+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Khamis, 12 Jun 2014

Sudah Sampai Masanya Untuk Aku Pergi..


Entah kenapa tetiba hari ni aku terasa nak update blog. Mungkin disebabkan terbaca satu entry dalam blog berkenaan seorang ibu. Tapi, apa kaitan tajuk entri ni dengan blog yang pasal ibu tu? Sememangnya tak ada apa-apa kaitan pun. Entah kenapa, blog tu buat aku teringat akan segala dosa dan kesalahan yang pernah aku buat dulu. Jadi, apa yang aku nak ceritakan kali ni bukanlah keburukkan aku atau pun kesalahan aku yang sebelum ni. Tapi, entri aku kali ni adalah lebih kepada nak minta maaf.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa tak pergi minta maaf secara langsung je dengan orang yang kita buat salah tu? Sebenarnya, usaha ke arah tu pun telah aku buat. Dan sekarang usaha aku yang sebegini rupa pula. Sebabnya, seandainya Allah takdirkan aku mati semasa tempoh khuruj aku ke India, Pakistan, dan Bangladesh. Blog ni masih lagi akan ada, dan sesiapa yang kenal aku dan aku pernah buat salah pada sesiapa. Entri aku yang kali ni, akan jadi pengganti diri aku untuk aku minta maaf pada orang-orang yang aku pernah buat salah pada mereka yang aku tak sempat nak jumpa atau malu nak jumpa atau pun tak sempat berhubung dengan mereka..

Kita semua maklum, setiap manusia akhir zaman tak pernah lekang dari buat dosa, sama ada secara sedar mahu pun tak. Macam tu juga dengan aku ni. Jadi, entri aku kali ni, aku khususkan pada orang-orang tertentu yang mana, bila orang tu baca maka dia faham, aku minta maaf pada dia. Moga-moga aku di ampunkan..

Kepada kawan-kawan sekolah aku di Sekolah Rendah Kebangsaan Machang (1), Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, Sekolah Menengah Hamzah (1), Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah dan sekarang di UniMAP, Perlis. Kepada mereka yang aku pernah marah-marah, maki hamun, mengumpat, terngumpat, terambil barang, bersikap sombong dengan kau orang, sangka buruk dengan kau orang, terfitnah, tersalah cakap, gurau kasar, tak membantu kau orang, tak buat tugasan berkumpulan dengan baik, menuduh yang bukan-bukan dan yang sewaktu dengannya. Tak lupa juga kepada mangsa-mangsa buli dan musuh-musuh aku di sekolah dahulu. Aku dengan rendah hati dan penuh rasa menyesal serta serba salah memohon maaf dekat kau orang semua. Moga-moga dengan kebaikkan yang ada pada korang. Korang semua dapat memaafkan aku dengan sebaiknya Dan maaf juga sebab telah menyakitkan hati seseorang. Mungkin benar semua kesalahan tu bermula daripada aku sendiri. Tak ada daya untuk aku cuba dengan sebaik mungkin untuk menyelesaikannya. Sehinggalah keputusan membawa diri dan larikan diri dari masalah tersebut terhasil. Yang akhirnya memakan diri sendiri. Moga-moga dengan kebaikkan yang ada pada diri tersebut dapatlah dimaafkan si pendosa ni, si jahil ni, si munafik ni. Aku akui, tidak ada yang salah melainkan aku seorang yang bersalah dalam setiap perkara. Terima kasih..

Dan, perkara terakhir adalah proses untuk aku memaafkan diri aku sendiri yang mana aku sendiri tak dapat nak maafkan diri aku kerana kesilapan yang lalu. Dosa-dosa yang telah aku buat. Aku sedia maklum bahawasanya Allah itu maha pengampun. Tapi diri ku yang hina ni, terlalu munafik sehinggakan aku malu untuk memaafkan diri aku sendiri. Moga-moga, dosa-dosa yang bertimbun-timbun ada pada aku ni dimaafkan hingga mampu menyelamatkan aku dari segala bentuk azab Allah yang pedih, perit, sakit, siksa, dan menakutkan. Moga-moga aku terselamat dari api hitam yang tidak padam. Moga-moga aku diselamatkan dan ditempatkan di kawasan yang lapang dan tenang..

"Jangan diukur buruk yang di zahirkan. Kadang ia hanya sekadar tampalan. Jangan pula diukur baik yang di zahirkan. kadang ia hanya sekadar penipuan. Jangan di lihat apa yang di lihat. Tapi lihatlah apa yang tidak di lihat. Di zahirkan diri ini bukan untuk sangkaan. Cuma sekadar keinsafan.."

