+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Selasa, 29 Mei 2012

Aku Hanya Orang Biasa..


"Buat apa baca blog peribadi, bukan dapat apa2 pun? "

"Alaa.. blog syok sendiri r ni, cerita pasal diri sendiri.. sape nak baca?"

Manusia bro.. mulut orang bukannya kita boleh tutup, lainlah kalau mulut tempayang!! Macam2 yg keluar dari mulut orang ni.. Hahaha.. Ada aku kisah? 

Kisah aku bukan kisah sempurna, tulisan di blog ini cuma luahan rasa.. sambil berkongsi ilmu yang ada, ada juga contengan fitur yang menggila.. apa yang baik, semua dariNya.. ambillah, Sebarkanlah dan Manfaatkanlah.. Islam itu untuk semua..

Tetapi aku MOHON, jika ada yang buruk..TEGURLAH diriku agar tidak terus terleka, atas kesenangan dan pujian yang MELALAIKAN.. Aku hanya seorang manusia, Aku juga masih lagi hamba yang BERBUAT DOSA.. Sekarang aku sedang  BERUSAHA untuk KEMBALI BERSUJUD menyembah ALLAH.. tegurlah jika aku TERSASAR DARI HALA, kerana diri ini masih lagi berusaha..untuk BERNAFAS dalam jiwa hamba..

Jika ada perkara yang TIDAK ELOK yang korang nampak pada aku, please.. the bad is me, myself.. Islam sangat indah dan terlalu sempurna, tapi yang buruk serta teruk itu ialah aku..jangan  dgan kesalahan aku atau kesilapan aku DIKAITKAN dengan nilai dan keindahan islam itu.. Islam SEMEMANGNYA INDAH SEMPURNA.
13 comments

Ahad, 27 Mei 2012

Kisah Semangat Sang Kijang


Ini dia kisah Sang Kijang..
Tak pernah mengalah pada lawan..
Walau pada mula selalu dihumban…

Tapi..
Sang Kijang bersemangat juang..
Berani menghadap setiap lawan..
Kerana Sang Kijang keturunan pahlawan..
Cerdik mencari jalan dan peluang..
Kerana Sang Kijang berakal panjang..
Tari diatur, langkah dipadu..

Gerak disusun, rahsia yang keliru..
Lawan digempur satu persatu..
Asak bersantun, lawan dipalu…
Sang Kijang diasak, bagai peluru..
Mentera dipasak, pesanan Sang Guru..
Sentiasa bergerak, sentiasa menyerbu..
Lawan terdesak, menjadi haru..

Semangat Sang Kijang tidak pernah luntur..
Berani digelanggang bertarung bertempur…
Tidak takut walau digempur..
Sang Kijang bangkit, lawan tersungkur…

Inilah dia kisah Sang Kijang..
Lembut diluar, hebat digelanggang..
Jangan sesekali Sang Kijang ditentang..
Padah menanti, setiap yang datang..
Ini dia kisah Sang Kijang…
Anak keturunan CIK SITI WAN KEMBANG

Kalau betol semangat kijang ada dlam diri aku..? HAHAHA..  kan best!! menunggu minggu2 exam yg akan datang ni, banyak assignment, mini project dan presentation nak kena siapkan.. Be Prepare Bro!!!
Kena start study blik ni, Seminggu bercuti ni, tak buka buku pun.. Start hari ni.. JOM STUDY .. Fight 4 the Final Exam!!
9 comments

Khamis, 24 Mei 2012

Jangan Gerenti Sangat la..

Aku ingin memetik sedikit kata-kata dari ustaz Azhar Idrus (UAI), korang pernah dengar ke tak? Bunyi dia lebih kurang macam ni r :
"Jgn kite kate 'Gerenti baik dgan make ubat, gerenti sembuh lao berubat dgn doktor nim' jgn kabo gtuuu... Sbb doc ponggg akam bahang tanoshhh gop suatu hari nanti... Jgn pegang 'Gerenti' kalau kite pegang gop.. Maka kite kafirrr.. Mati dalam keadaan kafir, syirik kepada Allah kerana kite percaya pada doc yg menyembuhkan, bukan Allah yg menyembuhkan.. "

Nak di jadikan ceritanya.. aku ni, tak pegang pada sape2 pun. Semua tempat aku cuba, dari mngurut kampung, berubat HPA, Hospital dan sekarang Fisioterapi... Macam2 dah buat, sakit masih lagi sakit. Tapi insyaAllah, seminggu lagi ok r kot.. 

