+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Sabtu, 25 Mei 2013

Persediaan Menghadapi Study Week


Sekarang ini dah masuk minggu study week buat pelajar-pelajar degree dan yang seangkatan dengannya. Sebilangan kecil pelajar telah pun pulang ke kampung untuk cuti atau diorang kata nak ambil mood untuk final exam. Dan sebahagian besar lagi masih berada di asrama/rumah sewa bagi menyiapkan diri bagi menempuh final exam.

Cuti Minggu Study Week.. Sebenarnya tak ada istilah cuti minggu study week. Yang ada adalah minggu study week. Minggu study week bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mengulang kaji semua subject yang telah dipelajari dalam satu sem tersebut. Selain itu, minggu ini juga bertujuan untuk menguatkan kekuatan mental pelajar bagi menghadapi final exam.

Bagi sebilangan kecil pelajar, diorang ambil peluang minggu ini untuk balik ke rumah masing-masing. Tak salah pun sebenarnya nak buat macam tu. Cuma bagi aku, balik ke rumah bukannya study pun. Asal balik rumah je, pasti buku tu tak sentuh langsung. Jadi lebih baik duduk kat asrama ini sebab apabila tengok kawan-kawan semua study mesti kita pun nak study sama.

Jadi antara cuti dan study.. Korang pilih yang mana??

Untuk menghadapi minggu ini, aku ada beberapa tips, sebagai persediaan menghadapi final exam ni.

Persediaan Fizikal / Intelektual

1. Mula belek-belek buku masa start studi week.
Jujur aku katakan, mmg jarang aku ulangkaji pelajaran melainkan bila nak test atau bila perlu siapkan tutorial or assignment. Kalau ditakdirkan takde bende alah tadi memang tak stadi la. Kebetulan sem yang banyak pulak assignment, so rajinlah sikit bukak buku. TQ assignment!
Kebiasaannya bila nak habis study week baru org nak start study. Tapi aku terpaksa mulakan seawal mungkin sebab aku tak bbrapa nak pick up sangat dalam bab2 study ni. Amik masa nak faham sesuatu dan benda yang pernah belajar pun sampai lupa terus dari kotak ingatan. Bila tengok nota balik macam tak pernah study je. Tapi actualy dah lupa dan sbb tulah aku mula sejak awal (awal ke? haha). Sehari minimum lebih kurang 4 jam diperuntukkan untuk study. Mana yang otai dan cepat pick up tu, belajar dua hari sebelum exam pun takpe.

2. Tidur awal
Nak kata awal pun tak juga. Adela dalam pukul 11 atau 12 malam. Tujuan adalah untuk bangun awal esok tu. Bangun awal boleh stadi awal sikit. Kalau esok exam malam tidur lambat memang ting-tong la pagi esok. aku tak berapa suka memaksa diri untuk tak tidur semata-mata nak study tengah malam sebab bila dah menguap komfem belajar tak masuk. Lebih baik tidur. Masa diploma dulu, kalau tak sempat study pun akan tidur macam biasa jugak. apa nk jdi,jdi la..haha.. Sape2 yang nak cepat tidur, sila baca nota korang. Komfem cepat lena. 

3. Buat soalan final
Lepas habis satu bab yang dah diulangkaji, boleh buat soalan final. Ada la dalam 5 atau 6 set soalan final yang boleh cuba buat walaupun blom tentu apa jawapan sebenarnya. Jawapan nanti kena compare dengan member la sebab memang takde skema jawapan. Apa pun sekurang-kurangnya kita familiar dengan bentuk soalan yang ditanya. tp aku x pernah pon wat cmtu..haha..

