-ciri yang anda inginkan? Yea, kini anda boleh mendapatkannya di Hidup.my. Apa itu Hidup.my? Hidup.my ialah laman web yang menyediakan database atau senarai bilik sewa (room rental) yang terdapat di Kuala Lumpur. Kini, Hidup.my sedang melebarkan sayapnya hingga ke seluruh pelusuk Malaysia.

Setelah mencipta sejarah kejayaan dalam masa 4 bulan penubuhan laman sesawang ini, kini Hidup.my mula bergerak dengan lebih rancak untuk memastikan kemudahan dan keselesaan dalam pencarian bilik-bilik sewa bagi pengguna. 

Pada pendapat saya, laman web ini cukup berkesan, mudah, cepat, padat dengan maklumat yang diperolehi dengan begitu cepat membantu anda dalam misi mencari bilik atau bilik yang sesuai untuk didiami. Sumbernya juga menyakinkan dan dipercayai selamat dan selesa. 


Begitu senang untuk melayari sebuah laman web khusus untuk anda menyewa bilik ini.

1. Pertama sekali, untuk mencari semua bilik kosong di Kuala Lumpur yang tersedia, anda perlu klik "Find a room" Anda boleh melihat bilangan bilik yang kosong beserta dengan harga yang ditawarkan serta lokasi bilik kosong tersebut.

Klik Gambar Untuk Mencari Bilik 

2. Anda boleh melayari dengan lebih lanjut dengan memilih jenis bilik, samada anda mahukan master room, common room, hdb, condo, apartment dan sebagainya ataupun lokasi daerah lokasi bilik tersebut dan sebagainya.

3. Jikalau anda mencari teman sebilik atau housemate, anda boleh klik "find a housemate" dan anda boleh melihat nama yang mencari bilik di kawasan yang dipilih.

Klik Gambar Untuk Mencari Housemate

3. Letakkan petunjuk kursor pada mana-mana lokasi yang ada dalam database dan anda akan mendapati secara lanjut dengan lebih detail tanpa menekan klik pada lokasi tersebut.

4. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, anda perlu klik pada ikon yang terletak di sebelah kanan. Detail disediakan begitu terperinci termasuklah lokasi atau kemudahan awam yang berhanpiran dengan bilik tersebut dan nombor telefon untuk anda hubungi bagi menyewa sesebuah bilik juga disediakan. Ciri-ciri bilik yang ingin disewa itu seperti kemudahan memasak, penghawa dingin, TV, mesin basuh disediakan atau sebaliknya.

5. Akhir sekali, anda boleh menghubungi tuan bilik sewa tersebut untuk bertanyakan dengan lebih lanjut lagi.

How It Works?





Senang bukan? Anda hanya perlu mendaftar bagi menyewa atau menghantar pos bilik untuk disewa. Ianya PERCUMA tanpa sebarang caj tambahan. Sekiranya rakan dan keluarga anda mencari bilik kosong, inilah masanya untuk memberitahu mereka bahawa apa yang mereka cari pasti akan dijumpai di Mudah.my. Hantarkan pos ini dan sebarkan juga kepada rakan dan famili anda. Suka saya ingatkan sekali lagi, kepada anda yang berada di seluruh Malaysia, Hidup.my is super awesome untuk yang sedang mencari bilik sewa ataupun housemate.

No comments

Jumaat, 19 Februari 2016

PANDUAN MUDAH UNTUK ANDA MENJALANKAN BISNES SECARA ONLINE


Pernahkah anda terfikir untuk menjual produk kesihatan secara online? Adakah anda sudah mempunyai perniagaan online sendiri? Saya sudah, anda bila lagi? 

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, adakah anda dan saya sudah cukup ilmu di dada untuk membuat perniagaan online? Banyak yang perlu dikaji dan dipandang dari segenap sisi untuk bermula dalam bisnes ini. Saya mengambil keputusan untuk membuat bisnes online secara full time bermula 3 bulan lepas dan Alhamdulillah sampai sekarang masih survive untuk menampung kehidupan dan komitmen yang perlu dibayar setiap bulan. Untuk bermula itu mudah, untuk kekalkan prestasi itu sukar. Semuanya bergantung kepada sale anda, banyak sale banyak bonus akan dapat. Kurang sale, kurang bonus.