Alhamdulillah, sekarang ni, dah boleh berjalan sikit.. tapi masih tidak dapat tegakkan badan. Bila malam, masih tak dapat tidur, sakiiiiitttt sangat.. mungkin sebab sejuk kot. Aku pun tak tahu la.. Sakit blakang tapi yang merasa sakit, di betis.. pening2.. doktor cakap, saraf tulang blakang tarik urat betis, sebab tu jadi sakit.. Ermm, lantak la.. 

Lpas ni, pukul 2 ada appointment dgan doktor plak.. buat Fisioterapi!!! Ermm.. mlas rasa nak pergi.. 
16 comments

Rabu, 23 Mei 2012

Ya Allah, Sembuhkanlah Kesakitan di Tubuh Ini.


Tidak haram menangis ketika ditimpa musibah mcam kematian.. kesakitan dan kehilangan benda, cuma  yang menjadikannya haram ialah, berteriak melolonggg..... Meraung2 cam oram giler babi... Cukuplah sekadar, menitiskan air mata, memohon petunjuk dan pengampunan dari Allah..

"Ya Allah, Sembuhkanlah kesakitan aku sekarang ini, sesungguhnya sudah terlalu lama aku menanggung semua ini, Hapuskanlah dosa-dosa aku atas sebab sakit ini"


Ramai kawan-kawan datang melawat aku, mengucapkan kata-kata :

"Sabar r Tah, semua ni ujian Allah utk ko, Sakit tu kan penghapus dosa"

Sebelum tu, korang tahu tak apa makna sabar yg sebenarnya? Sabar ialah redho dgn ketentuan Allah bro... Sesiapa yg redho, maka dia akan dapat pahala sabar. Menangis bukan kerana tidak dapat menerima, tetapi menangis kerana sayang.. Contoh : Nabi sendiri pun pernah menangis ketika anaknya meninggal... mata menangis, hati menerima... Redho jerpp.. 

Semakin kite sabar, darjat kite semakin naik... Tapi sabar kite tu, kena r  bertempat. Sabar melihat anak kite melakukan maksiat adalah dikeji syarak...  Orang laki, datang ambik anak popuan kita kat rumah, kita nak buat macam mana? Nak Sabar? Kalau sape yg sabar masa tu, orang tu Bodooo !! 
21 comments

Sabtu, 19 Mei 2012

Aku Ini Banyak Dosa, Sebab tu Dapat Balasan Macam ni!!


Sape sini yang boleh lawan nafsu? Sape sini yang boleh tundukkan nafsu? Cuba habaq mai sikit, nak pi berguru dengan depa ni!! Sape sini yang kuat Iman dan Amal tapi masih kalah dengan nafsu? Jangan malu2 nak mengaku!! Orang tak tahu pun!!  Manusia ni bukan malaikat, kita semua ada nafsu bro. Nafsu ini jugak boleh membuat kita berbuat jahat dan berbuat baik. Kalau kita pandai gunakannya, baik jadinya, kalau tidak pandai mengawalnya, buruk lah jadinya.

Sekiranya kita kalah dengan nafsu, lalu kita melakukan maksiat, jangan pula kita biarkan diri kita hanyut dengan dosa, bahkan kita mesti cepat2 kembali pada Allah, walaupun dalam keadaan lemah, tanamkan dalam hati ingin menjadi orang soleh, jangan habiskan masa dengan mengeluh, " aku ini banyak dosa" sedangkan tidak ada usaha untuk memperbaiki diri. Setiap maksiat yang kita lakukan cepat2 kita sertakan dengan ketaatan seperti istighfar, sembahyang sunat taubat, baca Quran dan seumpamanya. Ketahuilah Allah sentiasa menunggu hambaNya bertaubat kepadanNya. Dosa itu adalah satu jalan kita kembali kepada Allah, bukan untuk kita lupakan Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun dosa2 hambaNya walaupun sebanyak buih di lautan. 

