+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 30 Disember 2015

Bergaulah Dengan Orang Yang Positif Dalam Bisnes

Bersama rakan-rakan bisnes dalam Mekaray dan BOD of  Mekaray

Point yang saya nak share ialah, kalau sahabat berhajat untuk berniaga, bergaullah dengan orang berniaga. Jangan banyak duduk rumah. TV tu tinggalkan dulu. Kalau ada apa sahaja business gathering, seminar, conference dsb, join jer. InsyaAllah, lama-lama kita pun akan turut berjaya sama dengan orang lain yang telah pun berjaya. Kalau nak berjaya, berkawan la dengan orang berjaya, betul tak?

Apa yangsaya perhatikan, majoriti orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang yang ada geng bisnes. Mereka bukan jenis duduk sorang-sorang, hatta internet marketer sekalipun perlukan geng (team) untuk berjaya. Saya jumpa ramai orang yang berjaya dalam bisnes online/ internet marketing, dan mereka semua akui geng-geng bisnes online mereka lah yang membuatkan mereka lebih berjaya. Kalau bisnes online yang duduk depan komputer pun kena ada team niaga, apatah lagi kita bisnes offline, betul tak?

Apa yang saya terbaca daripada buku The Magic of Thinking Big katanya, kejayaan seseorang itu bergantung bagaimana cara dia berfikir. Dan cara kita berfikir banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sekeliling kita. So, kalau kita nak berfikir macam mana orang berjaya berfikir, kita kena ubah persekitaran kita terutamanya kawan-kawan kita. Kalau nak berjaya, kita mesti masuk kelompok orang berjaya, barulah kita akan berjaya.

Ada 2 perkara yang akan memacu diri kita kedepan dalam berbisnes:

1. Bergaul dengan orang-orang yang berbisnes. Sebagai contoh, walaupun saya menjalankan perniagaan bersama Mekaray Ventures, tapi saya masih mampu melepak dan sharing-sharing ilmu dengan kawan-kawan dari bisnes yang berlainan seperti PhytoScience.

2. Banyakkan membaca buku-buku tentang bisnes dan tokoh-tokoh dalam dunia perniagaan kerana ianya akan bagi semangat kepada kita untuk memajukan diri dalam bisnes. Dalam koleksi saya sendiri pun, hampir 10 jenis buku motivasi dan bisnes yang sudah habis dibaca.

Moga tips ringkas ni dapat bagi panduan kepada sahabat yang berminat untuk mula berniaga.

Wallahu a’lam.
2 comments

Selasa, 29 Disember 2015

4 Langkah Mudah Untuk Mula Berbisnes



Semenjak aku menjalankan bisnes Mekaray Ventures ini, ramai orang yang aku jumpa masih ‘buntu’ nak buat bisnes apa. Bagi aku, mulakan dulu dengan apa yang terdekat dengan korang. Nanti dah bermula, Allah akan nampakkan banyak peluang untuk buat duit, insyaAllah. Dan hari ni aku nampak terlalu banyak ruang untuk buat duit dengan cara jadi “middle man” ni. Semuanya berkaitan dengan produk & servis yang memang aku sendiri gunakan. Terlalu banyak peluang hinggakan aku perlu buat keputusan bisnes mana yang terbaik untuk aku fokus. Bagi aku, kalau sesiapa rasa ‘buntu’ macam mana nak buat side income (at least untuk tambah saving bulanan) tanpa perlu buat kerja part-time, dia belum nampak peluang yang memang dah tersedia sekeliling dia.

Jadi nasihat aku kepada korang semua yg nak buat bisnes mudah;

1.  Pilih Produk & Servis Terbaik
Senaraikan apa produk & servis yang korang memang pakai, memang suka, dan korang rasa ianya pilihan terbaik. Produk tu mungkin yang korang memang gunakan tiap-tiap hari di rumah. Dan lagi bagus, korang memang ceritakan produk tu kepada kenalan terdekat walaupun tak dibayar. Macam pergi tengok wayang. Korang suka movie tu, lepas balik korang ceritakan kepada kawan-kawan di pejabat walaupun pawagam tu tak bagi tiket free atas promosi percuma tu.

2. Kenal pasti Peluang & Cara Menjadi Ejen
Kenal pasti apakah ada peluang untuk korang jadi ejen. Paling baik, jadilah ejen kepada syarikat yang kenakan kos minimum (hatta tanpa kos) untuk register sebagai ejen. Pendek kata, kalau ada orang beli, korang dibayar komisyen. Kalau tak ada jualan, korang tak rugi apa-apa! No risk at all! Like Mekaray Ventures, tiada yuran keahlian dikenakan. Korang beli produk mengikut mana-mana pakej dah dikira jadi ahli dealer kepada Syarikat Mekaray.

Dalam mencari peluang pun, jangan simply register dengan sesiapa tapi carilah introducer, dealer, distributor, atau upline yang boleh bagi bimbingan yang betul. At least dia boleh bagi bimbingan yang betul untuk korang lebih faham tentang produk dan cara niagakan produk dengan betul.