Persediaan Mental / Rohani

1. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta
Jangan terkejut jika ada yang sampai terlepas waktu solat kerana ulangkaji. Terlalu leka sampai ‘terlupa’. Patutnya lagi dekat dengan exam lagi rajin kita menambah ibadat. Dalam aspek spiritual ni, ikut kemampuan dan pendekatan masing-masing untuk melaksanakannya. Korang lagi hebat benda2 macam ni. Mungkin yang muslimin boleh kerap ke surau untuk solat berjemaah. Berdoalah kepadaNya selepas kita puas berusaha dan Allah sangat pemurah dalam memperkenankan doa hambanya. Tapi kena ingat, kita bukan sembah Allah ketika susah, nak sesuatu atau bila nak exam. Perangai seperti ini jangan dipraktikkan kerana kita bertuhan bukannya bermusim tetapi sepanjang hayat. Jika ada perangai macam tu dalam diri, korang boleh imagine la samada Allah nak tolong atau tidak. Kalau boleh biarlah istiqamah walaupun amalannya sedikit dan jadikan amalan tersebut amalan yang bukan bermusim. aku pon berusaha kearah ni..tp kdg2 mampu kdg2 mmg out tros..haha...tp at least aku share la dgn korang smua..

Manusia bukan robot untuk belajar tanpa henti. Bila sejam dah study (selalunya suka hati), aku akan bukak internet. Baca news, blogwalking sambil mengomen atau update blog sendiri. Bila meluahkan ekspresi diri sendiri tentang sesuatu dalam blog dan share dengan orang lain dapatlah kurangkan sikit stres dalam kepala ni. 
4 comments

Khamis, 23 Mei 2013

Study week Started..!!



Akhirnya, minggu yang ditunggu-tungu datang juga. Esok bermulalah minggu study untuk final exam. Untuk semester ini, aku habiskan exam lebih cepat daripada pelajar-pelajar tahun lain. Sebab untuk pelajar tahun 3 kami perlu daftarkan diri di tempat Latihan Industri pada 17 Jun ini. 

Untuk semester ini, aku akan hadapi 4 paper untuk 17 jam kredit. Hopefully this sem, aku dapat lakukan yang terbaik. InsyaAllah. Pointer yang lepas jangan di ungkit, pointer baru akan jadi cerita untuk sem depan.

Subject yang aku ambik untuk sem ini:
ENT318 : ARTIFICIAL ORGAN
ENT414 : STRENGTH OF MATERIAL
ENT223 : ELECTRICAL MACHINE AND DRIVE
ENT221 : BIOMEDICAL ACTS STANDARDS & SAFETY


Aku juga nak ucapkan selamat.. Selamat Menduduki Final Exam untuk semua kawan-kawan kelas Biomedic tahun 3, Mecha tahun 3 dan Mechi tahun 3. Do the Best and Gud Luck for U all..
1 comment

Rabu, 22 Mei 2013

Alhamdulillah Dia Masih Ada


Alhamdulillah..

Dalam kekalutan mencari tajuk FYP,
Dia hantar seseorang untuk tenangkan diri.

Dalam kesibukkan merasai pahitnya menyiapkan assingment,
Dia hadiahkan secebis manisan "istimewa".

Dalam kepayahan mengurus kelincahan waktu,
Dia cukupkan segala yang kita perlu.

Dalam kelelahan menyempurnakan tugasan,
Dia krimkan bantuan yg diharap-harapkan.

Dalam kesunyiaan menghadapi hari-hari yang mendatang,
Dia hiburkan hati dengan ketenangan dalam kerja agama.

Dalam kepenatan memikirkan umat,
Dia rehatkan diri dengan tahajjut malam..

Alhamdulillah.. Dia ialah Allah. Robb yang satu.. 
3 comments

Khamis, 16 Mei 2013

Terima Kasih CIkgu


Di sini saya ZUL FATTAH B SALEH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpda semua guru-guru yang telah mengajar saya dari tadika dan sampailah saya berjaya ke menara gading hari ini. Mulanya saya mendapat pendidikan awal di tadika Kg Sg Hala (sekarang sudah tiada), selepas itu saya melangkah ke darjah satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Machang 1. Selepas itu saya melanjutkan lagi pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Machang sehinggalah saya tingkatan 3 dan tukar sekolah bila masuk form 4, atas sebab-sebab tertentu sehinggalah sampai form 5 di Sekolah Menengah Hamzah 1. Selepas itu, saya buat matrikulasi di Kolej Mara Kuala Nerang. Sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran kat Universiti Malaysia Perlis. kejayaan saya hari ini adalah hasil usaha guru-guru yang telah mengajar saya untuk mengenal apa itu a,b,c sehinggalah saya berjaya menggabungkan huruf itu menjadi perkataan dan seterusnya ayat dan akhirnya ayat itu aku terjemah kepada "Terima Kasih". Terima kasih semua cikgu-cikgu ku. hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan mu..saya doakan semua guru-guru saya ini sentiasa sihat dan mendapat rahmat dari Allah S.W.T. InsyaAllah
3 comments

Ahad, 12 Mei 2013

Cuba Chek Hati Kita, Keras ke Tak?



Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan. 

Boleh diibaratkan juga, hati ini seperti tasik dan sungai-sungai yang mengalir masuk ke dalam tasik adalah anggota badan @ pancaindera kita, iaitu fikiran, mata, telinga dan mulut. Kalau salah satu daripada sungai itu mengalirnya air yang kotor, maka tasik pun akan jadi kotor, tapi kalau semua air sungai yang mengalir itu bersih, maka tasik itu pasti akan menjadi tarikan untuk burung-burung bermain, mandi-manda dan ikan-ikan pasti dapat berenang dgan tenang di dalamnya. Senang cerita, hati baik anggota akan buat perkara baik. kalau hati busuk anggota akan buat benda buruk.

Abu Hurairah r.a. Berkata:
 "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan Dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat Dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud: 
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas Dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." 
(Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji Dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan Dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan:
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia Dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-Mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci Dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan Dan dosa.
3 comments

Khamis, 9 Mei 2013

Hadiah Terbaik Kepada Musuh


"KEMAAFAN"

Walau macam mana sukar sekali pun, kita wajib memaafkan seseorang yang melukakan hati kita. Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk "musuh" tetapi buat hati kita sendiri.. Kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang akan lebih menyeksa diri kita sendiri daripada orang yang kita marah dan benci. Kebencianitu hanya akan mengundang hasad, dendam dan iri hati, ini sudah cukup menjadi 'bom jangka' yang menunggu saat untuk meletup di dalam diri kita..

Untuk mendapat ketenangan dalam hidup, berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita "bebas" dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang membencikan itu. Selagi belum kita memaafkan seseorang itu, selagi itulah apa yang kita benci itu akan melekat pada diri dan hati kita.

Justeru, memaafkan musuh adalah tradisi orang-orang yang soleh. Kita tentu ingin menteladani mereka, bukan? bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi kalau bukan ahli keluarga kita. Kita dituntut bukan hanya untuk memaafkan musuh kita sahaja, bahkan juga untuk memaafkan ahli keluarga sendiri, darah daging kita, isteri, suami atau anak-anak kita. Ingatlah wwahai sahabat, kita tidak akan bahagia selagi orang disisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi, "berilah kemaafan". Dan hakikatnya ahli keluarga kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain..

Kita sukar memaafkan orang hidup. Anehnya, kita lebih mudah memaafkan orang yang mati. Sedangkan kemaafan itu penting semasa hidup, bukan setelah mati sahaja. Bayangkan ahli keluarga (ibu, isteri, suami, atau anak-anak) kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh mereka buat selama-lamanya? Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah roh kita kembali tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi , maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat. Percayalah..

Jika kita tidak memaakan orang lain ertinya kita tidak maafkan diri sendiri. Sedarkah kita, kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibody ataupun vaksin melainkan dengan sifat memaafkan orang lain. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan. InsyaAllah, penyakit jiwa dan fikiran boleh diubati dengan mudah. 

Siapa pengubatnya? "kita sendiri". Apa penawarnya? "sikap pemaaf kita sendiri."

Kadang-kadang ada orang yang terlalu sukar untuk memaafi, hatta dirinya sendiri. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan, dan kelemahan diri sendiri. Mereka bencikan diri sendiri. Mereka sukar memaafkan diri sendiri. Mereka ini jarang tenang, hidup dalam kebencian, kesepian, murung dan bosan. Mereka yang hidup dalam ketegangan sentiasa terdedah kepada sakit. Apa lagi yang boleh menyumbang pada kemarahan jika tidak marah dan benci?