Bukan pulak, bila dah sakit, dah tak boleh nak berjalan mcam aku ni, baru nak ingat Tuhan. K-mone lah, kita hidup cuma sekali je, Semua sudah tuhan tentukan sebelum kita dijadikan lagi.. Pergilah mandi wajib dulu, ambik air sembahyang, buka sejadah, solat dan panjatkan doa kpd Allah..

Cuba buat dulu, jangan pikir benda ni susah!! Lpas buat dosa. Bertaubatlah.. walaupun dosa kecil sekalipun.. Allah suka apa, kat org yang selalu bertaubat?

Tazkirah kpd diri sendiri yg sentiasa kalah dengan nafsu untuk perkongsian bersama..astagfirullahal'azim...
11 comments

Jumaat, 18 Mei 2012

Semakin kita dekatkan diri denganNya, Semakin kuat Ujian yang kita dapat

Seminggu ni banyak benda dah berlaku atas diri aku.. Sakit lama kembali lagi, dari hujung kaki kanan ke tulang belakang, sakit sangat2.. Sudah 2 minggu tak boleh tidor.!! Mata baru nak lena, kaki bergerak, sakit rasa wei!!!

hari ahad malam lpas, eksiden dengan lori.. Mata tak nampak ada lori kat depan, habis hancur cover cermin depan motor Z aku.. Mujurlah aku  tak ada apa2 pun, just kaki dengan tangan je yg sakit sikit..

Kelmarin, pergi main futsal di Tahdza, utk Terbuka Kolej Kediaman lebih kurang mcam terbuka UniMAP r jugak. Baru 1 game main, dah K.O. Mujurlah team aku menang game first ni. Aku terjatuh masa main, kena kaki phak lawan.. so the result, aku tak boleh bangun berdiri, tulang blakang aku dislocated lagi.. skrang bengkok ke sebelah kanan pulak..

Pergi hospital pun, Dr, tahu cucuk ubat kat punggung je? aku dah berpuluh kali kena cucuk Dr.. tak jugak sembuh2.. Sekrang ni, nak pergi jumpa pakar tulang dan saraf .. hopefully dapat jumpa dlm masa terdekat ni..
aku pun dah tak tahan sakit ni, kelmarin, dan hari ni.. xleh berjalan lg, terpaksa baringkan badan.. nak tido xlena ...

Tima kasih utk kawan2 semua.. terutama roomate,  yg jaga makan minum aku, sapu ubat dan tolong jaga aku.. tima kasih banyak2..

p/s: lpas aku sembuh.. aku akan aktif blik berblogging.. mlam ni nak g mngurut kaki plak!!
8 comments

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru!!


Hari ni, 16 Mei 2012!! semua orang tahu yang hari ini adalah hari guru. Mesti ramai dah wish @ ucap selamat kepada guru masing2. Termasuklah aku, walaupun cikgu2 sekolah lama dah tak berapa ingat lagi dengan aku.   Tak pe, asalkan aku masing ingat jasa cikgu2 aku. (Ermm.. mungkin dia tak kenal no. phone aku kot!!! ) Apa-apapun, aku ingin mengambil kesempatan waktu di hari ni, nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada Semua Cikgu-Cikgu yang telah mendidik aku sehingga aku dapat masuk U, dan kepada semua guru-guru di dunia amnya, dengan harapan, semoga panjang umur dan sihat2 selalu. 

Dalam banyak-banyak sajak Tema Hari Guru, aku suka baca sajak nukilan Ismail Haji Adnan. Korang semua pernah baca tak? 
Dia Seorang Guru Tua 
Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989

Sajak yang simple tapi membawa erti yang mendalam. Memang kena dengan hidup aku, dan cikgu aku. Sekolah di kampung cukup mengajar erti hidup dan erti pelajaran!! hayati melalui hati baru timbul di mata minda!!
11 comments

Selasa, 15 Mei 2012

‎4 Tanda Hidup Tak Berkat


Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga

19 comments

Sabtu, 12 Mei 2012

Kenapa Mesti Terjadinya Kebenaran?

