+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 8 November 2016

BRACE MEN GAGAHKAN JENAMA BRACE BEAUTE


Alhamdulillah, sekali lagi saya ingin perkenalkan brand terbaru oleh Brace Beaute iaitu Brace Men khas untuk lelaki yang ingin tampil kacak bergaya dengan T-Shirt Slim Fit yang pastinya akan menampakkan diri "sado".

Ditampilkan dengan tulisan BRACE MEN yang berwarna emas pasti akan menimbulkan rasa confident yang tinggi pada diri si pemakai baju Brace Men ini. Kerana sesuai dengan gaya pakaian lelaki yang ingin tampil bergaya dalam santai.

Baju yang berkain cotton 100% dengan ketebalan hampir 100gsm menjadi taruhan dalam Brace Men ini. Sesuai untuk di pakai dalam aktiviti lasak seperti Jungle Tracking, Gym dan Zumba. Kain yang agak tebal dan tahan lama ini memberi keselesaan dalam setiap pergerakan. Tidak panas, tidak melekit, menyerap peluh dan tidak meninggalkan bau badan pada baju.

Inilah pilihan yang perlu di dapatkan oleh setiap lelaki yang inginkan sesuatu yang berbeza, tahan lasak dan dengan harga yang sangat bebaloi. Pilihan 3 warna utama yang di hasilkan untuk first production ini ialah Kelabu, Biru dan Hijau boleh di dapatkan dengan harga RM40.00 sahaja.

Saiz yang di keluarkan cuma S, M, L dan XL sahaja buat ketika ini. Jom, dapatkan baju terbaru keluaran Brace Men untuk anda. Khas untuk lelaki yang aktif dan ingin tampil bergaya dan simple dalam setiap tugasan santai.

Contoh Design Baju Brace Men















No comments

Sabtu, 5 November 2016

EHH.. SUDAH 5 PRODUK BRACE BEAUTE PASARKAN.??



Pejam celik-pejam celik dah ada 5 produk yang di keluarkan oleh Brace Beaute. Sekejap sahaja masa berlalu kan? Rasa baru semalam duk meniaga di Mood Republic KL untuk perkenalkan Freely Face Serum dan kini sudah  masuk event Flea Mania Fair pulak.

Begitulah dunia ini, sebentar sahaja. Seperti kata iman Al-Ghazali, "kehidupan dunia ini hanya sebentar seperti rerumput yang tumbuh, kemudian menghijau dan mereput di mamah mentari dan hancur perterbangan di tiup oleh angin." Tiada apa-apa pun yg tinggal untuk kehidupan dunia ini.

Indah dunia perniagaan bila duit ada di tangan. Penat dalam berniaga bila ada produk baru yang nak di perkenalkan. Namun, perkara ini perlu diusahakan tapi yang memberi rezeki di atas semua ini adalah Allah SWT.

Alhamdulillah, dalam tahun 2016 dan dalam hanya beberapa bulan kini Brace Beaute sudah mempunyai 5 produk yang telah berada di pasaran sekarang ini. Sebelum ini, aku hanya fokuskan dengan Brace Pomade sahaja. Tetapi setelah terjebak dalam pencarian usahawan muda yang di anjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM), kini Brace Beaute sudah mempunyai set kecantikan dan kesihatan sendiri. iaitu Freely Face Serum, Diamond Firming Serum, Brace 8 Slimme White dan Brace Perfume.

Untuk memasarkan produk ini, kami bergerak secara online dan offline. Dalam pada masa yang sama, saya mewakili team Brace Beaute mengalu-alukan sesiapa sahaja yg berminat untuk menjadi agent dan stokist kepada produk keluaran Brace Beaute.


FREELY FACE SERUM



BRACE PERFUME



BRACE 8 SLIMME WHITE



DIAMOND FIRMING SERUM
No comments

Isnin, 17 Oktober 2016

SADOEMAN MEMPERKASA SENJATA AMPUH LELAKI




Masalah lemah tenaga batin di kalangan lelaki jika tidak diberikan perhatian yang serius boleh mengakibatkan krisis keruntuhan rumah tangga. Masalah seks ini bukan sahaja membebankan si penderita malah kesannya cukup dahsyat sehingga terdapat kes isteri berlaku curang dan sanggup untuk meminta cerai daripada suami.

Lemah tenaga batin atau mati pucuk ini sebenarnya sesuatu yang mengerikan bagi semua lelaki. Perkara ini biasanya terjadi disebabkan faktor penyakit yang ada pada diri seseorang  seperti lemah jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Jikalau perkara ini tidak dirawat maka, ianya akan jadi lebih serius dan boleh mendatangkan rasa malu kepada suami untuk bersama dengan isteri.

Disini, saya ingin memperkenalkan satu produk terbaru yang berada di pasaran sekarang ini, iaitu SADOEMAN GOLD yang telah banyak selesaikan masalah seperti di atas.




"Menjana Tenaga Sepanjang Hari. Persiapan Mantap Di Malam Hari. 
Memperkasa Senjata Ampuh Lelaki"


SADOEMAN adalah makanan berfungsi yang dirumus KHAS untuk kaum lelaki bagi meningkatkan tahap kesihatan bahan agar sentiasa hebat perkasa. Komposisi ramuan khas dari ekstrak herba-herba mewah seperti Tongkat Ali, Cordyceps, Macca, Madu, ubi jaga, Saw Palmelta, Catuaba dan Bawang Putih. Ramuan SADOEMAN ini mampu memperkasa tenaga dalaman lelaki, mengekalkan stamina dan tenaga sepanjang hari.

BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM SADOEMAN

  1. Catuaba ~ Dapat merawat mati pucuk, ejakulasi pramatang dan masalah seksual lelaki 
  2. Tongkat Ali ~ Meningkatkan tenaga, Daya tahan dan stamina tubuh badan
  3. Cordyceps ~ Membantu menyeimbangkan gula dalam darah
  4. Macca ~ Meningkatkan bilangan sperma lelaki 
  5. Madu ~ Membantu proses detoksifikasi
  6. Ubi jaga ~ Menguatkan kekerasan dan menikmati seks yang lebih kerap dan lebih lama 
  7. Saw Palmelta ~ Meningkatkan hormon "testosterone" untuk meningkatkan daya seksual 
  8. Bawang Putih ~ melindungi jantung dari masalah kardiovaskular


KEBAIKAN MENGAMALKAN SADOEMAN

☑ Membantu Membekalkan Tenaga
☑ Cairkan Darah
☑ Lancarkan Darah
☑ Stabilkan Tekanan Darah
☑ Baik Untuk Sakit Pinggang
☑Baik Untuk Lengoh serta Kebas
☑ Mengatasi Masalah Cepat Penat


CADANGAN PENGAMBILAN

1 Sachet letak di bawah lidah: 3 hari sekali
Kandungan: 2g x 8 sachet

Untuk KESAN YANG OPTIMUM. Elakkan makan SADOEMAN bersama kopi dan 

*JANGAN minum KOPI dalam jangkamasa 1 jam selepas memakan SADOEMAN*


TESTIMONI SADOEMAN



No comments

Khamis, 29 September 2016

PANDUAN MENULIS COPYWRITTING SIMPLE TAPI POWER BAQ HANG.






Panduan menulis copywriting sudah menjadi satu “keperluan asas” untuk peniaga-peniaga yang memasarkan produk secara online. Tanpa copywriting yang power dan tepat kepada si pembaca, sudah pasti apa yang kita sampaikan akan menjadi hambar dan usaha kita menjadi sia-sia.


Objektif utama menghasilkan copywriting tidak lain adalah untuk menarik perhatian prospek untuk membaca apa yang ingin disampaikan oleh si penulis itu tadi. Ada beberapa panduan menulis copywriting sebenarnya, dan salah satu konsep yang menjadi panduan menulis copywriting yang agak popular adalah konsep A.I.D.A


Panduan Menulis Copywriting Menggunakan Konsep A.I.D.A


Pernah dengar “A.I.D.A” ? Seorang pakar pengiklanan dan pemasaran dari Amerika bernama E.St Elmo Lewis dikatakan orang yang pertama memperkenalkan konsep copywriting ini.


Beliau menekankan untuk menghasilkan suatu iklan yang berkesan, harus mengandungi 3 unsur berikut :- 

Attract reader – menarik perhatian 
Interest them – membangkitkan rasa suka 
Believe – mempercayai 

Susulan dari 3 perkembangan unsur tersebut, konsep A.I.D.A tercetus.

Konsep A.I.D.A


Apa itu A.I.D.A ? Ianya adalah singkatan untuk


A- Attention : Menarik perhatian

I-Interest : Membangkitkan rasa suka dan minat para pembaca

D-Desire : Membangkitkan rasa keinginan pada pembaca untuk membeli produk anda.

A-Action : Arahan kepada pembaca untuk melalkukan tindakan yang kita mahukan.


Mungkin anda sudah mendapat sedikit gambaran bagaimana untuk menghasilkan ayat iklan, tetapi masih terkial-kial memikirkan perkataan ajaib yang boleh memukau pembaca anda?? 

Banyakkan belajar melalui page-page produk yang popular dan yang menggunakan FBADS. Lihat bagaimana cara mereka menulis ayat-ayat iklan di FB dan cara mereka membalas PM daripada customer mereka. 

Pengalaman adalah sifu terbaik, jadi jangan malas untuk belajar lihat dan buat. Ilmu teori yang kita belajar di dalam kelas itu cuma sekadar pengetahuan dan belum mampu untuk memberi kefahaman bila berdepan dengan situasi yang sebenar.


2 comments

RAHSIA KECANTIKAN WANITA DENGAN ANJELIETA




ANJELIETA dirumus khas menggunakan ramuan tradisional & bahan berkualiti tinggi bagi meningkatkan kecantikan & kesihatan wanita.


Bahan-bahan: Collagen Peptide Optima, Astaxanthin, Ekstrak Delima, L-Glauhatione, Vitamin C, Ekstrak Blueberry, Acai Berry, Maqui Berry & Manjakani Hijau, 

Antara Kelebihan Bahan-Bahan Utama Anjelieta

1- Manjakani Hijau (Fructus Terminalia Chebula)

- Herba manjakani dikenali sebagai 'ibu segala herba'. Ia kaya dengan tannin, asid tanik, anti oksida, vitamin A & C, kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Manjakani bermanfaat untuk menjaga kesihatan alat intim wanita. Manjakani digunakan untuk merawat masalah keputihan dan mampu menjadikan alat intim wanita yang longgar disebabkan faktor usia dan proses kelahiran anak kembali anjal dan ketat. Herba manjakani juga mampu menghilangkan bau kurang enak pada alat intim wanita.

2- L-Glutathione 

- L-Gluthathione bertindak sebagai satu antioksida dan agen detoksifikasi yang mampu melindungi sel sel tubuh daripada radikal bebas dan tekanan oksidatif yang merbahaya serta mampu meningkatkan sistem imunisasi badan.

3- Collagen Peptide Optima

- Kolagen merupakan kunci kepada keremajaan serta kecantikan kulit wanita. Kadar kolagen di dalam kulit kita akan menurun secara mendadak setelah kita melangkau usia 20 tahun. Oleh itu, penambahan semula kolagen merupakan salah satu cara untuk mengekalkan keremajaan kulit. Collagen Peptide Optima mempunyai berat molekul purata 0.5kDa dan ia sangat mudah diserap oleh badan kerana saiz molekulnya yang kecil. Pengambilan Collagen Peptide mampu meningkatkan tahap keanjalan kulit serta meningkatkan kelembutan kulit.

