+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 15 Jun 2012

OK.. That All For This Sem!!!


Dengan  tamatnya exam Micro C tadi, maka berakhirlah riwayat hdup aku untuk semester 4 di UniMAP ni. HOOORAYYYY!!!.. Boleh Balik Kampung..

Pertama sekali, aku nak ucapkan TERIMA KASIH sangat2 kepada ROOMATE aku iaitu REZA ROSLAN. 
Sebab Tolong jaga makan minum aku
Tolong beli nasi untuk aku
Tolong beli lauk untuk aku
Tolong masak nasi untuk aku
Tolong urut kaki aku
Tolong sapu minyak panas atas belakang  dan kaki aku, walaupun masa itu dah pukul 3 pg.
Tolong pimpim aku pergi tandas
Tolong ingatkan aku makan ubat
dan Tolong ... Tolong.. luangkan masa, jaga aku, walaupun masa itu ko sibuk blajar!!

TERIMA KASIH sekali lagi untuk kawan2 lain, IYAS, REDZA, HAIKAL, ZARUL, SUHAIL dan budak2 BIOMEDIC lain.. 
Sebab tolong hantaq aku pi Hospital
Tolong hantaq aku pi Mngurut
Tolong hantaq aku pi Terapi
Tolong hantaq aku pi buat Fisioterapi
Tolong beli makanan untuk aku
Tolong isikan air mineral untuk aku
Tolong bagi sokongan kat aku
dan TERIMA KASIH.. sebab sudi datang melawat aku..

TERIMA KASIH jugak kepada rakan2 blogger, sebab sudi bagi sokongan dan kata2 semangat untuk bertahan dalam sakit ni. Walaupun kita tak kenal dan tak pernah jumpa pun, tapi kita tahu hati dan budi masing2 melalui tulisan kita.. Hanya itu yg dapat menilai diri kita sbgai seorang penulis.

Tidak mampu untuk aku membalas jasa baik korang semua terhadap aku. Apa yg aku mampu adalah berdoa untuk kesejahteraan korang semua.. Hanya Allah yg dapat membalas jasa baik korang. Kalau diberi peluang suatu hari nanti, aku nak balas semua jasa dan budi korang kat aku..

InsyaAllah, Doakan Semoga aku SELAMAT dalam perjalanan pulang ke Kampung Pagi esok.. Aku akan bertolak dalam pukul 4 pg, dari Perlis ke Kelantan dgn menaiki ADX 2921.

DOAKAN AKU CEPAT SEMBUH !!! 

P/s: Ohhh ya.. ramai yg tanya aku, aku sakit ape? ok la.. aku bagitahu untuk kali ni je.. "Scoliosis" nama penyakit aku.. haha...
31 comments

Khamis, 14 Jun 2012

Peliharalah Aib Orang Lain..


Setiap orang ada aib masing-masing. Ada rahsia yg disembunyikan dari orang tua kita sendiri, dari sahabat kita sendiri mahupun dari kawan2 kita. Namun, benda yg tersembunyi ini, kadang2 kita pun akan terlepas pandang jugak, sampailah diketahui oleh kawan kita atau orang lain. 

Jika kita memegang aib insan.. seluruh MARUAH dirinya berada di tangan kita, kita punyai PILIHAN.. sembunyikan atau sebarkan..

SEBARKAN :
~kita akan rasa puas.. 
"Arghh.. baru padam muka dia, jahat sangat!!"

SEMBUNYIKAN :
~kita ibarat memendam jiwa rasa..
"Erm.. Nak cerita ke tak nak? Kalau aku cerita pasal dia, jatuh maruah kawan aku plak"

Mana pilihan kita? Itu pilihan korang.. tapi ingat, aib kita jua di tangan insan lain.. dan ingatlah JANJI Allah..jika kita sembunyikan aib saudara kita, maka nanti Allah sendiri akan MENUTUP aib kita..insyAllah.. 

