+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 24 April 2013

2 Perkara Yang Perlu Kita Ingat

Alhamdulillah...


Hari ini mungkin ada antara kita masih ada mak, ada ayah dan ada keluarga. Mungkin juga salah seorang daripada mereka telah meninggalkan kita. Perasaan ketika kehilangan orang yang tersayang  tidak dapat kita lupakan. Biarpun apa yang berlaku, masa berubah kita masih tidak boleh lupakan saat-saat itu. Semakin lama semakin kita terasa kesunyiaan. Dimana Ayah? Dimana Emak? dimana ..? dimana..? Pertanyaan demi pertanyaan kita ajukan pada diri kita, kita bermonolog dengan Allah.

Begitulah kehidupan ini, tidak ada yang kekal. Dunia hanyalah sementara dan akhirat yang kekal selama-lamanya. Kita tahu kita akan mati, kita tahu dunia ini hanya sementara dan kita juga tahu yang kehidupan selepas mati itu benar tapi kenapa kita masih lagi boleh bersuka ria, bergelak ketawa sehinggakan di dalam masjid pun kita ketawa dan kita bercakap perkara dunia dalam masjid?

Ingatlah sahabat,

2 perkara yang perlu kita sentiasa ingat di dalam benak kepala kita ialah:
  1. Ingat Allah dan Rasul
Dalam setiap perkara yang kita kerjakan setiap hari, kena ada hubungan dengan Allah. Hati kita sentiasa dengan Allah. Kita bercakap atas urusan kerja tapi hati kita kena dengan Allah. Kita melakukan satu-satu pekerjaan, hati kita juga kena ada Allah.  Sehinggakan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara kita kena ingat Allah. Sebab Allah lah yang telah mengerakkan kita, yang telah mengizinkan kita untuk lakukan satu-satu perkara tersebut.

Dalam setiap urusan @ masalah, kita mengadu pada Allah. Kita cakaplah dalam hati kalau tak berani cakap di mulut. Contoh: " O Allah, aku nak blajar ni. bagilah aku faham" @ "O Allah, aku nak pergi kerja ni, selamatkan aku dan permudahkan urusan aku" @ "O Allah, Engkau suka aku makan apa hari ni?" 


Cakaplah, jangan malu untuk mengadu pada Allah. Allah suka jikalau kita sentiasa sebut namaNya.

   2. Ingat Mati

SESETENGAH orang menyangka ingat mati akan melemahkan semangat. Mereka membayangkan jika seseorang mengingati mati, ia tidak lagi ghairah untuk bekerja, menuntut ilmu dan membangun negeri. Sangkaan anggapan seumpama itu tentu sahaja salah. Mengingat mati adalah satu galakan daripada Rasulullah SAW kepada umat Islam. Matlamatnya bukan untuk melemahkan semangat, malah makin menguatkan keinginan untuk hidup.

Terbukti, generasi umat Islam yang paling aktif bekerja dan menggunakan masa dengan berkesan adalah para sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya menakluk dunia, membangun tamadun dan mengembangkan dakwah Islam dalam masa yang sangat singkat. Semua itu kerana berpegang kepada pesanan Nabi SAW agar selalu mengingat kematian.

Rasulullah SAW bersabda: “"Perbanyakkanlah mengingat penghancur semua kelazatan, iaitu maut." 
(riwayat al-Tirmizi)

Antara kesan bila kita sentiasa ingat mati:
  1. Hidup kita akan lebih dihargai
  2. Mendorong kita merancang kehidupan dengan lebih baik
  3. Menghidupkan hati kita
Rasulullah SAW bersabda: “"Orang yang pandai adalah dia yang selalu mengawal nafsunya dan bekerja untuk kehidupan setelah mati." (al-Tirmizi)
3 comments

Sabtu, 20 April 2013

Bertaubatlah Wahai Sahabat


Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata,

"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"


Rasul menjawab,

"Ya. Akan ditulis"


Dia bertanya lagi,

"Bagaimana jika aku bertaubat?"


Rasul menjawab,

"Akan dihapus."


Dia berkata lagi,

"Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"


Rasul menjawab,

"Akan ditulis."


Dia berkata lagi,

"Ya Rasul, bagaimana kalau aku bertaubat?"


Rasul menjawab,

"Akan dihapus."


Lelaki itupun berkata,

"Ya Rasul, sampai bilakah Allah akan menghapus?"


Rasul menjawab,

"Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun."


