+60 111-684 0717 BLOG PENULISAN ZUL FATTAH

Sabtu, 21 Januari 2012

Kemana ko Menghilang..? Pulanglah..






Ni kali kedua cincin aku hilang.. tapi cincin inilah yg paling aku sayang.. Cincin pusaka arwah ayah cuma tinggal memori je.. Semua salah aku r, sebab aku tak ingat aku letak kat mana? demm.. 

Sudah 4 tahun cincin ni bersama dgan aku.. tidur sama2... mandi sama2.. main futsal pun sama2.. huwaaa.. mana nak cari ganti ni? Sudah merata tempat aku cari, tapi tak jumpa2 jugak... 

Banyak kenangan aku dgan cincin ni, malas r nak cite.. bayangkan r, 4 tahun dia bersama aku.. mana boleh lupa.. Esok, aku ingat nak pergi buat cincin baru r, rasa gatal pulak jari ni, bila tak ada cincin dijari..
42 comments

Khamis, 19 Januari 2012

Semoga Selamat-Selamat Semuanya...


“Barangsiapa yang menjamin dirinya kepadaku untuk tidak meminta-minta apapun kepada manusia maka aku akan jamin ia masuk syurga”

Hadits shahih, riwayat Ahlus Sunan.

Ibnul Qayyim berkata : Allah adalah yang mencukupi orang yang bertawakal kepadanya dan yang menyandarkan kepada-Nya, yaitu Dia yang memberi ketenangan dari ketakutan orang yang takut, Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong dan barangsiapa yang berlindung kepada-Nya dan meminta pertolongan dari-Nya dan bertawakal kepada-Nya, maka Allah akan melindunginya, menjaganya, dan barangsiapa yang takut kepada Allah, maka Allah akan membuatnya nyaman dan tenang dari sesuatu yang ditakuti dan dikhawatirkan, dan Allah akan memberi kepadanya segala macam kebutuhan yang bermanfa’at. (Taisirul Azizil Hamidh hal. 503)

Ibnu Al-Qayyim berkata : Perhatikanlah ganjaran-ganjaran yang akan diterima oleh orang yang bertawakal yang mana ganjaran itu tak diberikan kepada orang lain selain yang bertawakal kepada-Nya, ini membuktikan bahwa tawakkal adalah jalan terbaik untuk menuju ke tempat di sisinya dan perbuatan yang amat dicintai Allah. (Madarijus Salikin 2/128)..

Setelah penat berusaha satu semester.. Akhirnya berakhir juga Final Exam.. Kelmarin paper final aku.. haha..
Tak ada benda dah nak di buat, sekarang duk sibuk kemas barang-barang dlam rumah ni. Hanya tinggal aku sorang je, housemate yg lain semua dah blah.. awal betul..  kecian kat aku ..T_T.

Aku bertolak balik Kelantan pukul 4 pg ni kot... btolak awal sikit, standard perjalanan dari Perlis ke Kelantan mengambil masa 7@8 jam .. jadi kena bertolak awal r, jadi sampai awal sikit..

Orang cakap.. malam-malam macam ni, doa mudah termakbul.. jom sama2 berdoa.. (aku berdoa ikut doa aku.. korang reka sendiri r doa korang, ikut keperluan masing-masing)
Ya Allah.. Aku bertawakkal kepada Mu ya Allah.. setelah penat aku berusaha.. aku teringin untuk lulus paper Analog 2, Signal, Math, Biochemistry, TITAS, EE, dan Mechanic.. Engkau berilah aku peluang untuk lulus dengan cemerlang... Engkau terimalah doaku ini ya Allah.. sesungguhnya, tiada siapa lagi yang dapat menolong ku selain Engkau ya Allah... Engkau Murahkanlah hati pemeriksa kertas kami ya Allah, utk memberi Markah yg terbaik buat kami dan permudahkanlah utk pemeriksa kertas kami memahami tulisan kami... Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pemurah dan Mahkbulkanlah doaku ini.. Amin ya Robb..

p/s: Ok.. ni last entry dari aku.. tak tahu bila lagi boleh online, sebab kat kampung aku, tak ada intenet.. so kalau nak update blog memang kena kluar pi bandar r,.. Minggu cuti ni, blog aku pun ikut cuti jugak r..
28 comments

Rabu, 18 Januari 2012

Jangan diSimpan Ucapan Cinta

 

"Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya."

