+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 31 Mac 2013

Bergomolan Dengan Babi?


Sedang mata melihat burung-burung kecil berterbangan di udara. Mata ini tertarik dengan sepasang burung Merbau yang hinggap di atas dahan pohon rambutan. Masing-masing saling bernyanyi dan berkejaran dan seketikanya pula hinggap kembali di dahan yang sama, begitulah yang dilakukan oleh sepasang burung yang sedang bercinta itu. 

Hati kecil mula berbisik, alangkah baiknya kalau aku jadi burung. Boleh terbang tinggi-tinggi, boleh bersuka ria dengan bernyanyi, ada pasangan dan hidup bebas dari halangan. Ia juga tak perlu risau akan rezeki, kerana Allah telah tetapkan. Ia juga tak perlu risau akan mati, kerana Ia tidak akan diazab di padang mahsyar. Ia juga tak perlu takut akan neraka, kerana Allah telah tetapkan syurga untuknya. 

Perasaan cemburu mula mengusai diri ketika ini, cemburu dengan nikmat Allah pada burung tersebut. “Arghhh.. Lupakan semua itu. “ 

INGAT!!! Fattah, Allah telah bagi kamu nikmat-nikmat yang lebih besar daripada nikmat-nikmat yang telah Allah bagi pada burung itu. 

Tahukah kita semua, 4 nikmat besar yang Allah telah bagi pada kita semua? 

1. Nikmat Sebagai Manusia(Insan) 
2. Nikmat Iman 
3. Nikmat Umat Muhammad SAW 
4. Nikmat Kerja Dakwah 

Untuk penjelasan lebih detail, sila rujuk sini

Sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal nikmat-nikmat ni, tapi main point aku sebenarnya ialah untuk bercerita pasal burung yang bercinta tu. Bila burung jantan berjumpa dengan burung betina, beginilah jadinya: 

“Bila mata bertentang mata, dari mata turun ke hati. Bila sang kekasih telah singgah di hati dan fikirannya, maka terpautlah cahaya wajah puteri di lubuk hati. Jiwa mulai gelisah tidak menentu, sentiasa terbayang bunga sejati. Diketika itu jiwa akan wujud menjadi besi dan kekasihnya adalah umpama magnetnya. Mata tak ketahuan, kerana ingin menatap orang yang dirindui. 

Rasanya selalu ingin bertemu muka serta memandang sekilas bayang sang kekasihnya. Membuat jiwanya seakan-akan terbang menuju langit ke tujuh dan bertemu dengan jiwanya. Indahnya cinta terjadi saat sang kekasih secara samar menatap bayangan kekasihnya. Bayangan indah itu laksana air menyirami, menyuburkan pepohonan ditaman jiwanya..” 

Pernah satu masa, aku ditanya oleh seseorang. Apa pendapat ZF tentang couple? Terus terang aku cakap, aku tak berani nak komen pasal couple-coupling ni. 

Tahukah kita semua, apa dosa bila lelaki bersentuh bahu dengan perempuan yang bukah mahram.?
"Mengikut Mazhab Syafie sekiranya segaja menyentuh atau tersentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, jawabnya adalah haram. Berdosa. Kalau kita ada wudhuk, batal wudhuk itu." Syafie memang sedikit keras dan tegas dalam masalah ini.
Dan
"Perumpamaan bagi lelaki yang bersentuh bahu dengan perempuan yang bukan mahramnya ialah sama seperti kita bergomolan dengan babi di dalam lumpur."

Itu baru tersentuh @ sengaja berlaga bahu, belum lagi yang sengaja bersalaman antara lelaki dengan perempuan. Jadi fikir-fikirkanlah, sudah berapa banyak kali kita bergomolan dengan babi..? 
No comments

Jumaat, 29 Mac 2013

Jangan Menangis, Cukuplah Dengan Adanya Allah


Lumrah penciptaan manusia dan sudah menjadi fitrah hidup kita, semakin kita membesar semakin banyak ujian dan cabaran yg kita akan alami. Dalam cabaran dan dugaan ini, kita tempuh dengan suka dan duka. Mudah(rasa) bg kita bila kita sudah lalui satu-satu ujian itu, susah untuk kita bila kita masih lagi belum mampu utk melepasi ujian hidup masa kini. Kejayaan kita setelah melepasi satu-satu uijan hidup kita sambut dengan gembira, syukur kpd Allah SWT kerana permudahkan urusan kita. Tapi bagaimana jika kita gagal dalam satu-satu ujian hidup kita? Apa yg kita akan buat? Teruskan atau berundur? Perasaan kita macam mana? 