Menjual produk kesihatan secara online telah banyak dijalankan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini. Ini kerana pasaran perniagaan yang besar sehinggakan ianya berpotensi untuk menjadi suatu perniagaan yang maju. Seperti yang sedia maklum, kita sudah biasa dengan perniagaan online untuk pakaian, kosmetik, aksesori dan perhiasan. Seiring dengan perkembangan teknologi dan inovasi dalam bidang ubat-ubatan, maka para peniaga online juga mulai memasarkan produk kesihatan sebagaimana produk-produk yang lain.

Ubat-ubatan kimia dapat diperolehi dengan mudah dari farmasi, dan juga daripada laman web pembuatnya. Bagi mendapatkan ubat-ubatan herba, anda perlu mendapatkan maklumat yang terperinci berkenaan kandungannya. Kandungan ubat-ubatan herba harus diterangkan kepada pengguna sebelum mereka membelinya. Seperti perniagaan yang saya buat, ianya bukan ubat tapi makanan tambahan yang berasaskan sunnah. Konsep secara dropship ini memudahkan lagi urusan perniagaan saya.

Menjual produk kesihatan secara online bebeza daripada menjual pakaian atau produk lain. Satu perkara yang harus diketahui oleh penjual adalah kesan dan kemujaraban produk yang dijual. Untuk semua produk, setiap badan manusia berlainan antara satu sama lain. Keberkesanan produk ini bergandung kepada tindak balas badan masing-masing. Ada sesetengah orang beranggapan, produk ini tidak ada kesan walhal dia cuma makan beberapa sachet sahaja. Untuk pengetahuan semua, produk itu dikatakan tidak member kesan, setelah kita mengamalkannya secara istiqomah selama 6 bulan berturut-turut. Setelah itu, barulah kita boleh memcuba produk kesihatan yang lain.

Pembeli harus diingatkan bahawa produk yang diambil adalah untuk tujuan kesihatan. Para penjual harus diterangkan dahulu mengenai kemujaraban dan produk mana yang mampu meringankan atau mengubati penyakit yang dialami oleh pesakit. Biasanya, para pembeli akan bertanya dahulu tentang kandungan produk yang dijual. Soalan mengenai kemujaraban dan kesan sampingan akan menjadi pertanyaan utama yang diajukan. Penjual yang baik akan memberikan informasi lengkap berdasarkan kajian pakar perubatan, sehingga dia dapat menyarankan produk kesihatan yang paling sesuai diambil oleh pembeli.

Lebih baik lagi jika pembeli telah mendapatkan saranan daripada doktor atau pihak perubatan akan kandungan yang harus diambil. Penjual dapat membuat cadangan produk yang sesuai dengan masalah yang dialami oleh pesakit. Namun begitu, pastikan pembeli mendapatkan produk seperti yang dipesan, seperti dari segi jenama mahupun isi kandungannya. Selain itu, pastikan produk yang dikirim dibungkus dengan baik. Berkonsepkan dropship, bisnes Mekaray yang saya jalankan ini tidak memerlukan saya untuk membungkus dan mengepos produk kepada pelanggan. Saya Cuma daftarkan nama dan alamat pelanggan dalam sistem portal Mekaray dan pihak Mekaray akan poskan produk tersebut dalam 3 hari waktu bekerja. 

Untuk permulaan kepada sesiapa yang ingin bermula dalam bisnes online ini, saya cadangkan untuk belajar terlebih dahulu menggunakan konsep dropship ini. Anda tak perlu keluarkan modal, tak perlu simpan stok dan tak perlu risau stok tidak terjual. Apa yang anda perlu lakukan ialah sebarkan kebaikan produk kepada semua orang melalui facebook, twitter, instagram dan lain-lain media sosial. 