25 comments

Selasa, 17 Januari 2012

Selama ni Kita Semua di TIPU..? Demm.. Malu KotRang..


Haaa.. kan aku dah kata.. kita semua selama ni ditipu oleh sejarah.. Cis.. sia-sia aku ambik subject sejarah..  

Menurut prof sejarawan yang terkenal di malaysia, kisah puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara tidak wujud. Ia adalah mitos dan kisah yang disampaikan dari satu generasi kepada generasi yang lain tanpa bukti yang sejarah yang konkrit.

Satu2 kisah sejarah itu haruslah disertakan dengan bukti yang tepat dan sahih untuk direkodkan oleh ahli2 sejarah. Namun dalam kes neh kisah puteri hang li po, hang tuah lima bersaudara dan beberapa kisah penting lain bagi sejarah melaka tidak memiliki kesahihan dari segi bukti setelah kajian demi kajian di lakukan.

Maksudnya mereka dah menyelidiki benda neh sebelum keluar statement. Itu pasal mereka sampai ke tahap nak tulis semula buku sejarah di malaysia. Maknanya memang sahih lah kisah itu dongeng je. Antara alasan yang prof beri ialah kisah puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara neh juga tiada dalam catatan dalam kisah sejarah negara china.

Negara china yang kita tahu, ada penulis sejarah yang memang gemar merekod dan menulis segala apa yang berlaku dalam tahun2 kehidupan mereka. Oleh kerana kisah perkahwinan neh ialah kisah yang besar mustahil juga tiada rekod berhubung perkara neh. Melainkan buku2 sejarah telah dibakar dan rekod lama terhapus sehingga tiada orang lagi ingat akan hal neh.

Ataupun mungkin juga nama2 berbeza digunakan bagi mengambarkan puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara. Namun, amat mustahil pula prof dan para pengkaji sejarawan yang lain tidak memikirkan kemungkinan2 seperti neh.


 sumber : sozycili

Aku rasa meluat dan amat memalukan bila ada golongan bergelar profesor pun tersasul mengulas tentang sebuah sejarah, apalagi diputar belit mengikut nafsu dan emosi berpihak untuk mengesahkan kehendak politik sepihak yang bergelar elitis politik penguasa yang kehilangan kredibilitas.

Sejarah diputar belit dan disongsangkan oleh profesor kangkung untuk mempertahan elitis politik, mencari untung politik rakus dan jahat demi untuk terus berkuasa secara zalim dan memperbodoh rakyat kampung dan rakyat yang masih belum terbuka jiwa, akal dan hati melihat kebenaran.

Ini berpunca bila sejarah dibikin dan ditulis oleh mereka yang berfikiran sumbing, otak yang sumbing, berjiwa sumbing, profesor sumbing dan penulis sejarah berjiwa penjajah.

Patut sekali sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa bebas dan merdeka. Rakyat yang cerdik, berpendidikan dan bertamadun, menulis sendiri sejarah, bukan menulis sejarah mengikut acuan pemikiran penjajah atau mengikut aspirasi watak penjajah yang ada dalam negara ini.

Sebagai contoh la... kalau korang perasan, 20 @ 30 tahun dulu, negara Korea Selatan sama je dengan Malaysia. Tak kiralah dari segi ekonomi, sukan, pentadbiran mahupun pembangunan.. Tapi sekrang jauh kita ketinggalan.. tak payah susah-susah pikir, tengok bola sepak pun dah tahu.. Selalu kalah je lawan dgan Korea . 
Tapi kenapa diaorang cepat membangun dan berjaya? 

Sebab diaorang pernah ubah sejarah negara diaorang.. tak pcaya? korang try google "sejarah korea selatan yang diubah".. Lagi satu, diaorang ni, pegang atas nama negara.. bukan macam kita yg berjuang utk kaum dan warna kulit.. Melayu dgan Melayu, Cina dengan Cina.. dan India duk tengah2.. WTH? 

ISLAM 4 ALL... berjuang utk negara.. baru kita boleh berjaya..

p/s: pasal Hang Tuah tu.. hanya Allah yg tahu ia wujud ke tdak.. huhu
23 comments

Hoooooorrrrraaayyyyyyyy.... Exam dah Habis ....


