+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Jumaat, 30 Mac 2012

Just For Someone ..!!!

"Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sesungguhnya penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya. " 

(H.R. Bukhari dan Muslim)

11 comments

Selasa, 27 Mac 2012

5 binatang yang paling susah mati



Bengang nyamuk dok berdesing kat tepi telinga tapi bila nak bunuh dia, asyik kebas tangan menepuk dinding je? Nyamuk masih terbang dengan hepinya. Senang saja, gunalah Ridsect. Komfem kiok terus nyamuk yang berlagak hero itu. haha

Ada lagi binatang lain yang lebih sukar dibunuh berbanding nyamuk. So, tak payah nak sakit hati bagi je dia hisap darah kamu sikit. Ala setitik je pun nak berkira ke..(tetibe intro pasal nyamuk). Saksikan top 5 binatang yang kalau korang cuba bunuh mungkin korang yang akan mati terbunuh sebab tertekan tak dapat membunuh. heh. tak payah layan aku mengarut. jom tengok siapakah mereka-mereka yang terhebat itu?


5. Giant African Land Snail (Siput babi gergasi Afrika)



Hamek ko penuh tapak tangan beta tadahkan. muahaha. tapi tu tapak tangan orang lain bukan tangan aku. Saiz dia boleh mencapai 8 inci panjang. Siput babi ni biasa dijadikan binatang peliharaan (pet) oleh orang-orang Barat sebagai diorang rasa ini 'Amazing!' padahal kat Malaysia ia adalah tahap gaban punya menggelikan. Masyarakat Afrika Timur sudah mencuba pelbagai cara untuk membunuh siput babi ni, seperti membakar dan racun tetapi masih tidak berhasil. Apasal diorang tak try tabur garam? Aku selalu tengok atok aku buat camtu bila dia bengang siput babi asyik rosakkan pokok dia tanam.


4. Water bears


Water bears adalah binatang air berkaki enam yang mikroskopik dan sangat susah dibunuh malah tidak boleh dibekukan. Makhluk ni boleh bertahan pada suhu ekstrim sehingga -273 darjah celcius dan boleh hidup lebih sedekad tanpa air. Malahan bom nuklear pun tidak mampu mengapa-apakan benda alah ni. Ia boleh berubah ke bentuk kering dan semasa dibentuk ini ia kebal terhadap radiasi. Binatang ini juga kebal terhadap nitrogen cair dan mineral (inorganic) acid.

3. Tree weta


Binatang yang sesungguhnya sangat menyeramkan. Dah la besar gedabak tu ha. Darah Tree Weta mengandungi protein istimewa yang menghalang air dan sel-sel dalam badannya daripada membeku. Maknanya walaupun Tree Weta dibekukan sekalipun, darah dibadannya masih mengalir dan berfungsi seperti biasa. Ketika beku, otak dan hati Tree Weta tidak berfungsi, namun ia akan kembali aktif selepas ia cair. Dengan kata lain, binatang ni boleh kelihatan seperti telah mati tetapi kemudiannya hidup semula..macam zombi kampung pisang! Takut tak?

2. Lungfish


Dikenali juga sebagai Salamander fish. Tak taulah dalam bahasa melayu panggil apa. Ikan paru-paru kot. Lungfish adalah ikan air tawar yang boleh hidup tanpa air selama 6 bulan sebab dia kan ada paru-paru. nak heran apa takde air. kekeke. Ikan ni jugak antara binatang yang sangatlah panjang umurnya. Queensland lungfish yang disimpan di sebuah akuarium di Chicago sejak 1933 masih hidup hingga kini! Fuh. kalau macamtu mesti dah berjanggut putih sampai ke lutut (soalan: adakah ikan mempunyai lutut?)

1. Immortal jellyfish


Immortal adalah lagu nyanyian Evanscence. haha. ok ok. tu immortal lain. aku nak main-main pun tengok la sape yang baca blog kan. semua cerdik pandai belaka. Ya betu.l Immortal bermakna abadi dan tak mati. Walaupun mana ada benda yang abadi selain Allah yang Maha Esa lagi Maha Kekal, tapi obor-obor telah ditemui oleh saintis sebagai hampir tidak mungkin mati. Macam mana plak tu?