Fact of life yang aku paling susah nak terima dan juga susah nak tolak hakikatnya.. iaitu
"KEBENARAN".
Kebenaran memang menyakitkan. Aku rasalah, bukan aku sorang sahaja yang rasa macam ni, korang semua pun akan rasa sangat menyakitkan bila kena atas diri korang sendiri.

you know..?
kebenaran..
the truth..!!

Kenapa KEBENARAN Susah Nak Diterima? sebab selalunya kebenaran itu tak seperti yang kita harapkan.
Kenapa Susah Nak Tolak? sebab selalunya kebenaran itu, sesuatu yang padu, jitu, tepat dan realistik.
Sakit Kan.? memang menyakitkan. sebab kebenaran tak seperti yang kita harapkan...
Kenapa Mesti Aku? Sabar bro, ini ujian Allah.. Sakit itu penghapus dosa. Dosa ko banyak sangat, so balasannya pun, kena la bagi power lebih!!
Berapa Lama Lagi? Aku pun tak tahu, sekarang dah masuk 2 tahun, masih seperti dulu.. 
9 comments

Khamis, 10 Mei 2012

Pesanan Untuk Para Pendakwah


Para pendakwah adalah manusia biasa. Pendakwah bukan manusia yang diturunkan khas oleh Allah ke dunia ini. Tetapi, pendakwah itu adalah manusia yang mengucapkan dia beriman kepada Allah dan Rasulnya. Syeikh Abdullah bin Bazz berpesan kepada pendakwah dengan tiga perkara.

1). Jadi Teladan

Pendakwah perlu menjadi teladan kepada orang sekeliling. Manusia sekeliling sentiasa memandang tinggi dan mengharapkan yang terbaik dari seorang pendakwah. Sekiranya harapan ini tidak dibalas dengan sepatutnya, ia kan mendatangkan persepsi yang tidak baik bukan sahaja kepada diri pendakwah tetapi juga kepada agama Islam.

2). Segala yang diucapkan perlu seiring dengan perbuatan
Manusia pada dasarnya suka berkata-kata. Ini adalah didorong oleh perasaan suka berkongsi. Peter Senge mengatakan :

"Perkongsian ilmu bukan hanya untuk memberikan sesuatu kepada orang lain, tetapi ia juga adalah untuk mendapatkan sesuatu daripada mereka"

Oleh itu, apabila berkata-kata, perkataannya itu perlu juga menjadi peringatan buat diri sendiri.

3). Jangan lupa, pendakwah juga manusia
Ramai yang semakin lupa pendakwah juga manusia. Mereka bukan golongan malaikat ataupun makhluk ciptaan khas oleh Allah yang diberi nama pendakwah. Pendakwah juga dianugerahkan dengan sifat pelupa dan nafsu. jadi, mereka juga perlu berusaha dengan sebaik mungkin bagi melorongkan diri ke arah kebaikan.
5 comments

Selasa, 8 Mei 2012

Ingatlah Pengorbanan Seorang Ibu


Peringatan Untuk Semua, Walau apa pun sekali yang berlaku di antara anda dan ibu anda, jangan la anda cuba menderhaka kepada nya.

Orang kata aku lahir dari perut IBU..
Bila dahaga, yang susukan aku.. IBU
Bila lapar, yang suapkan aku.. IBU
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. IBU
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. IBU
Bila nangis, orang pertama yang datang ..IBU
Bila nak bermanja… aku dekati IBU
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah IBU
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya IBU
Bila nakal, yang memarahi aku… IBU
Bila merajuk… yang memujukku cuma.. IBU
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..IBU
Bila takut… yang tenangkan aku.. IBU
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..IBU

Aku selalu teringatkan ..IBU
Bila sedih, aku mesti talipon… IBU
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… IBU
Bila bengang.. aku suka luah pada ..IBU
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..IBU
Bila nak exam, orang paling sibuk juga IBU
Bila buat hal, yang marah aku dulu..IBU
Bila ada masalah, yang paling risau.. IBU

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. IBU
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . IBU
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, IBU
Yang selalu berleter kat aku.. IBU
Yang selalu puji aku.. IBU
Yang selalu nasihat aku.. IBU

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… IBU

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari IBU
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada IBU
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat IBUku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah IBU

Bila sambut hari ulang tahun perkahwinan… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari lahir IBU… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Lahir IBU
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… IBU ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon IBU
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk IBUku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan

berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.


Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu…

p/s : ini adalah entry copy paste dari artikel di Facebook.. sebar-sebarkan untuk peringatan bersama..
10 comments

Isnin, 7 Mei 2012

Untuk 'Mangkuk' Yang Belum Bersih



Seekor ular sawa telah berjaya menelan seekor anak babi. Kenyang bukan main dia. Lantas dia berlengkar di situ tidak bergerak-gerak. Sambil matanya berkelikpah-kelikpah memandang di hadapan melayan rasa mengantuk.

Tiba-tiba seekor kancil berlari tergopoh-gapah di hadapan ular sawa kenyang. Membantutkan nafsu mengantuk mahu tidur sang sawa.

"Celaka punya kancil. Tak padan dengan kecik, nak bikin havoc dalam hutan yang damai ini. Gua nak tidur pun terbantut," sumpah sang sawa.

2 minit kemudian, 2 ekor anak kerbau lalu dihadapan sang sawa sambil mengemboh tidak berhenti-henti.

"Binawe punya anak kerbau. Mak bapak dia pun sama binawe. Tak pandai jaga anak. Mengemboh tak tentu kalu dalam hutan. Mengganggu aje," meledak lagi marah sang sawa.

Baru saja sang sawa nak pejam mata, seekor kerbau pula meluru berlari kencang di hadapan sang sawa, seperti dikejar pekida je lagak sang kerbau. Terbantut lagi niat sang sawa nak tidur.

"Ini lagi satu haramjadah punya spesis, nak masuk olimpik pergi London lah. Sini tempat orang nak tido la bodoh!" Kali ini sang sawa betul-betul marah.

Hutan tenang beberapa ketika. Sang sawa mula hanyut dibuai mimpi. Tiba-tiba....

Akkk....Aaakkkk.....Akkkk....OOnngg...Ong...Onggg

Sekawan gagak terbang membuat bising di puncak pokok. Disahuti oleh sekawan katak diperdu pokok. Gagal lagi hajat sang sawa mahu melelapkan mata.

"Ini betul-betul pengganggu ketenteraman hutan... Dah lah hodoh, busuk, hitam, badan berkerutu, takde leher....Bising pulak... Diamlah woiiii gagak, katak...." Tempik sang sawa.

Sang pungguk yang dari tadi memerhati keadaan sang sawa terbang turun dari dahan dan landing berdekatan sang sawa.

"Wahai sang sawa yang selfish. Aku tahulah engkau kenyang, engkau dalam comfort zone, engkau nak tido. Tapi tahukah engkau apa yang sebenarnya berlaku di dalam hutan ini?" Sang pungguk memulakan lecture dengan pertanyaan kepada sang sawa.

"Hutan ini OK je... Takde masalah, aku nak makan boleh makan, aku nak main, boleh main, aku nak tido, ada orang kacau, itu yang aku temper ni," jawab sang sawa.

"Kau tak bergerak ke mana-mana, kau hanya melihat apa yang lalu di hadapan kau. Kau tak tahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam hutan ini. Kau kekenyangan nak bergerak pun tak boleh. Apa yang kau nampak hanyalah apa yang lalu di hadapan kau. Macam orang tengok TV lepas kenyang makan pizza, tak tahu apa sebenarnya berlaku kat luar rumah," panjang lebar bebel sang pungguk. Sang sawa hanya mendengar.

"Tahukah engkau bahawa si kancil yang engkau sumpah kerana berlari meluru di hadapan kau tadi sebenarnya bergegas ke sungai kerana mahu menyelamatkan sang kerbau yang sedang digigit kakinya oleh seekor buaya. Sang kerbau asalnya cuba menolong si buaya yang ditimpa pokok besar. Bila ditolong, kaki sang kerbau pulak yang kena gigit. Sebab itulah anak-anak kerbau mengemboh ke hulu-ke hilir macam anak ayam kehilangan ibu mencari bantuan untuk menolong ibunya yang sedang dikekah buaya."

