+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Sabtu, 29 September 2012

Amal Yang Hampir Dilupai Oleh Umat Islam.


Berdasarkan entry yg sebelum ini. Soalan aku adalah : Amal apa yg hampir dilupai oleh umat islam? Baiklah, jawapannya ialah amalan dakwah ( mengajak orang kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran.)

Cara dakwah ni ada banyak, dan ramai orang cakap mereka berdakwah menggunakan FB, Blog @ Penulisan itu sudah cukup untuk mengambarkan kita sebagai golongan pendakwah. Tahukah kita cara dakwah yg sebenar yg ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.?

Cara Nabi berdakwah ialah dengan pergi jumpa orang ramai dari rumah ke rumah. Itulah cara yg sebenarnya yg hampir dilupai oleh kita semua. Setiap pagi, selepas bangun tidur, Nabi akan pikir, hari ini nak jumpa sape? hari ni nak pergi kampung mane? hari ni nak jumpa Abu Lahab ke Abu Jahal? Setiap hari Nabi akan fikir tentang umatnya. Bilamana Nabi sampai satu rumah, untuk menyeru orang lain mengucap 2 kalimah syahadat. Apa yang Nabi dapat? Air kencing, tahi, diludah, dipukul, dilontar dgan batu, dan macam2 lagi.

Sampaikan Nabi pernah bersabda: Dalam buat usaha Dakwah ini, aku telah ditakutkan oleh perkara yang ditakutkan oleh Nabi2 terdahulu.

Seperti  mana yg kita tahu, Sahabat2 Nabi sebelum masuk Islam. Mereka semua memang brutal r, minum arak, berzina, berjudi atas perempuan mengandung, tanam anak perempuan hidup2 dan macam2 lagi. Tetapi setelah mereka semua masuk Islam dan buat kerja dakwah. Mereka semua menjadi sebaik2 umat dan sebaik2 kurun. Ulamak cakap, sahabat2 ni, diibaratkan seperti bintang2 dilangit, jikalau kita ikut salah satu daripadanya nescaya tidak akan sesat. 

Jadi hari ni Ulamak pikir, amal mane? Ibadat mane? yang dapat menghidupkan iman kita seperti sahabat2 terdahulu. Apakah hasil bilamana sahabat2 ni buat kerja dakwah? cuba korang jawab?

bersambung...

7 comments

Isnin, 24 September 2012

Apakah Amal Yang Mula-Mula Dilakukan Oleh Nabi Muhammad SAW.?


Kejayaan manusia hanya dalam agama Allah, selagimana kita dapat taat pada perintah Allah dan ikut cara Nabi Muhammad SAW.



Dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari dari melakukan ibadat. Ibadat yang paling besar yg setiap hari kita buat ialah, Solat Fardhu. Setiap ibadat yang ada dalam agama Islam, ada 2 tujuan :

1. Untuk Sempurnakan Ibadat.
2. Untuk Membersihkan Jiwa
.

Sebagai contoh:
Solat 5 waktu yg kita lakukan seharian adalah untuk membersihkan jiwa kita.
Puasa di bulan Ramadhan adalah untuk membina sifat takwa dalam diri kita.
Zakat yang kita keluarkan adalah untuk membersihkan harta kita.
Haji @ Umrah adalah untuk mendisiplinkan diri daripada perkara-perkara fasik.

Tapi, sebelum adanya latihan-latihan solat, puasa, zakat dan haji. Sahabat-sahabat telah dilatih oleh Rasulullah dengan satu amalan yg hampir dilupai oleh orang Islam. Apakah amalan yg hampir dilupai oleh umat Islam sekarang ini?

clue:
"Jikalau Allah mahu menghidupkan agama di sesuatu tempat. Allah akan utuskan 1 orang Nabi untuk buat amal"

Cuba korang semua jawab, amal apa yg telah Nabi buat? klu pun aku dah bagi di atas tu.
4 comments

Jumaat, 21 September 2012

4 ADAB USUL Yang Mesti Dipatuhi.

Kejayaan manusia hanya dalam agama, selagi mana kita dapat taat pada perintah Allah dan ikut cara Nabi Muhammad SAW.