Jellyfish lahir dan membesar seperti biasa, namun hidupnya tiada pengakhiran sebab ia akan kembali ke bentuk polyp (bayi obor-obor) dan hidupnya akan bermula semula dari awal! Yang lama tak mati-mati, yang baru pulak lahir, maka dunia sekarang sebenarnya sedang diserang secara senyap oleh makhluk bernama obor-obor. Gerun ok. Obor-obor boleh membunuh walaupun namanya sangat mesra disebut dan didengar namun jangan jadi gila nak pegi makan binatang ini. Tak tahulah kalau tumpahan minyak kat laut tu boleh membunuh spesis berbahaya ni. hmm..

Aku rasa kalau tembak ke bom binatang-binatang kat atas ni boleh je mati. Kan?

Allah Maha Hebat. Bukalah mata lihat ciptaanNya...dan buka hati hayati kekuasaanNya, cari hikmahnya. :)


sumber : Sini
15 comments

Sabtu, 24 Mac 2012

SOlat Sunat Istikharah !!! What That?


Pernah kan korang semua berada dalam kesulitan? untuk memilih  antara dua pilihan..? dan pernahkah korang lakukan Solat Sunat Istikharah? 

Jusoh : " Apa itu solat istikharah?"

LOL.. tak tahu ke?
Solat ni, orang panggil solat memohon petunjuk dalam melakukakn sesuatu perkara.. Kebiasaannya Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih, yang mana memohon kepada Allah supaya menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.

Jenah : " semalam aku dah buat solat istikharah.. tapi sampai skrang pun aku tak dpat lihat hasilnya.."
Istikharah bukan buat sekali teruh dapat petunjuk, ia kene dilakukan berkali kali.. kalau hati kita betul2 ikhlas memohon kerana Allah, kompem Allah bagi r, jangan risau..!!! nasihat aku, lakukan 3 kali sehari, selepas makan

Ok.. Contoh petunjuk yg mungkin Allah akan bagi ialah:
Petunjuk istikharah yang baik - bile kite ingat pada bakal jodoh kite tu hati kite terasa lapang, senang dan gembira...
Petunjuk istikharah yg tidak baik - bile kite ingat pada bakal jodoh kite tu hati kite menjadi serabut, tak sedap hati dan hati menjadi tidak tenteram...

Kalau kita ada masalah.. ingatlah kpd Allah.. kembalilah kpd Sang Pencipta, panjatkan doa dengan penuh keihklasan.. InsyaAllah, Allah pasti menolong hambanya yg dlm kesusahan.. 

19 comments

Khamis, 22 Mac 2012

Lawakkan, Kalau Diri Kita Ini Seorang Munafik..?

Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 50 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawakkan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 50 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawakkan , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”
" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

renung.. renungkan.. 

17 comments

Selasa, 20 Mac 2012

Untuk Kita Yang Mengaku Laki-Laki ...


ALLAH dan Rasul-Nya tidak pernah membenarkan lelaki yang solat fardhu di rumahnya. 
Ini buktinya…

1. Rasulullah memerintahkan agar kita memenuhi panggilan adzan
“Jika engkau mendengar suara adzan, maka penuhilah panggilan Allah itu.” (HR Tirmidzi)

2. Penegasan bahwa solat fardhu bukan di rumah, tapi di masjid
“Sebaik-baik solat seseorang adalah di rumahnya kecuali solat fardhu (solat wajib).” (HR Bukhari – Muslim)

3. Biarpun kita berada dalam kesulitan, tetap harus ke masjid..
Dari Umi Maktum, bahwasanya ia mengadu kepada Rasullah SAW, katanya: “Ya Rasul, bahwasanya kota Madinah ini banyak binatang buas lagi kejam, yang tentu aku sangat khawatir atas keselamatanku". Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu mendengar Hayya alash-sholah, hayya alal falah? Kalau mendengarnya, maka datanglah kemari memenuhinya” (HR Abu Daud).