Jangan bersedih wahai sahabatku, dengarkan sedikit nasihat daripada sahabat mu ini. Aku juga pernah berada di tempat mu sahabat. Susah-susah berusaha, tersungkur juga dlam kegagalan. Kita sudah cuba yg terbaik untuk berjaya dalam ujian tersebut, tapi kita masih belum mampu utk capai tempat yg terbaik. Jangan bersedih sahabat, ingatlah Allah masih bersama kita. 

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." 
(Surah Al-Imran :139 ) 

Tahukah engkau wahai sahabat? Kesedihan hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, membuatmu malas untuk berjihad, membuatmu putus harapan, mengalakkanmu untuk berburuk sangka, melunturkan semangatmu untuk terus berusaha, menenggelamkanmu dalam emosi yg negative dan melemahkan engkau untuk mengangkat tangan meminta kepada Allah. Gagahkan tanganmu sahabat. Angkatlah tanganmu, mintaklah pada Allah sesungguhnya: 

Allah SWT telah berfirman:
Dan, Rabb-mu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu." 
(Al-mukmin :60)

“Berdoalah kamu kepada Rabb-mu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Al-A'raf: 55)

Jangan bersedih wahai sahabat, sebab rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit syaraf, penghancur jiwa, penebat suka, punca emosi negatif dan penebar keraguan dan kebingungan.

Jangan bersedih wahai sahabat, kerana Allah telah hadiahkan kita surat cintaNya iaitu al-Qur'an, di dalamnya ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik, ada amalan yang memberikan manfaat. Ada ubat untuk mengubat kesedihan kita. Kerana apa aku berkata begini sahabat? Kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Carilah hatimu di 3 tempat, iaitu dengan membaca al-quran, menunaikan solat berjemaah dan duduk bertafakur mengingati mati.” Jadi, isikan dada-dada engkau sahabat dengan ayat-ayat al-quran, dan hiasilah rumah-rumah kamu dengan bacaan al-quran. 

“Maka, sembahlah Allah dengan mendirikan ibadah kepadaNya.”
(Al-Mu'minun: 14)

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 

Jangan bersedih wahai sahabat, dan jangan pernah menyerah kepada kesedihan dengan tidak melakukan aktiviti. Solatlah, bertasbihlah, bacalah quran, dan tunaikanlah tanggungjawabmu sebagai hamba Allah dengan keluar di jalan Allah. Untuk mengubat hati yg gundah, perlukan tempat yang sesuai. Tiada tempat yg paling tenang di dunia ini, melainkan hanya di rumah-rumah Allah. Untuk belajar pun, kita perlukan suasana campus @ sekolah, jadi untuk ubat jiwa sahabat pun perlu kepada suasana juga iaitu di Masjid @ di rumah-rumah Allah. 

Semasa keluar di jalan Allah, kita belajar untuk baiki diri kita. Kita belajar untuk membesarkan Allah. Kita belajar untuk kenal siapa Allah. Kita belajar untuk menghambakan diri kepada Allah. Kita belajar untuk sujud hanya pada Allah. Kita belajar untuk membetulkan salah faham kita terhadap agama kita. Kita belajar untuk duduk dalam suasana agama. Kita belajar untuk kenal siapa Rasul kita. Kita belajar untuk jumpa saudara-saudara seagama kita. Kita juga belajar untuk buat kerja Nabi yg telah ditinggalkan pada kita. 

InsyaAllah, semoga Allah memberikan ketenangan jiwa kepada sahabat-sahabat semua. 

“La Tahzan, Hasbiyallah waniqmal waqil”

5 comments

Selasa, 26 Mac 2013

Oh Temang..