So, moral of the story janganlah sesekali buka aib insan lain. Aku berharap sangat agar aib aku, tidak dibuka di Padang Masyar kelak.. Malunya.. kalau semua orang tahu, jahat dan dosa aku. Kat manalah aku nak letak muka aku nanti?
21 comments

Rabu, 13 Jun 2012

Be Strong!!! After This No More Pains..


KEMAAFAN mungkin amat BERAT untuk diberikan kepada orang yang pernah melukan hati kita..Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat MENGUBAT HATI yang telah terluka.. 

KEMAAFAN yang diberi secara IKHLAS dan tulus dari hati yang nurani, umpama MADU yang boleh memaniskan CUKA hati dan emosi.. Aku sudah maafkan semua kesalahan orang lain terhadap aku. Tapi aku masih belum tahu, adakah kesalahan diri aku sudah dimaafi oleh orang lain..?

BAHAGIA yang ada sekarang ini, tidak kekal selamanya.. begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita..jangan sesekali kita LUPA, Allah sentiasa ada untuk kita.. Lepas kita MATI, semua ini akan hilang, sakit kaki dan belakang kita akan hilang!! Tapi Sekarang ini, aku yang merasa SAKIT nya.. 

BE STRONG.. FATTAH

"SAKIT yang ku rasa biar jadi PENAWAR kepada dosa-dosaku."

27 comments

Biar Apa Orang Kata, Aku Tetap Aku.!!



Ini yg dikatakan Legend?
"hahaha.. muka legend, ada parut pulak tu. Rider RX-Z, tapi ajak orang makan kek..haha"

Ayat inilah yg aku dapat masa, aku ajak kawan aku makan kek. Apa kaitan kek dengan muka legend dan naik RX-Z..? aku pun tak paham r dengan kawan2 aku ni. Kek yg aku dapat tu, dari kawan popuan yg bagi. Dia sambut hari  jadi dia, lpas tu kek tu tak abis makan so dia bagi la kat aku. 

Tunggu apa lagi "Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak". Aku ambik r, dari membazir tak ada orang makan.. Itu pun nak kecoh ke? Separuh tu, kek coklat. Nak tunggu dapat kek harijadi sendiri?, tak tahula bila akan dpat. Seumur hdup ini, tak pernah lagi merasa dpat makan kek hari lahir sendiri.. T_T.. tak ada org nak sambut la tu..

Rider ADX
Ahh.. ada aku kisah, orang nak kata apa pun..? Lantak diaorang r, Aku adalah Aku.!!

#esok exam : Electromagnetic Field Theory dan English University..
18 comments

Isnin, 11 Jun 2012

Rebutlah Cinta Hakiki


Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” 
Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” 

Mendengar itu, isterinya bertanya lg, “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI ♥ seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” 

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dgn pandangan mata yg lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kpd Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dgn hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.”

Rebutlah cinta yg hakiki kerana Dialah akan membuatkan kita saling mencintai ..
Maaf!! Mintak tolong jangan berharap dgan aku, kerana aku belum masih sempurna untuk mu..  Aku suruh ko tunggu itu, bermaksud aku suruh ko cari yang lain.. Please Jangan tunggu aku lagi.. 
26 comments

Matlamat Untuk Berjaya Hanyalah Satu


Berjaya tu bukan bila Result exam kita straight A,
Berjaya tu bukan bila kita dapat 4flat setiap semester,
Berjaya tu bukan bila kita ada kerja besar,
Berjaya tu bukan bila kita ada keluarga bahagia,
Berjaya tu bukan bila kita berpangkat besar,
Berjaya tu bukan bila kita dihormati masyarakat,
Berjaya tu bukan bila kita dapat menguasai dunia,
Tapi kita dikira berjaya hanyalah selepas kita menjejakkan langkah pertama kita ke dalam Syurga Allah. MasyaAllah !!
28 comments

Ahad, 10 Jun 2012

Panduan Supaya Doa Diterima Oleh Allah

" Aku dah banyak kali berdoa, tpi Engkau masih tak tunaikan doa aku, Apa la salah aku ya Allah ? "  
"Apalah dosa aku ya Allah..? kenape aku diseksa sebegini rupa..? "

Mungkin ada antara kita yg seringkali mengucap ayat di atas ketika kita ditimpa musibah. Aku mengaku, kata2 itu pernah kluar dari mulut aku, ketika aku ditimpa sakit ini.. Tapi yg sebenarnya.. Tidak.. Kita tak perlu  katakan sebegitu.  Kita Try dengan ayat ini :

" Cukuplah bagi kami ya Allah, Dialah sebaik2 tempat diserahkan segala urusan "

Pengalaman yang mematangkan kita.. Kita blajar melalui kesilapan, dan siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. 