4- Acai Berries (Fructus Euterpe Oleracea)

- Acai beri mengandungi kadar gula yang rendah, akan tetapi ianya mengandungi zat besi, kalsium, serat dan vitamin A. Acai beri juga mengandungi sebatian antosianin, yang bukan sahaja memberi buah buahan dan sayur sayuran warna yang berbeza, akan tetapi bergabung dengan flavonoid untuk mempertahankan badan daripada radikal bebas yang berbahaya. Khasiat yang terkandung di dalam buah acai beri boleh membantu mencegah masalah kesihatan seperti arthritis, keradangan, obesiti, mati pucuk, penyakit saraf dan alahan.

5- Akar Serapat (Herba Parameria Barbata)

- Akar serapat sangat berkesan untuk memperbaiki tisu rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan alat intim wanita. Ianya juga mempunyai khasiat dan kelebihan lain seperti membantu menegangkan otot payudara serta kulit muka, melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid.

6- Astaxanthin 

- Juga dikenali sebagai ' raja karotenoid'. Astaxanthin mempunya keberkesanan 10 hingga 100 kali ganda daripada karatenoid lain seperti beta-karotene dan lycopene. Astaxanthin mempunyai ciri ciri anti radang semulajadi. Antioksida yang berasaskan alga ini terbukti berkesan untuk merawat sakit tendon, sakit sendi, otot dan arthritis. Di samping itu, sifat antioksidannya juga menunjukkan kesan dalam mengurangkan kedutan kulit serta meningkatkan tahap kelembapan kulit.

7- Pomegranate (Fructus Punica Granatum)

- Diperkaya dengan Vitamin C dan antioksidan yang boleh membantu mencegah kerosakan sel. Ekstrak buah delima mampu memberi kesan positif dengan melanjutkan hayat fibroblast, sel sel yang bertanggungjawab untuk menghasilkan kolagen dan elastin (komponen yang memberikan kekuatan dan sokongan kepada kulit)

8- Bluebery (Fructus Vaccinium Cyanococcus)

- Beri biru mempunyai ciri ciri anti kanser dan anti bakteria. Beri biru juga adalah sumber anti oksida yang hebat. Anti oksida melawan radikal bebas yang memasuki tubuh dan merosakkan sistem ketahanan tubuh seseorang. Ia juga mampu membantu tubuh melawan penyakit dan risiko kesihatan berkaitan usia.

9- Maqui Berry (Fructus Aristotelia Chilensis)

- Maqui Berry mampu melambatkan proses penuaan, meningkatkan kesihatan kulit, menggalakkan proses detoksifikasi serta merangsang sistem imunisasi badan.                       


Antara Kelebihan Menggunakan ANJELIETA


√ Mencantik, mencerah serta melambatkan proses penuaan kulit (Anti-Aging)

√ Mengetatkan & menguatkan otot faraj & rahim yang longgar disebabkan faktor penuaan atau selepas bersalin

√ Membantu mengawal tekanan darah serta merawat sakit sendi dengan bantuan Astaxanthin (Anti-Oksida)

√ Mengembalikan kesihatan sistem peranakan wanita serta mengatasi masalah sakit puan seperti masalah keputihan, senggugut & haid yang tidak teratur

√ Mengurangkan risiko kanser berfungsi sebagai agen detoksifikasi yang menyingkirkan toksin dalam badan

√ Membantu mempercepatkan proses merawat luka pembedahan


Cara Pengambilan ANJELIETA


√ 1 sachet letak dibawah lidah dan kemam.

√ Perlu diambil sekali dalam sehari (sebelum sarapan )


No comments

PROGRAM AFFILIATE BRACE BEAUTE BERIKAN KOMISEN SEHINGGA RM80 UNTUK 1 PAKEJ PRODUK




Jom sertai PROGRAM AFFILIATE BRACE BEAUTE. Ini adalah peluang terbaik untuk pengemar-penggemar program affiliate untuk mengaut komisen mudah dan lumayan. Jika anda tak tahu bagaimana nak buat duit dengan affiliate ni, saya syorkan anda baca sekarang juga perkongsian saya mengenai Cara Terbaik Buat Duit Dengan Blog.


PROGRAM AFFILIATE BRACE BEAUTE


Program affiliate yang ditawarkan oleh BRACE BEAUTE ini adalah program affiliate seperti DROPSHIP. Setiap ahli yang berdaftar dengan BRACE BEAUTE boleh membuat pengiklanan semua jenis produk keluaran BRACE BEAUTE dan akan mendapat bonus jualan sehingga RM80 untuk setiap penyertaan ahli baru BRACE BEAUTE atau penjualan produk BRACE BEAUTE.


Tapi ingat jangan spam atau menipu pulak tau!


KELEBIHAN PROGRAM AFFILIATE BRACE BEAUTE


Apa yang menarik pasal affiliate BRACE BEAUTE ini, yuran pendaftaran adalah yang sangat murah dengan hanya pembelian mana-mana  pakej produk BRACE BEAUTE yang bernilai RM198.00. So anda boleh terus klik daftar untuk daftar sebagai affiliate. Antara kelebihan lain jika sertai sebagai affiliate BRACE BEAUTE

Komisen tinggi dibayar sehingga RM80 untuk 1 pakej terjual
Dapat komisen untuk semua produk BRACE BEAUTE
Tidak perlu simpan stok
Tidak perlu pos barang
Bantuan dengan info, testimoni, flyest
Kelas dan Training di sediakan PERCUMA untuk ahli BRACE BEAUTE

Berminat untuk menyertai program affiliate BRACE BEAUTE? Tunggu apa lagi Whatsapp : 0111 684 0717 segera. 
No comments

Selasa, 27 September 2016

CARA TERBAIK BUAT DUIT DENGAN BLOG SEPANJANG ZAMAN






Bagaimana cara buat duit dengan blog? 

Antara salah satu topik yang paling famous dan sentiasa mendapat hit carian yang tinggi di kalangan mereka yang berminat untuk buat duit dari rumah secara online.

Malah telah ramai yang menjadikan blog sebagai kerjaya sepenuh masa kerana ianya terbukti mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan jika dilakukan dengan konsisten, bersungguh-sungguh dan dengan cara yang betul.

