+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Isnin, 30 Mac 2015

Lumrah Tangisan Bayi



Seperti yang kita semua maklum, setiap hari jutaan bayi lahir daripada rahim2 wanita. Perkara yg pertama apabila berhadapan dgn kelahiran, doktor yg arif akan memastikan setiap bayi yang lahir dan keluar daripada rahim ibunya agar sentiasa dalam keadaan MENANGIS. Apabila bayi menangis, maka paru2 pada bayi itu akan lebih berfungsi, lalu mengepam udara, sebagai tanda pernafasan. Maka bayi yang menangis ketika dilahirkan itu mempunyai peluang untuk terus hidup kerana berupaya untuk bernafas.

Tetapi sesetengah keadaan, ada bayi yang lahir keluar daripada rahim ibunya berkeadaan tidak menangis. Keadaan begini bagi doktor adalah perkara yg sangat membimbangkan, kerana dikhuatiri jika gagal bernafas, bayi ini berhadapan dengan kematian. Doktor akan sedaya upaya melakukan sedikit cubitan dan pukulan  ringan terhadap bayi yg tidak menangis itu, agar ia merasa kesakitan. Bayi yg merasa kesakitan, lumrahnya akan menangis. Tangisan sebenarnya menghidupkan pernafasan. Maka keadaan kesakitan yg dialami itu amat perlukan, agar si bayi menangis, lalu bernafas dan terus hidup.

Begitu juga hakikat kehidupan yg akan dialami oleh seorang dalam menempuh jalan menuju Ilahi. Segala kesempitan, kesedihan, kesusahan, dan kekecewaan yg berlaku keatas kita, sebenarnya memang Allah sengaja wujudkan dan rela melihat hamba2Nya merintih kesedihan. Allah tidak ingin hati hambanya MATI disisiNya. Apabila hambanya merintih kesedihan menghadapi kehidupan, itu tandanya sayang Allah pada hambanya. Allah kembalikan hambaNya dengan keadaan sentiasa menangis berdoa. Orang yg dekat dgn Allah ini, dalam apa2 jua keadaan tetap akan kembali kpd amal dan ketaatan kpdNya. Maka manusia2 yg sentiasa tawajuh berharap dan berhajat kpd Allah dalam keadaan menangis ini, sebenarnya hati mereka hidup di sisi Allah.

Kamu harus sabar Fattah, dan tetap dalam berkeadaan demikian. yakinlah, Allah bersama org yg sabar..
1 comment

Selasa, 24 Mac 2015

Menulis Kebesaran Allah

asma allah di awan

        Allah Maha Suci dan berdiri dengan sendiri, Allah tidak mengantuk dan tidak tidur. Kita sebagai makhluk jika tidur lewat pun dan untuk pergi kerja keesokkan pagi amatlah mengantuk dan sakit kepala. Allah s.w.t tidak pernah tidur malah tidak pernah mengatuk . Apa yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah s.w.t. Apabila disebut langit maka bintang, bulan, matahari, planet-planet, lapisan ozon dan semua yang dilangit adalah milik Allah. Dan semua apa yang ada dibumi (petroleum, pokok, batu-batan, dan semua) adalah milik Allah. Allah Maha Kaya. Kekayaan Allah s.w.t tidak boleh dibandingkan dengan apa yang telah dilihat atau belum dilihat oleh makhluk. Maka mintalah dengan Allah s.w.t untuk segala-galanya.

            Tiada ada sesiapa pun yang dapat tolong sesiapa pun kalau tidak mendapat izin Allah s.w.t. Manusia nak tolong manusia pun dengan izin Allah. Tanpa izin Allah tidak dapat buat apa-apa. Pergilah kita cari doktor pakar yang hebat sekalipun untuk berubat penyakit kanser, takkan baik orang yang kena kanser melainkan dengan izin Allah. Ada orang yang sakit hanya berubat guna doktor biasa dan murah je tapi dapat juga sembuh dengan izin Allah. Inilah hakikat yang Allah s.w.t mahu manusia faham. Baik, sihat, demam, menang, kalah dan semua berlaku dengan izin Allah. Semua ini kerja Allah s.w.t. Kita hanya mampu berusaha dan sepenuhnya kita serahkan pada Allah s.w.t.

         Allah s.w.t tidak pernah berhajat pada makhluk tetapi sebaliknya makhluklah yang berhajat pada Allah. Allah s.w.t tidak perlukan ubat untuk bagi sembuh seseorang tetapi ubatlah yang berhajat pada Allah untuk meyembuhkan seseorang. Maha Suci Allah dari menyerupai sifat makhluk; penat, sakit, malas, pecah hati, tidur, rehat, mati dan sebagainya.

        Pesan orang alim, 
"jikalau kamu tidak mampu untuk berdoa kepada Allah, tidak mampu untuk bercerita tentang kebesaran Allah, maka kamu tulislah tentang kebesaran Allah."