Semasa keluar di jalan Allah. Ada 4 usul yg mesti kita patuhi. Adab usul dibuat dan ditertibkan oleh ulama mengikut keadaan dalam sesebuah negara. Jikalau kita tak jaga usul masa keluar di jalan Allah. 4 bulan @ 40 hari pun tidak ada gunanya.  4 Adab Usul yang perlu dipatuhi ialah:

  1. 4 perkara yang perlu diperbanyakkan
  • Dakwah (untuk dapatkan hakikat iman)
  1. Ijtimain (Bayan)
  2. Khususi (Khusus)
  3. Infradi (Sendiri)
  4. Umumi (Gush)
  5. Tashkili 
  • Takhlim (untuk dapatkan hakikat ilmu)
  1. Khitabi
  2. Halaqoh tajwid
  3. 6 sifat Sahabat
  • Ibadat (untuk dapatkan hakikat Ikhlas)
  1. Sembahyang sunat
  2. Baca Quran
  3. Doa
  • Khidmat (untuk dapatkan sifat2 mulia)
  1. Kepada Amir
  2. Kepada Jemaah
  3. Kepada Diri
  4. Kepada Makhluk (Masjid @ org tempatan)
     2. 4 perkara yang perlu dikurangkan
  • Makan @ masa makan
  • Tidur & Rehat
  • Berada di luar masjid
  • Bercakap hal dunia
     3. 4 perkara yang perlu ditinggalkan
  • Jangan mengharap pada makhluk
  • Jangan meminta pada makhluk
  • Jangan membazir
  • Jangan guna barang orang, tanpa izin
     4. 4 perkara yang tidak boleh disentuh
  • Politik & Kerajaan
  • Fahaman Mazhab
  • Pangkat & Darjat
  • Derma & Sumbangan
Adab2 usul ini, bukannya utk diamalkan semasa keluar di jalan Allah sahaja. Kita juga boleh gunakan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh: kita banyakkan bercakap tentang kebesaran Allah. Dalam setiap percakapan kita seharian, cuba kita selitkan dengan perkataan "InsyaAllah" (dengan izin Allah) dan sebagainya.

Adab usul ni sebenarnya adalah untuk diri sendiri masing-masing. Insya-Allah, semua ini boleh dapat bila keluar di jalan Allah SWT. Kalau setakat baca-baca je kat sini takde mujahadah maka susah lah nak datangkan perkara-perkara tu. Benda tinggiii kena mujahadah lah kan..?


Apa2pun, aku harap Allah akan bagi kefahaman kpd orang yg membaca tentang Adab2 ini, lebih daripada aku yg hanya menghafalnya.


"DAN MEREKA YG BERMUJAHADAH DI JALAN KAMI, PASTI KAMI AKAN BUKA KEPADANYA JALAN-JALAN HIDAYAH"

p/s: Adab usul ni, berubah mengikut negara. Kalau di Malaysia hanya 16 je. Di negara lain tak tahu la aku. 
3 comments

Rabu, 19 September 2012

Tahukah kita, Masjid Juga Menangis?

Kejayaan Manusia hanya dalam agama Allah, selagimana kita dapat taat kepada perintah Allah dan ikut cara hidup Nabi Muhammad SAW. 



Ulamak pernah menyebut: 

"Orang Islam duduk dalam masjid seperti ikan di dalam air, tapi bg orang Munafik umpama burung dalam sangkar"

Begitulah keadaan masyarakat kita sekarang ini. Masjid ini cuma dijadikan tempat persinggahan utk buang air. Masjid hanya dijadikan sebagai tempat utk adakan kenduri. Masjid hanya dijadikan sebagai perhiasan di tepi2 jalan. Tapi, bila tiba waktu azan berkumandang, untuk dapat satu saff penuh pun susah. 

Allahuakhbar!! tidak adakah sedikit pun rasa malu pada Allah, rasa kasihan pada rumah Allah.? Tahukan kita, Masjid itu akan menangis jika tidak ada orang datang solat fardhu berjemaah di dalamnya? 

Pengalaman aku, dalam 12 masjid yg yg singgah selama aku keluar di daerah Lanchang. Hanya 2 masjid je, yg hidup dengan 5 solat fardhu berjemaah. 10 Masjid lain hanya ada org datang berjemaah pd waktu Magrib, isyak dan subuh sahaja.

Tapi, ada satu masjid yg tidak ada langsung penduduk tempatan @ orang awam datang solat zohor, asar, dan maghrib secara berjemaah. Astaghfirullah alazim.. 

