
Dengan tamatnya exam Micro C tadi, maka berakhirlah riwayat hdup aku untuk semester 4 di UniMAP ni. HOOORAYYYY!!!.. Boleh Balik Kampung..
Pertama sekali, aku nak ucapkan TERIMA KASIH sangat2 kepada ROOMATE aku iaitu REZA ROSLAN.
Sebab Tolong jaga makan minum aku
Tolong beli nasi untuk aku
Tolong beli lauk untuk aku
Tolong masak nasi untuk aku
Tolong urut kaki aku
Tolong sapu minyak panas atas belakang dan kaki aku, walaupun masa itu dah pukul 3 pg.
Tolong pimpim aku pergi tandas
Tolong ingatkan aku makan ubat
dan Tolong ... Tolong.. luangkan masa, jaga aku, walaupun masa itu ko sibuk blajar!!
TERIMA KASIH sekali lagi untuk kawan2 lain, IYAS, REDZA, HAIKAL, ZARUL, SUHAIL dan budak2 BIOMEDIC lain..
Sebab tolong hantaq aku pi Hospital
Tolong hantaq aku pi Mngurut
Tolong hantaq aku pi Terapi
Tolong hantaq aku pi buat Fisioterapi
Tolong beli makanan untuk aku
Tolong isikan air mineral untuk aku
Tolong bagi sokongan kat aku
dan TERIMA KASIH.. sebab sudi datang melawat aku..
TERIMA KASIH jugak kepada rakan2 blogger, sebab sudi bagi sokongan dan kata2 semangat untuk bertahan dalam sakit ni. Walaupun kita tak kenal dan tak pernah jumpa pun, tapi kita tahu hati dan budi masing2 melalui tulisan kita.. Hanya itu yg dapat menilai diri kita sbgai seorang penulis.
Tidak mampu untuk aku membalas jasa baik korang semua terhadap aku. Apa yg aku mampu adalah berdoa untuk kesejahteraan korang semua.. Hanya Allah yg dapat membalas jasa baik korang. Kalau diberi peluang suatu hari nanti, aku nak balas semua jasa dan budi korang kat aku..
InsyaAllah, Doakan Semoga aku SELAMAT dalam perjalanan pulang ke Kampung Pagi esok.. Aku akan bertolak dalam pukul 4 pg, dari Perlis ke Kelantan dgn menaiki ADX 2921.
DOAKAN AKU CEPAT SEMBUH !!!
P/s: Ohhh ya.. ramai yg tanya aku, aku sakit ape? ok la.. aku bagitahu untuk kali ni je.. "Scoliosis" nama penyakit aku.. haha...