          
No comments

Jumaat, 20 Mac 2015

Anak Kecil Menangis



Terkenang sewaktu di Mirzapur dalam daerah Utterpradesh, India. Sebuah perkampungan yang agak mundur dari segi cara hidup dan masyarakatnya. Pada satu malam, selesai solat Isyak di sebuah masjid di perkampungan itu, ahli jemaah masing-masing bangun untuk menunaikan solat sunat rawatib. Rata-rata penduduk muslim di India yang bermazhabkan Hanafi akan menunaikan solat sunat sebanyak 4 rakaat selepas solat fardhu Isyak. Subhanallah.

Aku lihat ada seorang kanak-kanak yang umurnya lebih kurang 10 tahun juga turut melakukan solat sunat sebanyak 4 rakaat berhampiran denganku. Setelah selesai solat sunat, anak kecil ini menadah tangan dan berdoa. Apa yang mengagumkan diriku, anak muda ini berdoa dalam keadaan merengek-rengek menangis bagaikan seorang anak yang terlalu inginkan sesuatu daripada ayahnya. Jarang aku bertemu seorang anak kecil yang bersungguh dalam berdoa bagaikan dirinya sudah dipertanggungjawabkan dengan dosa dan pahala. 

Sesungguhnya anak kecil ini mengikut apa yang disabdakan oleh hadis Nabi S.A.W yang mana Nabi menyuruh kita menangis ketika meminta daripada Allah SWT. Kalau tidak dapat menangis, Nabi suruh kita buat-buat menangis. Melihat kepada kesungguhan anak kecil ini, aku berasa sangat malu dan hinanya diri ini sebagai hamba Allah yang bergelumang dengan dosa tetapi amat susah menangis di dalam doanya berbanding anak kecil tadi yang suci tanpa dosa. Mungkin kerana hati ini keras dengan fitnah dunia.

Teringat nasihat orang alim berkaitan doa, 

"Jika dirimu tidak mampu menangis ketika berdoa, maka menangislah kerana dirimu tidak mampu menangis ketika berdoa".
2 comments

Selasa, 17 Mac 2015

Apalah Jawapan Yang Aku Nak Beri Diakhirat Kelak?


Hidup kita ni antara 2 sahaja, untuk dunia atau untuk akhirat. Jika kita tidak habiskan masa untuk akhirat, kita akan habiskan masa untuk dunia. Begitu juga pengorbanan, susah payah, kesedihan, kegembiraan, jika tidak kerana akhirat, kita hanya akan disibukkan kerana dunia..

Kalau kita sibukkan diri dengan urusan dunia, memang lah dunia kita akan jadi lebih baik, isteri lagi cantik, rumah lagi besar, kereta lebih mewah, mak ayah gembira, dapat travel jauh2, tapi adakah ada bahagian untuk kita diakhirat kelak? Cuba kita imbas kembali, selama ini saya banyak bersusah payah untuk apa? bagaimana akhirat saya, bagaimana iman saya, amal saya, pengorbanan saya, agama saya???

Jika kita tidak membuat pilihan, keputusan dan perancang, lihatlah nanti, 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, dimana kita? Di kala sahabat2 kita sudah maju dari segi membuat pengorbanan untuk agama, timbul keghairahan, cinta pada agama, dimana kita? Adakah masih di takuk yang lama, salah faham terhadap agama, ditipu oleh dunia, terus mengejar harta benda, atau pun sudah berada di alam kubur bersama penyesalan yang tiada guna. 

Aku takut Allah tidak pilih kita lagi untuk buat usaha agama hingga akhir hayat, dan pada saat itu pun, kita masih memberi alasan, saya kena hantar cucu saya pergi sekolah, saya dah nak mati dah, tak mampu nak keluar di jalan Allah, duit saya dah habis digunakan untuk bina mahligai dunia, moga Allah jauhkan kita dari semua ini..

Moga Allah pilih kita menjadi salah seorang dari mereka yang bertebaran di muka bumi ini semata2 kerana agama..
No comments

Isnin, 16 Mac 2015

Texting Symbol by Symbol


        Sekarang ini ramai di antara kita telah menggunakan smart phone, Fb, Whatssaps untuk menaip mesej. Di dalam menaip mesej, kita lebih gemar menggunakan emoji, mungkin kita dipengaruhi oleh budaya Jepun. Untuk pengetahuan semua Emoji ialah abjad simbol berwarna-warni yang mengandungi hampir seribu imej haiwan comel, makanan dan muka smiley ianya kadang-kadang boleh menyampaikan apa perkataan yang tidak boleh disampaikan dengan kata-kata dan kadang-kadang juga boleh menimbulkan keadaan kucar-kacir kerana ia memberi makna yang mengelirukan. Emoji yang terlalu comel boleh membawa kepada salah faham.

        To many of us, even those of us who have lived in a country heavily influenced by Japanese culture, Emoji – a colorful symbol alphabet that contains nearly a thousand images of cute animals, food items and expressive smiley faces can sometimes convey what words cannot – are a confusing mess of overly cute meaning that can often lead to miscommunication.