Demikianlah beberapa tips dan cara menjalankan perniagaan produk kesihatan secara online. Semoga ianya berguna untuk anda semua dan selamat maju jaya dalam perniagaan anda.
No comments

Khamis, 18 Februari 2016

REVIEW FILEM | BAJRANGI BHAIJAAN




Ahamdulillah, setakat ini aku sudah 2 kali tengok cite Bajrangi Bhaijaan ni dan memang puas hati, tak bosan dan best bak hang. Cerita yang berstyle ala-ala fairytale memang best kalau layan. Walaupun orang cakap cerita ini ada unsur-unsur syiah , aku rasa tak perlu sampai nak mengaitkan tentang isu yg sebegitu sebab di sana, diaorg bg diaorg dah biasa. Nama ja islam tapi macam-macam jenis pahaman ada di sana.

Ini semua berdasarkan pengalaman aku berada di India dan Pakistan pada 2 tahun lepas. Merantau di sana dan melihat sendiri kehidupan masyarakat mereka membuatkan aku tahu apa itu erti bersyukur dan indahnya Malaysia. Dalam movie ini, Shahida merupakan seorang anak yang bisu tapi boleh mendengar. Jadi ibunya dgan niat nak menyembuhkan anaknya, maka dia mengambil keputusan untuk pergi ziarah kubur Wali Nizamuddin di Delhi India. Tempat ini aku pernah sampai, dan mereka di sini sangat mengagung-agungkan kubur wali keramat ini. Mereka juga memuja kubur ini untuk diberi kesihatan, kekayaan dan macam-macam lagi yang mereka minta. Aku pergi tengok je la, tak ada la sampai nak sembah kubur itu. Most of them is Muslim tapi pahaman mereka yg memuja kubur itu yg pelik sikit. 


Selepas berpisah dengan Ibunya, Shahida @ Munni berjumpa dengan Pawan (Salman Khan) yang sado tu, ketika itu dalam majlis perayaan Tuhan Monyet bagi agama Hindu. Macam biasa r, nampak cam gempak kan dalam movie tapi realiti korang akan nampak yang sama jugak tapi yang menyanyi tak ada la sado dan lawa macam Salman Khan. Itulah realiti kehidupan mereka di sana, siyesly aku tak boleh tidur, sebab bising sangat. Sampai ke subuh diaorg bersuka ria, berjoget menari dan bergendang dan main alat muzik jika ada majlis perayaan @ kenduri kahwin. Yang paling dahsyat, dekat daerah Punjab, famous dengan gendang dan yang jenis suka menari.. Fuhhh terkial-kial lagi di telinga ni.

Konflik dalam cerita ini, bermula bila Munni kena di hantar pulang ke Pakistan. Pawan bertanggungjawab untuk membawa Munni balik berjumpa dengan ibunya. Di sini, air mata jantan aku hampir-hampir jatuh, mujur sempat ditarik masuk semula. Macho man, mana leh menangis. Siyesly Pawan seorang yang jujur dan lurus bendul la, kalau kita kat sini kompem kena panggil alim-alim kucing. Tapi aku suka dengan pendirian tegas yang di tunjukkan oleh Pawan, sentiasa bercakap jujur dan berkeras meminta izin untuk masuk ke Pakistan, walaupun dipukul sampai berdarah.

Pawan dan Munni di bantu oleh wartawan Shad Nawab. Sampailah Munni dapat berjumpa dengan Ibunya semula. The End. habis cerita di sini.


Pengarah filem ini, Kabir Khan bijak memainkan emosi penonton dengan mewujudkan watak Raskia (Kareena Kaapor) untuk lebih nampak romantik dan sebagai pembantu kepada watak Pawan yang sentiasa jujur dan lurus bendul dalm setiap perkara. Deengan adanya watak Raskia, Pawan boleh di kawal dan di bentuk semula. Kareena Kaapor dalam crita ini, dia nampak tua sangat, muka pun dah cengkung sekarang ni. 

Kabir Khan juga mampu mewujudkan komedi natural dengan lagu dan melalui watak Pawan yang lurus bendul tu. So, tak ada la nak straight je, ada jugak part gelak ketawa dan air mata. Ok. Untuk part air mata, yang sedih sakit pun ada, sedih gembira pun ada. Sedih sakit ini, bila Pawan di pukul oleh polis Pakistan dan sedih gembira ini bila Shahida berjumpa semula dengan ibunya.

