Dalam dunia ni, ada 2 golongan, iaitu golongan yg BAIK dan JAHAT. Semua bergantung pada diri kita, utk berada di dalam golongan yg mana? Tapi aku lebih syorkan kpd korang semua supaya berada di dalam golongan yg baik. Nekadlah dari skrang utk menjadi orang-orang yang baik. Yang baik kepada sesiapa saja.. baik kpd alam, binatang, tumbuh-tumbuhan dan baik kpd diri kita sendiri. Kerana orang yang baik & beriman yang akan selamat di akhirat nanti. Kalau kita merasa pernah menjadi orang yang tidak baik, maka berusaha, berhentilah & bertaubat... InsyaAllah, pintu taubat masih terbuka..
"if u got the problem.. solve it n be strong."
Setiap dari kita(hambaNYA) mesti pernah melalui zaman "JAHIL" masing2.. apatah lagi kita diakhir zaman ini yg menjanjikan seribu satu kelalaian dlm hidup. Apakah adil untuk kita menilai seseorang itu hanya kerana kejahilan zaman lampaunya.??? Sungguh tidak adil kan? Titik turning point, tidak ada sape pun yg tahu.. itu kita panggil hidayah dari Allah.. bila pintu hati dah terbuka, semuanya boleh berubah.. Ramai yg dari jahil berubah mnjadi org yg beriman...
Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan, dahulu, kini, mahupun akan datang samada kecil atau besar. Kita tak boleh menilai sesiapapun melainkan hanya mendoakan perubahan ke arah kebaikan baginya dan sentiasa memberi sokongan kepadanya supaya lebih bersemangat untuk melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah S.W.T.
Kita jugak tak boleh menilai org melalui pemakaiannya.. ataupun melalui luaran sahaja.. tetapi yg sebaiknya, kenal isi hati dan budi terlebih dahulu..
Aku tinggalkan korang semua dgan satu soalan.." Macam mana korang tahu diri korang Baik, sedangkan lidah, mata, tangan, kaki dan telinga korang masih buat benda jahat ?"
##########################################################################
Skrang ini, di dalam blog ini, aku lebih kpd entry nasihat dan sindiran utk diri aku sendiri, supaya tidak lalai dalam kehidupan aku.. dan ini last entry dlm minggu ni.. sebab aku terpaksa balik kg. Mek aku sakit, dah 2 minggu terlantar kat rumah. Semalam masuk wad, tapi hari ni dah keluar. So, pagi esok aku akan bertolak balik.. Aku akan ambil cuti slama seminggu kot.. hopefully aku sempat jumpa Mek aku..