+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 27 Ogos 2013

Menunggu Tarikh Akhir Latihan Industri


Alhamdulillah, 3 bulan semakin hampir ke penghujungnya. Aku ada masa lebih kurang seminggu lagi untuk habiskan Latihan Industri di Radicare, Machang. Lepas tu, boleh la rehatkan badan puas-puas.

Plan aku lepas habis praktikal ni, aku akan bercuti dalam masa 3@4 hari di Pantai Melawi untuk rehatkan fikiran dan badan (kaki yg sakit, sbb excident). Lepas tu, baru aku fikirkan apa yg perlu aku buat untuk seterusnya. Aku pun, tak ada banyak masa free skrang ni, mungkin aku akan beli tiket lepas balik bercuti dan terus bergerak ke UniMAP, Perlis.

Untuk praktikal aku kali ini, banyak ilmu yang aku dapat dan banyak benda baru yang aku dapat belajar. Kalau nak cerita di sini semua memang tak habis r, dan aku rasa korang semua mesti tak faham r. Untuk gambaq di atas, aku sedang lakukan PPM(Plan Preventive Maintenance) untuk mesin X-Ray. Senang cite, nak renew lesen mesin la, kita kena cuci mesin dan test mesin tu, sama ada ok ke tak. Kalau mesin tak ok, lesen penggunaan tidak boleh diberi untuk mesin tersebut.

InsyaAllah, smoga di permudahkan segala urusan, 
20 comments

Isnin, 26 Ogos 2013

Meizu MX3 Awsome One


Salah satu telefon pintar dari China yang cukup ditunggu, Meizu MX3 sedia dilancarkan yang dijadualkan majlisnya pada awal bulan depan. Walaupun, pihak Meizu memang tidak mengungkapkan secara terperinci mengenai pelancarannya ini namun beberapa khabar angin yang beredar mengungkapkan bahawa acara adalah pelancaran rasmi daripada Meizu MX3. 

Sebelum ini, beberapa kebocoran maklumat berkaitan telefon pintar ini tersebar di internet. Telefon ini mempunyai skrin berukuran 5.1 inci Full HD dan menggunakan prosesor Samsung Exynos 5 Octa. Selain itu, alat telekomunikasi itu juga menggunakan OS Flyme 3.0 yang berasaskan pada Android Jelly Bean 4.2 serta sebuah kamera 13MP pada bahagian belakang.
 
Awsome dan murah, that the ke point here. Walaupun, dari China, it ok la because the price is cheaper and its quality also not bad. Apa2pun, tengok barang dulu, kalau cantik aku angkat, kalau  tak cun, tak payah beli. Pakai je Nokia buruk ni.

Nak tahu lebih lanjut rujuk sini
7 comments

Ahad, 25 Ogos 2013

Dalam Hati


Hari ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kata-kata nasihat Ibnu Qayyim diharap dapat menberi faedah kepada kita bersama..
  1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. 
  2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali bersama dengan dengan Allah swt.
  3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt. 
  4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya. 
  5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
  6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Berzikir dengan istiqomah kepadaNya, that the key point here. Berzikir ni, bukannya kita perlu wiridkan nama Allah setiap masa, tapi cukuplah untuk ingat Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Hati itu ibarat tasik, kalau salah satu daripada sungai-sungai yang mengalir ke tasik itu  kotor. Maka satu tasik itu akan kotor, jadi busuk, dan hidupan di dalamnya akan mati. Begitulah hati kita, andai salah satu pancaindera @ anggota kita buat benda jahat atau salah, maka hati kita akan jadi keras dan hitam. Disinilah bermulanya penyakit hati. Asbab mata, mulut, telinga dan tangan kita buat benda jahat, hati kita jadi keras.

Untuk selamatkan hati ini, kita perlulah sentiasa ingat Allah setiap masa dalam setiap keadaan. Untuk ingat Allah, kita perlu dilatih dan latihannya ialah khuruj di Jalan Allah @ keluar di Jalan Allah.
3 comments

Rabu, 21 Ogos 2013

Keinginanku Hanya Pada Mung..


Wahai manusia yang diberikan kuasa, teruslah dengan kuasamu. 
Kerana aku tak berhajat kepada kuasamu...

Wahai manusia yang diberikan harta kekayaan, terus lah dengan kekayaanmu.
Aku tak inginkan harta kekayaanmu...

Wahai manusia yang diberikan kemahsyuran, teruslah dengan kemahsyuranmu,
Aku tak berhajat kepada kemahsyuran itu...

Wahai manusia yang diberikan kemiskinan, aku tak berhajat dengan kemiskinanmu.
Bukan, bukan, bukan.... Opss.. 
Bukan itu yang aku mahu daripada mu wahai saudaraku...

Keinginanku ialah agar aku dan kamu taat perintah Allah dan rasul-Nya. 
ITU SAHAJA.!!!

