+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Rabu, 29 Februari 2012

Tenang Dengan Alam Ciptaan Allah


Jikalau dihayati dengan tenang, segala-gala dalam dunia ni menyebut & memuji Allah s.w.t walaupun benda tak bernyawa. Contoh mcm kita tengah berjalan, masa memasak, masa pakai pakaian, bila ditiup angin, bila air jatuh ke tanah & macam2 lagi.. Tambah-tambah bila burung berkata-kata, serangga or haiwan berkata-kata & bergerak.. mereka semua menyebut Allah s.w.t sentiasa.. Rasakan ia sedalam jiwamu & ianya sungguh indah mengagumkan.....
14 comments

Selasa, 28 Februari 2012

Sejuta Cinta Untuk Ibu



"..ibumu telah mengandungmu di dalam perutnya
selama sembilan bulan seolah-olah sembilan tahun
ibu bersusah payah ketika melahirkanmu
yang hampir sahaja menghilangkan nyawanya

dia telah menyusuimu dari susunya
dia hilangkan rasa mengantuknya kerana menjagamu
dia cuci kotoranmu dengan tangan kanannya
dia utamakan dirimu atas dirinya serta atas makanannya
dia jadikan pangkuannya sebagai ayunan bagimu

dia memberikanmu semua kebaikan
apabila kamu sakit atau mengeluh
nampak darinya kesusahan yang luar biasa
dan panjang sekali kesedihannya

dia keluarkan wang untuk membayar doktor yang mengubatimu
seandainya dipilih antara hidupmu dan kematiannya
maka dia akan meminta supaya kamu hidup.."

"..betapa banyak kebaikan ibu
sedangkan engkau balas dengan akhlak yang tidak baik
dia selalu mendoakanmu dengan taufiq
baik secara sembunyi mahupun terang-terangan

tatkala ibumu memerlukanmu pada saat dia sudah tua
engkau jadikan dia sebagai barang yang tidak berharga disisimu
engkau kenyang dalam keadaan dia lapar
engkau puas dalam keadaan dia haus
dan engkau mendahulukan berbuat baik
kepada isteri dan anak-anakmu daripada ibumu
dan engkau lupakan semua kebaikan yang pernah dia buat
dan rasanya berat atasmu memeliharanya
padahal adalah urusan yang mudah
dan engkau kira ibumu ada disisimu umurnya panjang
padahal umurnya pendek
engkau tinggalkannya
padahal dia tidak punya penolong selainmu.."
(Imam az-Zahabi di dalam al-Kabair)

Abu Hurairah berkata:
"..seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya,
siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan
sebaik-baiknya? Baginda menjawab,'ibumu'. Dia bertanya lagi,
kemudian siapa? Baginda menjawab,'ibumu'. Dia beretanya lagi,
kemudian siapa? Baginda menjawab,'ibumu'. Dia bertanya lagi,
kemudian siapa? Baginda menjawab,'bapamu'.."

Allah s.w.t berfirman:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua
ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung susah payah dan telah melahirkannya
dengan menanggung susah payah"
(al-Ahqaf:15)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu"
(Bukhari dan Muslim)

sumber : FB
16 comments

Isnin, 27 Februari 2012

Keihklasan Itu, Ada Dalam Kejujuran

Pada hari Rabu lepas, aku ada tulis entry pasal Mencari Kejujuran Dalam Diri. . Di dalam Entry tersebut, aku ada selitkan pertanyaan tentang, "Apa itu Ikhlas dan bezanya dgan Jujur?".. Perbagai jawapan dan pandangan yg aku terima oleh  sahabat2 semua.