20 comments

Ahad, 18 Mei 2014

Cubalah Sangka Baik Kepada Allah


Mungkin sekarang ni, kita rasa kita jahat, buat maksiat dan banyak dosa. Kita juga kata kita yang buat maksiat dan tak mungkin akan diampunkan!! Sebenarnya kita silap disitu. Benda baik, benda buruk, maksiat yang kita buat, amalan baik yang kita buat dan semua benda yang bergerak di dalam dunia ini adalah Allah yang buat, Allah yang gerakkan dan Allah yang gunakan kita untuk buat maksiat tersebut.

"Aiik? Apasal ko cakap Allah yang buat maksiat?" 

"Ya" memang betul, Allah yang buat segala-galanya. Cuma Allah gunakan kita sebagai asbab (sebab) untuk buat maksiat tersebut. 

Jadi di sini, Sangka Baik pada Allah itu sangat-sangat penting. Sebenarnya Allah nak jadikan kita (orang yang buat maksiat) sebagai pengajaran kepada orang lain (yang tidak buat maksiat). Mungkin juga sebagai pengajaran tentang balasan dan hukuman akibat melanggar perintah Allah.

Ermm.. mungkin korang semua tak paham kan? Kalau confius, cepat-cepat pi tanya ustaz ..

#Nak sangat, explain panjang2 di sini.. tapi masa tak cukup.. i need to go..
11 comments

Jumaat, 28 Mac 2014

Perancangan Terbaik Telah Ditetapkan..


Perancangan satu benda yang kita selalu rancang dan kita jangkakan benda itu akan berlaku. Kita juga mahu benda yang kita rancang itu akan berlaku. Tapi tidak semua perancangan itu akan berlaku. Ayat yang biasa kita dengar dari orang-orang tua, "Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukan".. Kerana inilah, apa yang kita rancang tak semestinya akan berlaku. Kerana Allah adalah sebaik-baik perancang, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita dan semua makhluk ciptaannya.

"Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui"

Tetiba lagu zaiton sameon terkial-kial di telinga, teringat tentang ujian sepanjang perjalanan hidup ini menjadi seorang manusia. Dari kecil sampai besar, dugaan, ujian, kesakitan, kesedihan dan kegembiraan yang di alami banyak mengajar aku erti hidup untuk menjadi lebih dewasa. 

Banyak benda yang aku rancang, dan banyak jugak tidak menjadi.  Tapi Allah telah buat yang terbaik untuk aku. Belajarlah untuk sangka baik pada Allah, walaupun kita hidup dalam keadaan susah, miskin, banyak dosa buat maksiat. Kerana Allah itu Maha Adil. 
6 comments

Rabu, 26 Mac 2014

Kunci Untuk Kekal Dalam Persahabatan

Hi-5 Buddy.. 
Pengalaman singkat duduk bersama dengan kenalan di kampung banyak mengajar erti persahabatan. Pertama kali kenal beliau sekadar kenalan biasa ja, tapi makin lama duduk bersama makin rapat lagi persahabatan dengan beliau. 

Bukan dengan aku saja, dengan kawan beliau yang lain pun beliau layan sama rata r. Beliau buat kami semua tidak kekok dengan tingkah laku beliau. Bergaduh, bertengkar, semua itu dah jadi biasa, dah jadi lali dengan sikap beliau dengan kawan-kawan beliau yang lain. Aku yang masih baru kenal beliau kekadang terasa dengan sikap belaiu macam tu. Tapi selepas lama kenal beliau, dan tahu sikap beliau dengan kawan beliau yang lain pun lebih kurang macam dia buat kat aku jugak, aku paham dengan perangai beliau.

Kunci untuk kekal dalam perhubungan dengan sahabat ialah jujur dan saling bantu membantu. Itu semua aku nampak depan mata aku, seorang yang aku baru kenal sudah bersahabat dengan sahabat beliau lebih 10 tahun. Dari situ aku belajar untuk jujur dalam persahabatan dan ikhlas dalam persahabatan. 

Sudi terima kekurangan sahabat kita dan terima apa lebih sahabat dan apa kurangnya seseorang sahabat itu. Jangan iri hati dengan kejayaan kawan @ sahabat kita dan sentiasa sedia utk bagi pertolongan saat sahabat dalam kesulitan. Itulah sedikit sebanyak apa yang aku dapat belajar, setelah kenal beliau hampir 6 bulan. 