Bukan semua doa kita akan dimakbulkan..  Mungkin belum sampai masanya dan mungkin masalah itu datang dari diri kita sendiri.. Cuba kita tilik balik diri kita.. Ada masalah kat mane? Aku nak selitkan sedikit panduan supaya doa diterima oleh Allah.. Sama2lah kita amalkan..

1. Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah Bahasa Arab kerana ia adalah Bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh Malaikat melalui wahyu yang datang terus dari Allah SWT Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam Bahasa Arab.
2. Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata hanya kerana Allah.
3. Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
4. Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.
5. Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang di pohonnya itu akan diperkenankan oleh Allah.
6. Berdoa, bertakwa dan bertawakal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.
7. Tidak pernah berputus asa di dalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqamah, sabar dan menyerah diri kepada Allah.

Subhanallah, begitu terbukanya Allah SWT untuk doa kita semua.... 

p/s: Terkejut beruk aku.. bila bukak blog tadi. Ada orang misteri yg follow blog ni. Erghh!! Apa2pun, kita pikir yg baik2 jela.. !! Sape tahu, Mcam mane nak unfollowed org yg follow blog kita? 

12 comments

Sabtu, 9 Jun 2012

Kampung Sungai Hala.

Kampung Sungai Hala.. Tempat lahir dan tempat tinggal aku..!!
Senja di kampung!! 

Sungai inilah yg banyak memberi rezeki kpd kluarga aku dahulu. 
Disini jugaklah aku blajar untuk survive dlm hdup, 
Belajar Berenang.. menyelam dan menangkap ikan!!

Pokok ini, dikatakan berhantu. tapi aku tak pernah nampak pun hantu kat situ. Dari aku kecik lagi, dah terpacak kat situ.. tak tahu la berape usia pokok ni.

Jambatan Sungai Hala.. yang menghubungkan rumah aku dgan dunia luar.. haha.
tak ada jambatan ni, tak leh kluar r.

p/s: tak sabar2 nak balik kg ni.. nak habiskan exam disini dahulu.. lpas tu balik r.. x mahu tunggu lame. Aku nak balik berubat di kampung plak..
15 comments

Jumaat, 8 Jun 2012

Mencari Keberkatan Dalam Minggu Study Week.


Sekarang ini merupakan minggu study week dan aku lihat ramai kawan2 aku mula hidup dgan cara masing2. Ada yang blajar sendirian,  ada jugak yg belajar berkumpulan dan ada jugak yang masih sibuk duk main game DOTA dan berfesbuk.. Pernahkah kita terfikir..? Selama 2 tahun kita belajar di UniMAP ni, adakah ilmu yg kita dapat itu berkat atau tidak?

1) dalam kite sebok dok study week...., brape ramai yg ingat untuk minta guru2/lectrer2 untk halalkn ilmu yg mreke curahkn kpd kite?

2) dalam kite dok sebok pulun subjek2....,berapa ramai antra kite yang minta guru2/ibu bapa doakan kejayaan n dpermudhkn mengingati ilmu2 yg diplajari??

3) dalam kite dok brgelumang dengan buku2....,berapa ramai antra kita yang dah minta maaf dngn ibu bpa/guru2/lectrer2 klw2 pernah terlepas cakap hingga terguriskn prasaan mreka tnpa sedar???

Pernahkah korang terfikirkan semua ini..? Semakin meningkat dewasa, semakin kita lupa kpd mereka.. Betulkah apa yg aku fikirkan ini? Kita cuma anggap pendidik itu, sebagai cikgu di Sekolah sahaja dan tidak sebagai lecturer di Universiti.. Bukankah ianya sama sahaje? Insan yg bergelar pendidik itu adalah insan yg mengajarkan ilmu kpd kita..