Kata ahli psikologi, William James; "Tuhan boleh mengampun segala dosa kita , tetapi sistem saraf kita tidak" Maksudnya , sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Benarlah maksud sabda Rasulullah SAW, "matilah kamu dengan marahmu".

"hidup terlalu singkat untuk membenci. Maafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendiri" 

Akhir kata, untuk rakan-rakan sekelas yang masih lagi bermasam muka antara satu sama lain, cukuplah!!! 3 tahun bersama, dan kita hanya tinggal setahun je lagi untuk habiskan study kita di sini. Sama-sama kita  pergi kelas, naik bus, belajar, buat asgment, jalan-jalan holiday, makan  dan gembira bersama, tidak cukupkah memori-memori itu memadamkan api kemarahan dalam diri kamu? Macam-macam alasan korang bagi bila aku cuba damaikan. Tapi kali ini, lantak korang la, malas dah aku nak masuk campur..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
“Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”
( HR Muslim no 6697).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. menyebut balasan perbuatan ini :
“Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”.
( Abu Dawud : no 4914).

Wallahualam...
6 comments

Isnin, 6 Mei 2013

Tahniah Untuk Pemimpin?


Alhamdulillah TAMMAT sudah PRU13. Tahniah diucapkan kepada pihak BARISAN NASIONAL kerana masih lagi diizinkan oleh ALLAH SWT untuk memerintah negara MALAYSIA ini, dan tahniah juga untuk pihak PAKATAN RAKYAT kerana dapat mengekalkan 3 negeri di dalam tangan PR.

Menerima jawatan atau pangkat, adakah satu hadiah atau anugerah bagi kita? Sekiranya, hari ini anda menerima panggilan atau sepucuk surat perlantikan untuk memegang jawatan-jawatan tertentu dalam organisasi, apakah yang anda akan fikir ketika itu? Barangkali ada yang menerimanya dengan senyuman. Barangkali ada yang menerimanya dengan rasa kesedihan. Atau mungkin juga kita tidak rasa apa-apa?

Bila kita diminta untuk menguruskan sesuatu program yang melibatkan ratusan bahkan ribuan peserta, bagaimanakah rasa ketika itu? Biasanya, orang akan mengucapkan tahniah apabila kita diberikan apa-apa tanggungjawab. Tetapi, menerima tanggungjawab itu, suatu yang memang menggembirakankah atau bagaimana?

Pesanan untuk BN:

Semakin tinggi kita panjat pokok, semakin banyak buah yang dapat kita makan. Tapi kalau kita jatuh dari jarak yang tinggi, sakitnya memang tidak terperi. Jadi berhati-hatilah dalam memanjat pokok. Kadang-kadang batang pokok itu licin asbab basah dengan air hujan, jadi mudah untuk tergelincir. Pernah tak kita terfikir? DIRI kita ni, layak ke jadi KETUA? Adakah dalam diri kita ini, ada ciri-ciri KEPIMPINAN?

Nabi saw telah bersabda:

“ Sesungguhnya kamu akan menakluk di timur dan dibarat bumi. Semua pemimpin-pemimpinnya berada dalam neraka kecuali dia bertakwa kepada Allah dan yang memegang amanah.”
(Hadis riwayat Ahmad daripada Mas’ud bin Qubaisah)

Ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap diri pemimpin ialah, takwa dan amanah. TAKWA adalah orang yang menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangannya. AMANAH adalah menguruskan orang bawahannya mengikut al-Quran dan Sunnah bukannya mengikut logik pemikirannya. Jadi cuba renung diri kita, ada ke tak dalam diri kita sifat-sifat ini.?

Memang aku tak nafikan, memilih ketua itu suatu yang hak, kerana pemilihan pimpinan adalah suatu perkara yang penting bagi umat Islam kerana mereka akan membawa hala tuju orang yang di pimpin. Dalam perkara yang kecil pun Islam menyuruh kita memilih pemimpin. Rasulullah saw bersabda:

“ Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Siapa yang ada kuasa untuk memilih pimpinan dalam apa jua sitiuasi (walau pun sekadar ketua rumah/kelas) ia mempunyai tanggung jawab yang sangat berat kerana kewajipan kepadanya untuk memilih yang paling diredhai oleh Allah dan Rasulnya. Kesemua manusia, persatuan, parti dan sebagainya ada membuat kesilapan. Nabi saw sendiri sebagai pemimpin agung juga ditegur secara terang – terangan oleh Allah dalam surah Abasa. Kita hendaklah memilih pemimpin yang kurang kesilapan dan kesalahannya serta lebih disayangi oleh Allah dan Rasulnya. Oleh itu kita wajib memilih pemimpin yang lebih diredai oleh Allah dan Rasulnya. Nabi saw bersabda:

“ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”
(Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas)

Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya, kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redai. SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.