Pesekitaran dalam part ini, banyak bermain di daerah Punjab dan Sultanphur. Bagi daerah Punjab, aku penah sampai di sana, memang unta banyak gila di sana. Sampaikan sambut aku Raya Qorban di sana dengan sembelih unta. Itulah kali pertama makan daging unta seumur hidup aku. Untuk sampai ke Sultanphur, aku cuma pernah sampai Pershawar dan Nottia, situ pun dah sejuk bak hang. suhu 10 dengre, memang sejuk. Daerah Kashmir aku tak boleh masuk, sebab foreigner tak dibenarkan pergi ke tempat tersebut. 

Sempadan antara Pakistan dan India di daerah Kahsmir itu, daerah yang ada salji dan orang sana kebanyakan Muslim Sunni dan Syiah. Ramai juga jemaah di hantar ke sana, tapi hanya jemaah tempatan orang Pakistan.

Baiklah, untuk filem ini, aku bagi 5/5 bintang. Sebab ada pengajaran yang mampu kita ambil dari cerita ini, flow penceritaan juga menarik dan superbbbbb. Best la dari Dilwale tu. huhuhu

No comments

Isnin, 15 Februari 2016

MAAF ATAS GANGGUAN TEKNIKAL



Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setelah berkecimpung dalam bidang Network Marketing, aku akhirnya dapat meluangkan masa untuk mengadap laptop ini dan mengupdate entry-entry dalam blog ini. Syukur Alhamdulillah sekali lagi, kerana diberi kebebasan waktu dalam bekerja kerana tidak terikat dengan mana-mana company atau makan gaji daripada bos. 

Seperti yang korang tahu, aku pernah menulis tentang kemungkinan aku akan berhenti kerja dari  dari Service Engineer di Saujana Saintifik. Memang itu yang berlaku sekarang ini. Sudah 3 bulan lebih aku tidak makan gaji dan still boleh survive di atas muka bumi ini dengan hanya menjalankan bisnes online di Mekaray Ventures.

Dengan komitmen yang tidak terlalu tinggi sekadar RM1000 sebulan yang perlu dibayar bg setiap bulan untuk menjelaskan segala sewaan dan hutang bank. Sekarang ini, target aku ialah untuk bebas dari segala jenis hutang-hutang yang aku tanggung. Tapi ini bukan the main point yang aku nak cerita di sini.

Untuk kesempatan yang ada ini, aku ingin memohon berbanyak kemaafan kepada semua yang mengadu akan masalah blog ini, yang tidak dapat dibaca dan selalu bertukar template blog. Aku ingin jelaskan yang sebenarnya, blog ini masih dalam construction. Disebabkan aku sudah lama tak mngemas blog ini dan terpaksa minta bantuan pakcik google untuk selesaikan semuanya. Alhamdulillah masalah komen sudah dapat di settle kan. Buat masa ini aku akan stay dengan template simple sahaja sebelum aku upgrade blog ini kepada domain.

Sekarang, korang semua boleh la baca dan godek-godek entry-entry lama, tapi untuk entry-entry lama blog ini, korang tak boleh nak komen. Sebab sekarang aku menggunakan commentluv punya comment widjet. Aku masih study lagi apa yg patut di perbaiki dalam blog ini. Segala kesulitan, harap dimaafkan dan amat dikesali.

No comments

Sabtu, 13 Februari 2016

THE POWER OF BELIEVE



Dalam dunia Network Marketing @ Multi Level Marketing (MLM) ramai yang telah membuktikan kejayaan mereka dalam syarikat masing-masing dan ada juga yang menempuh kegagalan sehinggakan ada yang trauma dan block perniagaan berkonsepkan networking. Namun, tahukan kita semua apakah penyebab utama yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam dunia networking?

Mengikut kajian yang dijalankan oleh (aku tak ingat nama diaorg apa, tapi aku dengar ini dari mulut motivator Tuan Mursyidi dalam Seminar How To Be A Great Leader di HQ Mekaray Ventures), Punca utama yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam bisnes networking ialah kerana modal yang kecil. 