Renungn bersama....keberkatan ilmu itu pentng... jom kawan2 kite same2 recheck list.... sebab aku masih berharap untuk mendapat keberkatan atas segala ilmu yg aku perolehi di sini..!!
18 comments

Khamis, 7 Jun 2012

Be Profesional, U are The Leader!!

Kami cuma diam.. diam.. diam.. diam..
Hal2 dalam rumah tangga ni, tak molek la, kalau kita nak cite kat orang luar.. Memang tak mendatangkan kebaikan pun, kalau kita duk cite masalah dlm rumah tangga kite kat orang yang tak mampu nak slesaikannya.. 

Begitu jugak dlam tugasan berkumpulan. Kalau ada masalah dalam kumpulan kita, tak payah la duk sibuk2 mengadu kat orang lain. Aku memang pantang r dalam bab2 nak buka aib orang ni. Sebelum duk pi cerita kat orang lain, apa la salahnya, kita duduk dalam satu kumpulan kita, bincang elok2 kalau ada yang tak puas hati cakap r dgan kita2 aje.. jgan la duk sibuk campurkan orang luar dlam masalah kita.

Bukan apa, aku tak mahu la benda ni jadi smakin parah. Kita buka aib ahli group kita kat orang lain, lpas tu orang lain mula buat muka @ angkat muka dgan ahli group kita.. Lepas tu tak bertegur sapa dah.. Apa ni?
Tak mau r jadi mcam ni.. group orang lain ok je, tak ada masalah langsung, cuma kita je yang banyak songeh!! Be profesional .. ketua kumpulan seharusnya matang dari segi pemikiran dan perangai. Jangan tahu tunjuk salah orang lain je, salah sendiri tak nampak..

Kalau memang salah kami, katakan pada kami.. tegur kami.. agar kami boleh perbaiki kerja kami. 

Ada sesetengah perkara tak memerlukan kita untuk ceritakan kepada orang lain, dan ada sesetengah perkara yang memerlukan kita mengadu kpd orang lain... 

Bila di ingat kes ini.. Memalukan betul!!!

p/s : kpd korang semua, sbelum membuat keputusan nak judge seseorang itu baik atau jahat. Jangan dengar dari satu pihak sahaja, dengarlah dari dua pihak. Baru boleh buat kputusan.. Korang dah besarkan..? masing2 ada otak, pikir r sndiri..!!
20 comments

Rabu, 6 Jun 2012

Cinta Itu Ibarat Teksi




"cinta ibarat teksi... apabila kita lambai tangan, dia akan berhenti mengambil kita... tp, kita kena periksa dahulu dalamnya,, kalau ada penumpang lain, kita jangan masuk... biarkan teksi tu hantar dulu orang tu, baru ambil kita balik, tak pun kita cari je teksi yang lain..."

21 comments

Selasa, 5 Jun 2012

Tips Mengawal Pemakanan dan Maintain Berat Badan


Hari ni, aku nak kongsikan tips ringkas tentang macamana nak kawal pemakanan dan maintain berat time kenduri kendara sekarang ni?

Senang je, haha.. Banyakkan minum air kosong. Sebelum sampai kenduri minum air kosong. Di kenduri pun kalau ada air kosong, minum air kosong je daripada air manis. Selepas kenduri dah sampai rumah, minum air kosong lagi. Dgn cara mudah ni, pemakanan akan terkawal sikit. Kalau ada Tea Mix lagi bagus, ia akan membantu tingkatkan metabolisma, jadi badan akan proses makanan cepat sikit dan lebih cepat nak buang air besar.