Hoooraayy.. exam dah habis. Malam ni, g main futsal utk kali terakhir sem ni, g minum-minum dgan member, dan esok pergi melawat rumah Mak Angkat. Lusa aku dah nak balik kg dah.. huhu..

Tapi agak sedikit terkilan r, jawab exam tadi. Member aku dapat soalan spot, dah siap bawak toyol lg. Haramjadah.. tak bagitahu pun aku subject Signal ada soalan spot.. Demm.. kalau lah aku tahu ada soalan spot, mesti aku tak terkial2 jwab exam tadi.. Lol.. satu klas tak tahu ada soalan spot, last2..!! lpas exam baru dapat tahu yang dia sorang je ada soalan spot.. Dia pulak hanya kongsi dengan geng2 dia je.. Kata satu kelas.. Kongsi r kat semua.. =.='

Macam ni ke member? kecian kat orang lain tak dapat jawab ..(termasuklah diri aku..T_T) . Lain kali bagi la, kongsi la tip ke, @ soalan spot ke.. tak rugi pun. Tak kan nak berjaya sorang-sorang kot...?

p/s: TIPS @ Soalan Spot ni, atas belas insan lecturer.. dia akan bagi sblum jawab exam.. biasanya dalam minggu study week.. tapi ada jugak lecturer yg tak bagi.. jadi kami kena cover semua tajuk r.. bukan sikit babe..satu subject 12 chapter .. pikir r.. kalau lecturer tak bagi tips.. kompem semua buih mulut bila jawab exam..
14 comments

Pilot’s Watch Chronograph TOP GUN Miramar

The design of the new Pilot’s Watch Chronograph TOP GUN Miramar is characterized by the metallic tone of the ceramic case and the matte anthracite of the dial. Typical colours, such as beige, grey and green, underscore the military-style design. The bracelet is a direct reference to the extremely tough belts typically used by military air personnel. The unusual division into an external chapter ring and an inner hour circle is reminiscent of the deck watches typical of the 1930s and 40s, and, by extension, the historical legacy of IWC Pilot’s Watches.

 The DNA is repeated in the design of the date display, which bears a direct resemblance to the altimeter in a cockpit. Thanks to the integrated flyback function, depressing the reset button returns the running stopwatch hand to zero and immediately starts recording another measurement of time. The watch also owes its convenient 68-hour power reserve to further development of the IWC-manufactured 89365 calibre. A soft-iron inner case protects the precision movement against magnetism.

 

REFERENCE : IW388002
CASE MATERIAL : ceramic/titanium
BRACELET/STRAP: green textile strap
DIAL COLOUR : anthracite
JEWELS35
Mechanical chronograph movement
Self-winding
68-hour power reserve when fully wound
Date display
Stopwatch function with minutes and seconds
Flyback function
Small hacking seconds
Soft-iron inner case for protection against magnetic fields
Screw-in crown
Sapphire glass, convex, antireflective coating on both sides
Secured against displacement by drop in air pressure
Water-resistant : 6 bar
Case height : 16.5 mm
Diameter : 46 mm


p/s: dapat kat aku jam ni.. satu kampung aku round bawak jalan-jalan.. tunjuk kat org kampung aku.. haha.. Tapi mahal la.. demm.. Amacam? Gempak tak jam ni..? Hanya sesuai utk spesis lelaki je.. Kalau popuan nak pakai pun boleh jugak.. itu pun kalau korang tak malu.. huhu..

sumber: IWC
7 comments

Isnin, 16 Januari 2012

Jangan Ingat Kami Takut... hahaha..

Korang yang masih belajar jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kerja bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang masih menganggur jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kerja bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang masih bujang jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kahwin bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang tak ada anak-anak jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah beranak pinak bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang belum paham apa itu korban, jadi jangan berlagak pandai dan alim dan terus hukum orang lain masuk neraka!!!

Korang Jangan ingat, dengan kuasa korang. Korang boleh hukum kami sewenang2nya tanpa belas kasihan.. 
Pikir r, dengan kuasa korang ni, bukan boleh bawak dalam kubur pun.? Jangan ingat kami tak akan membesar.? 10 tahun, @ 15 tahun lagi, kamilah yg akan gantikan tempat "kuasa" korang tu. Jangan buat kami balas balik apa yg korang lakukan pada kami. Jangan Ingat kami lemah, kerana tak berani lawan. Jangan ingat kami pengecut kerana muka kami tunduk ke bumi.. Kami cuma hormat sebab korang orang lama, lebih tua dan berpengalaman..