Namun aku, memilih beberapa jawapan sahaja.. atas maksud yg aku cari..
Antaranya:
  1. Eyqa :  "kejujuran?jadi diri sendiri dlm ape pon yg kte buat...amanah dlm setiap tanggungjawab yg diberi.
    ikhlas?bila kite buat something tu,kte takkan rasa menyesal malah kte akan tersenyum puas..."
  2. Rozeeta :  "kejujuran adalah amanah. berterus terang itu jujur. pulangkan dompet yang orang jatuhkan itu jujur. walaupun ada pilihan untuk tak buat macam tu sebab takda orang nampak.
    ikhlas tu membuat sesuatu dengan rela hati tanpa ada rasa terpaksa. ikhlas tu jujur dengan diri sendiri."
  3. Amir :  "Kalau jujur tu maksudnya kerelaan sendiri... Ikhlas tu kerelaan hati.. Jujur semua orang boleh buat tapi kalau ikhlas tu tak semua orang boleh buat.. Keikhlasan cuma Allah saja yang tahu.."
  4. Robot kuning :   "bila lapar lu g mamak makan nasek.itu secara ikhlas.takde sapa nak paksa lu tapi lu buat sendiri.bila lauk tak sedap lu cakap tak sedap..itu jujur..tak perlu nak jaga hati mamak kedai makan."
  5. Istana Biru :  "jujur... sesuatu yang datang dari hati yang ikhlas... apa bezanya??? hurm...ikhlas melakukan tanpa meminta balasan... melakukan dengan hati yang rela tanpa sebarang paksaan... dan jujur itu datang dari keikhlasan yang diberi... tapi ada perkataan yang bermaksud jujur merupakan perkara yang betul, yang benar dan tiada penipuan... hurm.. hidup dalam kejujuran = hidup dalam kebenaran..." 
Ini adalah sedikit pandangan dan jawapan dari blogger lain tentang Jujur  dan Ihklas... sama2lah kita menilainya.. 

Cuba korang baca ni : 
"ikhlas::: sesungguhnya... keikhlasan itu memang sukar dimengertikan... memang sukar di katakan... apalagi untuk dihujah... dan adakala apabila kita membuat sesuatu, kita akan terdorong mengatakan ikhlas untuk memuaskan hati orang yang menerima pemberian... itu fenomena di tanah melayu ini sejak dulu... mengungkapkan ikhlas agar pihak lagi satu itu menerima pertolongan... dan sebenarnya keikhlasan itu tak patut diungkap... biarlah ia terus menerus menjadi sesuatu yang hanya kita mengetahui... itulah ikhlas... dan dalam menulis diblog nih... saya menyatakan ikhlas kerana saya menulis tanpa sebarang paksaan.. tanpa sebarang rasa ingin memaksa orang.. dan saya menulis kerana saya bahagia... saya nak tulis... dan saya sendiri tak pasti kenapa... itulah tujuan saya berblogging.. berkongsi cerita dan pengalaman sekadar suka rela tanpa mengharap apa2 yang bisa buat saya kecewa... dan mungkin word yang betul saya rela hati... :)"


sumber ; Istana Biru

Bagi maksud Jujur, sebenarnya keihklasan itu terselit di dalam kejujuran.. itulah yg aku paham setakat ini..
15 comments

Berakhirnya MURoC 2012


HOOORAYYY... Berakhir sudah  MURoC 2012.. Boleh tidur puas2, lepas ni.  Untuk pengetahuan korang semua.. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah  muncul juara Pertandingan Robot Universiti-Universiti Malaysia 2012 (MURoC 2012) yang berlansung selama tiga hari di sini.. Alahai .. juara keseluruhan la.. dan membawa pulang Piala Pusingan untuk pertama kalinya..

UniMAP berjaya mengumpul 15 mata menewaskan pencabar terdekatnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat 13 mata pada hari terakhir pertandingan.. Fuhh.. menang tipis tu..

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, pencapaian UniMAP tahun ini adalah yang terbaik selepas tiga kali sesi penganjuran MURoC sekaligus memperbaiki kedudukan tahun lalu iaitu di tempat kedua.