Menangis Tuan, Masjid tu. Semua org Islam tahu tentang kelebihan solat berjemaah di masjid, tapi kenapa masih ramai orang yg tidak datang kpd Masjid? 

Salah satu sebabnya ialah Iman kita yg lemah. Ulamak pernah cakap, Iman umat akhir zaman ini senipis kulit bawang. Pagi beriman, petangnya kufur. Petang beriman, malamnya kufur. Begitulah iman kita hari ini, mudah dikoyak dan dijahit semual. Betullah apa yg ustaz2 cakap selama ni, iman kita ni, berubah2, ada yg menaik dan ada yg menurun.

Macam mana nak tingkatkan iman kita? Seperti yg saya tulis dalam entry sebelum ini, kita kenalah sentiasa cakap tentang kebesaran dan kehebatan Allah SWT. 

Formulanya mudah sahaja. 
Contoh : Kalau hari-hari kita cerita pasal bola, maka bola lah yg akan masuk dalam hati kita. Tapi kalau kita hari2 cerita pasal kehebatan dan kebesaran Allah, maka kebesaran Allah lah yg akan masuk dlm hati kita.

Tapi disini, kalau kita hari2 cerita kelebihan solat berjemaah, hari2 ajak rakan2 kita utk solat fardhu secara berjemaah di surau. Maka keinginan mereka utk datang solat berjemaah akan bertambah. Tapi kita kena yakin, yg kita hanya menyampaikan sahaja, yg bg hidayah dan petunjuk adalah Allah SWT.

p/s: Jangan malu dengan tittle budak surau. Jangan malu, kalau kawan2 kita cop kita sbgai budak surau. Ini adalah agama. Banggalah kita sebagai seorang Muslim. 

11 comments

Isnin, 17 September 2012

Buang Kebesaran Makhluk, Masukkan Kebesaran Allah ke Dalam Hati Kita.

Kejayaan Manusia hanya dalam agama selagi mana kita dpat taat pada perintah Allah S.W.T dan ikut cara Nabi Muhammad S.A.W.


Saya berpesan kepada diri saya dan sahabat saya. Tiada tuhan yg disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. 

Tiada yg bagi sakit, yg bagi sihat melainkan hanya dengan izin Allah,
Tiada yg bagi kaya, yg bg miskin melainkan hanya dengan izin Allah,
Tiada yg bagi manfaat , yg bagi mudarat melainkan hanya dengan izin Allah,

Hari ini kita sakit kita makan ubat, bukan ubat yg sembuhkan penyakit kita. Yg sembuhkan penyakit kita ialah Allah. Duit yg kita ada, bukan duit yg selesaikan masalah kita. Yg selesaikan masalah kita ialah Allah. Kita punya pelajaran, bukan pelajaran yg menjamin masa depan kita. Yg menjamin masa depan kita ialah Allah SWT.

Hari ini, kita cakap kehebatan dan kebesaran Allah, bukan bermaksud kita tolak keperluan dunia. Bukan bermaksud kita tolak duit. Bukan bermaksud kita tolak kerja kita. Bukan bermaksud kita tolak makan dan minum kita. Bukan bermaksud kita tolak hal dunia dan semua yg berkaitan dengannya. Tetapi, kita cakap kehebatan dan kebesaran Allah ini supaya dalam hati kita hanya ada Allah SWT.

Kita ambik perkara tersebut, dunia tersebut, tapi dalam hati kita. YAKIN!! hanya kpd Allah SWT. Allah SWT yg buat semua perkara, yg mentadbir semua benda di dunia ini. Bila kita cakap kehebatan dan kebesaran Allah, maka Allah akan kuatkan iman kita. Allah akan tingkatkan iman kita. Keyakinan kita kepada Allah akan bertambah dan cinta kita kepada Allah akan bertambah. Jadi, bila iman kita kuat, mudah utk kita taat kepada perintah Allah.

Mudah untuk kita solat, baca quran, zikir dan sebagainya. Jadi atas maksud yg sangat besar ni. Saya harap kita semua akan dapat cakap tentang kehebatan Allah dalam setiap perbualan harian kita, dengan menyelitkan perkataan ALLAH dalam setiap ucapan kita.

Contoh: "Sedapnya lauk ikan bakar ni".