Sekarang ni, masih berpantang.. tak dapat aku nak minum teh ais kdai Kak Ngah.. Hari2 kena minum air kosong je..
27 comments

Suatu Malam Di Malam Dingin


Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

Tointtt.. tointt.. toint..

sumber : Oh lawak
11 comments

Isnin, 4 Jun 2012

Rasa Bersalah Kembali Menjengah Minda


Sekarang ni, aku tengah pulung study Biomechanic sebab, aku dah nak exam hari rabu ni.. dalam pada masa yang sama, hati ni duk ralit mengelamun pasal kisah 4 tahun lepas. .. Tiba2 je, aku teringat suatu kisah yang cukup membuat hati aku dilanda rasa bersalah seumur hidup. 

Jarum jam di dinding mula berputar, berputar .. berputar dan smakin laju.. flushh.. kembali kita ke tahun 2008.. Masa tu, aku form 5. Bersekolah di Sekolah Menengah Hamzah (1). Jam di tangan menunjukkan pukul 2.30 ptg. Kelihatan, seorang remaja lelaki, berambut pendek, berbaju sekolah dan ditangannya membawa buku teks Sejarah, sedang berjalan bersama kawan-kawannya. Hari itu, kami pulang agak lewat, sebab menunggu salah seorang kawan aku mnyiapkan tugasan sekolah. 

flushhh..jam berpusing laju ... flushh.. pukul 6.00 ptg, tempat di padang bola Kampung Sungai Hala.. Waktu tu sudah ramai budak2 kampung turun main bola. Aku turun seperti biasa, pukul 6 suku baru aku terpacak di atas padang bola. Awal permainan semua ok je.. sampailah bila bola tu dapat kat kawan aku, nama dia Beri. Aku nak masuk, kira clean r aku ambik bola dari dia. Tapi entah macam mane, boleh terkena tulang renting dia, sampai patah kaki kawan aku, dikerjakan oleh aku.. Sebab kes ni, ramai yg tuduh aku main jahat..dan ramai yg tak mo main bola dgan aku.. Aduii, rosak karear aku waktu tu.. 

Kalau diberi peluang utk aku putarkan waktu ni Beri. Aku teringin nak putar balik masa lalu, kembali ke tempat kejadian.. aku tak akan main bola hari tu.. Kalau aku tak main bola hari tu, ko mungkin akan dapat main bola lagi skrang.. 

Aku nak mintak maaf sangat2.. Walaupun ko tak marah kat aku, ko cuma diam membisu. Aku tahu, panas di hati ko.. Maafkan aku bro.. Aku memang tak sengaja waktu tu bro.. Sekrang ni, aku dapat balasan yg sama apa yg aku telah buat pada ko dulu.. Maafkan aku sangat2!! 

13 comments

Ahad, 3 Jun 2012

My Roomate Izzat Amir !!

Cilok dari FB Pokjat

Semalam aku ada chat dgan ex-roomate masa matrik. Nama dia Izat Amir, nama glamor Pokjat @ Bob. Lama sungguh tak jumpa dgan Pokjat ni. Semalam dpat r tanya khabar dan berita pasal dia, tengok gambar sekrang semakin berisi.. huhu.. tengok gambar di atas, hencem tak?

Aku tak boleh lupa r dgan Pokjat ni.. Masa Matrik dulu, dialah yg banyak tolong aku waktu aku sakit dulu. Sanggup mngurut kaki aku. Setiap malam kaki aku akan rasa sakit dan dialah yg slalu jadi tukang urut. 

Bila pergi kelas, dialah yg kena kejutkan aku, pimpinkan aku g kelas. Waktu tu, siyesly aku memang malu r dgan semua orang, tiap2 hari bjalan kena dipapah oleh orang lain.. Menanggung sakit waktu blajar ni, sungguh memeritkan.. Setelah 2 tahun  berlalu, sakit ni, kembali lagi Jat.. Malu aku nak cerita kat ko smalam jat, sakit kaki ni masih ada lagi dan smakin teruk jat.

Terima kasih Jat sebab sudi urut kaki aku,
Terima kasih jat sebab kena beli  makanan utk aku
Terima kasih Jat sebab kena pergi isi air untuk aku
Terima kasih jat sebab kena pimpin aku bila nak g kelas
Terima kasih Jat sebab sanggup jaga makan mnum aku time aku sakit dulu..