"Tak adil betul dunia ni," sampuk sang sawa.

"Nasib baik si kancil berjaya memperdayakan sang buaya. Apabila sang kerbau telah bebas, melurulah dia berlari mencari anak-anak dia yang masih kecil tadi. Budak-budak tu kecik lagi, kalau tersesat dalam hutan ni, naya nanti."

"Oooo.... Macam tu ke?" Sampuk sang sawa.

"Itulah lain kali kalau kita tak tahu apa-apa isu, baik diam. Kalau kita hari-hari kenyang, dalam comfort zone, jangan nak kutuk binatang lain yang hari-hari berjuang untuk survival dalam hutan yang penuh pancaroba ini," sang pungguk mengambil peluang menyedarkan sang sawa.

"Si gagak dan katak busuk yang bising tu, apa cerita pulak?" Tanya sang sawa.

"Patutlah orang selalu kata, macam ular sawa kenyang. Kau ni betul-betul buta isu dan jahil. Empangan di hulu sana telah mulai susut airnya. Kita diancam bahaya kekeringan air. Bukan kita sahaja, anak-cucu kita pun bakal mati kehausan. Gagak dan katak tu bising kerana berusaha memanggil hujan.... Bukan untuk mereka sahaja, tapi untuk semua penghuni hutan dan generasi kita selepas ini"

"Berkesan ke panggil hujan begitu?" Skeptik sang sawa.

"Sekurang-kurangnya mereka berusaha! Itulah kemampuan mereka. Kau tu asyik tido dan makan aje. Makan babi pulak tu.... Ceh!" Si pungguk lantas terbang semula ke atas dahan. Ye lah sebelum sang sawa ngap dia pulak, baik dia blah cepat.

Sang sawa masih berlengkar kekenyangan di situ. Terpulanglah pada dia, nak guna otak atau nak guna perut.

sumber : Laman Muhandis
6 comments

Ahad, 6 Mei 2012

Quran Sebagai Penyelamat di Akhirat


Quran bakal menjadi penyelamat manusia di akhirat kelak. Membaca Quran adalah amalan baik yang pahalanya kekal menjadi milik pembacanya walaupun sudah meninggal dunia. 

Daripada Abu Umamah, katanya aku mendengar nabi Muhammad berpesan,
" Bacakan oleh Quran, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat kelak bagi memberi syafaat kepada tuannya "

Ini bermakna, Quran adalah harta dan penyelamat terbaik manusia sebagai cagaran menempuhi hari perhitungan yang bakal berlaku nanti.

Huraian Pengajaran Hadis:

i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.

iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : 
"Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap."

iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

sumber rujukan : Nurul Ain Ahmad. Give and take antara hamba dan pencipta.(p.52).
                          Iban Muslim
                          Siti fatimah
3 comments

Sabtu, 5 Mei 2012

Dicemburui Oleh Orang Yang Baik.

Antara kelebihan membaca dan memahami Al-Quran :
  1. Mengikis Perasaan Gelisah
  2. Dihujani Rahmat Allah
  3. Boleh Menjadi Hartawan
  4. Dicemburui Orang Yang Baik
  5. Sebagai Penyelamat di Akhirat.

Dicemburui orang yang baik, merupakan  durian runtuh runtuh yang ke-4 utuk pembaca al-Quran. Orang yang begitu suka melakukan sesuatu perkara pasti cemburu semasa ada orang lain yang melakukannya. Seperti kata-kata St. Augustine,

" Mereka yang tidak berasa cemburu bukan berada dalam perasaan cinta "

Dalam erti kata lain, orang yang baik, mempunyai kecintaanyang tinggi kepada Quran. Oleh itu, mereka pasti berasa cemburu sekiranya melihat orang lain membaca Quran dan mengamalkannya melebihi dirinya..