Aku (RXZ Biru), Nuar (LC Merah), Osman(LC Hijau) dan Zaki (LC Merah)

23/03/2013 sudah menjadi satu tarikh yg tak akan mungkin aku lupakan. Pada hari itu, jantung aku bagai nak luruh bila dapat tahu sahabat aku meninggal dunia. Pergi tak akan kembali lagi di dunia ini. Pergi dengan tiba-tiba membuatkan aku tak percaya, terpaku dan bila mana aku menoleh ke belakang dari kawan(yg bagitahu aku kematian sahabat) aku, air mata aku pulak yg mengalir. Aku tak mampu nak tahan lagi, segala memori kami bersama dalam masa 3 tahun mula terimbas dlam fikiran aku. 

Awal pertemuan di Gelanggan Futsal Wang Ulu, pada waktu petang kami main futsal sama-sama. 2 tahun main futsal bersama. Tapi setelah aku stop dari berfutsal. Hampir 1 tahun tak main, main pun sekali dua je. Tapi hati ini, tergerak nak main bersama kawan-kawan yg lain. Jadi kelmarin dulu, aku turun jugak main bersama dengan Osman. Sungguh aku tak sangka, itu game terakhir aku dengan arwah. 

Kami sama-sama konvoi dengan motosikal balik ke kampong bila cuti semester. Aku naik RXZ, Osman, Zaki dan Nuar semua naik LC. Balik Kg bersama, dating Perlis pun bersama. Aku dan Zaki stop di Kelantan. Arwah dan Nuar stop di Terengganu. 

Kami sama-sama keluar di jalan Allah. Korban harta, diri dan masa untuk agama Allah. Hampir 5 kali kami keluar bersama. Buat usaha atas agama bersama. Bermalu muka pergi jumpa orang bersama. Sama-sama kami berusaha hidupkan 5 amal masjid di Taman Semarak ini. Sama-sama kami bagi masa 2 jam setengah untuk agama Allah. Sama-sama kami buat Gush (Ziarah) di sini dan sama-sama kami duduk dlm mesyuarat. Hari ini, aku telah kehilangan satu orang rakan seusaha….. 

Kenapa? Kenapa mesti dia, O Allah? Kenapa mesti Osman Allah? Kenapa Engkau tak ambik aku Allah? Osman pemuda yg baik Allah. Aku bersaksi dengan iman atas kebaikan yg saudara aku (Osman) lakukan. Dia pernah khidmat aku, bawa aku pergi jumpa tukang urut ketika aku excident dahulu. 2 kali Allah, dia hantar dan ambik aku. Dia pernah khidmat buat air nyior untuk jemaah Palestine. Dia pernah Khidmat pada Masjid, pada rumah Mu Allah. Engkau pandanglah amal kebaikan yg dia lakukan ini. 

O Allah, Engkau tunaikanlah janji-janji Engkau. Bukankah Engkau pernah berjanji..? : 

“Barang siapa yang jaga 5 solat fardhu secara berjemaah, Engkau akan bagi mereka 5 ganjaran. Engkau berjanji akan murahkan rezeki Osman? tapi Osman dah tiada Allah. Engkau berjanji akan angkat azab kubur? Maka Engkau angkatlah azab kubur terhadap arwah Osman Allah. Janganlah Engkau azab dia Allah, jadikan kuburnya sebagai taman-taman syurgaMu Allah. Engkau berjanji akan bagi buka amalannya pada tangan kanan? Jadi bagilah buku amalannya dengan sebaik-baik pemberian dan engkau permudahkan urusannya di padang masyar Allah. Engkau angatlah dirinya di arasy Engkau. Engkau terangilah dirinya dengan cahaya nurMu O Allah. Engkau berjanji akan permudahkan urusannya untuk lintas titian sirat? Maka Engkau bawalah dia melintas dengan sepantas kilat dan jadikanlah masjid yg dia ulang alik 5 kali sehari itu sebagai kenderaan untuknya O Allah. Engkau juga berjanji Allah, yg mana Engkau akan masukkannya ke dalam syurgaMu? Atas janji-janji mu ini, aku mohon padaMu O Allah, Engkau masukkanlah Osman ke dalam syurgaMu tanpa hisab. Aku redha pada Osman Allah, maka Engkau redhalah pada dia sebagaimana Engkau telah redha pada sahabat-sahabat r.hum” ---(doa) 

