+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 28 Januari 2016

TESTIMONI | ANAK CEREBAL PALSY BOLEH SEKOLAH SEMULA




Alhamdulillah  ini merupakan satu berita yang sangat mengembirakan dan pastinya mata orang yang menanggung semua ini lebih masuk habuk berbanding kita yang cuma melihat sahaja.  Melalui gambar di atas sudah mampu menceritakan kegembiraan di wajah anak kecil Alisya yang selama ini telah menghidap penyakit CEREBAL PALSY SPASTIC DIPLEGIA semenjak umur 3 tahun, dan sekarang umur Alisya kini sudah pun menjangkau usia 7 tahun. 
Alisya telah mendapat rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama hampir 4 tahun sehingga sekarang untuk memastikan dia mendapat kesihatan yang maxsimun. Kini, Alisya tidak lagi muram, pendiam, dan tiada semangat untuk belajar setelah Ibu nya memberi minum Triple M dan Meka Viniga. Perubahan yang sangat ketara di tunjukkan oleh Alisya sehingga mengejutkan Ibu dan doktor yang merawat Alisya.

Pengambilan produk Triple M dan Meka Viniga yang konsisten membuatkan kesihatan Alisya semakin bertambah baik. Semestinya kegembiraan jelas terpancar di wajah Ibu Alisya sendiri dan beliau berkata kepada saya :

"Saya sebenarnya tidak sangka dan amat bersyukur apabila anak memasuki darjah 1 dan mengambil peperiksaan , anak dpt markah yg lulus dan boleh menulis dgn lebih baik dan membaca. Memang tidak disangka. Malah suami juga terperanjat."

Alhamdulillah, semua ini dengan izin Allah, kita hanya mencuba dan asbabnya adalah Triple M dan Meka Viniga tapi yang menyembuhkan adalah Allah swt. Disamping kita berbisnes pada masa yang sama dapat kita menolong orang yang memerlukan pertolongan. Bayangkan bertapa gembiranya ibu Alisya sekarang bila Alisya sudah mampu untuk ke sekolah, boleh menulis dengan baik dan membaca.

Untuk pengetahuan semua, ramuan utama Talbinah yang terdapat dalam Triple M itu sendiri ialah sebenarnya makanan yang dihidangkan untuk para hafiz quran pada zaman tabi'i terdahulu. Kerana ianya dapat menenangkan jiwa dan fikiran para hafiz untuk menghafal Al-Quran.

Bagaimana untuk mendapatkan Triple M dan Meka Viniga?
Whatsapp : 0111-684 0717
No comments

Isnin, 25 Januari 2016

ANTARA PENYAKIT GOUT DAN RAWATAN ALTERNATIF SAKIT GOUT

Barangkali sesiapa saja yang menderita penyakit ini tidak akan terlintas dipikirannya bahawa mereka sudahpun menderita penyakit ini.

Apakah Gout?

Illustrasi sakit gout_Sumber Foto

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Penyakit Gout?

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Faktor Risiko Sakit Gout?

Jantina : Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
Gaya hidup : Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
Obesiti : Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat : Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
Genetik : Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
Umur : Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.
Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. 

"Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati, sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan yang kerap pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya."

Rawatan Alternatif Sakit GOUT?

InsyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Disini aku nak share sesuatu yang bermanfaat untuk pesakit gout. Triple M iaitu produk untuk rawatan alternatif terbaik.

Triple M

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Triple M ini, korang boleh rujuk di sini.
No comments

TESTIMONI : STROK MAMPU DIUBATI DALAM MASA 4 HARI




Setelah 3 tahun setelah terkena penyakit strok. 1 badan tidak boleh berjalan dan cuma mampu melalui proses fisiologi untuk merawat penyakit tersebut. Seperti yang diceritakan sendiri oleh anak beliau kepada saya. Alhamdulillah, Emak sudah boleh mula berjalan tanpa menggunakan tongkat setelah mengamalkan 2 produk daripada formulasi makanan sunnah hasil kajian Dr Wan Nasyruddin dan team. Produk tersebut ialah Triple M dan Meka Viniga. Mujur ada Triple M dan MV.

Ini merupakan testimoni yang berlaku di Johor Bharu dan di ceritakan sendiri oleh pengguna ini dalam siri jelajah Mekaray Ventures di Hotel Sentral Johor Bharu.

#ubatstrok #penyakitsaraf #formulasisunnah #pemakanansunnah #testimonitriplem #mekarayventures #sihatsunnah #strok #major #minor
2 comments

Rabu, 20 Januari 2016

Cara-Cara Untuk Mengelakkan Stress.




