+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 31 Julai 2013

Ya Kawan, Akulah Tabligh Itu..


Ya kawan, aku Tabligh sudah setahun,
Aku kini digelar Karkun,
3 hari setiap bulan,
40 hari setiap tahun,
4B insyaAllah tahun depan,
Keluar di Jalan Allah...

Memang benar kawan,
Gelak ketawa aku kini berlapik, tapi suara aku masih sama,
Dagu aku sudah mula berjanggut, tapi wajah aku tetap sama,
Berat aku juga semakin naik, setelah sekian lama sakit merana,
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak bertemu..?

Ya kawan, akulah anak Kg Sg Hala yang kau kenal dulu,
Yang datang si dara, kita bersiul berlagu,
Yang datang si janda, kita malu tersipu,
Ditepi parit, di tembok jambatan,
Kau, aku dan gitar-gitar,
Di waktu magrib, dihalau azan, 
Kau, aku terketar-ketar.

Ya kawan, Akulah pemuda yang selalu berkata dulu,
Hidup ini tanpa lagu rock,
Seperti ayam tidak berkokok,
Bak kenyang yang tidak cocok,
Kalau tidak menghisap rokok,

Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya,
Biarlah tidak kaya-raya,
Asalkan kita boleh bergaya,

Mahukah kiranya kini, sesudah aku berubah,
Engkau terima aku, ziarah mu di rumah,
Kalau dulu, ziarahku untuk ajak kau makan2, jalan2 lewat malam,
Tapi kini, ziarahku bawa fikir agama untuk aku, kau dan umat seluruh alam,

p/s: Menjawab puisi "kau tabligh sekarang?"
16 comments

Selasa, 30 Julai 2013

Adab-Adab Mendengar Azan



Azan merupakan panggilan atau seruan yang biasa didengar oleh setiap muslim yang ingin melakukan Solat, Azan merupakan salah satu syiar agama Islam yang paling agung, yang berfungsi memberitahukan datangnya waktu solat fardhu. Diriwayatkan dalam sebuah hadis yg bermaksud lebih kurang:

  "Hendaklah seseorang itu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai seorang yg beragama Islam, kita wajib menghormati azan. Menghormati azan banyak fadhilat (kelebihan) sebenarnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Aku takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah" yang mana, sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya hampir dicabut. Allah swt telah menjanjikan Syurga untuk mereka. Oleh itu, marilah kita sama-sama menghormati azan dan memohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

Adab-adab lain semasa mendengar azan ialah:
  1. Menjawab Azan <-- kalau tak tahu, ikut je suara muazin
  2. Selawat untuk Nabi Muhammad saw <-- selawat dulu baru doa
  3. Berdoa setelah azan
  4. Berdoa diantara Azan dan Iqamah <-- antara waktu doa yg makbul
  5. Tidak meninggalkan masjid setelah azan  <-- kecuali ada urusan yg penting
"O' Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah" semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin."
8 comments

Ahad, 28 Julai 2013

Rezeki Bukan Dalam Bentuk Duit Sahaja


Alhamdulillah, ALLAH swt telah jadikan dunia ni sebagai batu loncatan untuk kita menempuh alam akhirat. Kalau baik di sini, maka baiklah di sana. Kalau buruk di sini, maka buruklah di sana. 
( berkemungkinan besar )

Malam tadi ustaz bagitahu rezeki bukan terletak pada duit saja. Kalau rezeki pada duit, maka tak adil lah ALLAH. Bukan semua orang ada duit dan duit pulak tak pernah cukup. 

Ustaz bagitahu jugak, ada orang banyak duit tapi anaknya sorang atau tak ada anak.
Kadang2 ada orang duit nya kurang tapi anaknya ramai. 
Ada orang tak ada duit tapi badannya sihat belaka. 
Ada orang gajinya puluhan ribu, tapi badannya sakit2 itu takleh makan, ini takleh makan.

Limpah rahmat ALLAH tu luas, rezeki tidak di sempitkan pada konteks duit semata-mata, nikmat faham agama juga rezeki, badan sihat, anak ramai, anak sihat, anak soleh, isteri solehah, itu juga dinamakan rezeki.