So moral of the story here, dengan sapa kita berkawan akan jadi cermin hidup bagi kita. Berkawanlah dengan sesiapapun asalkan kita ikhlas dengannya. Budak skima, punk, rock, budak surau, orang kaya, orang miskin atau alien skalipun, itu semua tidak penting. Yang penting kita tahu batas2 agama kita dan happy bila bersama kawan-kawan kita.

#Siapa beliau yang di maksudkan? 
5 comments

Jumaat, 7 Mac 2014

Hubungan Apendik Dengan Pelajar UniMAP


Melaporkan berita terus daripada Campus UniMAP. Sekarang ini, pelajar-pelajar UniMAP dilanda gejala Apendik. Selepas roomate aku, kawan hostel, budak aras bawah dan budak blok sebelah dan kini Pelajar popuan pulak yang kena Apendik. Apakah itu Apendik? Apakah kesannya kepada pesakit yang ada Apendix tak normal? Sama-sama kita selidiknya selepas ini. Korang nak tahu satu fakta tak? Bagi mereka yang dah kena penyakit apendik ni dan dah buat pembedahan buang apendik adakah seorang manusia yang unik? 

YES!! Sebab bagi manusia normal apendik tu masih ada tapi bagi manusia yang unik mereka dah tak ada apendik tu.. keh3.. So bergembira lah anda yang telah menjadi unik, yang belum tunggu jela masa korang erk….

Disebabkan aku adalah roomate kepada manusia yang baru sahaja menjadi unik, so aku nak berkongsi lah dengan korang fakta mengenai apendik ni.. Kalau korang berkenan jom ler baca, mana tahu korang ada tanda-tanda penyakit ni boleh cepat-cepat check doktor…

Apa itu apendik? 

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. 

Apa itu apendisitis?

Apendisitis adalah nama penyakit yang berlaku pada bahagian apendik. Apendisitis merupakan keradangan pada apendiks vermiform iaitu struktur kecil berbentuk cacing yang terjulur keluar dari usus kanan.Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

Punca penyakit Apendisitis?

Ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengannya seperti benda keras yang tersangkut di pangkal apendiks seperti najis, sisa-sisa makanan seperti biji-bijian dan, batu karang.

Petanda awal serangan apendik?

1. Berasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.

2. Tidak lama kemudian, kesakitan berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan. 

3. Kesakitan menjadi semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika anda bergerak, batuk atau berjalan.

Siapa yang selalu menjadi mangsa?

Mangsa serangana penyakit apendisitis ini biasanaya dari kalangan remaja belasan tahun dan tidak terkecuali juga kanak-kanak, bagi golongan dewasa berusia 40 tahun kebiasaanya ianya dikenali sebagai kanser usus tetapi jarang dijumpai.

sumber : sini

Itu jelah kot yang aku dapat kongsikan dengan korang semua.. Kalau korang rasa ada tanda-tanda tu baik pergi check cepat, sebab kalau Apendiks tu dah pecah memang teruk lah jadinya.. Kawan aku punya  dah pecah.. Sampai sekarang dia dapat nama Suhail Apendix. 

Tapi bila dah operate tu masalah lah sikit. Korang tak leh tengok maharajalawak lagi dah, sebab korang tak leh gelak. Kalau korang gelak memang senak lah perut tu, kang tak pasal-pasal terbuka bekas jahitan tu. bahaya woo!.. Nak bersin ngan batuk pun sakit.. <-- suhail cakap

4 comments

Jumaat, 28 Februari 2014

Doakan Yupp!!

Perjalanan Masih Jauh..

Sekarang ini mood untuk tulis entry dan update blog memang kelaut r. Penulisan di blog aku sekarang ini lebih kepada catatan peribadi. Entry langsung tidak ada manfaat untuk pembaca dan aku mintak maaf atas perkara ini. Sekarang ini, aku masih dalam proses untuk dapatkan balik mood untuk baca entry blog orang lain dan update entry yang bermanfaat. Doakan yup!!

Memang dari dulu aku sudah bagitahu dari awal aku mula-mula berblogging, penulisan di blog ini untuk tatapan diri aku dan anak cucu aku pada masa akan datang. Haha.. Supaya aku boleh berbangga kat cucu aku, "yang tok korang kurang pun tau buat blog".