Di zaman yang penuh dengan gadget sekarang ini, selain dapat memudahkan kehidupan, ianya juga membuatkan kehidupan seseorang itu menjadi semakin rumit. Selain menjadi alat komunikasi dan informasi, gadget juga dapat menjadi sumber stress yang dapat menyebabkan kepenatan pada kepala  otak seseorang dengan berbagai masalah yang muncul dari arah yang tidak terduga.

Untuk mengatasi masalah kepenatan akibat stress, ada beberapa perkara yang dapat korang lakukan, iaitu :

1. Menyimpan peralatan elektronik  

Kita sering menunduk dan tidak memperhatikan keadaan sekeliling karena disibukkan dengan smartphone, henset, laptop, tablet dan sebagainya. Ini menjadikan fikiran kita berpusat pada gadget sahaja. Simpan sekejap gadjet kita semua dan pandanglah wajah-wajah di sekeliling kita. Dan gunalah kembali gadjet tersebut untuk perkara yang penting sahaja.

2.  Tinggalkan sekejap laman sosial

Laman sosial saat ini telah menjadi salah satu jenis gaya hidup yang sangat sulit unutk dilepaskan. Dari laman sosial, contohnya seperti Fb, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi memudahkan kita untuk mendapatkan teman baru, menumpahkan isi hati dan juga mendapatkan informasi. Namun, kekadang tanpa kita sedari, ada informasi yang tak perlu pun masuk ke dalam kepala otak kita, sampaikan hal itu menjadi sumber stress pada kita. Ada baiknya jika kita menghentikan sejenak kegiatan yang berhubungan dengan jejaring sosial dan mengalihkannya pada majalah atau buku yang lebih berinfo dan menghibur.

3. Menggunakan kertas, buku harian dan segala macam coretan

Ketika kita tidak dapat mengungkapkan sesuatu degan kata-kata mungkin dapat  kita mengungkapkannya dengan tulisan. Namun, sekarang ini, kita lebih banyak meluah kata-kata cemuhan dan kata-kata negatif di FB @ Twitter, secara automatik menampakkan siap diri kita sebenarnya. Alangkah baiknya jikalau kita meluahkan segalanya dengan menulis di buku diari hidup.

4. Merenung dan berdoa

Walaupun ini merupakan yang paling lekeh dimata orang, namun cara inilah merupakan cara yang paling ampuh. kita akan merasa jauh lebih tenang disaat  kita berdialog dengan Sang Pencipta. Hasil yang kita dapat  tidak semestinya cepat, namun kadang-kadang, kita harus memberikan ruang dan waktu yang lebih tenang bagi jiwa kita.

5.  Cari sumber inspirasi

Untuk mengembalikan semangat yang layu, Kita harus mencari inspirasi dari orang-orang yang gigih berjuang dengan segala kemahuannya, kisah-kisah sederhana, idola kita atau dari sesiapa pun. Untuk mendapatkan kata-kata semangat. Kita tidak perlu mencari seseorang yang hebat seperti Dr Azizan osman, Prof Muhaya, @ sesiapa yang power, cukuplah dengan orang yang berada di sekeliling kita. Kerana mereka lebih tahu siapa kita sebenarnya.

Untuk menghadapi stress, kita kena kuat dalam hidup ini. Kena ada jati diri yang kuat dan berpegang teguh dengan agama. InsyaAllah Allah ada bersama kita semua. Kalau tak nak susah-susah, apa kata kita cuba produk Talbinah. Minum segelas, hilang stress dalam dan luar. 
1 comment

Ahad, 10 Januari 2016

Rumah Tenggelam di Makan Bumi di Melaka.



Dalam minggu yang lepas, aku dan rakan bisnes ada singgah sekejap di Masbro Village di Paya Rumput, Melaka. Berjumpa dgan owner homestay ini untuk membincangkan next big project untuk Mekaray Ventures. Baiklah itu just intro sahaja. Sebelum itu, aku nak tanya korang pernah tengok tak rumah segi tiga yang berwarna warni?

Kalau korang pernah pergi ke Australia, pasti korang sudah biasa lihat hotel yg berwarna-warni di Brighton Beach, Melbourne. Kini, korang tak perlu susah2 nak fly ke Australia, datang je ke Melaka dah boleh nampak dan menginap di sini.

Setakat ini, ianya masih dlm pembinaan rumah tambahan dan kolam renang. Panorama rumah di sini agak menarik, ala-ala ingeris gitu. Sekali tengok macam rumah Hobbit, 2 kali tengok macam rumah kena makan ke bumi tinggal atap ja.

Maklumat Lanjut:
Lokasi : Paya Rumput, Melaka
Harga : RM280/Nite
Kapasiti : 6 orang utk 1 rumah
Kemudahan : Cukup lengkap bak hang, tak payah risau semua ada.
Booking : 0123704038

So. Apa tunggu lagi, pergi la terjah ke sana sekarang. Huhu.. korang pi tengok je la. Setakat ini, bilik full sampai febuary.