Pikir la sikit.. Otak ada.. bijak.. pandai.. mentang2 dah ada pangkat dan kuasa.. Ikut suka dia je nak lanyak orang lain.. 
10 comments

Ahad, 15 Januari 2012

Perghh... PM Nak Kena Bom Laju Je Korang.. Tapi Bila Tok Guru Nik Aziz Nak Kena Bunuh?




Aku nak tanya apa cerita dengan mamat yang Ugut nak bunuh Menteri Besar kelantan tempoh hari.... sunyi sepi jaa....????

Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap

Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.

Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.

- Bernama

p/s: bukan nak main politik.. ini pandangan aku je. Apa beza Najib dgan Tok Guru Nik Aziz? Aku rasa dua2 orang@manusia..  Tapi bila tiba kes cam ni? Arghh.. malas r nak cite, tak pasal-pasal aku yg kena pulak.. Korang pikir la sendiri..
14 comments

Wanita Gila, Ubah Wajah Jadi Syaitan

Nama awek ini Amanda, dan sesuai namanya dia seorang gadis yang cantik. Namun akibat pengaruh kegilaan dunia ini... dan jadilah wajahnya seperti wanita dari neraka... Kasihan..!! Pengajaran bagi kita.

muka sebenar.. cantik gak eh?

Stelah bertukar menjadi super saiya..!!





Wekkk...Wekk... nak muntah aku tengok.. eee. Kalau jumpa benda ni, malam-malam masa balik mngaji, kompem aku lari la.. Gile ke ape? muka cantik2 buat jd macam setan.. Puiih.. 
18 comments

Jumaat, 13 Januari 2012

Hidup Sebagai Seorang Pelajar, Banyak Karenahnya..

Student.. sape tak kenal oii.. sebut je pasal blajar, mesti orang cop kita student.. Tak kisah la student U mana ke? Skolah mana ke? Asalkan korang itu blajar.. mesti dicop student.. Bukan ke maksud student tu pelajar? LOL !!!.. 

ok.. abaikan yg diatas tu.. (apa yg aku melalut ni?) .. Haha.. baru lpas habis exam.. 3 paper dlm masa 3 hari no stop.. Nak tercabut mata den dibuatnye.. Tapi itulah kenyataannya.. hidup sbagai seorang pelajar, banyak cabaran dan dugaan. Namun hidup manusia ni, orang kata la.. (bukan aku kata)  . Hidup kita 
umpama roda, kadang kala kita diatas, dan kadang kala kita dibawah.. That true? 

Tapi kitaran hidup aku masa blajar ni lebih kurang cam ni je..  tak banyak bezanya.. Bangun .. study.. computer.. (blogging la tu) and then tidur.. Apa pun tak boleh? Dahulu ada jugak r, hiburan sikit. Contoh : pergi jalan2 sambil makan angin dgan kawan, main bowling, main - main dan main - main dan macam- macam main-main... Howaaa... Bodoh, skrang kan musim exam.. Mana ada masa nak buat semua tu? Semester depan, kita main la puas2.. haha.. 

Ya.. kita main ye Jusoh.. ko tunggu aku, kita lawan berenang dalam kolam air panas Baling pulak lpas ni. nak tak? (mesej ditujukan khas buat Jusoh)  Haha.. hari tu dah kalah.. :p

Tringat permulaan zaman persekolahan dulu, alaa... zaman muda-muda dulu, janggut aku tak tumbuh lagi masa tu.. Haha.. Aku blajar di Sek. Ren. Keb. Machang. Masa tu aku mula blajar kenal pensil dan pembaris..  Baru nak tahu panggil nama cikgu.. Baru tahu aku bodoh masa tu.. haha..