Sebenarnya ada banyak cara buat duit dengan blog. Tetapi hari ini saya akan kongsikan salah satu cara buat duit dengan blog paling berkesan sepanjang zaman.



Nak Tahu Cara Buat Duit Dengan Blog Paling Berkesan?

Cara tersebut adalah dengan cara tulis blog dan mempromosikan produk affiliate dengan kaedah advertorial atau menulis review. Teknik ini juga memang terbukti berkesan sejak dulu lagi dengan menulis blog.

Ianya telah berjaya memberikan saya pendapatan secara pasif sehingga hari ini dengan cara buat duit dengan blog .

Secara jujur saya katakan untuk menjana pendapatan dengan blog pasti akan memakan masa dan banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi masa untuk anda mendapatkan hasil menerusi blog, ianya bergantung kepada setiap individu itu sendiri.

Tetapi jika ianya dilakukan secara bersunguh-sungguh usaha anda bakal menyebabkan anda menjana pendapatan pasif menerusi blog.


Ini sedikit tips perkongsian, cara saya buat duit dengan blog:-

  1. Pilih satu program affiliate 
  2. Mula buat kajian tentang kata kunci produk affiliate yang bakal dipromosikan 
  3. Tulis artikel mengenai produk affiliate yang dipromosikan 
  4. Promosikan blog 

Itu adalah secara ringkas bagaimana cara saya menjana pendapatan dengan menulis blog. Sekiranya anda benar-benar ingin belajar, saya syorkan untuk anda bermula dengan Sistem Affiliate Brace Beaute yang cukup simple dan hasil yang lumayan.


Semoga bermnfaat dan semoga anda juga berjaya untuk menjana pendapatan dengan blog
No comments

AKU PEMANDU JIWA YANG KOSONG


Perancangan dalam setiap gerak kerja kehidupan tidak selalunya sempurna dan pasti ada liku-liku cabaran yang perlu ditempuh. Lumrah kehidupan itulah yang sering dikatakan oleh pemandu-pemandu jiwa yang merancang untuk terus hidup dengan sempurna di atas muka bumi ini.

Ujian kehidupan tidak sama dengan setiap pemandu jiwa, masing-masing ada cabaran dan ujian yang tersendiri. Namun siapa kita untuk mengatakan sesuatu kegagalan kepada orang yang tekandas dalam pemanduan jiwa, orang yang gagal dalam mengawal jiwa dan orang yang dilupakan.

Ramai yang tidak tahan dengan untuk memandu jiwa menempuh liku-liku hidup. Mereka melalak melolong mengatakan kegagalan dan mereka sentap atas kekurangan jiwa masing-masing. Arghhh.. siapa kita untuk mengata akan mereka..

Dan aku, sama seperti pemandu jiwa yang lain, punya liku dan cabaran yang perlu aku tempuh. Ujian datang mendatang bila aku mula mendaki puncak kehidupan. Hati banyak teluka, jiwa yang lain banyak terasa melihatkan aku di sini. Namun siapa la aku..

Aku bukan sesiapa pun, aku cuma penunggang jiwa yang hina masih banyak ujian yang akan aku hadapi. Sungguh kadang-kadang aku penat dan lelah menunggang jiwa kosong. Ingin aku kembali ke sarang asal menjaga ibu jiwa aku, tapi masa belum sesuai.. jiwa kosong ini belum di terisi dengan hajat otak minda.

No comments

Jumaat, 9 September 2016

3 PERKARA YANG ABAM BELAJAR DARI NOKIA

Assalamualaikum.. apa khabar semua..?



Pernah satu ketika, abam baca satu kisah tentang NOKIA. Terasa sedikit syahdu, nak menangis pun ada. Ececece, kata abam sado, tak kan menangis kot? Mesti la sedih, abam pun manusia jugak. Kisah Nokia ditelan zaman. Pasti korang semua sudah tahu cerita pasal Nokia ini kan? Kalau jenis adik-adik kompem tak tahu la, darjah 6 dah pakai I phone . Gilo palo abam tengok. Baik, di pendekkan cerita, Nokia ini merupakan satu gergasi dalam dunia telefon bimbit pasa suatu masa dahulu. Sehinggakan ramai orang mengatakan ia berpotensi untuk menopoli market dunia ketika itu. Sampaikan akak-akak zaman abam budak-budak dulu sanggup gantung telefon Nokia 3310 tu kat leher dengan bangganya. Nokia memang power la ketika itu, mana tidaknya, 41 juta telefon bimbit dijual pada tahun 1998. Jadi tidak terkejut la, kalau telefon pertama abam pakai ialah Nokia.

Namun,

"Mana perginya Nokia sekarang?"

"Kenapa kita tidak dengar langsung tentang Nokia?"

Apa yang terjadi kepada Nokia bukan lah sesuatu yang rahsia. Ini kerana mereka ditelan zaman dan dibaham pesaing. Dan didalam dunia produk kosmetik, dimana pesaingan agak sengit sekarang, abam perlu elakkan perkara ini supaya abam pun tidak ditelan zaman.

Jadi abam nak simpulkan 3 sebab, kenapa Nokia jadi bergini.

1. Terlalu selesa ditampuk yang sama

Ingat, di dalam industri kosmetik ini, jika korang semua keluarkan satu produk dan produk itu BOOOMM dengan jayanya, jangan terlalu gembira sehingga berjoli sakan sampai lupa daratan. Terus korang hasilakan produk kedua tanpa mengambil kira faktor trend dan keperluan. Ini kerana, jika korang main hasilkan produk dan produk itu tidak laku, makan korang akan membuatkan perniaagan korang sakit dengan stok yang melimpah di stor. Sebab tidak mampu dijual.