Sebanyak 79 pasukan daripada 37 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai pertandingan anjuran UniMAP itu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berangkat menutup pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Walaupun team aku, Robe Climbing A kalah di peringkat suku akhir, tetapi Team Rope Climbing B berjaya mengubat kekalahan kami dgan mendapat tempat ke-3.. Memang team lain, menang nasib r, sebab robot aku tak berhenti td, ada masalah teknikal.. Sabor je la.. 

Menang  & kalah, adat pertandingan.. dan aku akan cuba lagi utk tahun depan.. Sekarang ni, perlu kembali fokus study dan waiting for ROBOCON!!!!..


muka2 kalah suku akhir..

p/s: maaf aku tak ambik gambaq, gambar ni, member aku yg post dlm fb td.. haha.. layan je..
6 comments

Jumaat, 24 Februari 2012

Yahooo.. Esok MuROC !!!

Sekarang jam di skrin laprop menunjukkan pukul 6:07 pagi... Fuhh, Penat woo.. seharian aku tidak tidur utk myiapkan robot Rope Climbing untuk Malaysia University Robot Competition (MuROC) esok hari.. Penat pun tidak hilang lagi ni, tapi aku terpaksa tahan jap.. nak tunggu sembahyang subuh dulu, baru boleh rebahkan badan..

Esok, perdaftaran untuk semua peserta MuROC 2012 dan juga untuk test run ( cubaan ) bagi semua team.. Seperti biasa, setiap tahun MuROC yg dianjurkan oleh UniMAP akan berlangsung di dalam Dewan 2020, Kangar, Perlis. Pertandingan ini, berlangsung selama 3 hari sahaja.

Untuk pengetahuan semua, ada 3 acara yg dipertandingkan.. iaitu :
  1. Rope Climbing
  2. Fire Fighting
  3. Paintball
Team aku, ada 4 orang yg bertungkus lumus, nak siapkan robot Rope Climbing ni.. Piki (ketua), Hanif, Aizat, dan Aku.. Kami jugak dibantu oleh En. Jep dan En. Hanif yg bnyak keluar modal (duit) utk beli component robot...

Seminggu aku skip kelas, utk mnyiapkan robot ni.. (Mujurlah, minggu ini, hanya minggu pngenalan.)  Akhirnya, robot kami siap jugak tadi.. huhu.. Lepas ni boleh tidoq puas2 r.. 

Walaupun setiap tahun UniMAP anjurkan pertandingan MuROC ni... Namun kami tidak pernah menjadi juara utk Rope Climbing.. Aku harap, robot kali ni mampu kalahkan team UPM yg power tu.. haha.. tahun lpas kami kalah dgan UPM, jadi tahun ni, kena la bg fight sikit...

p/s: maaf, tak dpat nak jlajah blog korang semua.. lepas habis game ni.. kompem aku akan serang blog korang.. baca apa yg patut...

20 comments

Rabu, 22 Februari 2012

Mencari Kejujuran Dalam Diri


Semakin hari, semakin ramai kawan-kawan aku yg kahwin awal. Aku hanya mampu melihat diaorg bahagia dgan pasangan masing2. Hubungan Halal, pergi ke mana bersama pun tidak menjadi kesalahan.  Tapi aku  tak tahu, kenapa hati ini rasa jelous dgan hubungan mereka..  3 hari lepas, aku dapat tahu, yg kawan aku sudah kahwin dgan cosmate dia. Fuhh.. terduduk aku dibuatnya.. 

Tapi, hari ni, aku bukan nak cakap pasal kahwin. Aku  masih lagi blajar, tunggula aku habis blajar dulu, baru pikir pasal kahwin ni.. 

Sebelum tu, aku ada pertanyaan utk korang semua.. Apa yg korang tahu pasal kejujuran..? Adakah ianya hanya satu perkataan atau suatu amanah?  Jujur dan Ikhlas apa yg bezanya?

Please help me.. 
16 comments

Isnin, 20 Februari 2012

Maafkan Fattah Mak..

banjaran titiwangsa..

Result dh  kuar....tp skrg beza ckit...sbb dh msuk IPTA...haha... Ape yg beza nyer????
haha....perhatikan dialog di bawah:

situasi 1:sekolah rendah

cikgu: ok murid2....nie sy nk agihkan bku rekod kamu semua...