- Riwayat Thabrani dan Al hakim -

Untuk diri sendiri dan kawan-kawan, yang masih lalai dengan dosa-dosa. Niat hati semalam sekadar hendak ikram kawan-kawan, tapi bila dah sama-sama ketawa bagai nak mati, akan mematikan hati. Austaghfirullah al azim. Sampaikan solat asar berjemaah pun terlepas, lupa yang Allah itu ada. Sibuk dengan mainan yang bagi nikmat sekejap ja. Harap-harap lepas ni, tak akan berulang lagi. Satu kerugian yang amat besar bila terlepas solat berjemaah.
4 comments

Ahad, 14 April 2013

Hadiah Terbaik Buat Sahabat



Bercakap soal HADIAH, pasti kita akan terfikirkan satu kotak besar yang dibaluti dengan plastic yang berbunga-bunga dan diikiat dengan reben merah dengan simpulan sila. Kita juga pasti akan terfikir hadiah-hadiah yang pernah kita bagi pada seseorang dahulu, pada someone special atau pada kawan-kawan lama. 

Kebiasaannya hadiah diberi kepada seseorang sebagai tanda berterima kasih atas jasa seseorang tersebut. Sebagai contoh, bila tibanya hari guru. Pelajar-pelajar akan berlumba-lumba untuk bagi hadiah pada guru kesayangan masing-masing. Ada yang bagi sabun mandi yg dibalut kemas dengan plastic warna-warni, ada yang bagi hadiah mug @ gelas, ada yang bagi hadiah coklat dan ada juga yang bagi hadiah buah nyior @ buah kelapa muda pada cikgu. ->(zaman sekolah dulu) dan macam-macam jenis hadiah lagi yang kita bagi untuk guru-guru kita. Biasanya cikgu yang baik dengan pelajar yang paling banyak dapat hadiah dan guru disiplin paling sedikit dapat hadiah. 

Hadiah juga diberi sebagai tanda perpisahan. Sebagai contoh, bila tamat pengajian sekolah, sekolah menengah, matrikulasi dan university. Masing-masing akan mula sibuk untuk mencari sesuatu di kedai-kedai cenderamata untuk dijadikan hadiah pada pasangan atau sahabat masing-masing. Supaya orang yanag dapat hadiah itu sentiasa ingat pada orang yang memberinya. 

Tapikan, pernah tak kita terfikir akan hadiah yang selain daripada itu? Maksud aku, hadiah yang kita bagai itu semuanya dalam bentuk fizikal, ada rupa dan rasa. Macam mana pula hadiah dalam bentuk abstrak @ dalaman @ batin? Pernah tak kita bagi hadiah seperti ini kepada orang-orang sekeliling kita? 

Tahukah kita semua? 

Hadiah yang terbaik untuk sahabat @ kawan @ teman @ gu kita ialah KESETIAAN. Kesetiaan ini sukar dicari dan susah untuk dijumpa. 

Kalau susah mendapat kawan, kawan yang ada sekarang ini, itulah kawan yang setia. Kalau senang mendapat kawan, kesemua mereka tidak tentu baik orangnya. Begitu juga dengan sesebuah syarikat yang sudah begitu besar, maka ramailah kawan yang kaya pula akan mendekati dan berurusan dengan syarikat tersebut. Lumrah kehidupan apabila beroleh kesenangan, dimana riak dan dimana takabur telah tidak diendahkan lagi oleh syarikat berkenaan. Tindak tanduk mereka selepas itu hanya menampakkan ketidak adilan dalam serba perkara termasuk perbelanjaan yang keterlampauan. 

Gaya hidup pun berubah rupa. Siang dan malam sudah hilang tanda sempadannya. Malah penerokaan kepada pasaran baru dan sangat memerlukan telah diabaikan dengan alasan remeh dan banyak kerenahnya. Bagi pelanggan yang kaya pula, mereka juga pencetus kepada masalah dan dosa. Walaupun perkhidmatan telah diberi tidak semestinya wangnya telah dibayar. Oleh kerana putaran wang terlalu besar, silap kecil boleh ditutup sebelah mata. Tapi kata orang, sikit-sikit lama lama jadi bukit dan bangkai gajah tidak dapat ditutup lagi. Maka tersentaklah mereka dari tidur yang bermimpi indah. Oleh kerana kawan yang setia tidak seberapa, bermulalah hidup baru bersujud kepada Yang Maha Berkuasa. 

Mungkin perumpamaan diatas merumitkan pemikiran kita semua. Tapi itulah hakikatnya, seperti kricoff law. Arus yang masuk sama dengan arus yang keluar. Begitu juga kalau kita setia berkawan dengan kawan yang baik, maka kita pun akan jadi baik. Kalau kita setia berkawan dengan orang jahat, kita pun akan jadi jahat. 

Bla...Blaa Blaa...Blaa.. setia.. setiaaa setiaa..? What that? 

Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan dia beri bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta, kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta.

Waktu sakit diziarahi, di waktu dapat nikmat dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah tertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup dan kecacatannya tidak diumpat.

Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong
Aduh mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi.

Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku mohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan.
4 comments

Jumaat, 12 April 2013

Astaghfirullahal'azim. Jangan Malu Untuk Bertaubat

Google 
Sekiranya kita kalah dengan nafsu, lalu kita melakukan maksiat. Jangan kita biarkan diri kita hanyut dengan dosa, bahkan kita mesti cepat2 kembali pada Allah. Walaupun dalam keadaan lemah, tanamkan dalam hati ingin menjadi orang soleh. Jangan habiskan masa dengan mengeluh, " aku ini banyak dosa" sedangkan tidak ada usaha untuk memperbaiki diri. Setiap maksiat yang kita lakukan cepat-cepat kita sertakan dengan ketaatan seperti istighfar, sembahyang sunat taubat, baca Quran dan seumpamanya. Ketahuilah Allah sentiasa menunggu hambaNya bertaubat kepadanNya. dosa itu adalah satu jalan kita kembali kepada Allah, bukan untuk kita lupakan Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun dosa-dosa hambaNya walaupun sebanyak buih di lautan. Tazkirah kpd diri sendiri yg sentiasa kalah dengan nafsu untuk perkongsian bersama.. Astaghfirullahal'azim... 

Jangan pula malu untuk datang pada rumah Allah. Kita ajak keluar di jalan Allah adalah untuk baiki diri, untuk Islah diri. Sebab itulah setiap kali kita keluar di jalan Allah, kita niat untuk belajar. Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan. Cubalah korbankan harta, diri dan masa untuk duduk bersama kami. Sama-sama kita belajar baiki diri. Cukupalah dengan alasan "aku belum sedia la" & "aku orang jahat mana boleh duduk di masjid". Alasan itu sudah tidak boleh di guna pakai la kawan-kawan. 

Apa lagi yang kamu mahu dengan dunia ini? Tidak cukupkah dengan nikmat-nikmat yang Allah bagi? Apa yang akan kita jawab pada Allah di padang mahsyar nanti? "Apa yang kamu buat untuk agama aku, ketika agama aku sedang dipersendakan?". Solat, puasa, zakat dan haji kita belum tentu dapat jamin kita masuk syurga Allah. Sebab itu perintah Allah. Tapi Allah tanya apa pengorbanan kita untuk agama Allah.?

Hanya iman yang soheh pada Allah sahaja yg dapat jamin kita masuk syurga Allah. Untuk dapat kepada perkara itu, kita kena usaha atas agama. Untuk usaha atas agama, kita kenalah keluar di jalan Allah. InsyaAllah. 
7 comments

Rabu, 10 April 2013

Sahabat @ Kawan @ Teman @ Gu Itu Hanyalah Nama


Sahabat @ Teman @ Kawan @ Gu itu hanyalah satu nama yang diberikan untuk satu orang yang rapat dengan kita. Tidak ada bezanya antara gelaran-gelaran itu. Cuma yang membezakannya ialah antara baik dengan buruk.  Untuk pengetahuan kita semua, Sahabat @ Teman @ Kawan @ Gu yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Untuk kawan-kawan, yang masih terlena dalam kehidupan dunia. Yang masih tidak kenal siapa itu sahabat dan siapa itu kawan. Yang masih tidak tahu apa erti teman dan musuh dalam kamus hidup. Dengarkan ini, wahai sahabat, sedikit nasihat dari sahabatmu ini.

Bukan senang untuk mencari kawan yang baik, kerana aku juga masih belum temuinya. 
Bukan senang  menjadi kawan yang baik, kerana aku juga ada silapnya.
Bukan senang untuk sentiasa bersama teman, sebab aku juga perlukan privite time.
Bukan senang untuk tahu kawan kita, kawan yang setia, sebab kita masih belum mengujinya.

Tahukah engkau wahai sahabat?

Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya untuk buat pekara buruk atau sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk buat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang yang di cari bila susah atau senang.

Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak akan melarang larang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain.
Kawan yang baik tak akan cemburu jika kawan baiknya ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan.
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan.
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk.
Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..
Kawan yang baik akan sentiasa membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kata orang, "cakap tu senang la bro, cuba ko buat?". Memang tak dinafikan, susah untuk kita jumpa sahabat yang setia bersama kita ni. Tapi, tahukah kita semua, untuk dapat satu orang kawan yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan-kawan kita. Biarlah kita berkawan dengan ikhlas kerana Allah. Jangan mengharap apa-apa pun dari kawan kita. 
3 comments

Isnin, 1 April 2013

Selamat Ulang Tahun


SELAMAT ULANG TAHUN KE-3
ZULFATTAH.BLOGSPOT.COM

Dan 

SELAMAT HARI LAHIR KE-22
ZUL FATTAH B SALEH

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang wish @ ucap selamat hari lahir di FB, melalui SMS dan melaui Blog ni. Terima kasih semua. 

"Aku bersaksi dengan iman atas kebaikan saudara-saudara aku, Engkau tunaikanlah permintaan mereka O Allah, sebagaimana yang mereka telah doakan untuk aku"

Amin...



9 comments