Kerana dengan taat itu kita akan berjaya
Sama ada kita kaya atau miskin,
susah atau senang,
pemerintah atau diperintah,
di desa atau di bandar,
berkulit putih atau hitam,
di utara atau selatan,
buta huruf atau terpelajar,
mahsyur atau tak dikenali,
dan sebagainya,
dan sebagainya...

Begitulah kehidupan sekarang ini, semakin kuat perasaan kita utk dekat pada Allah, semakin jauh kawan-kawan daripada kita. Apa yang tidak kena dengan hidup ini? Aku sangkakan kesunyian yg mendatang, tetapi rupa-rupanya, Allah telah sediakan kawan-kawan yg lebih baik dari sebelum ini.. Alhamdulillah.
11 comments

Rabu, 14 Ogos 2013

Persoalan yang Perlu Diketahui Dalam Mencari Pemuda Bani Tamim


Dalam beberapa minggu ini, banyak cerita yang aku dengar pasal Iman Mahdi, Pemuda Bani Tamim, Raja Langkasuka dan macam-macam cerita peliklah, kadang-kadang sampai tak masuk akal pun ada. Jadi hari ini, aku nak berkongsi sedikit persoalan tentang perkara yang terbuka di kepala kita semua.

Aku ingin berkongsi pencarian yg sama dengan pencarian korang semua, mungkin dgn izin Allah swt ini boleh membantu kita semua untuk menyusun the last puzzle tentang pemuda Bani Tamim. Melihat kpd hadith, keadaan dunia yg parah, dan tanda akhir zaman yg jelas, sudah tentu tidak lama lagi akan zahirnya muhammad ke-2. Oleh itu tentera Bani Tamim seharusnya sudah ada menyusun strategi yang tersembunyi dari logik akal manusia.

Persoalannya; 
  1. Pemuda Bani Tamim dari keturunan Abu Bakar r.a. dan Abu Bakar adalah dari keturunan Bani Tamim. Jadi siapakah keturunan Abu Bakar yg dikenali sehingga hari ini?
  2. Diantara keturunannya tersebut adakkah dia tinggal di timur dan berbahasa ajam. (hadith) ?
  3. Setelah itu adakah keturunan Abu Bakar tersebut sedang memimpin jemaah yg besar yg sudah semestinya bertaraf antarabangsa kerana pemuda Bani Tamim harus mengumpul umat islam dunia tanpa sempadan untuk bersedia dibawah satu khalifah.?
  4. Sudah tentu pemuda Bani Tamim tidak bergerak dalam haraki, atau gerakan atau parti politik, atau gerakan ketenteraan radikal saat ini. Tetapi bergerak dalam satu pergerakan yg diketahui tetapi tidak diduga bahawa itu adalah sebuah rekrut tentera pejuang walaupun pada zahirnya dilihat bukan. Jadi pergerakan apa yg dipimpin pemuda Bani Tamim?
  5. Sekiranya pemuda Bani Tamim menonjolkan pejuangannya saat ini sebelum fasa yg sepatutnya maka sudah tentu ketenteraannya telah dihapuskan oleh pihak yahudi.
  6. Fasa hari ini adalah fasa untuk selection untuk melihat dan menguji siapakah yg layak menjadi tentera mahdi, maka tanggungjawab itu dipikul oleh pemuda Bani Tamim.
Fikirkan;
  1. Adakah seorang manusia sama ada agamawan atau tidak yg hanya duduk di negerinya, bekerja dgn selesa, duduk bersama sanak saudara, berada di hadapan tv dan hanya melihat berita dan rancangan hiburan ini layak untuk merangkak digunung salji tanpa melalui proses rekrut?
  2. Adakah rekrut tersebut berbentuk rekrut tentera biasa yg mudah diketahui oleh pihak musuh yg bila2 masa sahaja mampu mennghancurkan.?
  3. Adakah rekrut tersebut seperti 1400 tahun dahulu?
Sebelum berlakunya Peperangan Badar, sahabat-sahabat dilatih oleh Nabi Muhammad dengan iman dan yakin soheh hanya pada Allah. Mereka berjihad di jalan Allah dan sanggup tinggalkan kampung halaman semata-mata untuk tegakkan agama Allah. Dengan pengorbanan inilah, Allah telah turunkan malaikat-malaikatnya untuk membantu Jemaah Badar pada masa itu.

Logik sekiranya kita semua mengutarakan soalan seperti di atas setelah kita mengagak-agak siapakah pemuda tersebut. Saya rasa perlu mengikuti beliau. Dipimpin oleh beliau.. Cubalah kita selidiki dan mengikuti perkembangannya setelah korang merasakan hint ini membantu. Segalanya tidak terlepas dari salah dan betul hanya Allah yg maha mengetahui dan maha benar. wallahu a'lam.
41 comments

Khamis, 8 Ogos 2013

Alhamdulillah.. Salam Aidilfitri



Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah SWT kerana masih pilih kita untuk hidup di atas muka bumi ini.
Syukur kepada Allah SWT kerana telah sempurnakan Ibadah Puasa Ramadhan tahun ini.
Syukur kepada Allah SWT kerana masih pilih kita untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Syukur kepada Allah SWT kerana masih beri keluarga pada kita untuk meraikan hari raya bersama..
Syukur kepada Allah SWT kerana masih berpeluang untuk bermaafan di hari yang mulia ini.