           In Asian cultures, an emoji face in dark clouds would show that someone is sad and having a bad day. A face on a beach with the sun glaring means they are happy. In the United States, the emotion on the face tells the story, not the surroundings. Also, “stars for eyes could mean something completely different in Asia than using dots for eyes,” he said.  --> Rujuk sini

        Bagi aku pulak, bila aku sudah malas nak layan mesej orang. Aku lebih suka guna smiley.. Itu sebagai jalan pintas untuk stop conversation aku dengan kawan-kawan. Aku pun tak paham sangat dengan riak wajah smiley ini, jadi tak banyak yang aku gunakan hanya yang senyum, sedih dan jelir lidah. Jikalau kawan-kawan aku yang dapat balasan mesej smiley daripada aku, anggaplah aku busy atau ingin stop conversation tersebut. Untuk tahu lanjut pasal Emoji, boleh la tekan link di sini.


2 comments

Jumaat, 13 Mac 2015

Whatsapp as the main medium social communication.


I'm using Calme phone made of Pakistan, its cheap about Rm200 and its good.

       The continuing decline of telephone culture: A recent Pew report showed that in 2012, 80 percent of cellphone users used their phones for texting; in 2007, just 58 percent did. In late 2007, according to Nielsen, monthly texts outpaced phone calls for the first time. Personally I seldom use the phone app. on my Phone, any conversations, which are few, are done over Skype or Whatsapp.

        As a freelance writer, I also have days, even busy ones, when I don’t speak a word aloud. Frequently, I conduct all professional and personal interactions by email or text from my apartment. I communicated with my team mates using Whatsapp because its very easy to snap a pic, record an video and sent messages to the others. Its very fast way to communicate. Althought today we has Facebook, Twitter or Wechat, i would  prefer to Whatsapps.

      8 years ago, still in the social-media stone age of Friendster or Myspace and not yet texting, I often talked to friends on the phone during the day, sometimes while walking or running errands.

       Now, of course, hardly anyone calls, at least not without a pre-emptive “Are you free to talk?” text.
Because right now, orang sudah malas nak bercakap dan cukup dengan hantar mesej. Untuk urusan perkerjaan hubungi client melalui telefon itu perlu, kerana untuk bagi maklumat yang jelas. Kalau untuk berkomunikasi dengan staff sekerja, aku prefer  Whatsapp sahaja..

2 comments

Rabu, 11 Mac 2015

Aku dan Notebook



I went to my friend house and found these wonderful notebooks. I said to him, " Aku nak guna personal note book, ko ada lebih? Aku nak yg ni boleh? " after that he give it to me. It features a good quality 2mm thick. . The leather cover will become softer and will acquire a unique look and personality. The more you use it, the better it becomes.

Notebook ini di sediakan bersama sebatang pen hitam. Walaupun, buku ini tidak semahal iPhone, tapi ianya sudah cukup untuk memudahkan urusan kerja aku. Penggunaan buku nota ini amat penting bagi aku kerana banyak urusan kerja, meeting, temujanji dgan user perlukan catatan supaya aku tidak lupa dgn tugas aku.
Penggunaan buku nota ini, bergantung kepada pengguna. Aku hanya fokuskan penggunaan untuk urusan kerja sahaja. Urusan cinta, luah perasaan, story about ur self dari bangun tido smpai tido balik dan apa2 urusan personal tidak termasuk dalam notebook ini.

Apa pula pendapat korang dgn penggunaan notebook ? 
No comments

Isnin, 2 Mac 2015

VOTE FOR ELDERLY FALL DETECTION SYSTEM(EFDS)



Let help my friends..

Caranya mudah sahaja, 
1). korang semua pergi ke sini Crowdtivate
2) sign up (sebelah kanan site)
3) cast your vote (undi la, bg 5 bintang pun boleh)

Apa itu Elderly Fall Detection System?  Ia sebenarnya, electronic device yg akan kesan pergerakan badan pengguna sama ada, ada kemungkinan untuk jatuh atau tidak. Alat ini, sesuai di pakai oleh warga emas yg duduk sendirian, yg ada d rumah orang tua, ataupun utk kegunaan warga emas di rumah.

Alat ini, adalah hasil ciptaan classmate aku, (Hafiz, Aisyah & Maheran). Projek mereka ni banyak dpat anugerah dan kali ini, harap mereka menang lagi la..
Antaranya ialah :
1). IDP AWARD – BEST DESIGN FOR BIOMEDICAL ELECTRONIC PROGRAMME (UniMAP) For Integrated Design Project Day held on 22 May 2014 at School of Mechatronic Engineering,Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) .
2) First Prize Winner in Malaysia AR&TTs Challenge held at UTM Skudai, Johor on 30 June-1 July 2014.
Gold Prize Winner in EYRec-MyRIS YOUNG INVENTOR SHOW (EMYIS) 2015 held on 6 February 2015 at Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
3). EYRec Special Award in EYRec-MyRIS YOUNG INVENTOR SHOW (EMYIS) 2015 held on 6 February 2015 at Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Jadi tunggu apa lagi, vote sekarang untuk mereka. Jangan sia-siakan bakat anak muda ini. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal device ini. Boleh la ke Crowdtivate dan vote untuk mereka.

No comments