2. Boiling Frog Story

Sebenarnya, ayat ini lebih kurang sama je dengan "terlalu selesa di tampuk lama" cuma kisah katak di dalam periuk berisi air panas dan dididihkan air tesebut sehingga katak mati kepanasan di dalam itu. Itulah katak, tidak berani untuk keluar dari zon selesa untuk mencuba sesuatu yg baru. Korang jangan terlalu fokuskan 1 produk sahaja, tapi cuba utk hasilkan produk seterusnya dan pastikan produk yang dihasilkan melengkapi dengan produk pertama tadi.

3. Murah bukan pilihan

Di zaman Nokia sedang mengalami masa kejatuhan, mereka di lihat hanya fokuskan untuk hasilkan telefon yang murah tanpa memperbaharui kemampuan telefon itu. Peluang ini telah di ambil oleh Samsung untuk hasilkan Android dan seterusnya I phone yang sedang gah di pasaran dunia sekarang ini. Benda yang sama, cuma di pertingkatkan keupayaannya. Jangan di sebabkan ingin mudah mendapatkan pelanggan, produk yang korang keluarkan adalah murah dan kualiti kurang memuaskan. Ini menyebabkan pelanggan yg datang adalah jenis yang "Touch N Go " sahaja.


Kalau korang tak nak jadi macam Nokia ini, korang cuba la belajar untuk terima perbaharuan dalam setiap industri yang korang lakukan. Kalau korang jenis yang baru nak belajar bisnes dan masih mencari site income untuk buat bisnes. JOM.. cuba BRACE BEAUTE AFFILIATE DROPSHIP PROGRAM. 

No comments

Khamis, 8 September 2016

CATATAN MEMORI DI UTTERPRADESH



Agra, Utterpradesh

Dalam kedinginan malam, sedang aku membelek buku-buku nota lama untuk mengemaskan rak buku di bilik ini, aku terjumpa satu buku nota yang pernah bersama aku selama 4 bulan di bumi India. Salah satu catatan yang ada yang ingin aku kongsikan dengan  korang semua adalah satu nukilan yang ditulis dengan air mata kerinduan pada tanah air dan tuttt tuttt..

Catatan ini di tulis  18/11/14

11.31pm

Utterpradesh, India

Pernah suatu malam dalam keadaan aku yang lemah, masa masa itu sudah hampir 20 hari aku berada di bumi India. Hati sebak bila mengenangkan dosa-dosa lama yang pernah diri ini lakukan pada kedua orang tua, pada kawan2 dan pada Allah swt. 

Lalu tercoretlah suatu nukilan yg penuh kerinduan pada tanah air dan pada seseorang yang aku sangat cintai pada waktu dahulu.


“Aku rindu gemersik suaramu,

Itu untuk aku dengar dan simpan.

Aku rindu gelak tawamu,

Itu untuk aku pandang dan rakam.

Aku rindu senda guraumu,

Itu untuk aku ingat dan kenang.

Sebetulnya, aku sedang merindu,

Ya, sungguh aku rindu.

Terima kasih untuk kasih sayang,

Juga setia yang tak pernah gagal dari memenuhi jiwa.”


Tapi kini, setelah hampir 2 tahun aku kembali ke tanah air. Diri ini menjadi semakin kuat, aku tahu yang dia bukan untuk aku, dan memang tidak pernah akan bersama. Hanya sekadar kawan biasa. Aku terima dengan redha atas semua ketetapan dan ketentuan ilahi dan aku yakin sinar masih ada untuk aku.
No comments

Isnin, 5 September 2016

CARA MUDAH MENCEGAH JANGKITAN VIRUS ZIKA


Malaysia telah dikejutkan dengan berita pesakit pertama dengan jangkitan Virus Zika. Pesakit tersebut dikatakan baru sahaja balik dari Singapura yang kini sedang berhadapan dengan masalah virus zika yang agak serius. Secara umumnya, jangkitan virus zika tidak mempunyai kesan yang teruk kepada tubuh badan manusia. 




Orang yang menghidap virus zika akan mengalami gejala seperti demam biasa seperti demam, pening kepala, mata merah, ruam dan sakit sendi. irus tersebut didapati boleh tinggal di dalam badan manusia berbulan lamanya, enam bulan bagi lelaki dan dua bulan bagi wanita.

Kes kematian oleh kerana virus Zika amat jarang sekali berlaku tetapi Virus zika sangat ditakuti kerana ianya boleh memberi risiko kecacatan yang tinggi kepada bayi dalam kandungan.

Virus Zika boleh merebak melalui 4 cara iaitu:

  1. Gigitan nyamuk yang membawa virus zika 
  2. Daripada ibu kepada bayi dalam kandungan 
  3. Melalui hubungan kelamin 
  4. Melalui perpindahan darah (tidak pasti kesahihannya) 

Mendengar berita ini, saya sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada wabak seperti ini. Semoga kita semua terhindar daripada penyakit ini. Aminn. Walaubagaimanapun, kita hendaklah berusaha semampunya untuk mencegah daripada dijangkiti virus zika ini. Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah: 
  1. Pakai pakaian yang labuh dan panjang untuk mengelakkan dari digigit nyamuk 
  2. Kurangkan aktiviti luar 
  3. Jaga kebersihan kawasan rumah 
  4. Jauhi kawasan jangkitan virus zika 
  5. Lakukan hubungan seks dengan selamat 
  6. Gunakan penghalau nyamuk semasa keluar rumah 





Abam harap kita semua akan dilindungi daripada jangkitan virus Zika ini. Amin.

Sumber : Wikicara


No comments

Sabtu, 3 September 2016

PENYAKIT GARU-GARU HILANG DENGAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB


Alhamdulillah abam dapat Minyak Herba Asma Mujarab ini. Hampir sebulan abam menggunakannya walaupun abam memang tidak ada penyakit asma or yang berkaitan dengannya. Haa.. guna untuk apa?? Tiap-tiap hari abam sapu pada funggus yang naik di celah kangkang abam. Alhamdulillah ianya makin pudar dan semakin hilang. So, penyakit nak mengaru tu sudah tiada. 