Apa salahnya kalau kita tambah beberapa perkataan sahaja,  untuk menyedapkan lagi ayat di atas

Contoh: "Allah, Sedapnya lauk ikan bakar ni. Yg bagi sedap ni, Allah"

Benda nampak simple je, tapi besar nilainya. Jom kita amalkan sama2..
9 comments

Ahad, 16 September 2012

Belajarlah Untuk Menangis Kerana Allah



Sedikit perkongsian tentang pengalaman aku selama 40 hari bersama Jemaah Tabligh. Aku naik bas seorang diri dari Kelantan dan turun di Putrajaya. Sampai di Stesen Bas Putrajaya, kawan satu UniMAP datang ambik aku dan bawa aku pergi ke Masjid Sri Petaling. Siyesly aku cakap, aku tak kenal lagi kawan yg ambik aku masa tu. Dia kawan kepada kawan aku. Tapi baguslah, dia sudi tolong aku wlaupun tak kenal. Aku pergi atas maksud untuk mencari siapa diri aku sebenar, untuk belajar tentang agama, untuk kenal Allah dan Rasulnya. 

Berseluar jean dan berjearsy Malaysia, aku seperti orang asing bila aku masuk di perkarangan Masjid Sri Petaling. Di depan mata aku ketika itu, semua orang berpakaian dengan berjubah, berkurta, berserban dan sama sahaja warnanya, putih pudar. 

Kawan aku Nisha tinggalkan aku di Masjid Sri Petaling selepas kenalkan aku dengan budak2 UniMAP yg telah ada di masjid itu. Hari pertama dapat kenal 4 orang sahabat, walaupun satu Universiti tapi kami tidak pernah jumpa. 

Jemaah 40 hari yg aku ikut ini, adalah gabungan student UTM Skudai dengan UniMAP Perlis dan di bimbing oleh 2 orang awam. Seorang Dr dan seorang kakitangan kerajaan.

Inilah kali pertama aku kenal dan keluar dengan orang2 Tabligh. Alhamdulillah, banyak yg aku belajar sepanjang aku keluar bersama dengan jemaah Tabligh ni. Perkara yg paling besar yg dapat aku belajar ialah, MENANGIS. Menangis atas dosa2 lalu, menangis atas kesilapan dan lupa, menangis kerana Allah semata2. Kalau dahulu, mata ni mudah menangis bila lihat cerita hindustan @ korea, tapi sekarang mata ini mudah mengalirkan air mata bila dengar dan lihat kebesaran Allah.. 

Orang yg keluar di jalan Allah ini boleh diibaratkan sebagai ulat beluncas, yg dilihat manusia dengan jijik dan geli. Tapi telah berada di dalam kepompong Masjid selama 40 hari. Akhirnya Ulat beluncas tadi telah menjadi Rama-rama yg cantik di lihat dan di pandang.

Sampai di UniMAP, ramai kawan yg terkejut dengan penampilan aku sekrang ini. Dahulu pergi kelas dengan seluar jean koyak di lutut, tp skrang pakai serban, kurta dan celak. Sampaikan ada kawan sekolej tak cam aku. Allahuakhbar.. Awalnya perasaan malu itu memang ada, tp bila fikir balik, buat apa nak malu dengan makhluk. Kalau betul kita cinta kepada Rasul kita, kenapa kita tak boleh ikut apa yg Nabi kita buat? Setiap sunnah yg kita hidupkan di zaman fasyak ni, Allah bagi 100 pahala syahid. Allahuakhbar. Besar ganjaran itu tuan puan.

Dahulu aku ingat tabligh ni sesat tp rupanya tidak, mereka cuma pergi ajak orang ke masjid dan bg fikir tentang kebesaran Allah sahaja. Alhamdulillah, hati aku sekrang lebih tenang dan tahu arah hidup yg sebenar. 

"Ya Allah, berilah aku kepahaman tentang kerja dakwah ini, dan kekalkanlah aku dalam usaha dakwah ini"

Amin, amin, amin ya Rabbal alamin.

P/s: Aku masih hairan dan pelik r, kenapa pakaian dan sunnah Nabi menjadi satu keganjilan. Padahal kita semua tahu apa yg Nabi Muhammad (SAW) pakai dan apa yg Nabi buat. Orang yg ikut sunnah ini, dipandang asing oleh masyarakat kita.

