+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Isnin, 31 Disember 2012

Medical Signal Processing


TARIKH : 31 Disember 2012
PAPER : Medical Signal Processing
MASA : 2:30 ptg
TEMPAT EXAM : Dewan Kuliah Dragon, Jejawi, Perlis.

FUhh!! dah nak sampai waktunye, exam dah nak start dah ni. Semua dah study utk subject ni. Apa yg perlu aku buat ialah tawakkal je la. Hari ni, kena pergi dengan bas r kot. Sekrang ni hujan dkat Kuala Perlis ni. 

Oh ya!! nak cerita sikit pasal subject ni, Medical Signal Processing lebih kurang macam subject sem lepas r, Signal Processing. Cuma aku bljar lebih detail tentang EEG signal. Agak susah  jugak subject ni, sbb banyak calculation. 1 soalan je, tapi jalan kerja 3 @ 4 page. Masa 3 jam je, mana la ckup nak jwab semua soalan? 
Lecturer utk subject ni, Dr HaniHaram. India mai punye. Ori punya orang ma. Tapi, dlm banyak2 lecturer sem ni, beliau yg paling cool n steady r. Banyak tolong student2 yg kurang pandai mcam aku ni...

Awal2 lagi, aku dah kena warning.. kalau fail subject ni, nahas aku dikerjakannya. haha.. Beliau pun dah banyak bagi tips, x kan nak fail lagi kot. Lulus tu boleh, tapi kalau nak skor A memang jauh r. Bukan disini tak ada cita2 nak dpat A, tp stakat ni yg aku mampu, dgan usaha yg aku buat skrang ni.. Allah!!

"Smoga Allah permudahkan urusan Aku dan Kawan2 utk Menjawab soalan exam hari ni"

3 comments

Jumaat, 28 Disember 2012

Antara Sifat dan Perangai

"Sifat, kita tak boleh ubah. Perangai, kita boleh ubah." 

Sebab ape? sifat tak boleh ubah, perangai kita boleh ubah.? Sebab "SIFAT" itu adalah anugerah Allah kpd kita. Ada org yg bersifat tegas, lemah lembut, garang, biasa2 dan ada jugak org yg bersifat sepoi2 bahasa. Cuba kita imbas kmbali, sejarah zaman sahabat2 Nabi SAW. Ada sahabat yg garang, sederhana, lemah lembut, zuhud dan macam2 lg la, seramai 124 000 sahabat Nabi, berbeza sifat2 mereka. 
Sebagai contoh:
  1. Saidina Umar, sifat dia garang kan? Seblum masuk Islam lagi, beliau garang. Lepas masuk islam pun masih garang lagi. Tapi garang beliau selepas masuk Islam, diletak di tmpat yg betul. Garang pada jalan Allah. Berjuang kerana Allah.. 
  2. Saidina Abu Bakar, sifat beliau ialah lemah lembut dan tegas. Sifat beliau memang tak berubah, sblum masuk Islam dan selepas masuk Islam. Dalam satu peristiwa, selepas kewafatan Nabi. Dalam kes pembayaran zakat. Kalau masa Nabi hidup dulu, org bayar zakat unta dgan tali hidungnya sekali. Jadi masa beliau memerintah, beliau pun nak org bayaq zakat unta dgan tali hidungnya sekali. Dan beliau tidak terima zakat unta tanpa tali hidungnya. 
Banyak lagi, kisah2 sahabat yg boleh kita jadikan panduan. Utk kisah2 lain, boleh rujuk dalam kitab kisah2 sahabat. Aku pun tak ingat sangat r.

Untuk "PERANGAI" pula. Kita boleh ubah, dari buruk kpd baik, dari baik kpd lebih baik. Sebab perangai ni, lebih kepada tabiat kita.
Contoh: 
  1. Kalau kita suka makan aiskrim, maka kita boleh ubah citarasa kita kpd makan coklat
  2. Tabiat sahabat2 sebelum masuk Islam teruk sangat, contoh: mereka minum arak dlm tengkorak manusia, berzina, berjudi di atas perempuan mengandung, tanam anak perempaun hidup2 dan macam2 lagi la. Tapi perangai mereka semua telah diubah oleh Nabi Muhammad SAW, menjadi sebaik2 ummat dan sebaik2 kurun. 
Jadi sbagai kesimpulannya. Apa yg aku nak cite di sini ialah, kita janganlah nak marah @ naik angin dengan kawan2 kita. Sebab sifat2 yg ada dlm diri mereka tu, adalah anugerah Allah. Kawan kita sendiri, dgan sifat lemah lembut, susah nak marah org lain, biarkanlah dia. Kita cuma boleh tegur perangai dia ja,

P/s: Aku tak marah pun kawan, sedikit pun tidak menyesal dgan apa yg berlaku. semenjak blajaq di UniMAP ni, dah masuk kali ke 4 aku excident, semuanya dalam minggu study week.. Allahuakbhar!!! Sabaq je la, pi exam sem ni, sama macam sem2 lpas. 
4 comments

Ahad, 23 Disember 2012

Dimana ko Adx?