4. Sekalipun orang buta, tidak diperbolehkan solat di rumahnya
Seorang lelaki buta mengadu kepada Rasulullah SAW, katanya: “Ya Rasul, tiada seorang penuntun bagiku yang menolongku mengantar ke masjid, maka berilah keringanan untukku solat di rumah". Kemudian, ia diberi keringanan oleh Rasul. Namun ketika ia tegak dan baru beberapa langkah pulang, Rasulullah SAW memanggilnya kembali, sabdanya: “Adakah kamu mendengar adzan solat?”.Jawabnya: “Ya, aku mendengarnya”. Sabda Rasul : “Untuk itu, hendaklah engkau penuhi panggilan (adzan) itu.” (HR Muslim)

5. Tidak mampu solat berjamaah di masjid, dianggap orang munafik
“Sesungguhnya tiada yang dirasa berat oleh seorang munafik, kecuali melaksanakan solat Isya dan solat Subuh. Sekiranya mereka tahu akan keagungan pahalanya, niscaya mereka bakal mendatanginya (ke masjid untuk solat berjamaah) sekalipun harus berjalan merangkak-rangkak” (HR Bukhari Muslim).

6. Rasulullah tidak redho terhadap (lelaki) yang solat di rumah. Sehinggakan baginda bersumpah dengan ancaman yang amat keras
” Demi dzat yang diriku ditanganNya, aku ingin menghimpun kayu bakar, lalu ku suruh seorang mengumandangkan adzan solat, dan kusuruh pula imam memimpin solat berjamaah, dan kudatangi mereka yang tidak solat berjamaah, akan kubakar mereka bersama rumah-rumahnya” (HR Bukhari-Muslim).

7. Kesimpulannya, Allah menegaskan bahwa yang ke masjid hanyalah orang-orang yang beriman
“Sesungguhnya yang meramaikan masjid-majid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir.” (QS At Taubat:18)

Sumber : FB dan Sini dan sini
10 comments

Isnin, 19 Mac 2012

Nak Cari Teman? Kena Buat Marah Dulu..


Adat berteman biasa la, ada pasang dan surutnya.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak kita teman sepermainan. Kita kan manusia bro.. bukannya malaikat .. Setiap org ada buat salah masing2 dan setiap org ada jahatnya masing2. Cuma kita je yg tak tahu, tang( bahagian) mana jahat seseorang itu.. 

Aku cuma nak nasihatkan kepada kwan2 secourse dgan aku ni, yg masih lagi berbalah atas hal yg  sudah lepas.. Cukuplah, tak payah la duk sindir mnyindir lagi.. buat malu kat junior je, dgn classmate sndiri pun nak berbalah.. Biarlah, salah kawan kita tu, kita maafkan.. dan aku sndiri pun dah maafkan apa yg kawan kita sorang ni, buat kat kita semua.. Tapi kenapa korang semua masih tak dapat maafkan kawan kita yg sorang tu..? Cukuplah deh!!!

Untuk mencari teman sejati... aku prefer yg ni.. korang cuba r, mesti menjadi punya.. 

"Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah..
Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu maka, jauhilah dia.."
~Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya~
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah.. Sampai jugak di Negeri Perlis ni.. Selamat sampai di rumah sewa pkul 9 mlm td.. Fuhh..
Alhamdulillah, Mek pun smakin sihat sikit, dah boleh makan sikit dan boleh duduk. Cuma perut beliau je yg masih bengkak (sakit rasanya) ..Sedih dan sayu je bila aku jumpa Mek aku.. kurus dan tak bermaya.. Doakan Mek aku smoga cepat sembuh..
11 comments

Rabu, 14 Mac 2012

Pesanan Buat Diriku dan Sahabat-Sahabat Semua..




Dalam dunia ni, ada 2 golongan, iaitu golongan yg BAIK dan JAHAT. Semua bergantung pada diri kita, utk berada di dalam golongan yg mana? Tapi aku lebih syorkan kpd korang semua supaya berada di dalam golongan yg baik. Nekadlah dari skrang utk menjadi orang-orang yang baik. Yang baik kepada sesiapa saja.. baik kpd alam, binatang, tumbuh-tumbuhan dan baik kpd diri kita sendiri. Kerana orang yang baik & beriman yang akan selamat di akhirat nanti. Kalau kita merasa pernah menjadi orang yang tidak baik, maka berusaha, berhentilah & bertaubat... InsyaAllah, pintu taubat masih terbuka.. 