Biasa la minyak orang tua-tua dahulu, memang banyak khasiatnya. Bukan sekadar itu sahaja, ianya baik utk merawat msalah kulit luka. Pernah sekali kaki abam terguris manja.. abam sapukan dengan minyak ini, tak sampai beberapa minit darah dah bhenti keluar dan luka mula tertutup. So, tak ada la kes jangkitan kuman-kuman or virus zika yang masuk dlm badan abam.

Ini abam bukan cakap-cakap kosong ok.. dah ramai yang menggunakan Minya Herba Asma Mujarab ini. Nak tahu lebih korang boleh tengok testimoni produk ini di sini (TESTIMONI) . 

Korang hati-hati tau dengan produk ini, banyak orang yang copy paste minyak mujarab ni. That why, diaorg mula gunakan hologram untuk setiap botol yg dijual. Ermm.. mybe utk produk-produk abam nanti, abam nak letak hologram juga la. Mana la tau kot-kot ada yang nak copy paste jugak.

hologram 

Ok. cakap banyak tak guna juga, kalau korang tak ada usaha nak tahu tentang produk ini kan? Apa kata korang tengok video pasal minyak herba asma mujarab ini di sini (VIDEO)

Untuk info yang lebih detail pasal minya mujarab ini korang boleh ke FB : Penawar Semput Lelah dan Asma

For fast respond, korang ambik phone dan contact no En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran). Settle problem.

No comments

Jumaat, 2 September 2016

CARA MUDAH MENYERTAI PROGRAM AFFILIATE LAZADA MALAYSIA




Gambar : Goole

Hi semua.. Selamat pagi dan harap ceria-ceria selalu ya. Entah kenapa abam semakin hari semakin bersemangat nak berblogging semula. Dah buang tebiat kot..  Baiklah disebabkan ramai yang duk pm ikat tepi, ikat tengah, dan pm penuh pun ada di FB bertanyakan macam mana nak buat join sistem Affiliate ni, maka abam dengan ini merajinkan jari-jari yag sado ini utk menaip entry ini untuk korang semua yang nak tahu pasal dropship affiliate. 

Untuk yang belum tahu, apa yang abam bebelkan ini, boleh rujuk entry sebelum ini di sini..

Ok.

Pada kali ini abam just nak akan kongsikan dengan korang tentang program affiliate yang disediakan oleh salah satu platform membeli belah online iaitu Lazada Malaysia. Program Affiliate Lazada sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana ianya sudah beroperasi sejak tahun 2013 lagi.

Jika korang pernah tahu pasal Amazon dan EBay, Lazada ni lebih kurang cam tu la, macam adik beradik ja. cuma lain mak bapak je. Lazada menawarkan pelbagai jenis barangan untuk korang promosikan dan korang akan dapat komisen setiap kali korang membawa pelanggan daripada link korang ke Lazada.




Kelebihan Affiliate Lazada Malaysia

Sesuai untuk blogger Malaysia yang fokus pada pasaran Malaysia 
Pendaftaran adalah percuma 
30 days cookies period! 

Apa itu 30 days cookies period?

Ermm.. cam mana nak habaq eh? Ok. Secara ringkasnya, kalau korang pamerkan banner Lazada pada blog korang, kemudian ada salah sorang yang luruiih bendul mai klik banner tersebut dan masuk laman web Lazada. Dia tak beli pun, just tengok2 ja, tapi kalau dia mai balik kat Lazada dalam masa 30 hari dan dia membeli dalam tu, maka korang still dapat komisen.  

Berapa yang boleh diperolehi dari Program Affiliate Lazada Malaysia ?


Komisen yang diberikan untuk program affiliate Lazada adalah di antara 6% - 10% untuk setiap pembelian melalui link produk yang korang promosikan.  Allaa, blogger-blogger mesti tau la, ni kan lubuk rezeki. Ecece.. 



Cara Daftar Program Affiliate Lazada Malaysia?

Pendaftaran amat mudah dan percuma. Korang hanya perlu mendaftar di laman Lazada Affiliate. Isikan maklumat korang sahaja, bukan maklumat awek korang dan pihak Lazada akan membuat semakan atas permohonan korang. 

Bagaimana cara nak promosikan barang di Lazada?

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mempromosikan barangan Lazada. Selitkan link affiliate dalam tulisan blogpost korang, buat banner dan boleh juga promote di email korang. Tetapi cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan banner yang sedia ada di platform affiliate Lazada dan letakkannya di blog atau laman web korang.

Tapi abam tak cadangkan korang join affiliate Lazada.. Kenapa?

Haaa.. ada sebabnya.. Sebenarnya, abam pun ada buat pogram sama sebijik macam Lazada ni. Tapi abam punya produk abam sendiri la. Brace Beaute Affiliate Dropship. Siyesly memang korang boleh cari makan di sini, dengan menjadi agent affiliate kepada Brace Beaute. 

Korang cuma bermodalkan RM198.00 untuk dapat produk dari Brace Beaute dan automatik jadi agent Brace Beaute. Korang cuma promotekan produk Brace Beaute dan sekiranya ada pembeli, korang akan dapat keuntungan RM40-RM80 .. Wooww. Besarkan?

Memang abam sengaja bagi bonus besar, sebab abam tahu susahnya jadi dropshipper. Kena promote link dan produk di semua media sosial kerana demi sesuap nasi abam gigihkan jua. Lantak pi la orang nak cakap abam kaki jual pun. Asalkan halal kan adik-adik.

Kini sesiapa sahaja boleh berniaga online atau offline dengan Brace Beaute. Kalau korang nak tahu detail pasal Brace Beaute abam ini, just Wasap abam di 0111 684 0717 ok. Special utk pembaca blog ini ja. Kalau kat luar, kena melalui PA abam je la. Kikiki.


2 comments

Khamis, 1 September 2016

6 TIPS MUDAH UNTUK BUAT ZERO COST MARKETING


Assalamualaikum. Hai abam-abam yang tengah mencari kerja dan masih minat untuk belajar sesuatu yang baru, Harap semua dalam keadaan yang tenang ketika membaca entry ini. Orang yang pemalas untuk merubah nasib hidup masing-masing sila pergi main jauh-jauh ok. 