Hari ni, genap 33 hari motor aku hilang. Kejadian disyaki berlaku pada pkul 4-5 pg pada 20/11/2012. Motor ni, aku parking dpan rumah sewa aku r, d Taman Semarak, Kuala Perlis. Dalam pagaq rumah pun masih hilang lagi. Alhamdulillah.. Mintak2 org yg curi tu, dpat hidayah utk keluar d jalan Allah, 3 hari, 40hari dan 4bulan. Haha.. Apa2 pun, hati mana tak sedih bila khilangan benda yg tersayang.. Lagi2 ADX aku ni, dah macam adix aku. Pergi mana2 pun bersama, balik kg bersama, mai perlis pun bersama. Hujan, panas, ribut petir, dan dlm keadaan salji pun kami bersama.. 

Jatuh bersama, makan tar jalan pun bersama, makan punggung lori bersama, wlaupun hancuq kpala adix aku. Haha... Bila tringat balik knangan aku dan Adx aku ni, rasa sedih pun ada, gembira pun ada. Cuma aku rasa, sedikit terkilan r, sbb sblum kejadian..Adx tringin sngat nak p jalan2 area perlis ni. Aku plak sibuk dan slalu tak bersama dgn nya.. tp aku ada skali bawak dia p jalan2 tepi pantai kuala perlis. Mungkin sbb dia mrajuk dgan aku kot, Adx lari tinggalkan aku.. huwwaaa.

10 comments

Sabtu, 22 Disember 2012

7 Golongan Yang DiLindungi Di Padang Masyar..


Aku pernah dengar hadith tentang7 golongan yg akan dilindungi oleh Allah di Padang Masyar nanti. Aku tak ingat riwayat siapa. Maaf, korang boleh rujuk en google kot @ muntakab ahadith.

7 golongan yg akan dilindungi:
  1. Pemerintah yg adil
  2. Pemuda yg beribadat di zaman mudanya
  3. Lelaki yg hatinya terpaut pd masjid
  4. 2 org yg berkasih sayang kerana Allah
  5. Lelaki yg digoda oleh wanita (berzina) ttp lelaki itu menolaknya
  6. Orang yg bersedekah secara sembunyi
  7. Lelaki yg mengingati Allah sehingga berlinangan air mata kerana ikhlas takut pd Allah
Kalau korang prasan la kan? Kenapa banyak yg disebut pemuda @ lelaki? Rujuk muntakab ahadith ---

Cuba chek balik diri kita, adakah termasuk dlm 7 golongan ini? Sejahat mana kita @ seburuk mana pun kita, tolongla jangan tinggal solat berjemaah di tempat diazankan di awal waktu. Yang ni kita kena jaga r.. sbb ape? Sbb dengan solatlah, akan mngubah diri kita, dr tidak baik kpd baik, dari baik kpd lebih baik. 

Tapi memang susah r nak jumpa, org macam ni. Aku dulu pun tak adanya pergi surau time jahiliah dulu.. haha.. Tapi kalau tak dpt jugak, jagalah solat 5 waktu kita walaupun tidak berjemaah.. 

Tak dapat jugak jaga solat? especially subuh dan maghrib..? Buat je la yg mampu dulu, aku syorkan. Korang cuba solat isyak berjemaah di surau dulu. Lepas tu cuba pulak p waktu maghrib. Dapaat 2 bulan jaga 2 solat ni. Cuba plak dgan zohor dan asar. InsyaAllah.. Bila iman kuat. Dengan Izin Allah kita akan dpat bangun utk solat Subuh berjemaah..