Jam 1 ptg kt rumah....

mak: Fattah !!!!!!! mne bku rekod(pertanyaan nie di ulang lbey dr 3 kali)
Fattah: (dgn suara trsekat2) EEEEEERRRRR....cikgu x bg lg mak...INTERLOG(pergh msk aku nie...)
mak: ok....t dh dpt mak nk tgk...

besok nyer d sekolah....

cikgu: ok....mne bku rekod yg cikgu bg semalam?....ltk atas meja nie skrg....pastikan mak or ayah kamu dh sign bku rekod 2....

Fattah: nie bku rekod nyer cikgu....INTERLOG(terer siot aku tiru sign mak aku....haha)....jahatnyer....sory mom....result terok...haha

situasi 2 : di IPTA

Fattah : Alamak, result dah kluar,  nak cakap ke tak, kat mak eh?

sejam kemudian : Aku telefon mak aku..

Fattah : Mak, result dah kluar, tp teruk r, 2.0 je.. tak pe ke mak?
Mak : Erm, 2.0 tu, bagus ke tak?
Fattah : Ok la jugak.. tak gagal pun..
Mak : Kalau macam tu, xpe la.. blajar dan usaha lg..

Sedangkan mak tak tahu pun bila result kita kluar ? Mak pun tak tahu, apa itu 2.0.. ?
Sekarang nie dh xder owg nk tnye dah..... mkin kite dewasa.... mkin kita perlu sdar tentang tanggujawab untuk diri kita sendiri....kalo kita tipu pown....kita bkn tipu org laen....tp diri kita sendiri...kita yg menentukan hala tuju hidup kita....Allah xkn mengubah naseb sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri yg x mahu mngubah nyer...renung2 kan....
Result sem lepas memang jatuh gile r, tp aku akan cuba lagi utk semester ini.. 
50 comments

Ahad, 19 Februari 2012

Istimewa Hubungan Harmoni di Dalam Keluarga


Setelah sekian lama, blog ini tidak diisi dengan bacaan yg berilmu dan asyik bercerita pasal diri aku je.. mesti korang dah rasa muak @ mual kan? Haha.. 

Aku ingin menyentuh sedikit pasal hubungan ibubapa dengan anak-anak.. Korang semua pasti tahu ini adalah hubungan kekeluargaan.. dan hubungan harmoni antara anak dan ibu bapa mampu melahirkan modal insan yg berjaya dari segi sahsiah dan intelektual.. Tapi korang sedar tak? masih ada di antara kita yg tercicir dalam hubungan ini..

Melalui pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang aku mengembara la.. Aku lihat hubungan anak dengan ayah@ keluarga begitu renggang sekali... Anak dengan hidup mereka masing-masing dan ibubapa dengan hidup mereka masing-masing. LOL.. pernah aku terfikir, Kenapa jadi macam ni? Ini semua salah siapa?

Sebagai contoh : Sahabat aku, dahulunya dia bijak dan pandai.. tapi disebabkan hubungan dia dgn ayahnya, ibu kandungnya serta ibu tirinya yg goyah, akhirnya dia sekrang merempat di tempat org. Sungguh sedih aku lihat pecakapan dia dgan ayahnya.. kedua-duanya kasar dlm percakapan..

Golongan tua dan berumur ni, sebenarnya bukanlah mahukan harta yg melimpah, tetapi kasih sayang dari anak-anak.. Tapi anak-anak sekarang tidak ada masa utk semua itu, mereka lebih sibuk bekerja dan bila cukup bulan gaji, hantar duit pada mak ayah..  Padahal anak dengan ibubapa tinggal dlam area yg sama je, tapi utk berjumpa seminggu sekali pun susah.. Apa hal ni?

