+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 28 Mac 2014

Perancangan Terbaik Telah Ditetapkan..


Perancangan satu benda yang kita selalu rancang dan kita jangkakan benda itu akan berlaku. Kita juga mahu benda yang kita rancang itu akan berlaku. Tapi tidak semua perancangan itu akan berlaku. Ayat yang biasa kita dengar dari orang-orang tua, "Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukan".. Kerana inilah, apa yang kita rancang tak semestinya akan berlaku. Kerana Allah adalah sebaik-baik perancang, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita dan semua makhluk ciptaannya.

"Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui"

Tetiba lagu zaiton sameon terkial-kial di telinga, teringat tentang ujian sepanjang perjalanan hidup ini menjadi seorang manusia. Dari kecil sampai besar, dugaan, ujian, kesakitan, kesedihan dan kegembiraan yang di alami banyak mengajar aku erti hidup untuk menjadi lebih dewasa. 

Banyak benda yang aku rancang, dan banyak jugak tidak menjadi.  Tapi Allah telah buat yang terbaik untuk aku. Belajarlah untuk sangka baik pada Allah, walaupun kita hidup dalam keadaan susah, miskin, banyak dosa buat maksiat. Kerana Allah itu Maha Adil. 
6 comments

Rabu, 26 Mac 2014

Kunci Untuk Kekal Dalam Persahabatan

Hi-5 Buddy.. 
Pengalaman singkat duduk bersama dengan kenalan di kampung banyak mengajar erti persahabatan. Pertama kali kenal beliau sekadar kenalan biasa ja, tapi makin lama duduk bersama makin rapat lagi persahabatan dengan beliau. 

Bukan dengan aku saja, dengan kawan beliau yang lain pun beliau layan sama rata r. Beliau buat kami semua tidak kekok dengan tingkah laku beliau. Bergaduh, bertengkar, semua itu dah jadi biasa, dah jadi lali dengan sikap beliau dengan kawan-kawan beliau yang lain. Aku yang masih baru kenal beliau kekadang terasa dengan sikap belaiu macam tu. Tapi selepas lama kenal beliau, dan tahu sikap beliau dengan kawan beliau yang lain pun lebih kurang macam dia buat kat aku jugak, aku paham dengan perangai beliau.

Kunci untuk kekal dalam perhubungan dengan sahabat ialah jujur dan saling bantu membantu. Itu semua aku nampak depan mata aku, seorang yang aku baru kenal sudah bersahabat dengan sahabat beliau lebih 10 tahun. Dari situ aku belajar untuk jujur dalam persahabatan dan ikhlas dalam persahabatan. 

Sudi terima kekurangan sahabat kita dan terima apa lebih sahabat dan apa kurangnya seseorang sahabat itu. Jangan iri hati dengan kejayaan kawan @ sahabat kita dan sentiasa sedia utk bagi pertolongan saat sahabat dalam kesulitan. Itulah sedikit sebanyak apa yang aku dapat belajar, setelah kenal beliau hampir 6 bulan. 

So moral of the story here, dengan sapa kita berkawan akan jadi cermin hidup bagi kita. Berkawanlah dengan sesiapapun asalkan kita ikhlas dengannya. Budak skima, punk, rock, budak surau, orang kaya, orang miskin atau alien skalipun, itu semua tidak penting. Yang penting kita tahu batas2 agama kita dan happy bila bersama kawan-kawan kita.

#Siapa beliau yang di maksudkan? 
5 comments

Jumaat, 7 Mac 2014

Hubungan Apendik Dengan Pelajar UniMAP


Melaporkan berita terus daripada Campus UniMAP. Sekarang ini, pelajar-pelajar UniMAP dilanda gejala Apendik. Selepas roomate aku, kawan hostel, budak aras bawah dan budak blok sebelah dan kini Pelajar popuan pulak yang kena Apendik. Apakah itu Apendik? Apakah kesannya kepada pesakit yang ada Apendix tak normal? Sama-sama kita selidiknya selepas ini. Korang nak tahu satu fakta tak? Bagi mereka yang dah kena penyakit apendik ni dan dah buat pembedahan buang apendik adakah seorang manusia yang unik? 

YES!! Sebab bagi manusia normal apendik tu masih ada tapi bagi manusia yang unik mereka dah tak ada apendik tu.. keh3.. So bergembira lah anda yang telah menjadi unik, yang belum tunggu jela masa korang erk….

Disebabkan aku adalah roomate kepada manusia yang baru sahaja menjadi unik, so aku nak berkongsi lah dengan korang fakta mengenai apendik ni.. Kalau korang berkenan jom ler baca, mana tahu korang ada tanda-tanda penyakit ni boleh cepat-cepat check doktor…

Apa itu apendik? 

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. 

Apa itu apendisitis?

Apendisitis adalah nama penyakit yang berlaku pada bahagian apendik. Apendisitis merupakan keradangan pada apendiks vermiform iaitu struktur kecil berbentuk cacing yang terjulur keluar dari usus kanan.Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

Punca penyakit Apendisitis?

Ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengannya seperti benda keras yang tersangkut di pangkal apendiks seperti najis, sisa-sisa makanan seperti biji-bijian dan, batu karang.

Petanda awal serangan apendik?

1. Berasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.

2. Tidak lama kemudian, kesakitan berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan. 

3. Kesakitan menjadi semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika anda bergerak, batuk atau berjalan.

Siapa yang selalu menjadi mangsa?

Mangsa serangana penyakit apendisitis ini biasanaya dari kalangan remaja belasan tahun dan tidak terkecuali juga kanak-kanak, bagi golongan dewasa berusia 40 tahun kebiasaanya ianya dikenali sebagai kanser usus tetapi jarang dijumpai.

sumber : sini

Itu jelah kot yang aku dapat kongsikan dengan korang semua.. Kalau korang rasa ada tanda-tanda tu baik pergi check cepat, sebab kalau Apendiks tu dah pecah memang teruk lah jadinya.. Kawan aku punya  dah pecah.. Sampai sekarang dia dapat nama Suhail Apendix. 

Tapi bila dah operate tu masalah lah sikit. Korang tak leh tengok maharajalawak lagi dah, sebab korang tak leh gelak. Kalau korang gelak memang senak lah perut tu, kang tak pasal-pasal terbuka bekas jahitan tu. bahaya woo!.. Nak bersin ngan batuk pun sakit.. <-- suhail cakap

4 comments