Nak dijadikan cerita.. zaman skolah rendah ni, xsah duk habaq r, memang malu r kalau nak cite.. dengan hingus yg meleleh, kluar dari hidung, naik turun-naik turun dah macam yoyo dah masa tu.. dengan sluar atas pusat, baju masuk dalam dan ada kesan kotor dibahu baju (budak laki hingusan, biase r. Sapu hingus kat lengang baju)
Bila ingat balik, cute jugak eh, aku masa kecik? haha
(tak malu puji diri sendiri)







Sekolah rendah dulu.. rajin r kan? bawak beg sampai nak patah pinggang.. Tapi bila masuk skolah menengah, beg  pun dah tukar, baju pun dah nampak kemas sikit, sluar dah ada tali pinggang. Beg yg slalu aku pakai masa skolah menengah dulu, beg yg galas satu lengan je.. erm susah sangat nak cite kan? tu...  beg merah yg aku slalu pakai. Limited edition kat UniMAP skrang ni.. haha..  Tapi skrang, bila dah masuk U ni. semua nak simple. Nak kata kena kemas sangat tak la.. sebab aku tak pakai uniform pun, pergi klas, pakai sluar jean, baju jersey bola, slipar jepun. Bawa beg merah, naik ADX .. (RD dah tak de la T_T)  .. Brooomm..brooom.. sampai kat Pauh..

Haa.. bila dah masuk kelas. Mula la start blajar. Terus terang aku cakap. dari dulu lagi. Aku teringin nak duduk di depan skali, fokus apa yg cikgu ajar. Tapi tak boleh la, muka-muka cam aku ni, hanya layak duduk di blakang je.. 

"Yela oii.. ko tu tinggi, tubuh besar, kalau ko duduk di depan, habis yg blakang tu nak tengok ape? kepala ko?" Kata Jusoh pada aku masih terkial2 kat telinga ni.. 

Tak pe la, aku redha je.. haha.. Apa nak kisah, aku dah biasa. Nama aku huruf Z di depan. So.. memang patut pun duduk di blakang. Dalam senarai nama kelas, nama aku la yg slalu last. Bila skolah bagi air susu kotak ( masa skolah rendah dulu ) , aku slalu dapat sikit je.. sebab nama aku last.. Bila skolah bagi buku teks, aku dapat yg buruk-buruk je.. sebab nama aku last.. Bila cikgu tanya soalan, nama yg last ni,  yg ditanya dulu.. demm.. tak pasal2 aku kena berdiri atas kerusi.. sabor je la..

Arghh.. Lupakan semua itu.. buat apa nak menyoal benda yg lepas.. Inilah hidup, ujian dan cabaran yg banyak mematangkan kita.. Buat apa aku nak peduli pasal benda ni semua.. Sebab benda ni dah lepas.. Apa yg perlu aku buat skrang, FOKUS.. Aku masih ada 2 paper lagi ni, yg perlu aku belasah..

Mechanic dan Signal .. I'm coming... haha.. 
Exam... Exammmm... Exammmmzzzz... (tidur lu)









13 comments

Khamis, 12 Januari 2012

Kuliah Pagi Tok Guru Nik Aziz..


Kuliah pagi oleh TGNA agak special sikit sebab ada beberapa tetamu dari luar Negara datang... ada yang datang jumpa TGNA secara rasmi & ada jugak yang datang secara tak rasmi... sekadar duduk dengan orang ramai, dengar ceramah TGNA... walaupun aku yakin dorang tak paham, tapi aku tau dorang duduk situ dari awal sampai habis kuliah TGNA...

Malu dekat orang luar yang tak paham bahasa Malaysia tapi sanggup tunggu sampai habis... sebab apa tunggu sampai habis..?

Sempat jugak aku tanya soalan tu dekat pelancong ni soklan tu... jawab pelancong ni - saja seronok... datang dari jauh... melawat Malaysia, member dia cakap, kalau datang Malaysia, WAJIB datang Kelantan tengok dengan mata kepala sendiri 1-1nya Ketua Negeri paling sempoi di Malaysia.

Jalan mana-mana x de pakai bodyguard, x de polis pengiring, x de protokol... dulu dia tak percaya...hari ni dia dah percaya...

Eh... ada soklan cepumas dari Mat Timur tengah ni dekat aku yang aku tak dapat jawab... mintak tolong korang jawab...

Soklan yang Mat Timur Tengah ni tanya (aku translate dalam bahasa Melayu) - Kenapa Malaysia tak lantik orang macam ni jadi PM..?

sumber : FB TGNA
10 comments

Seni Lipatan Buku Yang Kreatif.

Haa.. kkorang pernah tengok seni lipatan buku ni? rasanya dulu aku ada tunjukkan? tapi hanya satu gambar je.. Sekrang ni, jom kita layan koleksi gambar seni kreatif ni..













10 comments

Rabu, 11 Januari 2012

Bila dan Dimana Hati Kita Pada Ibu Bapa?