Bila ayah mereka sakit dan ditahan di wad hospital, sibuk nak suruh org lain jaga.. Apasal nak bagi upah org lain jaga pulak..? Jagalah sendiri, begilir2.. bukan susah pun. Adik beradik lain ada 7 orang nak jaga ayah sorang pun susah ke?

Hubungan antara anak dan ibu bapa bukan hanya setakat bertanya khabar melalui telefon, bercakap dengan bahasa yg lembut ttpi merangkumi sentuhan kasih sayang dari kedua belah pihak.. Oleh itu hargailah kedua org tua kita selagi mereka masih hidup.

Sekadar nasihat utk diri aku sendiri dan pembaca semua, agar kita menilai hubungan kekeluargaan itu dgan lebih mendalam.. Hubungan yg baik, mampu membuahkan hasil yg baik.. 

p/s : semua ini berdasarkan pemerhatian aku sahaja, 
15 comments

Berakhir Sudah Pengembaraan Fattah..

Fuhh.. Setelah 3 minggu aku merantau di negeri orang. Akhirnya aku sudah sampai di Perlis.. Huhu.. Tepuk tangan sikit!!!, sebab aku sudah berjaya harungi penat jerih di negeri org.. berlapar perut.. tidur tidak beralas dan macam2 lagi la.. Aku anggap  itu semua ujian dan pengalaman yg berharga dan aku tak akan lupa sampai bila2 pun..

OK..Aku cuba ringkaskan kronologi perjalanan aku dalam merantau di negeri orang ni..

29/1/2012 : Bertolak dari Kelantan ke Damansara
31/1/2012 : Bertolak ke Seremban
2/2/2012 : Jalan2 di Mid Valley Jap..
3/2/2012 : Bertolak ke Melaka, Muar, Batu Pahat dan Keluang
6/2/2012 : Balik ke Seremban Semula..
8/2/2012 : Bertolak ke Sungai Buloh
11/2/2012 : Bertolak ke Shah Alam
14/2/2012 : Bertolak balik ke Perlis.

Dan sekarang aku duk di Perlis la.. Penat mengembara, seharian aku tertidur.. Tak ada apa pun yg nak dibanggakan dengan perjalanan ini, cuma sekadar pengalaman dan pencarian erti hidup dalam kehidupan. Alhamdulillah, pengalaman yg aku dpat, sedikit sebanyak mematangkan diri ini lagi.. huhu..

 haha.. OK.. Kini aku dah bersedia utk menyambung pengajian di UniMAP.. I Love UniMAP.. haha.. rindu kat UniMAP..
8 comments

Ahad, 12 Februari 2012

Biawak Menyerang Ayam Jagaan Aku..

Sekarang di Kampung Bukit Naga. Hujan lebat turun dari petang tadi lagi. Aku masih lagi terkial2 mencari tempat utk tidur. Mujurlah ada Abang Din , bagi pinjam kedai ayam dia utk jadikan tempat aku tidur. Walaupun hari ini kena tidur disebelah dgan reban ayam dan dikerumi dgan nyamuk, aku masih lg bersyukur. Sebab masih mampu utk berteduh dari hujan malam ini... Makk aiii.. baunya .. bau tahi ayam menusuk ke dlm lubang hidung ni. Tak tahulah aku boleh tidur ke tak malam ni..

Hari ini, tak ada apa2 aktiviti yg istimewa aku lakukan, semuanya seperti biasa. Aku cuma jalan2 tengok bandar Shah Alam dan area sekitarnya.. Sekarang dikedai ni, tinggal aku dgan ayam je, mereka semua hilang entah ke mana. Kalau tak silap aku, diaorg pergi hantar ayam dekat kantin sekolah... Mana entah? aku pun tak tahu.. huhu..

Sebagai balasan menumpang berteduh dikedai ni, aku kena  balas jasa org ni. Iaitu dengan jaga ayam dan kedai ni dari benda yg tidak diingini... Seperti serangan biawak pada petang tadi yg telah mengorbankan nyawa 2 ekor ayam.. Habis semua isi perut dimakan oleh biawak durjana itu.. Mujurlah tidak terserempak dgan aku, kalau tak, dah lama arwah ko biawak..