 "if u got the problem.. solve it n be strong."

Setiap dari kita(hambaNYA) mesti pernah melalui zaman "JAHIL" masing2.. apatah lagi kita diakhir zaman ini yg menjanjikan seribu satu kelalaian dlm hidup. Apakah adil untuk kita menilai seseorang itu hanya kerana kejahilan zaman lampaunya.??? Sungguh tidak adil kan? Titik turning point, tidak ada sape pun yg tahu.. itu kita panggil hidayah dari Allah.. bila pintu hati dah terbuka, semuanya boleh berubah.. Ramai yg dari jahil berubah mnjadi org yg beriman...


Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan, dahulu, kini,  mahupun akan datang samada kecil atau besar. Kita tak boleh menilai sesiapapun melainkan hanya mendoakan perubahan ke arah kebaikan baginya dan sentiasa memberi sokongan kepadanya supaya lebih bersemangat untuk melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah S.W.T. 


Kita jugak tak boleh menilai org melalui pemakaiannya.. ataupun melalui luaran sahaja.. tetapi yg sebaiknya, kenal  isi hati dan budi terlebih dahulu.. 

Aku tinggalkan korang semua dgan satu soalan.." Macam mana korang tahu diri korang Baik, sedangkan lidah, mata, tangan, kaki dan telinga korang masih buat benda jahat ?"

##########################################################################
Skrang ini, di dalam blog ini, aku lebih kpd entry nasihat dan sindiran utk diri aku sendiri, supaya tidak lalai dalam kehidupan aku.. dan ini last entry dlm minggu ni.. sebab aku terpaksa balik kg. Mek aku sakit, dah 2 minggu terlantar kat rumah. Semalam masuk wad, tapi hari ni dah keluar. So, pagi esok aku akan bertolak balik.. Aku akan ambil cuti slama seminggu kot.. hopefully aku sempat jumpa Mek aku.. 
20 comments

Selasa, 13 Mac 2012

Gadis Pelik dan Ganjil Ditemui di Malaysia..???



Sekrang ni, ramai yg merasa pelik dgan keadaan dunia ni.. Banyak perkara ganjil yg kita sangkakan!!!.. dan perkara yg dahulunya menjadi kebiasaan bagi manusia, kini menjadi smakin ganjil dalam hidup kita.. Pernah tak korang fikirkan? dan Apa perasaan korang bila dikatakan korang ini, ganjil? 

-Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: 
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
(H.R. Muslim)

Pandangan orang lain, itu tak penting girls, yg penting diri kita ni, berada di jalan mana? Jalan ke Syurga @ ke Neraka...

sumber : idea asal oleh Tajim dan diubah utk kesesuaian blog..

23 comments

Isnin, 12 Mac 2012

SOLATLAH WALAU TERPAKSA


 LIATNYA kita untuk solat BERJEMAAH di surau.. Bangun pagi pun lepas azan subuh.. kadang2 subuh gajah pun kita kerjakan..!!! bila bulan Ramadhan semangat betul kita bangun awal, bersahur, solat sunat tahajjud dan ibadah yang lainnya.. namun kini, atas nama KESIBUKAN kita pun larut dengan raja KEMALASAN.. lalu tepi surau, PANDANG SEBELAH MATA sahaja..

Usahlah PERSOALKAN bilangan si hawa yang solat di surau, mari kita kira dahulu berapa BATANG TUBUH KAUM ADAM yang sanggup BERMUJAHADAH mendisplinkan diri solat di surau? Konsisten dalam jejak-jejak menuruti PANGGILAN AZAN di surau ?

Mereka ini bagai JEJAKA IDAMAN yang paling TERMAHAL di abad ini.. susah ingin jumpa orang macam ini lagi, bagai TERPUPUS ditelan dek duniawi..bukan sahaja disukai ramai, malah Allah LEBIH SUKA dahulu kepada mereka...

