+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Sabtu, 20 Oktober 2012

Sesungguhnya manusia dlm kerugian!!




"Wahai penghuni dunia! Bersiaplah dan tunggulah hari perpisahan. Siapkanlah bekal untuk perjalanan, maka kamu akan mendapatkan teman. Tangisilah dosa-dosa dengan airmata yang mengalir dari mendung-mendung yang tebal. Wahai orang yang mensia-siakan waktunya, apakah kamu rela dengan apa yang telah hilang?"(Imam Ibn Qayyim al-Jauzi)

Kita tahu, dunia ini smentara tapi kita masih leka dgn dunia. Kita masih leka dengan kerja kita. Kita masih terpengaruh dengan nafsu sendiri. Nafsu hawa dan nafsu makan. Kita lebih dlm semua hal2 ini. Tapi kita kurang dlm hal2 agama, hal2 akhirat. Kita dengar azan, tapi kita tak ada perasaan pun nak menyahut seruan azan itu. Allahuakhbar!!


5 comments

Jumaat, 19 Oktober 2012

Rahsia Zuhud



Imam Hasan al-Basri Rahimahullah pernah ditanya:
Apakah rahsia sikap kezuhudan kamu terhadap dunia?" 
Beliau menjawab:
"Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku menjadi tenang. Aku tahu bahawa amalanku tidak akan dilakukan oleh orang lain kecuali diriku sendiri, maka aku sibuk melakukan amalan-amalan untukku. Aku tahu bahawa Allah sentiasa melihat aku, maka aku malu menemuiNya dengan dosa-dosa. Aku tahu bahawa kematian sentiasa menantiku, maka aku sediakan bekalan untuk bertemu Allah."

Semua yg kita lakukan didunia ini akan dihisap atas diri kita. Sekalipun tidak akan bersangkut dgan orang lain.. InsyaAllah, kita jaga amal kita dan ajak kawan2 kita untuk buat amal yg sama. Barulah sempurna iman kita, kerana kita ada hubungan dgan Allah dan ada hubungan dengan makhluk.
5 comments

Ahad, 14 Oktober 2012

Anggaplah Diri Kita Lebih Rendah Dari Orang Lain



Lihat BURUK diri kita, Buka BAIK diri orang lain. Tutup BURUK orang lain, Sembunyikan BAIK diri kita..


‘Abdullah Al Muzani mengatakan:

“Jika iblis memberikan was-was kepadamu bahwa engkau lebih mulia dari muslim lainnya, maka perhatikanlah. Jika ada orang lain yang lebih tua darimu, maka seharusnya engkau katakan, “Orang tersebut telah lebih dahulu beriman dan beramal sholih dariku, maka ia lebih baik dariku.” Jika ada orang lainnya yang lebih muda darimu, maka seharusnya engkau katakan, “Aku telah lebih dulu bermaksiat dan berlumuran dosa serta lebih layak mendapatkan seksa berbanding dirinya, maka ia sebenarnya lebih baik dariku.” Demikianlah sikap yang seharusnya engkau perhatikan ketika engkau melihat yang lebih tua atau yang lebih muda darimu.”


sumber hadis: APANAMA
9 comments

Khamis, 4 Oktober 2012

Hasil Kerja Dakwah



Hasil yang Sahabat2 dapat apabila buat kerja dakwah ialah:
  1. Allah kuatkan iman mereka. Sehinggakan iman sahabat2 ni, dikatakan sebesar gunung. Iman sahabat2 ni, kalau diletak neraka di sebelah kiri mereka dan syurga disebelah kanan mereka, nescaya iman mereka tidak akan menaik dan tidak akan menurun. Sebab ape? sebab iman yakin sahabat2 ni, cukup tinggi terhadap Allah SWT.
  2. Allah bagi kelazatan dalam beribadat. Seperti yg kita tahu, khusyuk sahabat2 dalam solat tidak mampu dicapai oleh umat Islam skrang ni. Sehinggakan bilamana mereka angkat je takhbir, mereka hanya nampak syurga di dpan mereka. Solat 2 rakaat lepas isyak, dan bagi salam bila dengar azan subuh. Allahuakhbar!! kita nak berdiri 5 minit pun dah mula goyang. Kita angkat takhbir je, semua hal dunia masuk dlm kpala otak ni.
  3. Allah bagi sahabat2 ni, faham akan Al-Quran. Mereka baca al-quran, dan amalkan semua perkara di dlam al-quran. Hukum hakam yg ada dlam al-quran mereka tegakkan. Tapi kita skrang ni, usah kata nak paham maksud al-quran? nak baca pun susah. Boleh bilang dgan jari je orang yg dpat baca al-quran? tak caye, boleh chek dlm keluarga kita sndiri. Berape org ahli kluarga kita dpat baca al-quran.?
  4. Allah bagi sifat kasih sayang kpd sahabat2. Mereka semua begitu kasih kpd saudara seislam, tak kiralah saudara itu seorang hamba, org kaya, pembesar, @ org dari kabilah lain. Semuanya dilayan sama oleh sahabat2 ni, atas nama persaudaraan Islam. Tapi skrang, lihatlah sekeliling kita sendiri. Jiran sebelah rumah pun tak bertegur sapa. Rakan sekelas pun tak bertegur. Allah!!
  5. Allah bagi sahabat2 ni, sifat ikhlas niat. Dalam setiap perkara yg mereka lakukan semuanya kerana Allah. Semuanya untuk mengharap keredhaan Allah.
  6. Allah bagi mereka semua sifat sayang akan agama. Dengan sifat inilah Islam dpat berkembang sekrang ini. Sebab sahabat2 inilah yg mnyebarkan agama Islam ke seluruh pelusok bumi. Nabi Muhammad diutuskan utk seluruh alam, dan bukan diutuskan utk penduduk mekkah je. Tapi Allah nak bagi kerja dakwah ini kpd seluruh umat Nabi Muhammad, sbb itulah Allah angkat roh Nabi ke langit.
Cukuplah kot, sdikit sbanyak kelebihan dan hasil bilamana sahabat2 buat kerja dakwah. Tapi bilamana kita semua tak buat kerja dakwah, apa yg Allah telah jadikan kpd kita? cuba korang jawab..

bersambung...
3 comments