+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Ahad, 29 April 2012

Boleh Menjadi Hartawan


Alangkah indahnya kehidupan orang kaya. Cakap sahaja apa yang dimahukan, hampir semuanya boleh dapat. Malah, kalau pegi ke mana-mana, ada sahaja yang hendak memberikan layanan ala first class. Jadi kalau ditanya kepada sesiapa –" mahukah menjadi papa ataupun muflis? " Jawapannya sudah tentu TIDAK!

Namun, dalam pada ramai yang cuba mengelak daripada menjadi muflis di dunia, ada antaranya pula terlupa untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak bankrap di akhirat. Sebab itulah ada yang ghairah mengaut kekayaan dengan bermacam-macam cara sama ada 'halal' ataupun 'haram'. Tetapi di celah-celah itu juga masih ada terselit segelintir orang yang begitu ghairah membuat persiapan untuk kaya di akhirat. Cuma sayangnya, mereka papa pula di dunia.

Hari ni, aku nak jelaskan pasal durian runtuh buat pembaca al-Quran. Entry ini adalah sambungan daripada entry minggu sebelumnya. Durian runtuh yang kedua  untuk pembaca al-Quran ialah kita boleh menjadi hartawan.. Hartawan macam mana? Hartawan di akhirat bro, mungkin di dunia ini, kita tak nampak dengan mata kasar kita, tapi di akhirat harta-harta inilah yang akan membuat kita kaya di mata Allah..

Menurut Ibu Abbas, pembaca Quran adalah hartawan dan pahala membaca Quran tidak pernah putus.
Nabi Muhammad juga mengatakan:

" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah(Quran) baginya satu kebaikan dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Laam dan Miim sebagai satu huruf, tetapi Alif ialah satu huruf, Laam satu huruf, Miim satu huruf "
(diriwayatkan oleh Tirmizi)

Maknanya setiap satu huruf yang dibaca kita mendapat 10 ganjaran. Bayangkan sekiranya ganjaran itu diberikan dalam bentuk wang ringgit, tentu kita berasa begitu seronok untuk membawa Quran setiap hari. Tetapi Allah memberikannya dalam bentuk pahala sebagai persediaan kita menempuhi hari perhitungan nanti.

Inilah yang dinamakan kaya dengan pahala di akhirat. 
6 comments

Sabtu, 28 April 2012

Ada Mata Lihat, Ada Telinga Dengar, Ada Kepala Otak kan?.. Pikir la Sendiri..


Ramai orang kata, kita dah hidup aman sekarang ni, buat pe nak adakan bantahan dan perhimpunan walau untuk menegakkan Islam, nanti jadi macam syria dan negara2 lain baru nak nyesal..

Ramai status facebook hari ni, duk cite pasal keburukan Bersih 3.0 .. "bodoh melayu, buat malu bangsa sendiri je" / " tak payah nak Bersih sangat la, buat menyemak je" / " jangan nak menghuru hara kan negara yang aman ni"/ dan macam2 lagi status FB yang mengutuk dan menghina Bersih 3.0..

Hahaha...
AMAN...? AMAN...? apa itu AMAN? maksiat berleluasa itu AMAN? korupsi tu AMAN? zina di mana2 itu AMAN? pecah amanah itu AMAN? rasuah itu AMAN? gejala sosial itu AMAN? dedah aurat dan dedah aib orang itu AMAN? fitnah sana sini ko kata AMAN? 

Golongan ini hanya lihat aman dari segi kehidupannya saban hari yang senang lenang sahaja kerana tak susah hati melihat maksiat yang berleluasa atas muka bumi malah redha dengannya.. Golongan ini boleh buat bodoh saja lihat maksiat itu berterusan.. Tahu tak bahawa maksiat ni semuanya adalah BALA? BALA yang Allah timpakan sebab kita tak mahu mendaulatkan islam dalam kehidupan, dalam pemerintahan, dalam segala aspek..

