+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 29 Oktober 2015

Sekolah Itu Perangkap Minda

sekadar gambar hiasan

Seperti mana yang kita tahu, sistem persekolahan dan pendidikan merupakan keperluan utama untuk anak muda generasi sekarang. Semua yang belajar di sekolah akan bercita-cita untuk menjadi seorang yang bekerjaya seperti doktor, lawyer, engineer dan lain-lain. Tapi tak ada pulak yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Aku masuk dalam sistem persekolahan dari darjah 1 sampailah aku grad dari universiti. Aku ingatkan dengan menjadi seorang engineer di sebuah syarikat swasta sudah cukup untuk membela nasib keluarga dan diri aku, tapi kenyataannya hampeh, tak seperti yang aku harapkan. Atas perkara inilah, aku mula berpikir dan banyak membaca buku-buku Robert T. Kiyosaki, Zig Ziglar, Napolleon Hill,Donald Trump dan lain-lain tokoh yang berjaya dalam dunia bisness masing-masing.

Apa yang dapat aku simpulkan ialah, apa yang aku belajar di sekolah dahulu tidak mampu untuk mempersiapkan diri aku untuk berhadapan dengan dunia yang sentiasa berubah dan berkembang. Secara ringkasnya, pembelajaran di sebkolah berubah pada kadar perlahan, dan dunia berubah pada kadar yang jauh lebih laju.

Mengapa pendidikan kewangan tidak diajar di sekolah?

Jawapannya : Manusia menjerat dan melatih monyet di sekolah..

Maksud akau ialah, sekiranya seseorang mempunyai pendidikan kewangan yang kukuh, mereka tidak akan setia dgan idea jaminan pekerjaan, bergaji tetap dan pencen. Sekiranya seseorang tahu undang-undang cukai, mereka tidak akan membayar cukai yang tidak perlu. Sekiranya mereka faham sistem perbankan, mereka tidak akan menyimpan wang. Mereka tidak akan menganggap rumah mereka sebagai asset, kerana mereka tahu ia sebenarnya liability. Sekiranya mereka faham maksud inflasi, mereka tidak akan hidup di paras kemampuan mereka.

Daripada cuba mengelak untuk membayar hutang, mereka sepatutnya belajar bagaimana cara menggunakan hutang untuk memperoleh kekayaan.

OK, Cukuplah untuk perkongsian hari ini, Oh ya, sebelum aku  terlupa, perkara yang paling penting, kita hendaklah tanya diri kita, mengapakita perlu bersekolah, siapa guru kita dan kemana pendidikan akan membawa kita selepas habis belajar..? Set kan dalam kepala otak kita semua, mahukan kita jadi hamba kerja seumur hidup, atau jadi bos spanjang masa.?



3 comments

Sabtu, 24 Oktober 2015

HOMEDEC 2015 Bersama Zul Penjual COWAY



Salam semua. Korang ada pergi ke cuci-cuci mata  di HOMEDEC 2015? Kalau tak mampu beli barang-barang di sana, tengok je design-design barangan and u'll get some idea from them.

Untuk korang yang terlepas untuk membeli produk Coway di HOMEDEC 2015. Jangan sedih dan jangan risau, korang juga boleh membuat belian terus melalui online. Apa yang korang perlu lalukan ialah seperti berikut.

1. Hantar SMS/Whatsapp ke 014 515 7022 sekarang.
2. Kongsi produk yang paling korang mahukan untuk kediaman korang, sama ada penapis air Coway, penapis udara Coway, Juicepresso Coway ataupun bidet Coway.
3. Kita leh borak-borak sambil bagitau cara pembelian terus melalui Whatsapp/SMS.
4. Installer Coway akan terus ke rumah korang membawa produk pilihan korang.
5. So.. korang bergembiralah bersama produk Coway tanpa perlu keluar ke KLCC atau ke pasaraya besar.

Mudah bukan? Jom ikuti 5 langkah mudah di atas untuk mendapatkan produk Coway korang hari ini. Oh ya, korang layak mendapat promosi 10% HOMEDEC 2015 untuk semua produk Coway, hari ini!