Hari ini, sempena mood Merdeka yang masih tak membara pun dalam diri abam ini.. abam nak share sedikit tips yang tidak membara pun untuk korang semua. Ini tip cara-cara untuk orang kedekut dan nak jimatkan cost dalam marketing. 


1. Wikipedia




Masukkan biografi diri dan bisnes di wikipedia. Karang je ayat yang manis-manis dalam tu untuk kenalkan produk korang.


2. Blog


Buat blog sendu senda cam blog abam ni.. Pilih keyword yang kita nak. Orang Malaysia suka dengan perkataan 'murah'. 1 entry kena ada keyword, brand kita dan ulang berkali-kali di dalam entry tersebut. Ulang sampai orang rasa menyampah dengan blog korang dan produk korang. Bad feedback is a good marketing..  cewah.. speaking la plak abam hari ni. ecece


3. Google Trends




Google trends adalah satu platform untuk tahu apa yang trending di satu-satu negara setiap hari. Google la sendiri kalau nak tahu banyak.


4. Cara nak increase 'like' di Facebook




Like post sendiri selepas 2@3 hari. Edit post untuk naikkan port tersebut di newsfeed friends kita. Like banyak-banyak biarla orang nak cakap kat hangpa.. Jangan risau bila korang like pic lama-lama dengan tudung yang senget sambil pegang produk korang pasti ada orang akan nampak. Just nak bg orang kenal yang korang ada jual produk tuttt tuuutt..


5. Add friend




Add friend orang yang like dan komen kat post di page kita sebab mereka inilah potential buyer kita. Jangan malu utk berkawan ok. Add je dan cuba jadi kawan. Lepas add jangan pula korang senyap membisu, tegur-tegur la dia dan like or komen di post diaorg.


6. Kenal customer kita.




Ada 7 aspek kita kenal customer kita iaitu age, gender, place, country, education, income & interest.
Bila kita kenal customer kita, kita tahu macam mana nak tackle mereka. 

Baiklah.. tu je tips ringkas untuk hari ini.. Harap korang amalkan jela.. Selain jimatkan duit poket korang juga boleh tapau KFC dengan duit lebih tu. kikiki.
No comments

SENARAI PROGRAM AFFILIATE DROPSHIP YANG MENGUNTUNGKAN


Sebelum abam bercerita lanjut tentang program affiliate ini, abam ingin jelaskan apa itu maksud affiliate  itu terlebih dahulu. Merujuk kepada pembacaan dan kepahaman abam, "Affiliate" bermaksud ''Agen pemasaran atau orang tengah yang membantu untuk mempromosikan sesuatu produk pihak lain di mana ajen akan di bayar komisen seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan''. Macam terjemahan kamus dewan bahasa je..  Ecece.. abam pantun kan ni.

So, tugas penting seorang ahli affiliate adalah untuk mempromosikan dan memasarkan produk melalui link Affiliate khas samada berbentuk banner, text dan email links yang diberikan oleh pihak syarikat. Affiliate merupakan salah satu jenis atau program bisnes online yang jika di buat bersungguh-sungguh dengan teknik yang betul mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. Ianya juga alternatif kepada tuan punya yang biasanya hanya menumpukan pengiklanan banner melalui Nuffnang, Komli, Google Adsense, Innity dan sebagainya.

Untuk blogger korang semua pasti dah mahir bab-bab ini kan? sebab masing-masing ada blog yang promosikan iklan nuffnang dan kalau blogger yang power or super power pasti ada Innity. Blog cikai cam abam hanya mampu buat Nuffnang je, tu pun sekadar untuk cantikan blog ja. Nampak cam pemes skit bila orang baca blog abam ada iklan.. kikikiki.

Selain itu, ada lagi yang lagi power dari semua tu, disini abam nak kongsikan dengan adik-adik yang mana masih belajar di unibersiti tu, rajin-rajinla buat bisnes naa.. jangan harapkan duit PTPTN ja, pasti korang kering kontang bila sampai hujung sem. Backup plan, baca ni.. abam ada caranya..
Ecece.. cam orang pro je abam kan? Itu pengalaman abam dik.. kebulur di hujung-hujung semester.

Baiklah, sebelum abam melalut dan mengarut dengan lebih mengarut, disini abam nak kongsikan senarai program affiliate dropship yang menguntungkan dan bermodalkan yang ciput sahaja,

abam ambik di google je..

Merupakan platform terbaik dan dipercayai oleh rakyat Malaysia bagi menjana wang online. Anda boleh mempromosikan pelbagai produk digital yang bermutu dan perolehi komisyen sebanyak 70% bagi setiap jualan yang terhasil. Masuk ke web klikjer dan korang daftarla sebagai agent affiliate. Senang ja.


Yang ini, masa mula-mula kenal dunia blogging memang power la.. boleh nak buat duit saku. Tapi sayang... kehadiran kekasih lama mu.. (ooppss tenyanyi lagu saleem pulak). Tapi sayang program Ashadee ini telah ditutup pada Disember 2015. 




Lazada memang akan bagi banyak benda pada blogger bila tiba time raya. Hehe.. dan abam selalu juga shooping sini, pakai jari je semua boleh sekarang ni. Lazada ini salah satu online shopping store yang terbesar di Malaysia ni, buat pengetahuan semua di dalam web itu ada 30 000 jenis produk yang tersedia. Korang pilih dan klik ja. 

Ok. Komisen jualan yang korang boleh dapat dari link Lazada ini adalah  dari 3 hingga 5%. Walaupun sikit, tapi berbaloi la. Bersyukur ye adik-adik..

Nak Sign-up jadi affiliate di Lazada ??? Klik je.




Korang cuba la try jadi agent affiliate Zalora, untung lebih kurang cam Lazada ja. Tapi di sini, abam dapat banyak barang-barang free.. kikikiki.. Itu rahsia abam dengan Zalora la, yang pasti abam bukan skandal dengan owner dia ok.