Sabda Nabi SAW :

"Solat BERSAMA ORANG LAIN lebih baik daripada solat sendirian. Solat bersama dua orang lebih baik daripada solat bersama seorang. Semakin banyak (yang solat) semakin DISUKAI Allah Azza wa Jalla."
[Sunan Abu Daud: 467, Sunan an-Nasai: 834, Musnad Ahmad: 20312, Al-Mustadrak: 3/269 dan Sahih Ibn Khuzaimah:1477]

 Ayuh!!! Kawan2, mari kita JAGA SOLAT BERJEMAAH sedaya upaya.. INGATLAH 5 perkara sebelum 5 perkara..di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa KEHAMBAAN dan menajamkan RASA BERTUHAN... Permulaannya bagi org yg tak biasa dtg solat jemaah di surau/masjid... cubalah dtg solat jemaah sekali je sehari dalam 1 waktu jikalau anda x mampu nk dtg solat jemaah 5 kali sehari di surau masjid...

p/s: entry utk menasihati diri ini sendiri, supaya rajinkan menjejak kaki ke surau .. 
19 comments

Ahad, 11 Mac 2012

20 Fakta Menarik Mengenai Lelaki.


1.Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan bererti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4.Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

5.. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

6. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

7. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

8. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

9.Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

10. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

11. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

12. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

13. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

14.Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

15. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

16. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

17. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

18.Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

19. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

20.Lelaki sangat menyayangi ibunya.

HANYA SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

sumber : FB
19 comments

Sabtu, 10 Mac 2012

LOL!!! Aku Tertipu.. Lagii dan Lagiii

Hari ini, merupakan hari perkahwinan  kakak aku. Kakak aku ni, dari kecik lagi. orang lain yg pelihara. Jadi perkahwinannya dibuat di Cheras, rumah Abang angkat dia. Kenduri dan akad nikah semua dibuat di rumah Abg Jat.. 

Mek aku tak dapat nak hadirkan diri, sebab masih sakit lg.. duk di rumah (kg)  je. dan aku pun, tak dapat balik jugak, huwaaa.. sebab aku ditipu lagi... haha.. kurang asam gelugoq.. 

Kalaulah aku tahu, yg program IndEx tadi, cuma program wajib. Mesti aku tak datang r,  kompem aku balik pergi kenduri kahwin kakak aku la.. Tapi, apa yg phak berkenaan bagitahu aku, ini program 7 pillar U.. 
LOL.. tak ke bodoh jadinya..? 

Apa perasaan kakak aku skrang ni? dia nak kahwin, tapi ahli kluarga ramai yg tak datang.. Ermm,.. Sabar je la.. nak buat macam mana, dah terkena lagi...

Kak Yah, Fattah mintak maaf banyak2 sebab tak dapat hadir ke majlis kahwin akak.. dan Fattah doakan agar kak Yah dgan suami berbahagia selalu hingga ke anak cucu... 

P/s : Astaghfirullah... duit PTptpu buat hal pulak.. tak masuk lg.. !!! 

8 comments

Jumaat, 9 Mac 2012

Bagi la aku rest 2 @ 3 hari..

KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, Kami telah beriman, Sedangkan mereka tidak diuji ? & sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Maksud Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sdg kamu tdk mengetahui. - (Maksud Surah Al-Baqarah ayat 216)

#Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir - (Maksud Surah Yusuf ayat 12)#

Be Strong Fattah..  Sakit ko cuma sedikit jika dibandingkan dengan org terdahulu.. 2 tahun diuji dgan pnyakit ni, hanya Allah yg tahu, sakitnya.. Fuhh.. Pedih.. Penat.. dan aku rasa penat sangat.. pretend not to be sick is so realy tired 4 me.. demm!!! its ok, jika diaorg tak tahu aku sakit .. haha.. 

tak ada org yg tahu,.. cuma reader blog ni je.. dan member2 aku bukan pmbaca blog ni.. so tulis je, apa yg ko suka.. bukan org kenal pun.. haha..
13 comments

Rabu, 7 Mac 2012

The Fortress!!! The Red Mania !!!




Hari ni, tak ada kelas.. dan tak ada kerja yg nak dibuat.. Member lain sibuk duk layan movie.. dan cite Running Man.. Entahla.. aku pun heran la dgan diaorg ni, tak habis2 dgan running man.. Cite apa pun aku tak tahu, aku pun tak tengok lagi.. haha..