#COway
No comments

Jumaat, 23 Oktober 2015

Kenapa dan Bagaimana Jadi Positif??


Alhamdulillah selepas sebulan aku ubah cara hidup aku, ubah status-staus di facebook, ubah personaliti dan percakapan aku kepada sesuatu yang positif. Akhirnya aku menampakkan hasilnya. Aku kembali dekat pada Allah swt dan aku mendapat ramai kawan-kawan yang positif. Banyak  yang memberi nasihat dan semangat untuk meneruskan kerjaya @ rutin harian.
 Ok.. 
Kenapa perlu kita jadi orang yang positif?
Kerana kejayaan hanya tertarik kepada mereka2 yang ada byk caj positif..

Bagaimana nak jadi orang yang positif?

Ia memerlukan latihan iaitu gantikan ucapan buruk dan negatif dengan zikir, memperbanyakkan bacaan buku yang positif dan sentiasa berada di sekeliling orang yang positif.

Practices makes permanent. Kalau betul dgan cara latihan itu, maka kita akan kekal jadi positif. Tapi kalau practice tu salah, kita akan kekal jd orang negatif.
Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kena terus practices, bergelar apa sekali pun selepas ini, dato ke tan sri ke, tak bermakna dah boleh berhenti berlatih. Tak ke gitu?
Cuba la jadi orang yang positif dalam semua perkara dan pemikiran. InsyaAllah korang akan nampak hasilnya dalam setiap perkara yang korang buat. 

Anyway.. Salam Jumaat  & Good luck semua.. 
1 comment

Isnin, 12 Oktober 2015

Jus Sihat Gabungan Dari Beberapa Kod Warna





Tahukah korang semua bahawa kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran ada kod warna? Sistem kod warna ini, yang telah dibangunkan oleh Pusat UCLA untuk nutrisi manusia, akan membantu korang untuk mengekalkan kepelbagaian nutrisi dalam pilihan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membuat jus. Yang paling penting ialah keupayaan nutrisi untuk melawan penyakit dalam badan dapat ditemui dalam fitokimia.

Fitokimia adalah bahan-bahan tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri pencegahan penyakit seperti antioksidan, meningkatkan sistem imun, anti-radang, antiviral, antibakteria dan selular pembaikan. Fitokimia juga bertanggungjawab untuk memberi setiap keping hasil warna yang tertentu.

Berikut adalah contoh kumpulan makanan kod warna:

Merah – tomato, limau gedang merah jambu dan tembikai

Merah/ungu-anggur, cranberries, prun, blueberry, beri hitam, Strawberi, lada merah, mempelam, buah ceri, terung, beets merah, epal merah dan buah per

Orange – lobak merah, mangga, aprikot, cantaloupes, labu, Skuasy acorn, Skuasy musim sejuk, dan ubi keledek

Oren/kuning-oren, tangerines, limau gedang kuning, lemons, limau, peaches, betik, nenas, dan nectarines

Kuning/hijau-bayam, Kailan, turnip atau sawi hijau; jagung kuning, alpukat, kacang pis hijau, kacang hijau, lada hijau, lada kuning, gamat, kiwi, romaine salad, timun Jepun, dan tembikai susu madu atau muskmelon

Hijau – brokoli, kecambah Brussels, kubis, cauliflower, kubis Cina atau bok choi, dan kale

Putih/hijau-bawang putih, bawang, sayur, seleri, asparagus, artichoke, endive, chives, dan cendawan

Di sini, Jus Sihat buatan tangan mengabungkan beberapa sayuran dan buah-buahan yg mengikut kod warna masing2 iaitu, lemon, halia, bawang putih, epal dan ditambah dgan madu lebah, menjadikan jus sihat lebih sihat dan amat sesuai untuk anti kolestrol. 

Aku telah mencuba sendiri Jus Sihat ini dan ianya memang Wooowww.. Terbaik la.. Sebab tu lah aku telah ambil keputusan untuk menjual ja Jus Sihat ni secara online.. hahahaha . Mostly, pelanggan aku ialah, kawan-kawan sahaja yang rapat dan mereka akan repeat belian untuk setiap bulan.. 