Erm.. tak ada benda nak cerita, cuma nak melaporkan keadaan aku disini, yg merempat ditempat org.. Sekali lagi tima kasih kawan sebab bagi pinjam laptop ni..
23 comments

Cari Tempat Tidur

Jam didinding menunjukkan pukul 2:30 pg, aku masih belum tidur dan ramai org ditempat aku ni, sibuk dengan urusan kerja mengupas kulit dan bulu ayam, utk dijual esok pg. Jadi aku telah terlibat sama dalam tugas ini.. Maklumlah hidup menumpang, lepas ni, tak tahu aku nak tidur di mana.. haha..

Pasal tempat tidur ni, aku tak kisah sangat pun. Sebab sebelum ini pun, aku pernah tidur merempat dikaki lima bangunan, di kaki masjid. Itu dah jadi perkara biasa utk org yg merantau ni. Petang tadi dapat jumpa member lama yg sudah hampir 6 tahun aku tak jumpa.. Fikri akhirnya dapat jugak jumpa, jika sbelum ini, aku hanya contect mlalui FB je, tapi hari ni dapat jumpa jugak..

Sudah lama dia pindah kat Shah Alam ni, cuma aku je yg baru jejak kaki di sini...  Esok kami nak pergi jalan2 tengok bandar Shah Alam ni... Benda apa eh, yg menarik kat sini? Kelmarin dulu, aku dah jejak kaki di I-City, esok belum pasti lagi, haha.. tunggu member aku bawak g jalan2 r..

Skrang agak mngantuk jugak r, tapi tak ada tempat nak tidur.. huhu.. masih mencari kaki lima.. dan skrang ni, update guna laptop member..
19 comments

Sabtu, 11 Februari 2012

Tak Tahu Nak PI Mana Dah?


Sekarang berada di Kg Bukit Naga. Shah Alam. Aku datang sini dari Sg Buloh. Bertolak pukul 10 pg tadi. dan sampai dlam pukul 12 tgh hari. Sekarang menumpang rumah member lama, member satu sekolah dulu, nama dia Puyi Oten tapi orang kat area sini panggil dia Abe..

Orang pemus, semua orang kenal bro.. Raja Highway dgan BCW 112.. haha.. Malam ni nak pergi tengok bola, Kelantan VS Terengganu.. haha.. kita tengok, sape yg kena..

OK.. Lepas ni, aku akan bergerak ke Sabak Bernam Pulak.. Jadi, sape2 org Sabak Bernam.. Tegurlah aku yg tengah merantau ni.. huhuhu..
15 comments

Khamis, 9 Februari 2012

Apa Kes? Air laut Dengan I-City?

Apa Kes?

Smalam aku baru sampai di Sungai Buloh, setelah hampir 2 jam perjalanan menaiki KTM dari Seremban. Malamnya, aku dengan kawan aku Redza g jalan2 skodeng awek2 cun di i-city. haha.. Ini kali pertama aku g i-city. Ok r, cantik jugak r. haha.. Rasanya masih bnyak yg boleh ditambah baik.. Harap2 lpas ni, lebih gempak r..  Semalam jugak, aku dapat2 kawan baru.. Kamil dgan Mim.. haha.. tima kasih sudi lepak dgan kami. 2 jam bersembang, entah apa yg dicite aku pun tak tahu.. semua pasal awek je..? huhu

Lepas ni, aku nak g jalan2 area KLCC plak.. masih belum puas lagi jelajah negeri org ni.. sape yg duk area sana? tegur2lah aku, klau jumpa.. huhu

p/s: update guna laptop redza.. tima kasih bro..
17 comments

Isnin, 6 Februari 2012

Johor Sudah Selesai, KL kembali..