3. Hadiri Latihan & Selalu Bergaul Dengan Orang Berjaya
Lepas jadi ejen, jangan duduk rumah dan tergolek depan TV. Keajaiban hanya akan berlaku bila korang keluar rumah. Ruangkan masa untuk hadir ke perjumpaan yang diadakan oleh syarikat. Bukan setakat hadir, ambil peluang untuk berjumpa mereka yang telah pun berjaya. Bina hubungan yang baik dengan mereka & ‘korek’ rahsia-rahsia kejayaan mereka kalau korang serius untuk berjaya, Robert T. Kiyosaki syorkan kita untuk hadir ke semua perjumpaan mereka untuk tempoh at least 6 bulan! Itu adalah tempoh minimum untuk ‘tukar’ mindset daripada seorang pekerja kepada bisnes owner. 

4. Kongsikan Kebaikan Produk
Bagi tahu pada kawan-kawan yang korang jadi ejen syarikat. Kalau sesiapa nak dapatkan produk dan servis, korang boleh BANTU (bukan jual). Manfaatkan medium yang ada samada telefon, sms, whatsapp, facebook, twitter hatta blog sekalipun. Kongsikan kenapa korang suka dengan produk tu dan macam mana produk tu boleh jadikan hidup korang lebih baik. Jangan sekali-kali MENJUAL. Saya ulang lagi sekali, JANGAN MENJUAL. Kalau anda menjual, orang akan lari! Jadilah seorang sahabat yang nakkan kebaikan untuk sahabat yang lain… 

Itulah empat (4) langkah mudah untuk memulakan bisnes sendiri. Pengalaman menjadi “middle-man” ni insyaAllah akan menjadi asas yang kukuh untuk korang memulakan bisnes yang lebih besar seperti menghasilkan produk & servis sendiri nanti, insyaAllah. Aku yakin, semua orang boleh buat bisnes simple ni. Dengan duit extra RM200 – RM300 sebulan untuk permulaan, at least korang boleh tambahkan duit simpanan tiap-tiap bulan. Ia jauh lebih berbaloi daripada korang tunggu kenaikan 3 keping dinar yang korang simpan sebagai pelaburan. Dan jangan lupa, income tu tak akan kekal RM200 kalau korang usahakan dengan sabar. Nanti Allah akan gandakan menjadi RM2,000, RM20,000 bahkan RM200,000 sekalipun! InsyaAllah.

Wallahu a’lam.
1 comment

Isnin, 28 Disember 2015

Modal Bisnes Murah Dan Mudah Untuk Berbisnes





Alhamdulillah setelah beberapa lama sibuk dengan road tour bisnes Mekaray akhirnya dapat jugak mengadap laptop utk berkongsi pengalaman aku dgan pembaca semua. Sejak akhir-akhir ini, aku seringkali di aju soalan  yg berbunyi begini:

“Apa bisnes yang bagus untuk bermula? Boleh bagi cadangan tak?” 
Ini merupakan antara soalan yang susah untuk aku jawab sebab aku pun tak pasti apa bisnes yang sesuai dengan orang bertanya. Bisnes yang terbaik untuk aku, mungkin tak sesuai untuk orang lain. Ia bergantung pada matlamat kewangan, modal, minat, kemudahan yang dia ada dsb. Cuma aku beranggapan, orang yang baru nak buat bisnes ni sekadar nak dapat extra income RM200 – RM300 sebulan buat permulaan. Itu pun dah baik dari tunggu kenaikan gaji hujung tahun.

Sekarang ni peluang bisnes terlalu banyak. Untuk orang baru, aku selalu syorkan bermula sebagai “middle-man” jer dulu. Jadi ejen, dealer, pengedar kepada produk dan servis yang korang sendiri sangat suka dan puas hati. Bisnes konsep macam ni sangat banyak kat luar tu. Setakat nak dapat extra income RM200 – RM300 sebulan dengan modal modal minimum (hatta tanpa modal) sekalipun memang boleh. Ia mampu memperbaiki tahap kewangan kita. At least boleh tambah saving bulanan.

Aku pun memang jadi dealer untuk banyak company yang supply produk & servis yang aku rasa memang terbaik. Bukan untuk berniaga, tapi untuk dapat harga diskaun dan memudahkan aku membantu sesiapa sahaja untuk dapatkan produk & servis yang sama. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Sambil pakai produk, why not buka ‘pintu’ untuk dibayar atas produk yang memang kita suka?

Sekarang ini, aku menjadi ejen kepada Syarikat Mekaray Ventures, yang baru beroperasi sebulan dalam market Malaysia. Alhamdulillah, setakat ini aku sudah capai 5 figure income dalam masa 40 hari berbisnes. Why aku suka akan bisnes Mekaray? 

Bisnes ini memasarkan produk formulasi sunnah dan mendapat pengiktirafan Islamic Manufacturing Practice (IMP) yang memang sesuai utk kegunaan aku dan keluarga. Disamping mengunakan produk aku juga dapat menambah pendapatan di sini. Sekarang ini, bukan lagi pendapatan sampingan, tetapi pendapatan utama aku di sini.
1 comment