Cuba kita tanya diri kita sekali lagi, dalam hati kita ini ada Allah ke ada asbab lain yang menyebabkan kita ingin menjadi pemimpin? Kalau ada asbab lain, cepat-cepat istighfar dan betulkan niat. Tak salah untuk memimpin tapi biar kena dengan apa yg dipimpin. Apa-apa pun, keputusan telah dibuat dan aku ingin ucapkan selamat maju jaya untuk BN dalam memimpin Malaysia ke arah yang lebih baik dari yang sebelum ini.

Pesanan untuk PR:

Jangan besedih dan jangan putus asa. Cukuplah dengan alasan demi alasan. Blackout, pengundi hantu, bangla mai, rasuah, tipu sana sini. Alasan ini tak mahu ada dalam diri seorang pejuang. Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT. Kalau Allah kata "Jadi" maka jadilah, tapi kalau Allah kata "tak jadi" maka tak akan terjadi sesuatu perkara itu. Aku ingin petik sedikit kata-kata dari Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan,

"Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi"

Barang yang lepas jangan dikenang. Allah sudah tentukan jadi PR kena redha pada Allah dan kena ada sifat takwa. Yakni takut dan harap. TAKUT kalau PR menang masa ini, PR masih belum bersedia untuk memerintah MALAYSIA dan mungkin akan jadi lebih teruk. HARAP juga PR akan menang untuk membela nasib rakyat kedua di dalam MALAYSIA. sifat-sifat takut dan harap ini, perlu ada dalam setiap diri kita dapat sifat takwa terhadap ALLAH SWT.

Banyak pemilih-pemilih yang teruja dengan projek-projek dunia yang memuaskan keinganan dunia mereka sedangkan pemimpin itu jarang bercakap tentang akhirat apa lagi menggalakkan rakyatnya beramal untuk ke akhirat. Kita semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat. Firman Allah swt:

“ Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal.”
(Ayat 17 surah al-A’la)

Sebagai kesimpulan, aku sebenarnya tidak kisah sangat siapa yang pegang Malaysia. 
Sabda Nabi s.a.w. dalam satu hadis yang bermaksud :

“Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” 
[HR Bukhari dan Muslim]

Kita pasti akan ditanya, dengan tanggungjawab yang ada pada kita. Seorang ayah atau ibu, akan ditanya tentang apa yang dilakukannya terhadap keluarga dan anaknya. Seorang guru, akan ditanya tentang didikan apakah yang telah diberikan kepada anak muridnya. Seorang pemimpin negara, akan ditanya ke manakah dia telah membawa rakyatnya.

Dari sekecil-kecil tanggungjawab hinggalah kepada sebesar-besarnya, akan ditanya. Hatta kita yang mungkin merasakan tidak ada apa-apa, tidak mahu mengambil tanggungjawab apa-apa, pun akan ditanya apakah yang telah kita lakukan terhadap diri kita sendiri.

Amanah dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah, pasti Allah akan bantu kita untuk amanah dalam tanggungjawab kita sesama manusia. Kita tidak meminta, tetapi bila diberi kita laksanakan sebaiknya. Kita tidak mengejar dunia dengan tanggungjawab yang ada pada kita, tetapi kita mengejar syurga dan redha-Nya.

Maka, orang yang jelas matlamat dalam melaksanakan tanggungjawabnya, pasti akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh amanah. Dia tahu ke mana hendak dibawa dirinya dan orang di bawahnya dengan tanggungjawab yang ada padanya itu. Moga dengan tanggungjawab yang ada pada kita, tidak menjadikan kita leka, bahkan semakin dekat dengan Dia !
3 comments