4 comments

Jumaat, 4 Mei 2012

Teruskan Perjalanan Wahai Sahabat


Teruskan perjalanan lebih baik,
dari meneruskan perdebatan yang tiada hentinya.
Sudah... letakkan pandangan dan nyatakan prinsip!
kemudian membuat sedikit penerangan lagi,
sudah... 

Seterusnya,
teruskan perjalanan perjuangan.
Hingga terbukti mana yang benar,
dan mana yang berada di petak kesalahan.

Tidak faham kenapa ramai suka berdebat di alam maya.
Apakah dengan kita menang berdebat yang panjang di alam maya,
kita sangka orang akan tukar pendapatnya dan sertai perjuangan kita?
Belum tentu kan?

Kita kena gerak di alam realiti.
Laksanakan strategi...
Baru apa yang kita nyatakan terbukti,
baru apa yang kita seru menawan hati...!!
7 comments

Rabu, 2 Mei 2012

Tips Memilih Ahli Team Futsal


Hari ni, aku nak bagi korang sedikit tips untuk memilih ahli team futsal. Dengan adanya ahli yg tip-top dan teknik main yg betul maka, tak hairanlah kalau team korang nanti akan menjadi bualan mulut orang lain.. Bangga wooo.. bila nama team korang dipuji, dipuja dan dijadikan Idol oleh player lain.. kompem kembang semangkuk la, lubang hidung korang..

Ok.. setiap team futsal, mesti ada sekurang2nya 5 player dan 7 tu dah kira maksimum dah tu..  Sebab setiap game, yg akan main hanya 5 org sahaja.. Jadi disini, aku akan jelaskan utk cari 5 orang ni r..
  1. Keeper : Kalau boleh, korang carilah player yg rajin dan brani. Tinggi @ pendek tak kisah, asalkan berani jaga gawang gol, dan berani tahan bola.. Cari yg tubuh badannya fleksibel mudah rebahkan badan dan cepat bertindak.. maklumla.. bola shoot laju bro.. pandai2 la korang tangkap..!!!
  2. Defender : Pertahanan bukan sahaja bertindak sebagai "pertahanan" tetapi sering kali juga "perancang" dalam permainan futsal. Korang carilah player yang ada suara (lagi garau lagi bagus) utk bagi arahan kat team korang. Cari yang rajin la, pasal saiz tubuh  tak kisah pun, asalkan berani naik ke atas dan cepat2 turun ke bawah.. Ini adalah posisi aku!!!
  3. Winger : Lebih kepada speed la.. cari player yang boleh main tepi kiri @ kanan. Boleh bawa bola dan kawal bola dengan baik. Kalau boleh cari winger macam Team Gallaticcos. Saiz tubuh, biasanya kurus @ sederhana sahaja.
  4. Pivot (Centre Forward) :  Kaki shoot, biasanya utk pivot r. kaki gelecek, dan kaki oley!! haha. Korang cari player yang tenang dalam game, shoot yang power dan tak banyak songeh.
  5. Universal Position : Pemain paling kuat stamina. Rajin tahap dewa r org kata, dan tahu semua posisi nak main kat mana. Dia sebagai backup utk player2 lain di posisi masing2. Rajin itu yg utama dan boleh dengar arahan kapten.
Untuk player Sub, sama je utk posisi masing2. Walaumacam mana pun, dalam satu-satu team tu, kuat macam mana pun team tu, tapi kalau tak ada team work dan keserasian, jangan harap boleh pergi jauh.. 2 @ 3 bulan lpas tu, berterabur, berpecah.. see !!! 

Dalam games futsal, sebenarnya posisi tak penting pun, jadi pandai2lah korang main.!! 
10 comments

Selasa, 1 Mei 2012

Selamat Menyambut Hari Pekerja (2012)

First of all, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja @ Hari Buruh kepada semua rakyat Malaysia. Semoga dengan cuti ini, kita gunakan masa sebaik mungkin, untuk bersama keluarga atau untuk rehatkan tubuh badan yang penat bekerja.


Untuk Pengetahuan semua.. Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

sumber : Wiki

P/S: hari ni, cuti..!! so tak ada kelas r...?
12 comments