Jadi ianya tidak menjadi masalah kepada aku, cuma aku agak terkilan dengan sikap aku yang malas nak update blog. Sehinggakan pembaca blog ini ramai yg mesej aku di facebook supaya update blog. Kenapa tak update blog? Lama senyap, entry baru tak ada ke? Pertanyaa- pertanyaan ini selalu ja masuk dalam privite message aku. Ermm.. Jawapan aku pulak, "sekarang tengah busy, final year". Alasan sibuk ja yang mampu aku bagi. Padahal aku tak lah sibuk sangat, sebab Allah dah permudahkan semua urusan aku untuk Final Year Project (FYP) dan Integrated Design Project (IDP). Sekali lagi aku mintak maaf..

InsyaAllah, kalau di beri kesempatan masa dan waktu, aku akan cuba untuk update blog dengan entry yang lebih bermanfaat untuk dibaca oleh semua. Doakan yupp!!

# Guillemard Bridge  ( Jambatan keretapi terpanjang di Malaysia )
2 comments

Khamis, 27 Februari 2014

Pasport Untuk Keluar Di Jalan Allah


Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan tak berapa sihat hari ini. Allah masih bagi kekuatan untuk aku pergi buat pasport di KDN Kangar tadi. Ini semua adalah untuk aku khuruj d jalan Allah lepas aku habis belajar nanti. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah aku akan keluar di Jalan Allah bulan 7 ni. Tapi sekarang ini, hati aku masih berbelah bagi lagi untuk keluar ke tak? Aku masih confius lagi. 

Tok aku, marahkan aku. Dia tak bagi aku keluar, dia suruh aku pergi Majlis Konvo U. Mak aku pulak, dia bagi aku keluar, cuma dia nak tengok aku konvo. Sebab mak tak pernah lagi pergi majlis konvo anak sendiri. Lepas dia tahu tok aku marahkan aku dan tak bagi aku keluar di Jalan Allah, mak pun jadi makin berat ja nak lepaskan aku keluar. Aku makin confius, antara nak keluar ke tak?

Kalau aku tak keluar masa ni, untuk belajar agama. Bila lagi aku akan keluar.? 
Lepas aku kerja? Pasti aku akan sibuk dengan kerja aku. Susah nak dapat cuti untuk keluar 4 bulan.
Lepas aku kahwin? Pasti aku akana sibuk dengan urusan rumah tangga, anak dan isteri.
Lepas aku pencen? Aku pun x pasti aku boleh hidup untuk hari esok.

Oh Allah.. Help me..

4 comments

Selasa, 11 Februari 2014

Persoalan Dunia Jadi Soalan Di Akhirat..


Ramai antara kita mampu berkata-kata, bagi nasihat yang berguna untuk orang lain, cakap positive thinking dan macam-macam lagi. Tapi apa yg kita cakap tu, adakah untuk diri kita sendiri atau atas maksud untuk mengajar orang lain? Kalau untuk diri kita sendiri, ianya mampu berguna untuk orang lain. Tapi kalau untuk orang lain, adakah ianya mampu untuk menjadi sandaran pada orang yg mendengarnya..?

Begitulah kehidupan aku sekarang ini. Kalau bukan kerana Allah aku tak akan buat semua ini. Keluar di Jalan Allah, duduk dengar bacaan hadis, duduk dalam mesyuarat harian, pergi buat ziarah tempatan dan ziarah kampung sebelah. Tapi, kalau betul kerana Allah? kenapa aku tak buat semua tu, bila berasa di kampung sendiri? Kalau buat pun, cuma 1 atau 2 amal sahaja. Nampaknya aku masih belum buat kerana Allah. Mungkin ini kerana suasana tempat aku duduk. Sebab, kalau di hostel aku ada dengan suasana kawan-kawan yang buat usaha agama. Tapi bila di kampung, suasana itu hilang begitu sahaja.

Hahaha.. Orang nampak aku baik, kalau jumpa orang lain. "Dahi hitam, ustaz eh?". Aku tunduk tanda malu sambil mengatakan "dahi hitam bekas jatuh ni". Kalau boleh aku nak buang ja kesan kat dahi ni. Aku berkawan dengan orang yang buat maksiat dan aku sendiri buat maksiat tersebut. Seringkali aku ditanya oleh kawan aku " ko ni, buat maksiat tapi masih duk p solat, ko ni ada spilt personaliti ka?" kali pertama dngar petanyaan tu, terkesima jugak. Tapi aku jawab cuba jawab " Kalau aku tak solat, pasti aku buat maksiat lebih teruk dari sekarang ni". 

Ujian Allah akan datang pada setiap hambanya.. Aku masih tak dalam ujian Allah.. InsyaAllah lepas semua ini berakhir aku akan kembali kepada Mu ya Allah..
1 comment