Utk dtg kpd perkara solat ni.. perbanyakkan baca kelebihan2 solat2 fardhu. Supaya dtang keinginan kita utk beramal dgannya..
3 comments

Rabu, 19 Disember 2012

Do The Best and Gud Luck


Minggu dpan, bermulanya study week. Jadi bermula lah masa utk aku buat ulang kaji plajaran. 5 paper aku ambik sem ni:

  1. Medical Signal Processing
  2. Biomaterial
  3. Thermofluids
  4. Linear Control System
  5. Principle Of Communication System.
Exam hanya 2 minggu. Jadi tak compact macam sem lepas r. 

Jadi kepada semua rakan2 yg akan ambik exam ni.. aku ucapkan SELAMAT MEJAWAB FINAL EXAM. DO THE BEST AND GUD LUCK.  may Allah always with u all..
10 comments

Isnin, 17 Disember 2012

Doa2 Kepada Kedua Orang Tua Kita.


dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis 
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana 
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih 
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon 
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia 
untuk menegakkan agama Islam

Dulu pernah dengar lagu, kali pertama dengar masa 4 tahun lpas. Waktu tu aku sedang blajaq di Kolej Mara Kuala Nerang!! Biasala, mula2 dengaq tak rasa apa2. Lama dah tak dengar lagu ni, tapi hari ni, aku tak tahu r, tiba2 mulut keluar lirik lagu ni. Jadi, aku cuba search, lirik lagu kat internet dan dlm masa yg sama aku download jugak lagu ni. 

Hari ni, tiba2 rasa rindu plak kat arwah ayah. Aku tak mampu nak buat apa lagi, cuma sekadar mampu sedekahkan Al-Fatihah setiap kali ada rasa rindu kat arwah. Banyak dosa aku dgn arwah, x smpat nk mintak ampun dan maaf. Hanya Allah yg jd tmpat mngadu skrang ni..

Dalam setiap doa, perbanyakkanlah doa terhadap kedua ibu bapa kita, tak kira yg masih hdup atau meninggal dunia.
Contoh2 doa: 
  1. Kasihanilah kedua org tua ku, sbgaimana mereka mengasihi ku waktu aku kecil smpai lah skrang.
  2. Tempatkanlah kedua org tua  ku di kalangan orang2 soleh
  3. Jauhilah kedua org tua ku dari azab kubur Mu ya Allah
  4. Permudahkanlah kedua org tua ku melalui titian sirat Mu Ya Allah..
  5. Masukkanlah kedua org tua ku ke dlm syurgaMu tanpa hisab..
Cubalah amalkan doa2 ni, dalam doa selepas solat fardhu... Yakinlah Allah akan makbulkan doa kita!!


7 comments

Isnin, 10 Disember 2012

Time To Release Your Stress!! See The Nature You Will Find a Peace!!

Alhamdulillah, selesai sudah retest midterm. Sekrang tunggu final exam plak. Final start 31/12 ni. Ada 2 minggu lebih lg. Jadi dikesmpatan waktu yg ada ni, aku dan housemate keluar  jalan2. Hari Sabtu, kelmarin dulu punye story ni.

Destinasi pertama, kami pergi Padang Besaq. Kalau tak beli jersey memang tak sah r, jadi aku memang p sana nak beli jersey Malaysia yg baru r. Alhamdulillah dapat jugak dengan harga Rm25 sehelai. 

Kawan belanja makan pulut mangga. Biasa aku makan pulut durian, jadi ni first time makan pulut mangga. Sedap jugak r.

Yang kat tengah tu kembaq aku, Apa yg sama aku dengan dia? aku pun tak tahu, sampai org lain boleh tertukar aku dengn dia.

Destinasi kedua, kami pergi Tasik Timah Tasoh. Utk menenangkan fikiran. Sbb kepala ni banyak sangat pikirkan benda2 dunia. Cantik Ciptaan Allah kat sini. Bukit, tasik, hutan dan pokok2 yg menenangkan mata.

Hampir 6 bulan aku tak berdiri depan kamera. Selepas dipaksa oleh kawan2!! ni la hasilnya. 


Ini senior aku.. Housemate aku!! Acap!!

Peace!! Ni gambaq paling latest yg aku ada. 

Tima kasih r Faiz, Acap dan Boy sebab sudi teman aku, bawak aku pi jalan2. Bnyak lagi tmpat yg nak pergi tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Kat Perlis memang banyak tmpat menarik. Aku cuma pergi utk lihat dengan mata aku je, aku tak ada kamera nak ambik gmbaq!! haha.. ni pun guna henset kawan!!

p/s: cukuplah, inilah perkembangan aku skrang!! utk seseorang yg lama tak jumpa dengan aku!!
7 comments