Fuhh.. baru balik dari Kluang, Johor. Panas2 lagi ni. Aku bertolak dari Seremban ke Muar pada hari Jumaat lepas. Dari Muar Naik bas lagi ke Batu Pahat dan dari Batu Pahat aku naik bas lagi utk ke Kluang. Fuhh.. 6 Jam perjalanan sakit kaki aku dibuatnya.. Maklumla, aku cuma naik bas catar je. baru jimat sikit.

Aku pergi ke Seremban utk cari Mak saudara aku yg tak pernah aku jumpa pun. Mak Long ni, kakak kpd arwah ayah aku. Sepanjang hidup aku, inilah kali pertama aku berjumpa dgan Mak Long ni. Umur dia dah masuk 69 tahun, dah tua pun... Kali pertama aku lihat, wajahnya hampir sama dgan raut wajah arwah ayah aku.
Mak Long ada 7 orang anak lelaki. 5 dah kahwin dan 2 belum kahwin...

Baru aku tahu, kenapa Mak Long lama tak balik Klantan..? Aku ingat dia dah tak kenal kg halaman, tp ada sebab dia tak dpat blik klantan.. Malas r aku nak cite kat sini.. Biarlah ini jd alasan Mak Long.. dan aku tak salahkan dia pun.. huhu..

OK... Selesai sudah Jelajah Johor.. Lepas ni, aku nak bergerak ke KL pulak, huhu.. Jalan2 jumpa member lama dan cari waris aku( sepupu ) .. Sekarang ni, stay kat Seremban dulu, rest dulu 2@3 hari baru naik KL..

p/s: bila aku sampai di Perlis baru dpat blogging dgan aman.. sorry yup..
25 comments

Sabtu, 4 Februari 2012

Hahaha...


Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan.

Waktu si doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor... tolong jangan suntik, saya takut!".

Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat penenang untuk
diminum agar rasa takutnya berkurang.

Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".

Lelaki menjawab... "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."

4 comments

Khamis, 2 Februari 2012

Dari Kelantan Ke Pelusok Negeri Orang


Fuuh.. penat.. penat.. sakit kaki tak hilang lagi ni, dah seminggu jelajah negeri orang, berjalan kaki.... Baru aku tahu penat rasanya orang dulu2 bjalan dari Utara ke Selatan..(Bangang.. orang dulu mana ada kereta doe). Seperti yang korang tahu, sekarang ni musim cuti bagi student IPT.. Jadi dikesempatan ini, aku ambik peluang utk jelajah negari orang. Benarlah apa yg orang tua2 kata, "Juah perjalanan, Luas Pandangan" . Itulah yg aku dapat disini..

Best jugak r dapat meneroka negeri2 orang ni.. tapi yg tak bestnya aku sorang2 je. Mana la member2 aku semua ni? Semua hilang bila aku ajak keluar teman aku. Demm!!!.. Erm nak buat macam mana kan? diaorang busy dengan kerja masing2.

Ok la.. Aku jelaskan disini.. Journey @ mengembara adalah hobi aku bila tiba musim cuti sekolah. Haha.. Mesti korang tak percaya kan? Aku mula start sukakan hobi ni, bila aku brada di matrikulasi dulu.. Bila aku dapat jalan2 di negei orang.. "Ermmm.. Best jugak eh jalan2 ni..?" itulah yg slalu ada di dlm benak aku bila tiba musim cuti semester...

Kali ni, Perjalanan aku bermula dari Kelantan ke Kuala Lumpur (KL) aku stay kat Damansara Utama, tumpang rumah Tok Saudara aku.. Lepas tu aku pergi pulak ke Seremban, Negeri 9 (sekarang aku duk di Taman AST Seremban). Esok aku nak pergi Johor plak.. jalan2 sana dalam 2 hari pun ok gak kan?
Lpas tu aku ingat nak balik KL balik, cuci2 mata dulu kat sana.. Baru aku bertolak balik ke Perlis.. huhu..

Itulah perancangan aku buat masa ni.. Harap2 journey ni, selamat dan dipermudahkan olehNYA..

p/s:  MAAF.. baru dapat update blog..
31 comments