24/03/2013. Aku menaip entry ini untuk dijadikan sebagai memoir arwah Osman bersama aku. 
Nama: Osman B Hafizudin 
Gelarang : Temang
Umur: 25 
Course: Mechatronic Engineering (Final Year) 

Pukul 11 malam nanti, jenazah akan dikebumikan. Untuk pengetahuan semua, jenazah meninggal di Kronget,Thailand. Terjatuh akibat jalan licin. Jadi manyat dibawa ke Hatyai untuk dibedah siasat. Alhamdulillah setelah selesai dimandikan dan di kafankan, jenazah dapat dikeluarkan dari Thailand pada pkul 11 pg tadi dan dihantar terus ke K.Terengganu. 

Hari ini, 26/03/2013. Aku postkan entry ini sebagai peringatan untuk aku di masa hadapan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan diredhai oleh Allah SWT.

AL-FATIHAH
8 comments

Jumaat, 22 Mac 2013

Untuk Jiwa-Jiwa Yang Kecewa


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Kecewa dgan ketentuan Allah terhadap kita. Kecewa dgan keputusan kedua ibubapa kita. Kecewa dgan sikap kawan2 kita. Kecewa  dengan keputusan pelajaran kita dan kita sering kecewa dengan hidup @ diri kita. Kekecewaan ini, kadang2 membuatkan diri kita kosong, sunyi, rasa macam tersisih dan mahu menyendiri. Perasaan ini membuatkan diri kita macam tak dihargai oleh org sekeliling. Jadi secara jelas disini, telah terangkan maksud sebenar di sebalik kata kekecewaan itu, yakni "sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan."

Dalam kekecewaan ini, kebiasaannya diri kita akan berada dlm 2 keadaan. Keadaan yg pertama, kita akan terjebak dlm nafsu. Contoh, satu org anak yg kecewa dengan kputusan ibubapanya, dia akan memberontak dan untuk menghilangkan tekanan yg dia rasai. Si anak itu akan cuba sesuatu yg baru, seperti hisap ganja, pil kuda atau dadah semata2 utk menghilang masalah yg dia rasai. Dalam keadaan ini, amat malanglah utk diri si anak dan ibubapanya.

Yang kedua kita kembali kepada fitrah kejadiaan manusia. Satu orang yg berasa kecewa dengan dirinya akan cuba utk mencari penciptanya. Contoh, satu org yg gagal dalam pelajarannya, dgan iman yg ada dalam dirnya, dia akan cuba utk bermunajat kpd Allah. Mintak pada Allah dan dia redha dengan keputusan yg telah Allah tetapkan untuknya.

Dan sungguh sangat-sangat beruntunglah andainya dalam saat-saat tergoncangnya jiwa dan dalam keaadaan iman di hujung halkum, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada benih iman di dalam hati untuk yakin pada Pencipta. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir, majlis-majlis yg menyebut2 nama Allah, yang akan melahirkan ketenangan dlam jiwa.

Dunia dicipta untuk manusia, manakala manusia dicipta untuk akhirat. Dalam hidup kita di dunia ini, boleh diibaratkan sebagai pentas lakonan. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Kita kejar harta yg bertingkat. Kita kejar pangkat yg berdarjat. Kita kejar cinta dunia yg bernafsu dan kita lena dalam nikmat maksiat di dunia. Ok Fine!! Aku tak nafikan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan mesti terlaksana dan tidak semua yang kita mahu harus tercapai. Cukuplah dengan ketentuan Allah terhadap kita. Sesungguhnya Allah telah aturkan semua perkara dlam kehidupan kita.

Wahai Jiwa2 yang Gundah..