Tapi..
Hati aku sedih, tak selesa untuk beraya di rumah..
Aku ingin beraya di Jalan Allah!!..
Kawan-kawan aku, mereka semua beraya di Jalan Allah..
India, Pakistan, dan Bangladesh mereka sudah jelajah,
InsyaAllah, setahun lagi Fattah..
Tahun depan giliran aku pulak untuk beraya di Jalan Allah..
Doakan aku semua, InsyaAllah..

Cukuplah untuk hari ini. Jadi aku tinggalkan korang semua dengan serangkup pantun sebagai ucapan hari raya dari aku..
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
Entry ditulis pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin...
7 comments

Ahad, 4 Ogos 2013

Wahai Sahabat, Carilah Ketenangan Di Rumah Allah...



Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat penghambaan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: 

"Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna. Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya:

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

rujukan : sini
2 comments

Jumaat, 2 Ogos 2013

Targhib Untuk Diri Sendiri.


Kita dikirim oleh Allah SWT ke dunia ini dengan umur yang sangat singkat, namun dengan umur yang sangat singkat itu kita diperintahkan untuk mendapatkan dan membina akhirat yang selama-lamanya. Kita tidak sepatutnya merasakan kita ini orang Malaysia, atau orang Indonesia, atau orang Pakistan, atau lainnya, tapi hendaklah kita merasa diri kita ini adalah umat Rasululah SAW. 

Rasulullah SAW adalah nabi terakhir yang dikirim untuk seluruh manusia seluruh alam hingga hari kiamat, nabi-nabi terdahulu hanya dikirim untuk kaumnya atau negaranya saja. Pernah suatu masa, dikatakan kepada Nabi Isa as, ada manusia kufur kepada Allah, tapi Nabi Isa as katakan aku tidak diutus kepada orang itu aku diutus hanya kepada kaum Bani Israil. 

Kini Rasulullah SAW telah wafat dan tak akan ada nabi lagi setelah Nabi Muhammad SAW, tapi risalah agama yang dibawa nabi SAW tetap harus disampai keseluruh alam hingga hari kiamat. Maka kita sebagai umat Rasulullah SAW mempunyai kewajiban untuk meneruskan tugas ini, tugas da’wah menyampaikan agama ke seluruh alam. 

Baik yang muda, yang tua, yang sakit, yang sembuh, yang kaya, yang miskin, yang dalam pejabat mahupun rakyat laki-laki mahupun perempuan, yang awam atau bodoh mahupun yang pintar sebagai umat Rasulullah SAW mempunyai kewajiban ini.

Maka sekarang diri kita pertama kali MOHON AMPUN (BERISTIGHFAR) kepada Allah SWT, karena kita telah lupa dan melalaikan tugas ini. Ada manusia yang menganggap petani adalah pekerjaannya, driver taksi pekerjaannya, pedagang adalah pekerjaannya, bisnes adalah pekerjaannya, padahal kerja umat Rasulullah SAW yang sesungguhnya adalah kerja da’wah.

Maka kita BERISTIGHFAR kepada Allah SWT karena tidak menganggap kerja da’wah adalah pekerjaan kita. Kita harus merasa kasihan kepada orang amerika, orang eropah, orang cina dan lain-lain yang tidak beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, kerana apabila mereka mati maka mereka akan masuk kedalam kubur dengan 99 ular yang mematuknya sampai hari kiamat selanjutnya akan disiksa di dalam neraka selama-lamanya.

Seharusnya usaha da’wah yang kita buat, kita niatkan seperti yang Rasulullah SAW niatkan iaitu untuk umat seluruh alam, dan bawa usaha ini dengan kasih sayang dan hikmah.  Apabila kita niatkan seperti Rasulullah SAW, maka do’a kita, bicara da’wah kita, ibadah kita akan mendapatkan pahala seluruh alam. Mendirikan solat akan mendapatkan pahala, tapi mengajak orang lain untuk mendirikan solat akan mendapat pahala yang besar dari Allah SWT.

Mari kita sama-sama niatkan dalam diri kita untuk buat kerja yang sama dengan kerja Rasulullah SAW yaitu kerja da’wah sampaikan kalimah iman kepada umat seluruh alam, sampaikan risalah Rasulullah SAW hingga hari kiamat dengan begitu Allah SWT akan tolong kita, Allah SWT akan selesaikan masalah-masalah kita.
3 comments