Mereka bermula dengan pakej yang kecil dan mengharapkan pulangan yang besar tanpa membuat apa-apa pun. 

"Tak pe la, rugi sikit ja kalau tak buat"
"Mujur aku masuk yang kecil, kalau masuk yang besar kompem lagi rugi"
"Aku tolong kawan-kawan ja, tak pe la, ko buat la dulu"

Berikut merupakan kata-kata yang bermain di mulut orang-orang yang gagal dalam dunia networking. Bila mana mereka merasakan modalnya kecil, maka keluarlah alasan-alasan yang lain, upline tak tolong la, plan tak bagus la, company keling la, payout kecil la, tak ada kereta la nak jalan dan bermacam-macam lagi alasan yg kadang-kadang tidak logik untuk kita fikirkan.

Peninju dunia Mohamad Alli sebelum beliau mengalahkan John Formen dalam kejuaraan dunia. Beliau tahu, beliau masih baru dalam dunia tinju tapi apah yang diterapkan dalam dirinya ialah kepercayaan pada diri sendiri. Semasa acara menimbang berat badan, beliau telah berkata kepada John Formen sambil melompat-lompat.

"I'am The Best you know. I'am The Best you know . I'am The Best you know"

Nasihat yang pernah Mohamad Alli bagitahu, " To be a Champion, you must believe you are the Best. If  not, pretend you are the Best." Beliau tak power pun masa tu, tapi disebabkan keyakinan yang tinggi dalam dirinya dan kuasa Believe yang ada pada dirinya mampu untuk mengalah Joh Formen.

Itulah kuasa percaya yang mampu menjadikan seseorang itu sungguh luar biasa. Seperti mana kita percaya yang Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Nabi akhir zaman. Sehinggakan sesiapa pun yg hina Nabi, pasti kita akan kecam dan sanggup untuk berjihad dan mati demi mempertahankan Islam. Tapi, pernahkah kita jumpa Nabi Muhammad?

That the power of believe.. Sometime we must use this power in our daily life. Simpan dan sematkan dalam hati yang kita boleh berjaya. 

AKU BOLEH.. 
Barulah tidak ada alasan untuk tidak berjaya dalam apa pun yg kita lakukan. 
2 comments

Rabu, 10 Februari 2016

Bual Bicara Antara Formulasi Sunnah Dengan Ekonomi Ummah



Alhamdulillah, selesai sudah satu Majlis Bual Bicara yang bertajuk "Antara Formulasi Sunnah Dengan Ekonomi Ummah". Majlis yang dikendalikan oleh aku sendiri sebagai Pengerusi Majlis merupakan salah satu Majlis dan Siri Penerangan Peluang Perniagaan Bersama Mekaray Ventures.

Sesuai dengan tajuk diskusi itu sendiri, bagaimana cara yg sesuai, mudah dan mampu dilaksanakan oleh semua orang dalam berbisnes bersama Mekaray.? Persoalan ini terjawab dengan sendirinya dalam minda penonton yg hadir dalam majlis tersebut di akhir program. Di sini, aku ingin share sedikit kesimpulan daripada program ini dengan semua pembaca tentang jawapan kepada persoalan di atas.

Untuk berjaya dalam dunia Network Marketing @ Direct Selling, kita perlu tengok dan study tentang 4 perkara ini:

1. Syarikat

Di Mekaray Ventures [klik]  ini, semua anggota BOD adalah muslim dan 100% bumiputera yang kesemuanya pernah terlibat dalam bisnes Networking yang sebelum  ini. Mereka semua pernah mendapat pencapaian tertinggi iaitu "KING & QUEEN" dan Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

2. Produk

Kalau dilihat pada 2 produk yang di hasilkan oleh Mekaray iaitu Triple M [klik] dan Meka Viniga [klik] ianya merupakan produk hasil kajian 10 tahun team R&D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian yang telah mendapat geran kajian dari Kerajaan Malaysia yang bernilai jutaan ringgit ini, telah menemukan hasil yang sangat luar biasa. Produk yang mampu merawat Masalah HIV dan GILA serta mampu untuk merawat pelbagai masalah-masalah yang lain. Untuk testimoni lain, boleh rujuk di sini  [klik].