ALLAH maha adil mungkin bagi sesetengah org yang tak banyak duit, nanti kalau ALLAH bagi dia banyak duit, dia akan lupa pada ALLAH. Lagipun banyak org yang tenggelam dalam kelalaian dunia hingga lupa akhirat sebab harta/duit.

Anggaplah orang yang banyak duit kalau dia jadi miskin,dia tak dapat nak bersedekah. Orang miskin, kalau dia dapat banyak duit, dia akan melakukan maksiat begitulah seterusnya.

Jadi, kita kenalah pandang nikmat rezeki tu dari sudut yg luas! Ok selamat berpagi-pagi mudah-mudahan murah rezeki kita hari ni INSYA ALLAH
Amin...
12 comments

Rabu, 24 Julai 2013

Bagaimana Allah Ciptakan Makhluk Yang Bernama Wanita?


Dalam masyarakat jahilliah, mereka memandang kaum wanita adalah sebagai suatu barang yang tidak ada nilainya, sehinggakan kaum wanita diperlakukan macam binatang oleh kaum lelaki. Hal ini, kita boleh nampak dengan jelas dalam masyarakat Arab dahulu, mereka akan menguburkan hidup-hidup setiap bayi perempuan yang lahir. Wanita dewasa dirogol, wanita mengandung dibelah perut atas perjudian dan isteri dijadikan bahan jualan dan macam-macam perkara jahil lagi yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah masa itu.

Seperti yang kita tahu, Islam sangat menjunjung tinggi darjat dan martabat kaum wanita. Penghargaan Islam terhadap kaum wanita sebagaimana tersebut dalam hadits nabi:

 اَلْمَرْأَةُ عِمَادُ الْبِلَادِ اِذَاصَلُحَتْ صَلُحَ الْبِلَادُ وَاِذَافَسَدَتْ فَسَدَ الْبِلَادُ (حديث) 
“ Wanita adalah tiang negara jika wanitanya baik maka baiklah negara, dan bila wanita buruk maka negara juga ikut buruk”. 

Disini ada satu kisah, macam mana penciptaan satu makhluk yang bernama wanita. Mari kita ikuti kisah ini dengan mengimbau kembali, apa yang telah kita lakukan pada wanita-wanita yang bersama kita, emak, isteri, kakak, adik perempuan dan kawan-kawan perempuan kita. 

Satu masa, ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya : "O Allah, Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita?"

Allah menjawab : "Sudahkah engkau melihat setiap perkara yang telah aku ciptakan untuk wanita? Lihatlah dua tangannya mampu menjaga ramai anak pada satu-satu masa, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub : "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab : "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya : "O Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Allah menjawab : "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?": tanya malaikat.

Allah menerangkan :
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidak adilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu sedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka."

Allah S.W.T berfirman :
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap teguh ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya  menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Lihatlah bertapa hebatnya wanita, cinta Allah padanya sungguh mengharukan. Tapi, cinta kita (lelaki) pada mereka hanya di mulut sahaja, kita tidak pernah tunjukkan kita benar-benar caring pada emak, isteri, kakak dan wanita lain. Cuba kita imbas kembali, apa yang yang kita telah lakukan pada mereka (wanita). 

Semua orang menyukai wanita, cintanya tanpa syarat. Cuma ada satu perkara yang kurang dalam diri wanita, iaitu dia selalu lupa bertapa berharganya dia.

Wallahu'alam..............
17 comments

Isnin, 22 Julai 2013

Uwais Al-Qarni Aku Ingin Jadi Sepertimu


Suatu ketika, Rasulullah bersabda kepada Umar Al-Khattab, mafhum hadis lebih kurang: nanti akan datang seseorang dari Yaman yang bernama Uwais Al-Qarni, maka Rasulullah menyuruh Umar untuk minta doa pengampunan dari Uwais Al-Qarni untuk Umar.

Apabila Rasulullah wafat, semasa pemerintahan Saidina Umar, beliau telah bertemu dengan Uwais Al-Qarni dan meminta Uwais Al-Qarni untuk mendoakan keampunan untuk Umar. Uwais Al-Qarni berasa hairan, mana mungkin dia meminta pengampunan untuk seorang sahabat besar. Namun, Umar mengenali Uwais Al-Qarni disebabkan sabdaan Nabi S.A.W.

Siapakan Uwais al-Qarni?