Aku cuma nak tunjuk hasil kerja aku je.. Baru blajar guna adope photoshop td.. haha.. khas utk The Red Warrior .. yg akan menentang team Navi mlm ni.. Alahai.. dengar cite tak ada live.. hanya ada siaran tertunda di TV1 pkul 11 mlm ni.. demm!!.. mana Red Mania ni? spatutnya streamy utk match mcam ni, ada la.. 

Erm.. lantak la.. apa2pun, kita tunggu je la. mlm ni pukul 8 mlm kot.. not sure yet..

7 comments

Sabar je la.. Aku Cuma Student...

sape pernah makan?

Alahai.. semakin hari, semakin down r mood nak blogging. Tambahan lagi, sekrang ni, U aku dah block website yg " none category " .. LOL.. memang semua student tak puah hati r. Blogger2 U aku, lagi laa.. bukan kemain marah diaorg dlm FB.. Ini bermakna, blogger yg berdomain " .com " dah tak boleh masuk dah..

Jadi, aku tak boleh nak access @ masuk blog yg berdomain, cuma blogspot.com je yg boleh aku survey skrang ni.. Tapi, sekarang ni, ramai blogger yg pakai domain sendiri, tu yg jadi masalah utk aku skrang ni..
Nampaknya.. terpaksalah aku cancel impian aku jap.. utk buat domain sendiri..

Aku mintak maaf, banyak2 sebab aku tak boleh access blog korang yg berdomain.. Hanya ada satu cara je, haha..  terpaksa la aku guna broadband ..  Sekrang ni, malas lg la nak topup broadband..  duit PTPTpu tak masuk lagi.. padahal, member aku semua dah dpat mrasa duit diaorg.. demm!!!

Harap2lah duit PTPTpu masuk sbelum hari Jumaat ni.. sebab aku perlukan modal utk aku buka bisnes aku.. haha..

13 comments

Isnin, 5 Mac 2012

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

sumber : FB 

so moral of the story : hargailah ayah dan ibu korang sementara diaorg masih hidup lagi.. Berdoalah utk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat... 
14 comments

Sabtu, 3 Mac 2012

Attention Please : Tegurlah Aku, dan Bagilah Salam Perkenalan..






Perhatian..Attention Please...  sesiapa yg ada ternampak, terjumpa @ terskodeng Motor ini, ADX 2921 .. Silalah tegur ridernya.. haha..  Sapalah.. dan bagilah Salam...


For u'oll information..  Salam itu, sunnah terdahulu sejak zaman Nabi Adam a.s. sehingga ke hari kiamat, dan salam merupakan ucapan para penghuni syurga... Dan ucapan mereka di dalamnya adalah salam... Salam merupakan sunnah para Nabi, tabiat orang-orang yang bertakwa dan semboyan orang-orang yang suci.... 

Namun, apa yg aku lihat skrang ni, kita sesama Muslim sudah tak kenal dah.. jumpa pun, buat bodoh je.. Bukan nak tegur2 ke tak? ! Standard r.. di tempat aku, macam ni r, jumpa di tepi jalan pun, bukan nak bagi salam..  Satu lagi.. diaorg ni, akan rasa pelik je, bila org yg dia tak kenal bagi salam.. LoL!!! nak pelik apanya,? kalau kita tahu apa maksud salam sebenar..  

Di dalam hadits Muttafaq ‘alaihi, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam, “Islam bagaimanakah yang baik?” 

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, 
“Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali mahupun yang tidak engkau kenali.” (Muttafaq ‘alaihi).
Bagi salam je pun, tak payah nak malu-malu la.. aku dulu pun, pernah rasa jugak, rasa malu, pelik, dan janggal bila org yg aku tak kenal bagi salam kat aku.. Tapi bila dah lama2 @ biasa, ok je.. aku boleh trima dan amalkan.. InsyaAllah, masih banyk yg aku kena perbaiki.. haha..

P/S: Moral of the Story : Tegurlah aku...
21 comments

Jumaat, 2 Mac 2012

Hiburkanlah Hati Dengan Hal2 Yang Ringan


Rasulullah senantiasa berwajah ceria, beliau pernah besabda, "Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesungguhan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksakan memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta"
21 comments