3. Plan Pemasaran.

Menggunakan pelan pemasaran secara Networking yang memang sesuai untuk semua. Modal permulaan yang cukup rendah iaitu RM210 (1 Kotak) sebagai pakej permulaan untuk berbisnes dan Maximun Pakej hanya sekadar RM1470 (7 Kotak) sahaja, Ini merupakan pakej yang mampu milik oleh semua org. Jualan produk pulak akan mendapat pelbagai bonus yang menarik dan keuntungan dari jualan 1  kotak produk ialah RM50. Bonus jualan secara kumpulan pulak akan dapat bonus secara harian dan bulanan yang mampu untuk puaskan hati orang yang menjual.

Targetkan jualan 2 kotak utk 1 hari, sudah cukup untuk mendapat pendapatan sekitar RM4000 sebulan. Itu yang aku cuba buat sekarang ini, menggunakan ONLINE SAHAJA. 

4. Masa

Ini sebenarnya soalan bila kita nak mula berbisnes. Persoalan ini terjawab dengan masa. Masa yang paling sesuai untuk bermula ialah sekarang iaitu di detik ini, kerana setiapa peluang yang tercipta pasti ada ruang kejayaan. Masa yang masih terlalu awal untuk Mekaray pergi jauh iaitu baru berusia 3 bulan dalam pasaran dunia. Ini merupakan satu peluang untuk menjadi Pioneer dalam Mekaray Ventures.

Setakat ini sahaja, kesimpulan yang dapat aku ringkaskan untuk pemahaman semua. Ramai orang tidak suka berbisnes termasuklah aku sendiri. 'Tak kenal maka tak cinta' maka di sini, kenali lah dahulu Mekaray dan belajar tenatng selok belok 4 perkara di atas untuk memudahkan kita kenal dan paham ini bisnes.

Saudara Romzi memberikan  testimoni yang panjang lebar tentang hasil dari pada penggunaan Triple M dan Meka Viniga. Nampak beliau berpuas hati dengan hasilnya.


Sebarang pertanyaan lanjut tentang Mekaray boleh Call @ WA di no 0111-684 0717. Saya akan cuba untuk menjawap setiap soalan yang dikemukan.
4 comments

Ahad, 7 Februari 2016

DIET SONGSANG, AWAS!! IBU BAPA SEKALIAN.


Imbasan kenangan zaman persekolahan dahulu mula bermain-main di benak kepala aku tentang hati ayam.Waktu itu dalam kelas biologi, aku diajar tentang makanan-makanan yang mengandungi banyak zat besi di dalamnya. Cikgu mengesyorkan untuk memakan hati ayam kerana menurut kajian sains, hati ayam kaya dengan pelbagai khasiat seperti zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Namun masa itu aku pun masih bodo-bodo ayam lagi, main ikut je apa yang diajar lalu pergilah beli hati ayam dekat pasar malam dan makan la sepuas-puasnya.

Aku tidak dapat nak pastikan apa yang aku tahu itu betul kerana ianya sudah terdapat dalam sukatan pelajaran aku pada masa itu. Menurut pandangan doktor juga, mereka juga mengesyorkan untuk memakan hati ayam @ hati lembu  kerana hati mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

Hati, Jantung, Paru-Paru, Perut, Hempedal, Buah Pinggang, Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam, Telur ikan.

Anehnya, sains pula menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini? 

Mengikut pembacaan aku dalam search engine google. Aku yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah merupakan ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan aku ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Aku berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan. 

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. 

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati. 