Hari ni, aku tak banyak bercakap, sebab kawan2 aku semua bercerita pasal Bersih. Terus terang aku tak mampu untuk berbahas dengan mereka.. tak pe la.. lebih baik aku diam dari menjawab tuduhan mereka semua ni.

Sebelum tu, cuba korang baca artikel ni .. Ada Apa Dengan Melayu?


“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”

 (Al-Hujurat 49 :13)

Nasihat aku kpada korang semua, kepada sesiapa yang tengok berita tv1 @ tv3 hari ni, cuba korang tengok video dan baca pulak padangan dari blogger2 alternatif  .. cuba korang kaji dan nilai sendiri.. Tak perlu rasanya untuk kita menerima pandangan dari satu pihak sahaja..!! selidik dulu, baru tentukan salah atau benar Bersih 3.0 ..

Sebagai konklusi, ubahlah mind set tu, AMAN adalah kehidupan dalam keadaan taat kepada agama Allah dan takut buat maksiat dan tidak berbangga dengan maksiat..
15 comments

Dihujani Rahmat Allah


Rahmat menurut bahasa ialah belas kasihan dan kasih sayang. Manakala dari segi istilah kasih sayang yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-NYA sama ada berbentuk fizikal atau rohani, duniawi atau ukhrawi. Contoh rahmat Allah SWT: 
  1. makanan dan minuman yang halal 
  2. kesihatan tubuh badan 
  3. keluarga yang berkasih sayang 
  4. minda yang cerdas dan inovatif 
  5. jiwa yang suci 
  6. ilmu dan kebijaksanaan 
Hanya orang yang mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah SWT yang akan bahagiadi dunia dan sejahtera di akhirat. -Rujuk buku teks PAI tingkatan 2-

Dalam kisah yang diceritakan oleh al-Hakim, Rasulullah mendapati satu kelompok orang yang sedang berzikir kepada Allah, maka ujar beliau, " Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah yang sedang menghujani kamu, dan aku mahu menyertai kamu sekalian ".

Orang yang berzikir dan membaca Quran itu akan dihujani oleh rahmat Allah. Rahmat Allah hanya datang kepada mereka yang menyebut-nyebut nama Allah dan mengingatinya. Sebagai manusia, kita juga pasti berasa gembira sekiranya orang lain sentiasa mengingati dan menyebut-nyebut nama kita.  Begitu juga, Allah pasti gembira sekiranya namanya sentiasa meniti di bibir kita selaku hambanya.

Rujukan : 
  1. Buku teks Pendidikan Agama Islam (PAI) tingkatan 2          
  2. Resipi Rahsia   
  3. Buku Give and Take antara Hamba dan Pencipta penulisan Nurulain Ahmad ( muka surat 50-51)
  4. MuslimDoctor
7 comments

Jumaat, 27 April 2012

Semoga Cepat Sembuh Mek!!!

Setiap hari Jumaat, aku ada Lab Micro Controller (Micro C). Hari ni, adalah Lab Experiment 3 yang mana, aku perlu test program software yang aku buat dlam komputer ke dalam hardware.  Masa 2 jam diperuntukkan untuk aku siapkan semua ni. Walaupun aku cuma mampu siapkan 2 latihan sahaja, tapi aku sudah boleh berpuas hati dengan hasil yang aku dapat.

2 minggu lagi adalah Lab Test bagi Micro C.  Aduii.. lpas ni, tak ada dah pertolongan dari PLV dan lecture. Semua kena buat sendiri.. kena buat code program sndiri dan pasang software sendiri.. Sesiapa yang masih belum mahir Lab-Lab sebelum ni, akan hadapi maslah r untuk Lab Test nanti.

Tak ada apa yang nak diceritakan hari ni.. sekadar ucapan dan iringan doa untuk Mek di kampung Semoga Cepat Sembuh dan Sihat-sihat sokmo.!!



Dalam duk tengah buat lab tadi, teringin nak letak sekali nama Blog ni.. Zulfattah.blogspot.com..!!
Sekadar untuk membakar semangat untuk rajinkan diri berblogging semula.. doakan aku rajin2 buat entry dan rajin2 untuk skodeng blog korang semua..