 

 Bila mak kata dia teringat.. kita jawab kita sibuk sangat..

Bila ayah kata dia rindu.. kita jawab nantilah hujung minggu..

Bila mak minta kita pulang.. kita jawab kita belum lapang..

Bila ayah minta kita singgah.. kita jawab kerja kita belum selesai..

Bila hati kita terguris.. kita kata “Mak memang tak pernah faham”

Bila hati kita terhiris.. kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

TETAPI…

Bila hati mak kita terguris.. mak kata “Tak apa,dia masih muda”

Bila hati ayah kita terhiris.. ayah kata “Tak mengapa,belum sampai akalnya”

Bila kita menangis tanda lapar.. mak berlari hingga bagai hilang kaki…

Bila kita merintih tanda derita.. ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…

Bila kita sedih kerana gagal.. mak setia membekalkan cekal…

Bila kita pilu kerana kecewa.. ayah teguh berkata dia tetap bangga…

Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia 

sumber : FB
23 comments

Isnin, 9 Januari 2012

Selamat Tinggal RD 3866



Dalam kenangan.. esok tamatlah waktu kita bersama.. esok juga berakhirlah hubungan kita sebagai motor dengan tuannya.. Esok, aku nak pergi tukar nama dengan pembeli.. Selamat tinggal RD 3866, engko tetap dalam ingatan kami semua.. T_T

Setelah hampir setahun, RD ini berkhidmat kpd budak-budak Biomedic Eng. Banyak suka duka yg kita lalui bersama.. Ramai kawan-kawan aku yg sedih bila aku nak jual motor ni.. Maaflah, aku tak ada duit skrang.. Aku tak ada duit nak beli tiket balik kg... Aku terpaksa jual ko RD. Maafkan aku..

Masihkan ko ingat RD?,  kita sama-sama makan tar jalan diselekoh Dewan 2020, masa aku balik dari jawab exam Math.. Sekali dengan makcik yg bawak motor masuk line orang lain tu.... Walaupun kaki aku dah berdarah, aku masih lagi bngunkan ko dan blah dari situ... Bukan skali ko makan tar.. tapi banyak kali.. ko makan tar dengan kawan-kawan aku.. sampai ke hospital kawan2 aku ko kerjakan..

Ko ingat RD? dahulu ko slalu pancit.. sebulan skali ko pancit.. tapi aku tak kisah pun, aku tak marahkan ko.. Ini salah kawan aku yg berlaku kasar dengan ko.. Diaorg bawak ko bagai nak rak, tp aku tahu ko dah penat.. Sabar je la..

Ko ingat lagi tak? masa ko mampus kat Arau hari tu, ko hampir nazak waktu tu, lalu aku cepat2 bawa ko jumpa doktor.. Ko diberi piston baru, dipotong block, ditukar wayar minyak, dan akhirnya.. ko hidup semula.. sihat dan lebih lincah dari dahulu..

Ko ingat? Waktu ko pancit dulu.. aku tolak ko, sampai ke kedai.. Walaupun panas terik masa itu.. Aku tetap sabar, sebab apa? sebab aku sayangkan ko.. ko tahu tak?

Ingatlah.. kita pernah mandi bersama RD.. aku sabunkan ko.. syampu  body ko yg gempal tu.. Lepas tu, aku lap tubuh ko dgan baju aku.. Aku tak gunakan kain buruk.. tapi aku gunakan baju aku.. sebab aku sayangkan ko RD..

Aku bukan tak suka kan ko.. Aku cuma tak mampu lihat ko dinodai oleh kawan-kawan aku yg lain, aku jelous, ko tahu tak? Jadi sebelum ko terus merasa terasing dengan aku.. Aku terpaksa jual ko secepat yg mungkin.. Aku cuma ada seminggu lagi disini, seblum aku balik kg.. 

Ok la RD, tak guna aku cakap banyak.. ko bukannya ada perasaan pun. Selamat tinggal RD... kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.. Maafkan aku...

22 comments

Koleksi : Gambar Lukisan Bergabung Dengan Alam Realiti

Erm.. Tak payah nak cakap ape la.. Jom layan je.. 












Gambar ni dah lama berada dalam simpanan aku, dan aku ambil dari banyak sumber.. Maaf pun tak ingat aku ambil kat mana.. yg aku tahu.. gambar yg tak ada url blog aku, aku ambil dalam FB.. 
26 comments