Selingan: Sifat riak sentiasa ada dalam diri kita, setiap kali dipuji pasti akan timbul setitik sifat riak dalam diri kita. Istigfarlah, istighfarlah, istighfarlah. InsyaAllah sifat riak itu akan hilang. Niatlah dalam setiap perkara yg kita buat, semuanya kerana Allah.
6 comments

Sabtu, 15 September 2012

Jom Kita Amalkan Zikir Harian.



Nabi Muhammad (SAW) pernah bersabda:  "hati itu tidak pernah stabil dan selalu bergelora. Bahkan geloranya melebihi gelora air ketika mendidih."

Hati perlu distabilkan, agar terjaga suhu dan kandungannya  supaya tidak mudah rosak. Tapi, tahukan kita semua, cara untuk menstabilkan hati?

Zikir adalah jawapannya.

Allah S.W.T telah berfirman: "Orang-orang beriman itu, hati mereka tenteram dengan ingat(zikir) kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan ingat(zikir) kepada Allah, maka hati akan tenteram"
 (Ar-Rad : 28)

Apa maksud zikir?
Zikir bermaksud, kita nak ingat Allah setiap masa dan keadaan.

Ulamak menyarankan, kita sebagai orang awam bolehlah cuba jadikan zikir sebagai amalan harian. Kita boleh lakukan sekurang-kurangnya dengan zikir yg paling ringkas iaitu 300 X sepagi dan sepetang.
  1. 100 X untuk "Subhanallah walhamdulillah walaailahaillallah Allahuakhbar" (Tasbihat)
  2. 100 X untuk "Allahummasalialamuhammad wa'ala alimuhammad" (Selawat)
  3. 100X untuk "Austaghfirullah alazim" (Istighfar)
Kita juga boleh tambah dengan doa nabi Yunus a.s iaitu "Laailahailla antasubhanakainni kuntumminaldholimii" sebanyak 100 X.

Kita tasbihat ini, sebagai tanda kita cinta kepada Allah S.W.T yakni tuhan kita. Raja segala alam.
Kita selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda kita sayang kepada Rasul kita
dan kita istighfar sebagai tanda kita menyesali atas dosa2 kita.

Zikir ini, nampak je mudah, tapi susah untuk di amalkan. Lebih susah dari solat, sebab kita perlu cari masa yg senyap(sesuai) untuk duduk dan hayati setiap lafaz zikir yg kita ucapkan. Siyesly aku cakap, aku masih dalam proses untuk menghidupkan amalan zikir ini.

Kelebihan zikir:
  1. Satu orang yg berzikir dengan banyaknya di dunia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum
  2. Allah telah sediakan satu pintu khas di syurga untuk orang-orang yg kuat berzikir.
  3. Dapat menghapuskan siat riak yg ada dalam diri manusia.
  4. Penenang hati 
Orang bijak pandai pernah berkata: Ilmu itu adalah jalan dan zikir adalah lampu, ilmu tanpa zikir kita akan kegelapan, zikir tanpa ilmu kita akan sesat. 

p/s: Aku syor, zikirlah lepas solat subuh dan asar. Inilah waktu-waktu yg tenang dan senyap dari gangguan.


13 comments

Jumaat, 14 September 2012

Minggu Pertama di UniMAP..


Semester baru, bermakna semua pun baru. Rumah sewa baru, subject baru, lecturer baru dan yang paling penting semangat study pun BARU jugak. Semester ni, aku serumah dengan Redza, Shahrul Faiz, Acap, Kavin dan Siang. Kami semua 6 orang tinggal di KKE 99 Taman Semarak, Kuala Perlis.

Alhamdulillah, semua pendaftaran subject semester ini, berjalan dengan lancar. Setakat ini, tak ada masalah yang serius. 

Semangat baru semester ni.. ? Semester ni, berbeza dgan semester2 sebelum ini, aku sudah jumpa jalan hidup aku. Semenjak dicop jadi budak surau ni. Aku dah tak kisah, apa orang nak panggil aku,  ustaz, imam muda, haji?, budak surau atau apa2lah.. Yang penting aku tahu, aku adalah seorang "Karkun" ( Orang yg buat usaha atas agama ).

Dakwah perkara utama dan Belajar pun perkara utama. Jadi aku kena bawa kedua2nya sekali dalam hidup aku ni. 

InsyaAllah, setakat ini dahulu, ada masa lagi, aku ceritakan pengalaman aku, sepanjang buat kerja agama ni... 
12 comments