+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 23 Jun 2013

Oh Tuhan.. Oh Allah

Tuhan

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku

Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….

Kali pertama dengar lagu ini, dalam kereta ustaz. Tak tahu macam mana hati ni, rasa tertarik dengan lagu ini. Jadi aku cuba cari-cari dalam google. Tapi tak tahu tajuk lagu ni. Aku search semua lagu Waliband. Tengok lirik lagu setiap satu. Akhirnya, jumpa jugak. tahuk lagu ini ialah Tuhan. Dan lagu ini memang layan r.. Sesuai utk hilangkan mngantuk ketika  memandu pulang ke kg.
3 comments

Khamis, 6 Jun 2013

Stand Up Freind..


"Stand up right away! And don't act like you're about to die! This isn't like you! Even if there are billows of smoke, we can still see the sky. We can still see the ocean. It ain't like it's hell here! Don't act like you are about to die!"


Kita diberi rasa untuk merasa. Di beri hati untuk dihargai. Diberi masa untuk menunggu. Diberi akal untuk berfikir. Diberi perasaan untuk dikasihi. Terlalu banyak untuk diberi sehinggakan kadang kala tidak dapat membezakan mana kaca mana berlian. 

Tidak aku sangka hujan pada malam itu membawa khabar duka dari selatan tanah air. Aku sedih bila mengenangkan seorang kawan baik menderita akibat ditinggalkan. Setahun bersama, tiba tiba kekasih hati beralih arah kepada The Past. Itulah kenyataan yang perlu ditelan sekarang. Dia bakal lalui hari hari sukar berkeseorangan tanpa si dia disisi. 

Terlalu kejam cinta ini. Terlalu kejam kepada seorang pemain cinta yang ikhlas mencintai si jantung hati. Akhirnya dia kecundang. Entah apa silapnya apabila sang lelaki mula serius dengan si dia tetapi si dia pula yang merosakkan segalanya.

Selama setahun kasih disemai. Rasa cinta dan sayang berputik mekar di dalam taman hati dan akhirnya cintanya pergi begitu sahaja. Jangan sedih kawan. Menangislah, menangislah sehingga titisan yang penghabisan kerana selepas itu kau akan bangun balik. Bangun dari kesedihan ini. 

Maaf kawan, aku tak mampu berada dekat dengan kau untuk menenangkan kau dan mendengar segala cerita sedih kau. Aku tahu perasaan yang kau lalui ketika ini. 
6 comments

Isnin, 3 Jun 2013

Freind. Don't Worry About It!!



"Don't worry about it. Everyone has things they can and can't do. I'll do what you can't do, you do what I cannot do. Think carefully; if you're here then we can do it together.. 
Trust ur self my friend"


Janganlah berputus asa kerana ia bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah impian hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Kesempatan masih luas dan unsur-unsur kebaikan masih kuat dan besar dalam jiwa kalian yang mukmin, meskipun tertutup oleh berbagai fenomena kerosakan. Yang lemah tidak selamanya lemah, dan yang kuat tidak selamanya menjadi kuat.  (Imam Hasan al-Banna)


kawan, carilah aku di rumah Allah.. Aku sentiasa ada untuk dengar masalah kawan-kawan aku. Sama-sama kita doa, mintak pada Allah. Yang bagi masalah adalah Allah dan yang selesaikannya juga ialah Allah. Cuma kita yang perlu ringankan tangan untuk menadah tangan berdoa, mintak pada Allah dengan menangis bersungguh-sungguh. Seperti bayi yang mahukan susu ibunya. Ingatlah, Allah maha mendengar dan maha pemurah. InsyaAllah, masalah akan selesai. 
3 comments