Oh ya!! Bila kami nak tidor, kami tak tidor atas katil, tapi kami akan gabungkan tilam dan hamparkan di lantai.... Sebab sorang lagi kawan aku akan datang menyemak, tidur skali dgan kami.. haha. 

Apa2pun yang berlaku lpas ni, aku akan tetap ingat jasa ko jat.. dan aku harap, aku akan dapat jumpa dgan ko suatu hari lagi jat. Tak ada apa yang mampu aku blas dengan semua jasa2 tu, hanya Allah yang mampu membalasnya.. Aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk ko Jat.. hanya itu yang mampu aku lakukan.!!
18 comments

Sajak Untuk Tok Guru


Tok Guru..
entah sudah berapa kali tubuhmu dikeji dan dihina
sudah tidak terkira peribadi dan tutur katamu ditertawa
tidak dapat dihitung berapa jumlah aib mu dipijak, dijaja dihina..

Benar Tok Guru..
dirimu bukan nabi
tidak punya sifat maksum dan tiada kuasa sakti
jalan yang dipilih olehmu itu bahaya
nampak tenang jalannya tetapi penuh ranjau berduri

Biarkan mereka Tok Guru
di belakang mereka akan berhujah lagak sang juara
berdepan dengan mu
mereka akan tersipu tunduk malu
sabarlah Tok Guru
janji kemenangan Allah itu PASti
yang malas dan jahil akan terus mengata
yang berakal akan terus mencari..

Ku hanya seorang anak muda biasa
pernah alpa dan hanyut dengan lakonan dunia
berambut panjang jeans lusuh baju bundle dan berselipar RM5
hanya memerhati dan mendengar dari jauh
tetapi diri dan ilmu padamu Tok Guru
tetap ku hormat sehingga akhir hidup ini..

8 comments

Jumaat, 1 Jun 2012

Bila Semangat Hilang?



Minggu ni, ramai kawan2 aku post status di facebook .. 
"arghh, stress .. exam dah dekat" 
"nothing  coming.. exam  coming arghh"
banyak lagi status tulis dan share gambar.. Standard zaman skrang r, ada benda yg berlaku, semua post di facebook.. Semua nak diluah kat wall facebook.. Bukan dapat apa2pun, cuma komen dan like je..

Jika ditanya pada aku la.. Bila aku rasa down, rasa SEMANGAT HILANG .. selain baca quran, solat.. menulis blog, menangis, menjerit, atau makan banyak buat melepas geram.. apa 'COMMON SENSE' yang selalu dibuat?

Menurut aku la.. aku lebih suka telafon MEK aku.. Bila dengar suara Mek ni, dah jadi macam satu terapi minda.. Suara penat lelah, membuat aku lbih bersemangat utk bukak buku.. Maklumlah, bagi aku perasaan sedar dlm diri cuma akan lbih hadir bila dngar suara Mek..

Jika ditanya pada aku lagi, apa NIKMAT PALING BERHARGA selepas nikmat iman dan islam..pasti aku jawab, nikmat kasih sayang Mek dgan Ayah aku.. kerana kasih mereka tiada taranya, tiada gantinya..? erm.. !!tapi yg sebenarnya aku cuma dpat rasa kasih sayang Mek aku je.. 

Jika kita rasa TENANG menjawab exam, dan andai kita rasa mudah saja buat sesuatu tugas.. Jangan ingat itu sebab doa kita dikabulkan. Jangan rasa ibadah kita sudah cukup sempurna.. kerana mungkin, itu bukan doa dari kita yang punya banyak dosa ni..  tapi itu mungkin doa ibu bapa kita yang tidak putus-putus menyebut nama kita dalam doa mereka.. Mungkin itu dari sujud solat malam mereka yang memohon kemudahan buat kita. Dari doa mereka, melalui kasih mereka, dapat kita merasa rahmat kasih sayang dari Allah..

"Ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah.. terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya." 
(HR Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah)

"Ya Allah, AMPUNKAN DOSAKU, DOSA KEDUA IBUBAPAKU.. dan kasihanilah  mereka seperti mana mereka MENGASIHIKU sejak aku dari kecil..."
13 comments