Ok la.. Slow-slow kayuh.. dengan harga RM75. aku rasa sngat berbaloi la untuk orang yang ingin kekal sihat dan bertenaga.


1 comment

Rabu, 7 Oktober 2015

Kenapa Aku Berhenti Kerja?




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin agak pelik kenapa tiba-tiba sahaja aku menyuarakan perkara ini. Kehabisan idea barangkali menyebabkan aku terpaksa berkongsi apa yang aku sudahpun terfikir kebelakangan ini iaitu berhenti kerja.

Entah kenapa inilah perkara yang membuatkan aku runsing ketika ini memandangkan aku masih baru bekerja di syarikat tersebut iaitu selama 8 bulan. Sebelum ini, pernah bekerja secara kontrak selama sebulan di Aegis. Tapi, di syarikat ini ruang kerja aku berkaitan dengan apa yang aku duk study slama 4 tahun di UniMAP dulu. Ilmu belum cukup, tapi masih nak berhenti. Ermm

Apa Alasan Yang Kuat Untuk Aku Berhenti Kerja?

Aku pun tak pasti apakah masalah utama yang membuatkan aku mempunyai alasan yang kuat untuk berhenti kerja. Ada kalanya aku rasakan seperti satu kerugian juga kerana syarikat terbabit tidaklah memberi banyak masalah kepada aku. Walaupun selama 8 bulan aku keje di situ, dah 6 orang berhenti kerja dan sekarang aku pulak yang nak pergi dari sana.

Mungkin masalah ini berpunca daripada pihak-pihak tertentu atau mungkin juga aku sudah berasa ‘tepu’ setelah sekian lama terperangkap dengan tugasan yang sama.

Backup plan yang aku ada ialah aku akan fokuskan pada jual produk Coway dan Projek Sunnah yang akan bermula pada bulan 11 ni.

Selepas beberapa ketika aku dapat rasakan bahawa aku mula ragu-ragu dengan niat dan juga tindakan yang perlu diambil samada untuk melayan perasaan atau berfikir sesuatu yang baru. Berikut adalah apa yang aku cuba pertimbangkan.

Kenapa Aku Perlu Berhenti Kerja?

Selain dari bosan dengan tugasan yang sama ja setiap hari, Aku kena pertimbangkan jumlah gaji yang aku terima dengan cara hidup aku di KL. Kenapa aku perlu limitkan kebolehan aku, dengan terikat oleh ofis hour.? Kenapa perlu aku stay di stu dan tunggu hujung bulan untuk dapat gaji, sedangkan aku mampu dapatkan lebih dari itu?

Nisab tahunan untuk keluar 40 hari tahun ini, masih belum tertunai. Aku perlukan cuti yang agak lama untuk aku keluar di Jalan Allah. 

Persoalan2 inilah yang bermain di kepala otak aku, dan aku yakin pada diri aku. Aku mampu hidup, walaupun aku tak bekerja dengan compony.

Kenapa Aku Tak Perlu Berhenti Kerja?

Gaji dah agak best kot. Kalau kat luar mesti lagi banyak, kan? Hehe…
Kerja yang fleksibel.
Self-manage kita punya masa kerja selagi mana tak kacau kerja.
Bos yang agak memahami dan tak pernah bising-bising.
Medical benefit yang agak baik 
Banyak juga ilmu yang diperolehi dalam tempoh 8 bulan

Mungkin masih ada lagi alasan-alasan untuk aku letak. Tapi inilah antara yang aku masih ingat. Sehingga sekarang aku masih belum berjaya mendapat jawapan kukuh samada aku perlu berhenti kerja atau tidak.

Jelasnya aku memang dah 50-50 dah untuk berhenti kerja. Aku cuba untuk ubah angin untuk bekerja sendiri pulak. Insyaa Allah kalau aku berjaya, aku akan maklumkan di suatu masa kelak.

sekian.

3 comments