No comments

Rabu, 6 Januari 2016

Slimmie Viniga (SV)


Slimmie VINIGA merupakan formulasi makanan sunnah kedua yg dikeluarkan oleh Syarikat Mekaray Ventures. SV bertindak sebagai booster kepada Triple M untuk hasil yg lebih padu dlm penyelenggaraan tubuh badan kita. Walaupun namanya viniga yg bermaksud cuka, tetapi, SV ini sebenarnya lebih daripada itu. Bukan untuk slimming semata-mata tetapi sesuai juga untuk masalah kewanitaan.

SV ialah makanan kesihatan yang menggabungkan LEBIH dari 3 Makanan Sunnah sebagai ramuan UTAMA

✅Cuka Kurma
✅Habbatussauda'
✅Minyak Zaitun
 ✅Madu

Juga disertakan ekstrak Delima, Minyak Kelapa Dara, Garam Bukit dan air bertapis..

Rasanya yg sungguh lazat ialah  sebab adanya perisa ORENyg ditambah untuk menghilangkan rasa masinnya bahan2 lain. Walaupun ianya dikatakan sebagai cuka, tetapi ianya sesuai untuk orang yg menghidap penyakit gastrik. Testimoni pada diri sy sendiri sudah membuktikan hasilnya. Sy juga sudah tidak lagi mengamalkan memakan ubatan dari hospital tetapi beraleh kepada produk dari Mekaray ini.

Antara Khasiatnya :

✅Merawat dan mengurangkan berat badan yang berlebihan

✅Membuang kolesterol dan meningkatkan HDL

 ✅Meningkatkan stamina dan kecergasan badan

✅Merawat dan mengurangkan masalah gastrik

✅Anti kanser dan anti aging

✅Merawat dan mengurangkan sakit migrain

✅Menyingkir toksik dan melancarkan perjalanan darah

✅Merawat dan mengurangkan masalah senggugut

Cara makannya senang sahaja. Ketika perut kosong, koyakkan sachet dan sedut.

"Believe in Yourself,Change FOREVER"


Tag line utk produk SV ialah "Sedut-sedut kurus"

2 comments

Selasa, 5 Januari 2016

Meka Miracle Meal


Triple-M merupakan makanan formulasi sunnah yg diformulakan oleh Prof. Dr. Wan Nasyaruddin B Wan Abdullah. Formulasi ini terhasil dari kajian yg dijalankan oleh Dr Wan sndiri bersama pasukan beliau. Geran kajian beliau yg bernilai jutaan ringgit ditaja oleh Kerajaan Malaysia telah menemukan dgan pelbagai jenis formulasi yg mampu mencegah pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.

Untuk masa kini, 2 produk telah di pasarkan dalam market Malaysia. Yang paling laris sekarang ini ialah, Meka Miracle Meal @ Triple M. Untuk pengetahuan semua, Triple M atau nama lainnya Talbinah merupakan makanan kesihatan yg menggabungkan 3 Makanan Sunnah sebagai bahan UTAMA.
1. Barley
2. Madu
3. Yogurt"

Antara Khasiatnya:
✅ Merawat STRESS dan tekanan perasaan
✅ Mengurangkan sebahagian kesedihan
✅ Merawat masalah dalam perut
✅ Mengawal tekanan darah tinggi dan kadar gula dalam darah
✅ Membekalkan tenaga kepada badan
✅ Sarapan pagi yang berkhasiat
✅ Boleh dijadikan minum petang dan makan malam
✅ Sebagai makanan tambahan bayi

Amat bertepatan dgn Hadith Nabi S.A.W yang bermaksud:

Daripada Aishah R.A Bahawa beliau menyuruh agar disediakan TALBINAH bagi pesakit-pesakit dan orang yang menghadapi TEKANAN perasaan atau DUKACITA yang melampau..

Beliau juga berkata ; Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda ; " Sesungguhnya TALBINAH itu dapat menTENTERAMkan hati hati pesakit dan mengHILANGKAN sebahagian dari tekanan perasaan".
Hadith Riwayat Imam Bukhari

Dengan adanya Triple M, maka dapatlah kita sama-sama merasai sendiri ramuan Talbinah 1400 tahun dahulu di masa sekarang. Harga sekotak ialah RM210+gst. Mengandungi 28 sachet sudah mencukupi untuk penyelenggaraan tubuh untuk sebulan. Produk ini baru 55 hari dalam market Malaysia. Dari mula dilancarkan sampailah sekarang, bermacam-macam testimoni yg keluar dari setiap pengguna Triple M. Untuk testimoni, akan menyusul dalam next post.
No comments