10 comments

Khamis, 26 April 2012

Mengikis Perasaan Gelisah


Perasaan gelisah merujuk kamus bahasa adalah perasaan tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dan lain-lain), dan risau akan seseuatu. Terdapat 4 perkara yang membawa kegelisahan dalam kehidupan seharian kita :
  1. Gelisah terhadap dosa-dosa dan kesalahan ( yang telah dilakukan )
  2. Gelisah terhadap hasil kerja ( tidak memenuhi kepuasan spiritual)
  3. Takut akan kehilangan milik ( harta dan jabatan )
  4. Takut menghadapi keadaan masa depan ( yang tidak disukai )
Namun perasaan ini, dapat dihakis dengan membaca dan memahami Al-Quran... Sebagai contoh, ada pertanyaan daripada ahli ruangan kesihatan di online.mail.net iaitu sebuah forum berbahasa Inggeris. Menurutnya,  dirinya dilanda rasa gelisah yang teruk. Rasa gelisah itu memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupannya. Ahli forum mencadangkannya bagi mengambil vitamin B-12sebagai ubat. 

Walaupun ubat-ubatan itu bakal mengurangkan perasaan gelisah itu, tetapi Islam mempunyai terapi yang tersendiri bagi menghilangkan perasaan gelisah dalam diri. Pernah suatu masa, seorang sahabat Rasulullah, Ibnu Mas'ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung seperti bersedih.

Lalu lekai itu berkata " Wahai Ibnu Mas'ud, berikan kepadaku satu nasihat yg dapat aku jadikan penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera mahu maka, tidurku juga tidak lena "

Mendengar itu, Ibnu Mas'ud terus berkata " Sekiranya itu penyakit yang menimpa jiwamu, maka kamu perlu bawa hatimu mengunjungi  tiga tempat iaitu, tempat orang membaca Quran sama ada kamu membacanya ataupun kamu mendengarnya, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah, cari tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas"

Sebagai konklusi, ubat sebenar bagi mengubati perasaan gelisah adalah membaca dan memahami Al-Quran. Hati yang gelisah ialah hati yang jauh dari Allah, oleh itu membaca Quran mampu mendekatkan kita kepada Allah sekali gus membawa kepada ketenangan hati dan jiwa.
4 comments

Durian Runtuh Untuk Pembaca Al-Quran.


Di sekolah atau universiti, kita belajar menggunakan silibus yg diberi oleh pihak pentadbir bagi menduduki peperiksaan.. Manakala, dalam kehidupan kita pula, Allah memberikan Quran sebagai garis panduan utk kita meniti kehidupan di dunia dan akhirat.

"Quran itu adalah kitab yg kami turunkan yg diberkati, maka ikuti dia dan bertakwalah supaya kamu diberi rahmat"
(surah al-An'am ayat 155)

Seperti yang kita tahu, Allah telah janjikan akan menyediakan satu tempat yang khusus di syurga nanti kepada
sesiapa yang beramal dgan kitab Al-Quran. Ini kerana terdapat banyak kelebihan dan ganjaran yg diberikan Allah kepada hambanya yg membaca dan memahami Quran.

Antara kelebihan membaca dan memahami Al-Quran :
  1. Mengikis Perasaan Gelisah
  2. Dihujani Rahmat Allah
  3. Boleh Menjadi Hartawan
  4. Dicemburui Orang Yang Baik
  5. Sebagai Penyelamat di Akhirat.
Di dalam kelebihan-kelebihan ini, akan aku huraikan dalam entry yang akan datang..  
10 comments

Selasa, 24 April 2012

Rindu Serindu Rindu-Rindu nya..

 

Kita mengetahui yang kita merindui seseorang apabila jantung kita berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar Hai daripada dia sudah cukup menenangkan hati yang bergelora…
(kita mungkin menaruh hati kepadanya, cuma kita tidak menyedarinya ataupun kita tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan)
4 comments