Sign-up affiliate di Zalora. Klik je.


Ini merupakan laman web program affiliate yang terbaru dan masih dalam pembikinan. Sebab ini Brace Beaute abam yang punya la. Korang boleh join dan buat marketing sahaja. Segala urusan simpan stok dan postage pihak HQ akan uruskan. Keuntungan jualan atas 1 produk, abam bagi rm40-rm80. Besar kan? Dalam sebelum korang dah boleh dapat RM1500-RM3000. Cukupla untuk adik-adik, budak-budak mana boleh pegang duit banyak-banyak.

Disebabkan abam paham dengan kesusahan korang masa study dan abam pernah susah jugak buat benda alah ini semua. Dahulu  abam menjual barang orang, dan sekarang abam nak jual produk-produk kecantikan dan kesihatan abam sendiri la, untuk bantu adik-adik yang makan tak cukup di hujung-hujung semester.

Untuk join pogram affiliate Brace Beaute ini, korang boleh wasap abam 0111 684 0717 for fast respond. Untuk pembaca blog abam ja ni.. kikiki

Ok. Cukupla untuk hari ini. Sebenarnya banyak lagi lagi laman web yang menawarkan program affiliate ini, cuma di sini abam senaraikan yang mudah dan korang boleh jual tanpa perlu modal yang besar. Korang boleh juga rujuk JOB DI RUMAH, SWEET MUSLIMAH, EXABYTES.COM, ENSOGO MALAYSIA dan banyak lagi la.. nak senang tanya je pakcik google korang.



1 comment

Rabu, 31 Ogos 2016

SEMANGAT MERDEKA YANG HILANG



MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.. Laungan keramat inilah yang sering disebut setiap kali munculnya tarikh 31 Ogos setiap tahun. Dulu masa aku di sekolah, memang sentiasa bersemangat untuk menyambut hari bersejarah ini. 

Teringat satu kisah di kampung, ketika arwah ayah masih ada lagi. Dengan berkain pelekat dan besarangkan parang di pinggang kain, ayah akan masuk ke dalam hutan untuk mencari batang buluh yang paling panjang. Bendera Malaysia yang telah lusuh akan dibuang dan diganti dengan yang baru lalu dipasakkan batang buluh itu di depan rumah. Jalur gemilang terus berkibar dengan megahnya di depan rumah kami.

Dulu, kereta abang di penuhi dengan bendera-bendera kecil yang dipasang di depan cermin kereta dan aku yang masih berbasikal ketika itu sibuk dengan mengikat bendera kecil di badan-badan basikal. Pada malam Merdeka menunggu detik 12 tengah malam. Pekan Machang pasti akan riuh rendah dengan perarakan dari golongan muda muda yang merempit, masing-masing bawak bendera besar yang terpacak di belakang motosikal mereka. 

Golongan budak-budak yang menaiki basikal akan berarak keliling pekan dan pasangan suami isteri dan anak-anak akan berkumpul di padang untuk menyaksikan acara bunga api pada jam 12 tengah malam.

Cukup meriah ketika itu, dan sehingga kini memori itu masih segar di dalam ingatan. Semuanya bersemangat untuk menyambut hari Kemerdekaan dari golongan kecil sehingga yang sudah lanjut usia. Bersemangat menyebut MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA MALAYSIA  setiap kali tibanya jam 12 tengah malam 31 Ogos.

Tapi kini, cerita ini seakan makin pudar. Kereta di jalan raya tidak lagi mengibarkan jalur gemilang. Rumah-rumah tidak lagi adanya Bendera Malaysia. Seakan-akan tiada cerita bersejarah di tanggal 31 Ogos. Pelik dan sungguh pelik bagi aku yang tinggal di kota Metropolitan ini.

Jiwa yang terkorban tiada pengganti. 
Semangat yang hilang, dimanakah nak dicari. 
Kita kini bermandi teknologi
Sehingga lupa budi ibu pertiwi


3 comments

Selasa, 30 Ogos 2016

BRACE MEN GAGAHKAN JENAMA BRACE BEAUTE



 

Alhamdulillah sekali lagi Brace Beaute melangkah ke hadapan dengan penghasilan Brace Men 
T-Shirt yang memang dicipta khas untuk mempopularkan lagi Brace Pomade. Ini merupakan salah satu idea untuk mengetengahkan Brace Pomade dan juga baju Brace Men itu sendiri. 

Gambar di atas merupakan idea asal dalam penjenamaan Brace Men dan ada beberapa lagi sample yang dicipta oleh kawan abam dan ini merupakan final yang abam pilih untuk di pasarkan. Target market utama dalam Brace Men ini adalah kepada abam-abam sado yang banyak abiskan masa di gym tempat abam sama-sama angkat besi. Ooopss.. kantoi, 



Baju yang dihasilkan ini mempunyai 3 warna utama iaitu Grey, Hitam dan Oren. Yang dalam gambari ini merupakan tester dan teaser kepada projek Brace Men ini. Abam menggunakan jenis kain yang 100% cotton dengan ketebalan 190gsm dan mungkin akan ke arah 200gsm untuk memberikan kepuasan yang maksima kepada si pemakai baju ini. 

Cetakan di dada dan bahgian belakang menggunakan teknik silk screen sudah pasti akan memberikan hasil yang simple dan cukup memuaskan hati. Kekemasan merupakan ciri utama Brace Men dan nampak gagah ketika memakainya.

Ini merupakan contoh-contoh design akan next dalam perancangan untuk dikeluarkan oleh Brace Men.

Tester 1.0

Tester 1.1

Tester 1.2

Tester 1.3

Tester 1.4

Oh ya.. pre oder dibuka sekarang kepada sesiapa yang berminat dan abam  mampu beri jaminan kepada si pemakai baju keluaran Brace Men yang anda semua pasti sukakannya..

Whatsapp : 0111 684 0717 untuk fast respond
No comments