Cuba kita menjengah ke luar jendela. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa kejayaannya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga dengan kegagalan, kita mudah menghukum Pencipta kita. TIDAK ADIL, KEJAM dan macam-macam lagi kata-kata yg mungkin mengugat iman kita. Padahal kecewa kita atas kegagalan dan silap kita sendiri, membawa maksud kepada erti kegagalan iaitu "tidak tercapainya apa yg memang bukan hak kita".

Apa yg memang menjadi hak kita di dunia ini kita akan dapat. Harta, pangkat, jodoh dan rezeki Allah telah tetapkan. Tidak akan mati seseorang itu, jika dia telah ditakdirkan untuk makan 10 guni beras semasa hidupnya. Sebelum dia habiskan sebiji beras yg terakhir selagi itu dia selamat dari ajal. Cuma kita perlu usaha atas satu perkara sahaja, iaitu IMAN. 

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Kekecewaan dalam perhubungan juga boleh mengubah kita secara total 360 degree. Kadang-kadang kita tidak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita. Kita selalu meminta yg terbaik dalam istikharah cinta kita. Kita cuma mahukan dia, hanya dia.. Kita mendesak kepada Allah, yg kita cuma mahukan dia. Kerana kita sangat mencintai si dia. Seakan-akan kita yg menentukannya dan kita memaksa dalam meminta. Kita cuma ikut hati kita, ikut nafsu kita sahaja. tapi kita tak ikut ketentuan Allah terhadap kita. Hasilnya, bila putus hubungan dengan seseorang. Musuh pula yg tercipta, Tuhan pula  yg dihina. 

Wahai jiwa2 yg terguris, dengarkan ini pesan Penciptamu:
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah:216).

Sebagai kesimpulannya, janganlah kita kecewa dengan apa yg telah berlaku. BANGUN SAHABAT-SAHABATku, BANGUN !!! Jangan menangis lagi atas kekecewaan mu itu, Jangan bazirkan air mata atas cinta nafsu mu. Jangan biarkan air mata mu mengalir utk sesuatu yg bukan hak mu. Lupakan semua itu, keluarlah dari kepompong gelap itu. Datanglah pada cahaya Ilahi. Sesungguhnya Allah ada bersama mu. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyanyang terhadap hamba-hambanya.

Wahai jiwa-jiwa yg kecewa. Ingatlah yg jiwa ini juga pernah kecewa, jiwa ini juga pernah terlena dlm nikmat nafsu sebelum tersedar disapa oleh cahaya Ilahi. 

7 comments

Rabu, 20 Mac 2013

Jom Kita Belajaq2 Fikir..


Hari ni, aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku duduk bersama satu org ustaz semasa cuti semester lepas. Hampir sebulan aku tinggal bersama ustaz, ikut je kemana dia pergi. Dari Perlis, ke Kelantan, dari Kelantan ke Terengganu, dari Terengganu ke  Kelantan, dari Kelantan ke Perak dan last ke Penang. Fuhh!! Memang benar apa yg ustaz cakap. Kita tak boleh duduk lama bersama ulamak @ org alim, nanti kita akan nampak aib mereka. 

Sabaq je la, kena marah dan kena tegur, aku anggap itu nasihat utk aku. Asalkan niat aku utk khidmat ikhlas pd ustaz. Untuk dapatkan ilmu kenalah bermujahadah kan? Banyak aku blajaq bila duduk dgan org Alim ni. Suka aku kongsikan di sini, setiap kali apa2 keputusan dibuat, ustaz akan mintak syor@pendapat dari aku dan kawan aku, dan sblum bagi syor beliau selalu tekankan utk fikir terlebih dahulu. Fikir kesan dan akibat, baik dan buruk atas apa yg disyorkan.

Utk latih fikir kita ni, cuba kita blajaq2 fikir atas perkara2 berikut:

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Alhamdulillah, bila kita dah dapat belajar fikir. Kita cuba pulak utk fikir atas saudara kita. Contoh fikir ialah macam mana nak bawa kawan2 kita yg tak datang pada solat, dapat solat. FIKIR UMAT, yg mana fikir Nabi2 terdahulu. Fikir ni, kita nampak simple je, tapi sebenarnya ianya besar disisi Allah SWT. Dalam satu mahfum hadis, Seketika kita fikir atas saudara kita, Allah bg pahala 70@80 tahun pahala ibadat sunat. Yg mana ibadat sunat itu, kita berpuasa di sepanjang hari dan beribadat di malam hari.