Beliau tinggal jauh dari Madinah, tidak pernah berjumpa Rasulullah dan tidak dikenali ramai. Tetapi Rasulullah bersabda kepada seorang sahabat besar iaitu Saidina Umar Al-Khattab untuk minta doa pengampunan darinya.

Mengapa nama Uwais Al-Qarni disebut oleh Rasulullah?

Ini adalah kerana ketaqwaan dan ketaatannya kepada Allah yang tinggi sehinggakan namanya amat dikenali seluruh penduduk langit. Beliau tidak kaya, kehidupannya sederhana dan tiada dunia dalam kehidupannya. Namun, kerana ketaqwaannya yang tinggi, maka namanya dikenali oleh para malaikat dan Rasulullah S.A.W.

Jadi, untuk dekat di sisi Allah bukanlah kerana harta, kerajaan atau populariti di kalangan manusia. Tetapi disebabkan ketaqwaan kepada Allah. Apa guna terkenal di dunia, tetapi tidak dikenali di akhirat. Cubalah search dalam google tentang kisah-kisah sahabat, tabi'e, wali Allah dan nama-nama penting dalam Islam. Sekarang ini, kita lebih kenal nama penyanyi, pelakon atau artis tapi kita tidak kenal nama-nama orang yang dekat dengan Allah.

Ketahuilah beliaulah Uwais Al-Qarni, Orang yang sangat terkenal dikalangan penduduk langit, tetapi tidak dikenali penduduk Bumi. Cubalah cari kisah tentang Uwais Al Qarni dgn ibunya, ceritanya memang sedih dan banyak pengajaran.. 
11 comments

Khamis, 18 Julai 2013

Pesanan Tentang Iman


Menjengah ke luar jendela pejabat sambil melihat keadaan sekelililng. Macam-macam ragam manusia dapat dilihat. Ada yang bekerja, ada yang bawa motor dan kereta, ada yang mundar mandir jalan kaki dan ada yang duduk berjual beli. Namun itu hanyalah pandangan mata secara zahirnya tapi hakikatnya siapa yang tahu? situasi batin untuk umat sekarang ini, siapa yang tahu? Masalah umat ini, siapa yang tahu? Tiada siapa yang tahu, melainkan orang yang ada fikir risau akan umat. Macam mana nak selamatkan umat dari azab api neraka Allah dan dapat masuk syurga Allah.

Seperti mana yang kita tahu, Nabi Muhammad saw tahu tentang masalah umat sebab banginda ada fikir risau akan umat seluruh alam. Nabi fikir, macam mana nak selamatkan umat dari azab api neraka Allah dan dapat masuk syurga Allah tanpa hisab.

Tahukah kita, kenapa masalah ini terjadi.? 
Sebenarnya masalah umat hari ini adalah kerana kita tak usaha semaksimum mungkin atas kebaikan untuk diri kita sendiri. Bila kita tengok umat dengan masalah itu dan masalah ini sebenarnya itu salah kita juga
dan kita tak buat usaha islah atas diri kita dan ke atas orang lain dengan sungguh-sungguh.

Dewasa ini, semua orang tahu kita berada di zaman IT. Zaman moden dari semua segi dan aspek kehidupan. Kalau tanya orang ramai dalam 10 orang. 9/10 pasti akan mengaku ada Facebook @ FB dan 8/10 pasti akan mengaku ada blog dan lain-lain akaun laman sosial. Melalui lama sosial ini, macam-macam masalah berlaku. Contohnya perceraian antara suami dan isteri, jenayah sex, kes rogol dan penipuan wang ringgit.

Runtuhnya moral anak-anak muda, sebab mereka kurang bersama dengan orang-orang lama. Mereka lebih suka hidup dalam dunia siber dari duduk bersama-sama keluarga. Remaja-remaja jarang keluar rumah, sebab sibuk dengan membaca status FB dan kalau duduk bersama pun, di tangan masing-masing jari-jari sibuk menekan skrin telefon pintar yang sekrang ini membolehkan kita untuk online di mana sahaja setiap masa. Mereka jadi kurang bercakap, semakin tergelam dalam fantasi siber.