Sementara cina beraya ni, aku ingin berpesan kepada semua, sebenarnya kita telah meracuni diri kita sendiri dengan memakan makanan yang tidak sepatutnya dimakan oleh kita dan anak-anak kita. Untuk menyingkirkan bahan kotor yang kita makan itu, cuba kita basuh organ dalaman kita dengan Triple M
No comments

Isnin, 1 Februari 2016

LANGKAH PERTAMA CETUSAN KEJAYAAN



Permulaan langkah dalam Mekaray bermula 8 November 2015 dan sampailah sekarang 1 Feb 2016, sudah hampir 2 bulan lebih aku bersama dengan Mekaray. Alhamdulillah, selepas sebulan berbisnes bersama Mekaray Ventures akhirnya terbalas untuk pertama kalinya di Golden Of Palace Horse Hotel, Sri Kembangan pada 19 Dis 2016. Majlis makan malam dan Recognition Nite for 5 figure income and top income achievers ini bertemakan Arabian Nite. Permulaan yang bernasib baik sebenarnya, sebab aku bukan sesiapa pun dan tiada asas yang kukuh pun dalam mana-mana bisnes networking sebelum ini. Rasa segan pun ada sebenarnya untuk naik pentas bersama-sama dengan orang-orang otai yang sebelum ini pernah berjaya dalam bisnes yang terdahulu.


Inilah barisan 20 orang top achiever yang telah meraih hasil mereka setelah sebulan berbisnes bersama Mekaray. Ramai yang leader legend mula berbisnes semula  dalam dunia networking bersama Mekaray mula menunjukkan taring masing-masing. Leader hebat Cikgu Roslan, Hajah Serina,  Tuan Aizat dan Ustaz Helmi masing-masing mempunyai group yang tersendiri di bawah rangkaian Syarikat Mekaray Ventures. Untuk pengetahuan semua, aku berada di bawah Cikgu Roslan.

Di belakang camera senyum ja..

Kepada yang mengikuti instagram aku pasti melihat hastag #projeksunnah untuk beberapa gambar yang dikongsikan. Ia sebenarnya adalah pelan bisnes kepada yang berhasrat menjadikan keusahawan sebagai kerjaya dan juga peluang menjana pendapatan sebagai ‘income kedua’ tanpa mengganggu kerja sedia ada. Peluang terbaik memperkasa ekonomi diri dan sandaran pelan persaraan. Dalam erti kata lain, sebagai tanda tanya kepada semua orang, tentang bisnes yang aku jalankan. Ada juga yang kecam dan kata aku mempergunakan sunnah, tapi nak buat macam mana? dah memang aku jual produk sunnah. Triple M dan Meka Viniga tu produk formulasi sunnah 100%.

Depan camera, tak tau nak cakap apa da..

#projeksunnah ini aku usahakan bersama Team Wealth Empire. Wealth Empire group ini sebenarnya group lama Cikgu Roslan dalam bisnes yang terdahulu cuma ianya diberi nafas baru ataupun penjanaan semula logo kumpulan. Team Wealth Empire mensasarkan untuk melahirkan ramai usahawan berjaya kepada yang terlibat melalui konsep membantu secara berjemaah. Ia disokong oleh individu-individu dan syarikat berlatar belakang portfolio yang teguh dengan produk yang selamat dan bermanfaat. Bisnes ini diusahakan secara berjemaah tanpa melibatkan quota atau target penggunaan, jualan atau sebarang agenda tersembunyi. Menjual produk adalah usaha bonus kepada mereka yang ingin memaksimakan pendapatan melalui peluang yang ada. Ianya halal, sah di sisi perundangan, modal yang rendah dengan bimbingan dan sokongan jemaah bisnis secara berterusan.


Tuan Basri, Aku, Puan Jamaliah, Cikgu Roslan dan Tuan Romzi antara tenaga pengerak Team Wealth Empire.

#projeksunnah ini merupakan peluang keusahawanan dan menjana pendapatan kedua yang diusahakan dalam jemaah yang terbukti telah melahirkan usahawan berjaya mahupun jutawan. Oleh itu, adalah menjadi komitmen dan tanggungjawab kami juga untuk sentiasa saling menyokong dan membantu usaha diantara satu sama lain demi merealisasikan kejayaan.

Justeru, kepada yang berhasrat memperkasa ekonomi bersama jemaah atau mengetahui lebih lanjut, silalah hubungi saya di 0111-684 0717. Kami sedia membantu, agar anda boleh menilai sendiri dengan sebaiknya. Mudah-mudahan ia dapat membuka peluang kejayaan anda untuk kebaikan insan... aamiin.

3 comments