2 comments

Sabtu, 16 Mac 2013

4 Nikmat Besar, Allah Bagi Pada Manusia.




Alhamdulillah, masih ada kesempatan waktu lg, untuk ZF menulis dlm blog ni. Sekarang ni, sibuk dengan urusan pelajaran dan kerja@tanggungjawab yg perlu dilaksanankan. Alhamdulillah sekali lagi syukur kepada Allah SWT, kerana masih lagi bagi kita anggota tangan (jari-jemari) ni untuk menaip dan menulis, syukur juga kepada Allah kerana masih bagi kita mata untuk melihat dan membaca penulisan ZF. Yakinlah, barang siapa yg bersyukur dgan nikmat Allah, pasti dan pasti Allah akan tambah nikmat tersebut..

Tahukan kita semua, apa nikmat yg paling besar yg telah diberi oleh Allah kepada manusia? 

4 Nikmat Besar yg telah diberi oleh Allah SWT kpd manusia @ kita semua yg perlu kita bersyukur sangat2 adalah:

1) Nikmat Manusia(Insan). Kita dilahirkan sebagai manusia yg punyai akal fikiran yg waras, mampu berfikir utk membezakan baik dan buruk. Cuba kita lihat ciptaan Allah yg lain, seperti lembu. Allah cipta lembu sebagai binatang yg tidak berakal, hidupnya utk khidmat kpd manusia. Dagingnya utk dimakan, kulitnya diguna utk keperluan manusia. Cuba kita bayangkan, jikalau Allah cipta kita sebgai lembu? 

2) Nikmat Iman dan Islam. Dengan adanya kalimah Lailahaillallah, kita sudah beriman pada Allah. Kita perlu banyak2 bersyukur, kerana kita lahir2 je dekat dunia ni, kita telah beriman pada Allah SWT. Cuba kita lihat, orang Cina, India, dan org2 bukan Islam yg lain. Mereka tak tahu apa itu kalimah Lailahaillallah? Mereka lahir2 je di dunia ni, sudah sembah tokong, sudah sembah patung. Padahal mereka juga umat Nabi Muhammad SAW. Jadi, ianya menjadi tugas kita utk sampaikan kalimah Lailahaillallah pada mereka semua. Mungkin, bila mereka dapat kalimah Lailahaillallah dan buat kerja atas kalimah Lailahaillallah, mereka pasti lebih mulia daripada kita semua.

3) Nikmat Hidup Sebagai Umat Nabi Muhammad. Alahmdulillah, kita semua diplilih oleh Allah utk lahir di zaman akhir zaman, hidup sebagai umat akhir zaman. Umat yg dirindui oleh Rasulullah. Bersyukurlah tuan-tuan, sesungguh nikmat hidup sebagai umat Nabi Muhammad ini sangatlah besar. Sebab apa? sebab kita umat yg mula2 masuk syurga dan Nabi2 terdahulu pun teringin nak jadi umat Nabi Muhammad. Contoh Nabi Musa yg mintak pada Allah nak jadi Nabi akhir zaman, tapi Allah tak bagi, selepas tu Nabi Musa minta jadi umat akhir zaman, pun Allah tak bagi. Kerana Allah sudah sediakan roh2 yg terpilih utk hidup sbgai umat Nabi Muhammad. Roh2 yg dimaksudkan ialah kita semua.

4) Nikmat Kerja Dakwah. Kita sebgai umat Nabi Muhammad, sudah ditugaskan utk buat satu kerja yg mana, sebarkan kalimah Lailahaillallah dan kita mengajak org kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran. Nabi telah tiada, jadi menjadi tugas kita semua utk buat kerja ini. Tak kira siapa kita, pelajar, doktor, org buta, org bisu, anak raja, dato'2, org kaya mahupun org miskin. Ini kerja kita kena buat dan jadikan dakwah maksud hidup kita. InsyaAllah.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(QS. 14:7)

2 comments