Sebagai kesimpulan, kurangnya percakapan tentang iman @ akhirat sesama kita, sesama ahli keluarga dan kurangnya pesanan-pesanan agama dari mulut ke mulut menjadikan telinga kita tertutup untuk mendengar nasihat dan berita agama. Maka peningkatan iman tidak akan berlaku bila kurangnya bercakap tentang perkara iman. Untuk tingkatkan iman, kita kenalah banyakkan bercakap tentang perkara iman. 
9 comments

Rabu, 17 Julai 2013

Look What We Have


"We cannot bring back what we've lost, but we should always look at what we have. Think! What do you have right now?"

Orang kata  barang yang dah lepas jangan dikenang, kalau tidak makan diri. Cukuplah jangan menangis lagi, apa yang telah berlaku sudah tertulis di luh mahfuz. Takdir Allah swt untuk menguji kita yang masih ada ini. Bersyukurlah kita masih hidup untuk beribadat pada Allah. Allah masih bagi peluang untuk kita bertaubat atas dosa-dosa kita. Tapi aku, sentiasa berdoa agar dimatikan sebelum Dajjal keluar. Tak mampu untuk aku berdepan dengan fitnah Dajjal. 
4 comments

Selasa, 16 Julai 2013

Segalanya Pasti Berlaku Dengan Izin Allah


Alhamdulillah result exam untuk semester lepas sudah diketahui. Alhamdulillah masih lagi lulus semua subjek. Walau apa pun keputusan kali ini, aku akan tetap bersyukur kerana masih lagi dapat kekalkan result di tahap kemampuan aku. 

Sekarang ini aku dalam keadaan bertahan untuk kekalkan result. Tinggal 2 semester lagi sebelum aku tinggalkan Malaysia. Aku memang tak mampu nak baiki result aku, walau dapat 4.0 sekali pun CGPA aku tetap di bawah 3.0. Inilah bahana main-main masa tahun 1 dan 2. Bila dah tahun akhir, baru menyesal. Namun apakan daya nasi sudah jadi bubur. Apa yang aku perlu buat sekarang ini ialah teruskan perjuangan aku untuk habiskan pengajiaan di UniMAP dan lepas jumpa Mek, aku akan fly ke India. 

Semua yang berlaku dengan izin Allah swt. Aku redha dengan ketetapan Mu O' Allah. Jadi engkau redhalah juga kepada aku. Sesungguhnya hanya Engkaulah Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.



2 comments

Selasa, 9 Julai 2013

Amal Yang Tertinggal


Ramadan semakin hampir tapi amal semakin lemah. Semenjak hidup sebagai orang awan hidup aku makin berubah, banyak amal-amal tertinggal. Tambahan pulak sekrang ini tubuh tidak berapa sihat. Lutut masih sakit akibat kecederaan lama dan deman selsema masih belum surut-surut lagi. 

Zikir pagi dan petang, israk dan dhuha, ba'diah dan qa'bliah, Al-Mulk dan Sejadah, Taubat, Hajat, Tahajjut dan Witir semakin hari semakin berat untuk dibuat. Oh Allah!! Ujian apa ini? Tanpa amal-amal ini, aku bukan apa-apa pun di sisi Engkau. Bagilah balik semangat, kekuatan untuk aku buat amal balik.

Engaku tidak rasa bersalah ke Fattah...
>Tidak sebut nama Tuhan mu dalam hari-hari mu?
>Tidak sujud taubat atas dosa-dosa dalam harian mu?
>Tidak menitiskan air mata dalam tahajjudmu?
>Tidak sempat untuk baca qalam Tuhan mu?

Sungguh hati aku sudah telah lama menjadi bangkai, Sehinggakan pekerjaan dunia lebih aku utamakan, lantas akhirat ku keciciran. Benarlah syurga itu terlalu mahal dan diciptakan untuk orang-orang yang bersusah payah bermujahadah ,tidak akan kamu gapai hanya dengan angan2 kosongmu.

Aku takut Engkau cabut usaha ini dari aku, dan aku takut Engkau Cabut iman dalam dada aku. Aku tengah down sekarang ini, tapi tiada sesiapa pun disisi aku Oh Allah. Tolong aku Allah, sempena Ramadhan ini Engkau masukkanlah roh Ramadan ke dalam diri aku. Supaya aku dapat balik semangat dan kekuatan untuk aku buat amal di bulan Ramadan ini. Amin...

4 comments